Tips Persediaan Puasa Ibu Menyusu

Breastfeeding celikvitaminSemasa saya habis berpantang, saya juga seperti ibu-ibu di luar sana yang pertama kali berpuasa selepas berpantang sambil menyusu anak. Mampukah saya berpuasa sambil menyusu anak? Dulu berpuasa fikir tentang suami dan diri sendiri sahaja. Kalau makan pun untuk diri sendiri. Tetapi kali ini saya perlu fikir untuk anak yang menyusu badan juga. Apakah persediaan yang saya boleh buat untuk menghadapi bulan ramadhan al-mubarak yang bakal menjelang?

Perintah berpuasa itu wajib ke atas setiap umat Islam. Biar pun begitu, ada rukhsah (kelonggaran) diberikan kepada golongan ibu untuk tidak berpuasa bergantung kepada keadaan ibu dan bayi yang membolehkannya untuk tidak berpuasa. Namun, alangkah indahnya, jika bulan ramadhan kali ini, kita dapat berpuasa seperti orang lain, beribadah di malam hari, bertadarrus bersama suami tanpa rasa bimbang takut-takut tubuh tidak cergas, lemah dan susu ibu pula kurang.  Hakikatnya ibu selepas melahirkan zuriat mampu berpuasa asalkan dia mengatur diet yang seimbang bagi memastikan pengeluaran susu badan tidak merudum.

Sources of Calcium

Para ibu disarankan membuat jadual pemakanan yang sistematik dan efektif dengan mengutamakan pengambilan makanan berkhasiat supaya si ibu dan anak konsisten mendapat sumber nutrisi yang diperlukan. Amalan sahur yang betul adalah wajib bagi para ibu yang menyusu anak. Ini kerana jika tidak bersahur ia akan mendatangkan gejala hipoglisemia iaitu kekurangan gula dalam badan menyebabkan tubuh menggeletar, denyutan nadi pantas, rasa cemas, tubuh, lemah, rasa loya-loya serta muntah-muntah. Kondisi akan lebih teruk sekiranya wujud simptom berikut iaitu sakit kepala, penglihatan kabur, letih lesu, mudah terganggu, kurang fokus, kehilangan keupayaan intelek dan perubahan personaliti.

Oleh itu, para ibu yang baru lepas berpantang dan menyusu anak perlu memastikan diri sendiri patuh kepada jadual yang telah ditetapkan tadi bagi menghindari diri dari gejala hipoglisemia.

Tips yang membantu untuk para ibu:

  •  Melewatkan sahur
  • Berbuka di awal waktu dengan mengambil makanan sihat seimbang dan minum cukup air.
  • Memerah susu di awal hari
  • Berdoa dan bertawakallah banyak-banyak kepada Allah SWT.
  • Bersedia dari segi fizikal dan mental

Teruskanlah azam anda untuk menyusu anak kerana susu ibu adalah yang terbaik. Namun, sekiranya anda mengalami dehidrasi semasa berpuasa dan menyusu anak maka dinasihatkan untuk berbuka agar tidak mendatangkan mudarat kepada diri. Justeru, pengambilan cecair yang mencukupi pada sebelah malam dan waktu sahur perlu dilakukan bagi menggantikan air yang sudah hilang semasa berpuasa.

Simptom-simptom dehidrasi yang teruk adalah seperti berikut :

  • Terasa ingin pitam terutamanya selepas sesi mengepam dan menyusu anak.
  • Sakit kepala dan rasa seperti hendak demam.
  • Air kencing bertukar pekat dan berbau kuat.
  • Tekaka loya dan rasa ingin muntah.
  • Tubuh menggigil.
  • Tubuh terasa lesu dan otot sakit.
  • Emosi tak stabil dan mudah marah.

Masalah dehidrasi ini boleh dihindari sekiranya anda mengambil makanan dan minuman yang mengandungi kapasiti cecair yang banyak. Tubuh memerlukan kadar minimum 2 liter air sehari bagi menjamin keseimbangan bendalir tubuh.

set-berpuasa-ibu-menyusu-celikvitamin

Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut tentang bagaimana memastikan susu anda tidak merudum walaupun berpuasa boleh teruskan membaca artikel Persediaan puasa untuk ibu menyusu dengan Set Pilihan Shaklee.

Ketahui juga rahsia ibu menyusu kekal cergas dan tangkas walaupun berpuasa dengan meluangkan masa untuk membaca artikel Kebaikan Mighty 3 Gems untuk anda kekal cergas walaupun puasa!

mighty-3-gems-shaklee

Untuk sebarang konsultasi dan perkongsian secara percuma, Boleh hubungi saya!

signature

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6019-324 4525

Emel : hello@celikvitamin.com

FB Fanpage: Celikvitamin

Facebook: Adilah Manaf

Klik sini untuk order

Apa Yang Lelaki Obesiti Ini Buat Untuk Turunkan Darah Tinggi Dia Memang Amazing!

[vimeo clip_id=119773013 autoplay=1 automute=1 width=400 height=225 center=1 ]

Sumber : Majalah Pa&Ma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *