Cara Berkesan Merawat Bell’s Palsy Supaya Sembuh Dengan Cepat

Bell’s Palsy adalah sejenis penyakit yang menyebabkan sebahagian otot muka menjadi lemah lalu menjadi lumpuh. Kerosakan pada saraf yang mengawal otot sebelah muka menyebabkan sebahagian muka itu menjadi berat dan jatuh. Bila dilihat dari hadapan, wajah pesakit Bell’s Palsy seolah-olah senget sebelah.

Walaupun begitu, perlu diingatkan. Bell’s Palsy bukanlah serangan stroke dan berita baiknya ia tidak berbahaya seperti serangan angin ahmar.

Kerosakan saraf pada otot muka ini menjejaskan deria rasa dan kawalan terhadap penghasilan air liur dan juga air mata. Penyakit ini datang menyerang secara tiba-tiba, biasanya dalam masa semalaman sahaja. Kebiasaannya, ia akan pulih dengan sendirinya tetapi memakan masa lama untuk sembuh.

Cara Berhenti Merokok Berkesan Dalam Tempoh Kurang Dari Sebulan

Kebanyakan perokok tegar sebenarnya tahu bahawa merokok tidak baik untuk kesihatan bahkan mengundang bahaya kepada orang di sekeliling mereka. Mereka tahu mereka perlu berhenti tetapi mereka juga tahu ia sangat-sangat susah untuk berhenti dari tabiat buruk ini.

Mujurlah, ada banyak bantuan dan cara yang boleh dicuba untuk berhenti merokok pada masa ini. Namun, mereka memerlukan keazaman yang kuat dan kesabaran yang tinggi untuk berhenti merokok memandangkan kebanyakan perokok tegar telah merokok sejak usia belasan tahun.

Sokongan moral dari keluarga dan kawan-kawan sangat diperlukan jika kita benar-benar mahu berhenti merokok.

7 Tips Pastikan Kita Tidak Di Serang Stroke Angin Ahmar 

Strok adalah penyakit yang mengancam nyawa. Angin ahmar berlaku apabila keadaan gumpalan darah terjadi dalam saluran darah dan menyekat apabila bekalan darah ke bahagian otak sehingga menyebabkan sel otak tidak berfungsi dan mati.

Angka statistik menunjukkan bahawa 80 peratus kes serangan stroke boleh dicegah sekiranya kita tahu dan faham apa yang perlu dilakukan untuk menghindari penyakit ini. Luangkanlah masa untuk membaca kerana ia mungkin menyelamatkan nyawa orang yang anda sayang.

Risiko Dan Cara Mencegah Serangan Stroke Atau Angin Ahmar

Stroke atau Angin Ahmar adalah satu situasi di mana sel otak tidak dapat berfungsi apabila berlakunya halangan (blockage) atau penyempitan saluran darah yang mengangkut darah ke otak.

Penyempitan salur darah ini menyebabkan darah tidak dapat membekalkan nutrisi dan oksigen yang diperlukan oleh otak untuk berfungsi dengan sempurna. Sel otak berkemungkinan rosak dan mati akibat kekurangan bekalan oksigen.

Kesan serangan stroke ini menyebabkan tubuh pesakit akan terjejas dari segi percakapan, daya ingatan, daya berfikir, deria rasa dan cara tubuh bekerja.

Apabila seseorang diserang angin ahmar, pesakit akan tidak sedarkan diri dan lemah sebahagian anggota badan. Ia berisiko menyebabkan kecacatan kekal. Statistik juga menunjukkan stroke atau angin ahmar ini antara penyebab utama yang menyebabkan kematian di Malaysia.

Penawar Membantu Sembuh Dari Penyakit Angin Ahmar Atau Stroke

Penyakit Stroke menunjukkan peningkatan yang jelas pada setiap tahun. Pada tahun 2012 dianggarkan statistik kematian dari penyakit angin ahmar ini adalah 30 ke 35 peratus daripada 1000 kes serangan stroke di Hospital Kuala Lumpur sahaja.

Lebih menakutkan, penyakit stroke yang dulu sinonim dengan warga yang lebih berumur, kini tidak lagi mengenal usia. Malah, ada yang atlet sukan Malaysia yang berusia 20-an pun telah maut diserang penyakit berkaitan jantung ini.

Sebelum ini saya sudah berkongsi tentang 7 Cara Untuk Pastikan Kita Tidak Diserang Stroke dan Simptom & Risiko Stroke, kali ini saya ingin berkongsi tentang penawarnya pula.

Cara Merawat & Mencegah Penyakit Tangan Kaki & Mulut HFMD

Ini adalah panduan untuk ibu bapa dalam usaha kita untuk mencegah penyakit tangan, kaki dan mulut ini atau dalam istilah inggerisnya dikenali sebagai ‘Hand, mouth and foot disease’ atau (HFMD).

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) ini merupakan penyakit yang biasanya menjangkiti kanak-kanak yang berusia 10 tahun dan ke bawah. Lepuhan yang berisi cecair akan tumbuh di tangan kaki dan juga mulut kanak-kanak tersebut.

HFMD ini disebabkan oleh virus dari kumpulan enterovirus. Ianya merebak dari seorang individu kepada individu yang lain sekiranya ada sentuhan secara langsung melalui air liur, najis, air liur mahu pun dari lelehan cecair lepuhan kanak-kanak yang dijangkiti itu. Biasanya, kanak-kanak yang berusia di bawah 5 tahun sering dijangkiti penyakit ini kerana sistem imunisasi mereka yang tidak seperti orang dewasa.

Cara Berkesan Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat

Kebiasaannya, jerawat akan meninggalkan kesan parut yang kemerah-merahan dan kadangkala kehitaman yang merimaskan mata bila melihat wajah di dalam cermin.

Tetapi ketahuilah sebenarnya parut jerawat ini sebenarnya jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan akan pudar dan lama kelamaan akan hilang dengan sendiri. Namun ia mengambil masa yang lama sampai kadang-kadang bertahun-tahun. 

Kita pula terutamanya kaum wanita sangat menitikberatkan kecantikan kulit. Bukan apa kerana kulit yang sihat, cantik dan mulus akan meningkatkan keyakinan untuk berhadapan dengan orang-ramai. Lebih-lebih lagi jika bidang tugas kita terpaksa berhadapan dengan klien.

Penampilan diri secara keseluruhannya memang perlu dijaga. Oleh itu, kita tak mahu menunggu bertahun-tahun untuk parut jerawat hilang dan kalau boleh kita mahu ia hilang segera!