Masalah dan mitos di kalangan ibu mengandung

mitos celikvitaminDiet yang seimbang dan sihat sangat penting bagi ibu yang mengandung bermula dari awal usia kandungan. Bakal ibu perlu memastikan setiap makanan yang diambil bukan hanya untuk diri sendiri bahkan mesti memastikan makanan yang diambil tidak memberi kesan kepada tumbesaran bayi dalam kandungan.

Ini adalah FAKTA: Masalah di kalangan ibu mengandung

  • Mual dan muntah – Lebih dikenali sebagai ‘morning sickness’. Pada kebiasaannya berlaku dalam 3 bulan pertama atau sejak awal hingga minggu ke-6 kehamilan. Tak semua ibu mengandung mengalami masalah ini.
    Cara Atasi: Ibu perlu mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Ia bagi memudahkan makanan itu dicerna. Dicadangkan mengambil bijirin kering, roti kering atau biskut.
  • Sembelit dan buasir – Kebiasaannya terjadi pada trimester ke-3. Ibu hamil mungkin menghadapi buasir iaitu pembuluh darah yang bengkak pada anus (lubang dubur). Ini mungkin kerana berat janin dan tekanan pada usus.
    Cara atasi: Ibu perlu meningkatkan pengambilan cairan, makanan yang kaya dengan serat dan makanan kering seperti buah prun kering serta buah ara. 
  • Pedih ulu hati – Terjadi kerana peningkatan tahap hormon progesteron, menyebabkan relaksasi otot pencernaan dan tumbesaran janin meningkatkan tekanan pada perut ibu hamil. Asid perut kembali naik ke esofagus dan menyebabkan rasa seperti pedih terbakar pada bahagian berhampiran dengan ulu hati.
    Cara atasi: Ibu harus mengurangkan pengambilan makanan sebelum tidur, mengehadkan jumlah makanan yang diambil pada satu masa serta menghindari makanan berminyak serta pedas.
  • Edema dan kaki kejang – Biasanya berlaku trimester ke-3. Ia disebabkan oleh tekanan rahim yang membesar pada vena kava.
    Cara atasi: minum banyak air dan lakukan senaman. Hindari makanan yang terlalu banyak natrium dan makanan ringan. Tingkatkan pengambilan kalium, kalsium dan magnesium. Magnesium laktat boleh mengurangkan kekejangan kaki.

Mitos mengenai makanan untuk wanita hamil:

  • Makanan tertentu tidak akan menentukan bayi anda gelap atau pun cerah, umpamanya mengambil makanan sampingan seperti zat besi akan membuat bayi anda menjadi gelap! Bagaimanapun warna kulit bergantung pada gen yang diturunkan oleh ibu bapa.
  • Ibu hamil harus mengelakkan daripada memakan ikan laut dalam. Pengambilan yang terlalu banyak boleh menyebabkan anak lahir cacat. Ikan laut dalam yang mengandungi merkuri, logam yang boleh toksin kepada bayi. Ikan yang perlu dielakkan ialah ikan yu, ikan tuna putih, ikan sardin (king mackerel) dan tilefish kerana mengandungi merkuri terlalu tinggi. Persatuan makanan dan Ubatan (FDA) Amerika Syarikat menyarankan wanita hamil supaya tidak makan lebih 12 ons (anggaran dua saiz hidangan) ikan itu dalam seminggu.

Kesimpulannya, pemakanan begitu penting bermula di awal usia kehamilan. Si ibu perlu memastikan setiap makanan yang dinikmati bukan saja untuk diri sendiri sebaliknya boleh memberi kesan kepada tumbesaran bayi dalam kandungan.

Hubungi saya untuk mengetahui tentang  kombinasi supplement Shaklee untuk ibu mengandung sekarang pada harga yang istimewa!

signature

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6019-324 4525

Emel : hello@celikvitamin.com

FB Fanpage: Celikvitamin

Facebook: Adilah Manaf

Klik sini untuk order

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *