Kita seringkali membaca atau mendengar pengalaman menggerunkan sama ada dari bahan bacaan atau dari pengalaman dari teman-teman kita sendiri tentang fenomena ‘kena tindih’ sewaktu tidur. Malah, ada antara kita yang pernah mengalami sendiri pengalaman ‘kena tindih’ sewaktu tidur.
Mengikut kepercayaan masyarakat, pada kebiasaannya fenomena ‘kena tindih’ ini seringkali dikaitkan dengan gangguan dari makhluk halus.
Namun begitu, pernahkah kita terfikir apakah penjelasannya fenomena ‘kena tindih’ ini dari perspektif sains? Tentu ada kajian yang pernah dibuat. Apakah sebabnya dan bagaimana mengatasinya?
Apakah Sebenarnya Yang Berlaku?
Mengikut pemahaman masyarakat, fenomena kena tindih ini terjadi apabila seseorang individu itu tidak dapat menggerakkan seluruh tubuh dan kadang-kadang seperti terasa ada ‘sesuatu’ beban yang ditindih di atas tubuh sehingga menyebabkan kita seolah-olah lumpuh dan tak boleh bergerak walaupun menggerakkan hujung jari! Ada sesetengahnya dikatakan melihat makhluk-makhluk halus yang menindih tubuh mereka. Jujurnya kalau ditanya sesiapa yang membaca artikel ini, pasti ada yang pernah mengalaminya.
Daripada kajian tentang fenomena ini, fenomena ‘kena tindih’ ini dari segi saintifiknya dinamakan sebagai “sleep paralysis” atau pun istilah melayunya adalah “lumpuh dalam tidur”. Keadaan ini terjadi apabila seseorang itu seperti yang dinyatakan sebelum ini, tidak dapat menggerakkan tubuh buat sementara.
Keadaan lumpuh sementara ketika tidur ini biasanya terjadi ketika 2 keadaan iaitu bila mana transisi kita dari sedar dan mula mahu tidur (hypnagogic paralysis) atau pun bila mana kita baru-baru hendak terjaga dari tidur yang lena (hypnopompic paralysis).
Dalam keadaan normal, manusia akan mengalami beberapa peringkat tidur. Bila tubuh mula masuk ke peringkat REM (Rapid Eye Movement) iaitu tidur yang nyenyak (peringkat ini bebola mata manusia bergerak-gerak). Otak akan memberikan isyarat kepada tubuh agar berehat dan “switch off”. Jadi, tubuh kita akan “switch off” untuk tidur. Dalam pada itu, otak manusia juga seperti tubuh, ada butang “switch off” yang dipanggil sebagai Reticular Activating System (RAS). Justeru, bila otak kita sudah “switch off” tubuh kita selepas itu otak akan “switch off” RAS ini.
Selepas peringkat ini, tubuh badan manusia akan berada dalam keadaan yang dipanggil fungsi automatik (automatic function) iaitu hanya organ seperti jantung sahaja yang berdegup untuk pernafasan. Diibaratkan, kalau komputer, pada masa ini dalam keadaan ‘hibernate’ dan hanya ‘screen saver’ yang muncul di skrin komputer.
Seterusnya, apabila kita bangun dari tidur, RAS ini akan di ‘switch on’ kembali dan kita dalam keadaan sedar sepenuhnya TETAPI kadang-kadang otak tidak memberikan isyarat kepada tubuh untuk ‘switch on’ kembali dan bangun dari lena menyebabkan tubuh kita berada dalam keadaan lumpuh seketika iaitu sebelum otak kembali ‘switch on’ badan kita.
Memang agak menakutkan keadaan ini tetapi itulah hakikatnya dari segi sains. Keadaan paralisis itu tidak semestinya terjadi sepenuhnya, ada masanya hanya sebahagian sahaja. Dalam sesetengah kes, ada individu yang boleh menggerakkan ibu jari walaupun tubuh lumpuh seketika.
Paling terbaiknya, kadangkala ‘sleep paralysis’ ini datang dengan pakej halusinasi sama ada dalam bentuk audio (dengar bunyi pelik-pelik) atau visual (lihat benda bukan-bukan) mahu pun tactile (deria sentuhan terasa ada sesuatu menindih).
Antara penyebab yang boleh mencetuskan keadaan ‘sleep paralysis’ ini termasuklah
- Tidur dalam posisi terlentang terlalu lama
- Jadual tidur yang tak menentu (irregular sleep clock)
- Tidak cukup waktu tidur (sleep/rest deprivation)
- stress yang difikirkan dalam otak seperti masalah keluarga atau kewangan.
- Pertukaran gaya hidup secara mendadak. Contohnya aktiviti harian tak banyak fizikal seperti duduk pejabat sahaja tetapi besoknya aktiviti fizikal yang mendadak seperti mendaki gunung atau kayuh basikal 100 Kilometer!
- Orang yang ader penyakit narcolepsy
Langkah pencegahah yang boleh dilakukan
Pada kebiasaannya, pakar-pakar kesihatan akan menyarankan agar anda mengambil segelas susu sebelum tidur untuk mendapat tidur yang lebih berkualiti. Bagi anda yang selalu mengalami masalah ditindih atau sleep paralysis ini mahupun anda yang mengalami insomnia, anda mempunyai pilihan untuk tidur yang lebih lena dengan mengambil supplemen semulajadi bebas dadah keluaran Shaklee iaitu Ostematrix.
Menurut kajian oleh James Penland dari Human Nutrition Research Centre di North Dakota, pemgambilan diet yang mempunyai magnesium yang tinggi dan aluminium yang rendah akan meransang tidur yang lebih lena. Namun, perlu diingat pengambilan magnesium dan kalsium perlu seiring dan seimbang bagi memberikan kesan kesihatan optimum kepada setiap individu. Justeru, kalsium dan magnesium ini perlu di ambil bersama-sama untuk hasil yang optimum.
Anda juga boleh mengambil minyak ikan terbaik Shaklee iaitu Omegaguard sekiranya anda ada asthma yang mengganggu tidur lena anda. Bukan itu saja, ia membuatkan badan yang cergas dan otak yang cerdas.
Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya
Call/Whatsapp/Sms : +6011-15690082
Emel : hello@celikvitamin.com
FB Fanpage: Celikvitamin
Facebook: Adilah Manaf
Perubatan barat kata ini terjadi sebab kita tidur dalam keadaan letih dan terjaga tiba-tiba. Tapi punca gangguan untuk terjaga dgn tiba-tiba tu adalah sesuatu yang belum dikenalpasti sampai sekarang.
Mengikut pengalaman, ianya disebabkan sergahan berbentuk getaran pada telinga. Dan getaran ini adalah tanpa penjelasan dari perubatan barat.