Siapa Kami?

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera,

Hi semua pembaca Celikvitamin.com yang budiman!

Celikvitamin.com adalah platform online yang berkongsi tentang tips-tips kesihatan, nutrisi, wellness, supplemen, vitamin dan juga perniagaan. Platform ini diasaskan semenjak tahun 2012 dan memaparkan fakta-fakta saintifik dan informasi yang ‘reliable’ kerana segala maklumat yang disajikan dalam blog ini telah pun dirujuk terlebih dahulu dari pakar-pakar dan sumber yang sahih dan dipercayai.

Celikvitamin.com adalah blog yang sangat aktif dengan trafik melebihi 1 juta pelawat secara tahunan dan menjadi sumber rujukan buat mereka yang ingin mencari informasi tentang kesihatan, nutrisi dan vitamin khususnya.

Kami sangat menitikberatkan tentang kesahihan fakta dan rujukan saintifik terutama dalam bidang supplemen kerana pasukan kami adalah bukan sahaja pengguna produk Jenama Shaklee malah distributor bertauliah yang mendapat sijil dan pengiktirafan dari pihak Shaklee Malaysia  semenjak Ogos 2011. 

Team Celikvitamin.com

Celikvitamin.com diasaskan oleh pasangan suami isteri iaitu Master Nur Adilah Abdul Manaf dan Master Fahmy Shuhaimi. Mereka berdua adalah business partner dalam perniagaan Shaklee. Telah ditabalkan sebagai Master Coordinator Shaklee iaitu pangkat tertinggi dalam perniagaan Shaklee semenjak tahun 2017 dan merupakan agen pengedar berdaftar produk Shaklee. Mereka berdua merupakan pengasas kepada Celikvitamin Group (CVG) iaitu salah satu dari jaringan peneraju pengedar Shaklee terbesar di Malaysia.

Master Adilah Manaf menyambung pengajian ijazah dalam bidang Sains Kimia di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Manakala Master Fahmy Shuhaimi pula dalam bidang Sains Fizik di Universiti Malaya. Selain itu, Master Fahmy Shuhaimi juga adalah pemegang ijazah sarjana muda dengan kepujian dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dari Open University Malaysia (OUM).

Rujukan web Shaklee Malaysia: Master Adilah Manaf & Fahmy Shuhaimi 

Sehingga kini, mereka adalah antara beribu-ribu pengguna yang berpuashati dengan Shaklee. Justeru, atas dasar ingin berkongsi tentang kebaikan dan manfaatnya, maka mereka telah mengambil keputusan untuk berkongsi tips dan informasi tentang kehidupan yang lebih sihat dan ekonomi yang lebih baik.

Penulis Tamu Celikvitamin.com

Untuk memastikan variasi, ‘reliability’ dan meningkatkan mutu penulisan dalam Celikvitamin.com, pihak pengasas telah mengundang 2 orang penulis tamu untuk menyumbang artikel dan buah fikiran mereka dalam bidang masing-masing.

1. Prof. Dr. Abdul Manaf bin Ali 


Prof Dr Manaf Ali adalah Pengarah Institut Kajian Pengeluaran Pertanian dan Inovasi Makanan di Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza). Pemegang ijazah sarjana muda Bsc(Biology) dari UKM, kemudian menyambung pengajian di peringkat sarjana dalam bidang Radiation Biophysics di Dundee University dan menyempurnakan doktor falsafah (PhD) dalam bidang Experimental Hematology di St.Andrews University.

Beliau merupakan saintis yang berkepakaran dalam bidang seperti PCR, cancer biology, Chromatography, Biotechnology, Apoptosis, Cell Proliferation, Antibodies, Antimicrobials, Botany, Antibiotics, Antibacterials,Cytotoxicity, Cell Cycle Analysis, Cell Cycle, Animal Cell Culture & lain-lain.

Rujukan:

Universiti Sultan Zainal Abidin Unisza

Akademi Sains Malaysia

Google Scholar Citations

 2. Prof. Dr. Nashriyah Mat

PhD (Plant Eco-physiology), BScHons (Botany-Plant systematics)

Prof Dr Nashriyah Mat adalah Profesor dalam bidang botani dan merupakan bekas Timbalan Dekan di School of Agricultural Sciences and Biotechnology, Faculty of Bioresources and Food Industry, Unisza. Pemegang pHd dalam bidang Plant Eco-physiology dari University of St Andrews memulakan karier di Agensi Nuklear Malaysia sebagai pegawai saintis di Bahagian Agroteknologi dan Biosains dari  1986 sehingga 2007. Kemudian, beliau meneruskan perkhidmatan di Unisza sehingga kini.

Kepakaran beliau termasuklah kajian dalam bidang-bidang berikut iaitu agriculture, biotechnology, Plant Biology, Plant Nutrition, Antioxidant Activity, Organic Farming, Antioxidants, Botany, Plants, Nutrient Management, Medicinal Plants, Anatomy, Abiotic Stress, Medicinal Plants and Herbs, Pesticides, Plant Anatomy, Herbal Plants, Mineral Nutrition, Ethnomedicinal Botany, Carbon-14 Radioactivity dan lain-lain.

Rujukan:

Universiti Zainal Abidin (Unisza)

Google Scholar