Anda sebagai seorang ibu pasti mahu yang terbaik buat si manja tersayang. Untuk memberikan yang terbaik para ibu perlu memberikan diet lengkap disertakan dengan vitamin khas bagi memastikan anak mendapat diet lengkap dan nutrisi yang sempurna dari susu ibu. Apakah yang dimaksudkan sebagai LENGKAP? Lengkap di sini bukan hanya merujuk kepada tips diet untuk tambah susu ibu MALAHAN adalah untuk memastikan ibu juga mendapat khasiat yang selengkapnya supaya terus kekal bertenaga dan cukup sihat untuk mengharungi hari-hari yang sibuk dengan pelbagai tanggungjawab yang perlu dilunaskan!
Justeru, mari kita sama-sama buat satu pemeriksaan. Adakah nutrisi harian kita cukup sihat, lengkap dan mencukupi?Anak anda akan mendapat segala zat makanan yang diperlukan melalui medium susu ibu. Zat-zat yang diperlukan oleh bayi anda ini sebenarnya diserap daripada tubuh ibu dan disalurkan kepada si manja melalui susu ibu. Apabila bayi menyusu, zat-zat makanan yang diperlukan itu akan dipindahkan kepada mereka. Justeru, jika anda faham konsep yang mudah ini sebab itulah betapa pentingnya ibu untuk mengambil zat makanan yang lengkap dan mencukupi. Dalam masa yang sama, si ibu tidak boleh mengabaikan kesihatan diri sendiri dan membiarkan tubuh mengalamai ‘kesengsaraan’ impak dari kekurangan zat makanan tertentu yang telah dibekalkan kepada bayi anda. Anda dinasihatkan untuk mengambil makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, makanan berserat serta snek berkhasiat bagi memastikan zat makanan adalah cukup lengkap dan mencukup bagi ibu menyusu.
6 TIP PEMAKANAN SEMASA MENYUSU BADAN DARI DR. RAJA JUHAIDAH RAJA ABDULLAH
1. Beri tumpuan kepada wholegrain dan bijirin, buah-buahan segar, sayuran dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi.
2. Adalah sangat penting untuk minum air dengan secukupnya untuk memastikan anda sentiasa well hydrated semasa menyusu. Minumlah 8-10 gelas sehari, ketika menyusu badan, oxytocin dirembeskan dan ini akan membuat anda merasa dahaga, tetapi ia tidak mengurangkan bekalan susu anda.
3. Semasa mengandung, cuba kurangkan pengambilan minuman berkafin atau alkohol. Kafina boleh berkumpul di dalam susu badan dan boleh menyebabkan bayi anda terganggu.
4. Anda boleh meneka ada sesuatu yang tidak kena pada pemakanan anda sekiranya ia menyebabkan bayi anda menangis, fussy atau tidak dapat tidur dengan nyenyak.
5. Makanlah vitamin dan zat besi secukupnya semasa hamil supaya anda tidak mengalami anemia semasa hamil dan semasa pantang.
6. Amalkan memakan tablet kalsium kerana ia merupakan bahan yang penting untuk membina tulang bayi. Ramai ibu yang menyusukan bayi kekurangan kalsium lebih-lebih lagi selepas penyusuan eksklusif.
- Vitalea
- B Complex
- Vitamin C
- Alfalfa
- Ostematrix
- ESP
- Performance Drink
- Nutriferon
TERLALU BANYAK? Tidak perlu ambil atau makan semua. Jika ambil semua pun, anda tidak perlu khuatir kerana semuanya berjadual secara sistematik. Hubungi saya untuk mengetahui vitamin mana yang anda perlukan. Semuanya mengikut bajet dan keperluan anda.
VITALEA atau Multivitamin dengan formula zat besi
Multivitamin beserta iron sangat penting utk pembentukan darah dan sel.Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita). Pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang.
B complex
Lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil..dan wajah berseri. B adalah akronim untuk ‘Beauty’
Vitamin C
Bertindak sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan dan menjadikan kulit lebih cantik.
Alfalfa
Dikenali sebagai Raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu mencepatkan penghasilan susu ibu (milkbooster). Juga untuk merapatkan keintiman.
Kalsium atau Ostematrix
Dalam susu ibu, antara komposisi vitamin yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk membina darah, membina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu. Jika dibiarkan sahaja, si ibu pula tak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua. Oleh itu, pengambilan sumber kalsium tak boleh dipandang ringani. Jika anda perasan, sesetengah ibu yang melalui menstrual (period), susunya akan merundum. Ini disebabkan oleh kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkir.
Energizing Soy Protein (ESP) atau Soy Protein Isolate Powder
Komposis vitamin utama dalam susu ibu ialah protin. Protin adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protin iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protin berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protien. Selain itu protien dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga. Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. Apabila kita memasak sumber protein seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.
Performance Drink
Minuman yg mengandungi imbangan elektrolit yg sempurna utk membantu mencegah dehydration, seperti minuman isotonik. Ibu menyusu sering rasa dahaga dan kadangkala pening atau pitam selepas menyusu/mengepam..ini mungkin disebabkan kekurangan air dalam badan.
Nutriferon
Membantu meningkatkan sistem imun bagi ibu dan anak. Jika anda atau anak sering demam, batuk, sakit dan sebagainya..mungkin anda perlukan ini utk membantu meningkatkan sistem imun.
Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya
Call/Whatsapp/Sms : +6019-324 4525
Emel : hello@celikvitamin.com
FB Fanpage: Celikvitamin
Facebook: Adilah Manaf