Anda perlu mengetahui tentang fakta yang tepat dan betul tentang kalori sebelum anda memulakan diet untuk turunkan berat badan supaya diet anda tidak sia-sia.
Tips diet untuk turunkan berat badan perlu digabungkan dengan fakta tentang kalori supaya anda faham tentang konsep kalori masuk dan kalori keluar.
Objektif terakhir sudah tentulah untuk mendapatkan berat badan yang ideal bagi menjamin kesihatan tubuh.
1. Apa yang dimaksudkan dengan kalori?
Kalori sebenarnya ialah unit ukuran untuk tenaga.
2. Adakah benar atau mitos bahawa tubuh manusia memerlukan kalori?
BENAR. Tubuh badan manusia memerlukan kalori bagi menjana tenaga, namun masalah akan timbul jika kuantiti kalori yang diambil (apa yang anda makan) terlalu banyak dan tidak pula dibakar. Akhirnya, akan bertukar menjadi
lemak yang tersimpan dalam badan. Inilah penyebab berat badan bertambah dan ianya bahaya untuk kesihatan.
3. Bagaimana saya mahu mengira jumlah kalori dalam makanan yang diambil?
Pada kebiasaanya, setiap produk yang dijual akan menunjukkan kandungan jumlah kalorinya pada bahagian
Maklumat Tentang Pemakanan.
Tetapi kiraan kalori boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi tersebut dengan nombor pekali tertentu yang disenaraikan.
Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.
Contoh:
Satu hidangan Sos Cili didapati mengandungi kuantiti:
i. Karbohidrat – 53 gram (Berat) x 4 (nombor pekali) = 212 Kalori.
ii. Protein – 1 gram (Berat) X 4 (nombor pekali) = 4 Kalori
iii. Gula (sejenis karbohidrat) -16g (Berat) x 4 (nombor pekali) = 64 Kalori
Justeru, untuk 1 tuangan sos cili kuantiti kalorinya adalah 280.
4. Berapa banyak kalori yang perlu bagi setiap lelaki dan wanita dewasa dalam satu hari?
Menurut kajian pakar diet, jumlah yang diperlukan oleh lelaki dewasa adalah 2000 hingga 2500 kalori sehari. Manakala bagi wanita dewasa pula adalah 1600 hingga 2000 kalori sehari.
5. Apa akan terjadi andainya saya makan lebih daripada kuantiti yang disyorkan itu?
Ini penting untuk anda faham. Setiap 8000 kalori yang terkumpul dalam badan (tidak dibakar) akan menyebabkan berat badan naik sebanyak 1 kilogram.
6. Maklumat tambahan sebagai panduan. Berapa anggaran kuantiti kalori dalam makanan rakyat Malaysia?
Kategori: Buah-buahan
- Tembikai (sepotong) = 20 kalori
- Betik (sepotong) = 45 kalori
- Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
- Durian (5 ulas) = 64 kalori
- Limau (sebiji) = 42 kalori
- Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
- Nenas (sepotong) = 59 kalori
- Epal (sebiji) = 63 kalori
- Ciku (sebiji) = 44 kalori
- Mangga (sebiji) = 103 kalori
Kategori: Kuih Muih
- Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
- Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
- Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
- Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
- Popia goreng (satu) = 130 kalori
- Popia basah (satu) = 95 kalori
- Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
- Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
- Karipap (sebiji) = 130 kalori
- Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
- Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori
Kategori: Lauk Pauk
- Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
- Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
- Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
- Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
- Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
- Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
- Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
- Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
- Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
- Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
- Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
- Taufufa goreng (sekeping) = 110 kalori
- Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori
Kategori: Makanan Ruji
- Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
- Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
- Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
- Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
- Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
- Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
- Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
- Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
- Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
- Roti putih (2 keping) = 156 kalori
- Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
- Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
- Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
- Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori
Kategori: Makanan Segera
- Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
- Nugget ayam (satu) = 60 kalori
- Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
- Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
- Burger keju (satu) = 425 kalori
- Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
- Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
- Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori
7. Berapa banyak kalori selalunya orang dewasa makan dalam sehari?
a) Sarapan Pagi:
Nasi lemak bersambal (400 kalori) + Telor mata kerbau (21 kalori) + Teh Tarik (120 kalori) = 541 kalori
b) Minum Pukul 10 pagi:
Kuih karipap 3 biji (390 kalori) + Teh O (20 kalori) = 410 kalori
c) Makan tengahari:
Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ayam kari (250 kalori) + Dalca Sayur setengah cawan (150 kalori)
+ Air Tembikai (80 kalori) = 900 kalori
d) Minum petang:
Kopi susu (120 kalori) + Popia Goreng 3 biji (390 kalori) = 510 kalori
e) Makan Malam:
Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ikan Tenggiri Masak Merah (142 kalori) + Kangkong belacan (120 kalori) = 682 kalori
Jumlah keseluruhan dalam sehari : 541 + 410 + 900 + 510 + 682 = 3043 kalori!!
