Sudut WAHM
Definisi WAHM
WAHM adalah singkatan untuk Work At Home Mother iaitu sangat jelas maksudnya adalah golongan para ibu yang bekerja dari rumah.
Namun, seorang WAHM tidak semestinya merangkumi gaya hidup yang sama. Ada WAHM yang masih lagi terikat secara kontrak tetapi dibenarkan oleh syarikat untuk bekerja dari rumah contohnya sebelum ini para pekerja Yahoo dibenarkan bekerja dari rumah (kini telah ditarikbalik).
Atau pun seorang WAHM itu juga adalah bebas dan terikat, memiliki perniagaan sendiri atau bekerja dengan menawarkan perkhidmatan secara bebas atau perunding. Dia mungkin bekerja separuh masa atau sepenuh masa. Seorang WAHM juga mempunyai pilihan untuk menghantar anak-anak ke nurseri atau menjaga sendiri anak-anak di rumah sambil bekerja.
Trend terkini di Malaysia
Dengan revolusi internet dan ledakan kemodenan ini, WAHM juga adalah trend terkini di Malaysia. Namun, sebenarnya ini adalah satu perkembangan yang baik kerana WAHM membolehkan kita menguruskan sendiri rumahtangga dengan lebih baik dan fleksibel tanpa dikongkong . Anak-anak pula akan mendapat lebih perhatian. Anak-anak membesar depan mata. Makan dan minum hari-hari adalah hasil air tangan kita. Hubungan dengan suami juga semakin erat kerana kita dapat memberikan lebih perhatian kepada si suami berbanding sebelum alam WAHM.
Jika anda berkira-kira untuk berhenti kerja dan menyertai kelab WAHM ini, secara jujurnya anda tidak perlu takut. Inilah masanya untuk anak membuat keputusan yang penting dalam hidup anda sebelum anda menginjak ke usia tua. Namun begitu, bagi yang sedang berkira-kira untuk menjadi WAHM, sudah tentu anda perlu bersedia dengan analisa sebagai perubahan yang bakal ditempuhi dalam kehidupan yang baru nanti.
Saya juga seperti anda dahulu. Saya juga takut tetapi mahu menjadi WAHM. Namun anda perlu bulatkan tekad jika anda mahu yang terbaik untuk suami dan anak-anak kerana inilah masanya untuk anda realisasikannya impian anda!
Tips untuk menjadi WAHM
Ramai orang mahu menjadi WAHM. Tetapi ramai yang tidak tahu kenapa dia mahu menjadi WAHM. Jangan terkejut! Kaum hawa secara fitrahnya adalah lebih beremosi tinggi berbanding kaum adam. Mudah terikut-ikut dengan persekitaran. Anita beli kereta baru, Aminah pun beli kereta baru. Aminah beli ipad, Anita pun nak beli ipad. Aminah ambil keputusan jadi WAHM, Anita pun mahu jadi WAHM! Kembalilah kepada Allah SWT. Dirikanlah solat istikharah. Fikirkan betul-betul apakah niat kita untuk jadi seorang WAHM.
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
Sesungguhnya, setiap amalan itu bermula dengan niat. Dan bagi setiap orang itu apa yang dia niatkan. Maka barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya adalah kerana Allah dan rasul-Nya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia atau perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya adalah kerana apa yang dikehendaki.” (HR Bukhari dan Muslim)
2. Buatlah perancangan secara teliti dan berhemah
Buatlah perancangan dengan teliti dan berhemah. Fikirkan setiap kemungkinan yang bakal berlaku dari segala sudut. Buat satu senarai pihak-pihak yang mungkin terlibat dunia WAHM kita nanti. Perancangan mesti merangkumi jangka masa pendek, jangka sederhana dan jangka masa panjang. Buatlah satu persatu. Jangan gopoh dan kalut.
Selepas peringkat perancangan, tiba masanya untuk membuat pembentangan kepada mereka yang terlibat. Biasanya, suami, anak-anak dan yang paling susah untuk diyakinkan adalah ibu bapa dan mertua. Namun, dengan perancangan yang rapi dan baik, dengan izin Allah, anda akan dapat meyakinkan mereka. Biarlah masa menentukannya, jika mereka masih lagi was-was dengan niat anda untuk menjadi WAHM. Buktikanlah pada mereka bahawa anda bukan tong kosong tetapi WAHM yang hebat dan berjaya!
4. Kerjaya yang sesuai sebagai WAHM
Bahagian ini sebenarnya termasuk dalam peringkat perancangan. Anda perlu tahu, anda tidak perlu berasa tertekan dengan anggapan untuk menjadi WAHM, anda perlu berniaga! Tidak. Apa yang penting, apa yang anda boleh buat dari rumah, penuhi minat anda dan jika boleh buat duit dengan minat anda. Buat apa anda menjadi WAHM jika terpaksa buat perkara yang tak disukai seperti menaip data entry, melipat kotak, menjaga anak-anak orang lain atau kerja yang anda tidak minat. Walaupun mungkin imbuhan kewangan tidak sebesar untuk permulaan, jika anda minat dan ada perancangan, Percayalah! Satu hari nanti ia akan berkembang dan menjana untung lumayan!
Biasanya ramai yang berfikir, jika tidak ada pendapatan yang setanding atau lebih tinggi dari kerjaya sekarang, maka adalah tidak bijak untuk menjadi WAHM. MITOS! Pengalaman peribadi sendiri, saya berhenti kerja dengan gaji yang selesa bagi saya dan keluarga. Alhamdulillah. Pendapatan saya kini lebih dari yang inginkan sebelum saya berhenti dan yang paling penting lebih banyak dari gaji saya semasa bekerja! Alhamdulillah! Ingatlah, rezqi adalah ketentuan Allah SWT . Allah Maha Adil dan menjadikan rezeki untuk setiap manusia berbeza dan semuanya telah djanjikan rezeki perkara akhirnya adalah kesanggupan kita untuk berusaha.
Firman Allah dalam surah At-Talaq ayat 2 dan 3:
Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar,Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya, Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya,Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan yang dikehendakinya,Sesungguhnya ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
6. Masa untuk implementasi!
Setelah langkah 1 hingga 5 telah pun dibuat, tibalah masa yang dinantikan. Implementasi segala perancangan! Laksanakan segalanya mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Akhir sekali, serahkanlah bulat-bulat kepada Allah SWT setelah anda berusaha bersungguh-sungguh.
Firman Allah dalam Surah Al-Insyirah Ayat 5 dan 6
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Yes.Trend bekerja di rumah adalah trend terkini dan pilihan ramai kaum ibu di Malaysia..
saya pun masih mengharapkan untuk jadi WAHM..tapi income belum mengizinkan
doakan saya juga bleh mencapai impian jadi WAHM mcm puan..terima kasih atas tipsyg diberikan
http://goo.gl/FRqUJN
inshaAllah aamiin
memang best laaaa berkeja di umah sambil bisnes..