8. Apa akan terjadi jika tabiat makan di atas tidak diubah selama setahun?
Ambil situasi lelaki dewasa, lelaki biasanya akan membakar kembali 2500 kalori yang diambil tetapi jika ambilan 3043 kalori sehari akan terdapat lebihan sebanyak 543 kalori setiap hari dalam bentuk lemak. Jika dihitung dengan matematik mudah 543 kalori berlebihan X 365 hari = 198,195 kalori setahun akan disimpan dan tidak terbakar. Akhirnya, dalam masa setahun berat kita akan meningkat sebanyak 24.77 kilogram iaitu kenaikan 1 kilogram bagi setiap 8000 kalori yang tidak dibakar. Darab pula dengan 5 tahun sekiranya tabiat pemakanan masih sama!
9. Bagaimana kalori berlebihan dapat dibakar?
Ubah stail hidup anda. Amalkan gaya hidup aktif, berjalan lebih pantas, naik dan turun tangga tanpa lif, mencuci sendiri kereta, lebih kerap bersukan dan bersenam. Kurangkan masa menonton televisyen atau bermain komputer kerana tubuh hanya mampu membakar 1 kalori seminit dan ianya sama kuantiti dengan kalori yang dibakar semasa tidur.
10. Berapa kalori dibakar dengan aktiviti yang kita lakukan?
Jumlah kalori yang terbakar bergantung pada ketumpatan tubuh dan berat badan seseorang. Berikut anggaran kiraan kalori dibakar bagi individu seberat 68 kilogram membuat aktiviti selama 1 jam.
- Aerobik = 405 kalori
- Bermain bola keranjang (agresif)= 450 kalori
- Berjalan pantas= 300 kalori
- Berkebun= 320 kalori
- Mengemas rumah= 240 kalori
- Bermain golf (tanpa kedi) = 385 kalori
- Bermain Pingpong = 280 kalori
- Menonton televisyen = 40 kalori
- Berbasikal statik= 380 kalori
Jadi, sekarang anda sudah faham dan tahu tentang konsep kalori masuk dan kalori keluar. Elakkanlah berdiet dengan skip waktu makan kerana ianya adalah diet yang kurang sihat. Akibatnya, boleh merosakkan sel-sel badan kerana kurangnya pengambilan nutrien . Anda boleh membetulkan persepsi ini dengan fakta dan maklumat yang telah diberikan di atas. Tinggalkanlah diet tidak sihat tersebut dan pilihlah makanan dengan jumlah kalori yang diperlukan dan pastikan kalori yang diambil tidak berlebihan atau pun bakar kembali kalori berlebihan tersebut dengan aktiviti riadah yang disarankan.
Apa Yang Lelaki Obesiti Ini Buat Untuk Turunkan Darah Tinggi Dia Memang Amazing!
[vimeo clip_id=119773013 autoplay=1 automute=1 width=500 height=281 center=1 ]
Tetapi, sekiranya anda ingin memastikan diet untuk menurunkan berat badan anda sihat tanpa mengabaikan nutrien dan memastikan kalori yang anda ambil tidak akan berlebihan dari sepatutnya, anda boleh mengambil ‘replacement meal’ bagi memastikan tubuh anda sentiasa kenyang dan kekal bertenaga.
Saya mencadangkan Cinch Shake Mix yang mempunyai 5 perisa sebagai ‘replacement meal’ yang HALAL, semulajadi dan bebas dadah. Cinch Shake Mix sangat enak dan merupakan cara berkhasiat membantu menurunkan berat badan.
Senarai Lengkap Kandungan Kolestrol Dalam Makanan Di Malaysia
Senarai Lengkap Dan Tepat Jadual Kalori Makanan Di Malaysia
Hubungi saya sekarang untuk tempahan Cinch Shake Mix yang terbukti secara klinikal ini.
Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya
Call/Whatsapp/Sms : +6019-324 4525
Emel : hello@celikvitamin.com
FB Fanpage: Celikvitamin
Facebook: Adilah Manaf
hi boleh saya tahu kalori untuk seekor ayam & setengah ekor? saya nak kira berapa banyak kalori saya perlukan.
menarik senarai kalori nih, tapi cara kira tuh memang sukar sikit, tak reti saya