Alhamdulillah! Kini Kami Berada Di Rank Tertinggi Master Coordinator Shaklee.

Alhamdulillah. Syukur atas rahmat Allah ke atas kami.

Akhirnya sampai juga kami ke puncak Master Coordinator setelah 5 tahun 6 bulan kami mengharungi pelbagai pengalaman yang mewarnai perjalanan kami menuju destinasi.

Ya benar. Kami ambil masa 5 tahun 6 bulan untuk sampai ke kemuncak perniagaan Shaklee ini.

Kekal Bersemangat Seperti Hari Pertama Kita Jatuh Cinta! 

Mengimbas kembali ketika mula-mula serius dengan Shaklee ini. Betapa yakinnya kami dengan peluang Shaklee ini adalah satu karier sepanjang hidup sehinggakan setiap pagi kami bangun, kami akan kekal bersemangat seperti hari pertama kami kenal Shaklee.

Alhamdulillah. ‘Excitement’ itu kekal hingga ke hari ini dan sampai bila-bila. Tetapi, ‘excitement’ sahaja tak cukup memotivasikan organisasi sekiranya kita masih di tahap yang sama setiap masa. Justeru, kami perlu buktikan bahawa gelaran master coordinator sebenarnya adalah tidak mustahil dan boleh dicapai.

Selaras dengan prinsip kita sebagai seorang muslim. Bila kita mulakan sesuatu perkara, maka pastikan hingga ke garisan penamat dan bukan sekadar separuh jalan. Itulah sepatutnya menjadi penanda aras kita sebagai muslim profesional dan cemerlang.

Apakah rahsia kami boleh pergi ‘cepat’?

Baru-baru ini kami telah ditanya dengan soalan berikut.

Apakah rahsia kami boleh pergi ‘cepat’? Naik rank senior key koordinator dan kemudiannya terus pecut ke ‘master koordinator’ pada bulan berikutnya?

Soalan yang nampak mudah tapi sebenarnya simbolik kepada sikap tipikal rakyat Malaysia. Sukakan sesuatu yang bersifat ‘fast result’. Bila ambil Vitamin C hari ini, ‘expectation’ sangatlah tinggi, bangun besok pagi kulit dah cantik dan mulus. Semuanya ingin hasil dalam masa singkat dengan cara paling mudah.

Biasanya, apa yang nampak dimata orang ialah bila kita dah sampai ke garisan penamat.  Apa yang kita nampak pada Lee Chong Wei ialah juara badminton kelas dunia. Tapi disebalik airmata kegembiraan setiap kali meraih kejuaraan, tiada yang nampak cerita disebaliknya. Tak pernah gagal untuk bangun awal setiap pagi berlari sejauh 10 kilometer dan berlatih berjam-jam setiap hari konsisten tanpa gagal.

Begitulah juga dengan kami. Disebalik kejayaan kami pada hari ini, ia sebenarnya adalah hasil kesabaran dan konsisten melakukan 3S dalam Shaklee.

  • Apa yang orang tak nampak ialah betapa ‘persistence’ kami meneruskan perjuangan walau anak bisnes bertukar arah dan di saat sahabat ramai yang mula sangsi dengan Shaklee.
  • Apa yang orang tak nampak betapa sabar kami ‘servicing’ anak-anak menjadi seorang pemimpin kumpulan sehingga mampu mengemudi kumpulan masing-masing.
  • Apa yang orang tak nampak betapa konsisten kami ‘sharing’ peluang bisnes dan kebaikan produk Shaklee setiap hari.
  • Apa yang orang tak nampak betapa komited kami ‘sponsoring’ setiap ahli baru untuk memperkembang kumpulan.
  • Apa yang orang tak nampak ialah betapa gigih kami ‘move-on’ menahan perit bila pelan kami untuk naik senior key coordinator pada Disember 2013 dan Master Koordinator Januari 2014 gagal.

Perjalanan menuju ke peringkat tertinggi Master Koordinator ini bukan semudah satu garisan yang lurus dari point A ke point B. Adakalanya apa yang dirancang tidak menjadi. Istilah putus asa tidak pernah wujud dalam kamus perjuangan kami. Berkat sokongan dan tunjuk ajar dari mentor yang betul serta kurangkan alasan, Percayalah! Destinasi itu pasti tiba!

KLCC Tidak Di Bina Dalam Masa Sehari Namun…

KLCC tak dibina dalam masa sehari namun ia tidak memakan masa 1000 tahun untuk disiapkan. Kita bukan mahu membina tamadun Rom. Tetapi kita perlu tetapkan ‘time-frame‘ supaya proses untuk membina tapak dapat dilakukan dengan sempurna supaya tidak roboh jika dibina terlalu cepat. Syaratnya mudah, buat perancangan dan laksanakan perancangan 100 peratus tanpa tangguh!

Yup! Ini semua sebenarnya adalah satu proses. Proses yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Proses yang mematangkan kita dalam bisnes. Proses ini akan menghasilkan momentum yang akan terbina sedikit demi sedikit dalam organisasi kita. Momentum ini akan berterusan. Semakin lama semakin kuat dan semakin laju.

Sehinggalah akhirnya, tanpa kita sedari saat perjalanan kita sudah sampai ke kemuncak dan kini kami telah bergelar Master Coordinator Shaklee!

Sekiranya anda yang sedang membaca entri ini sedang membuat pertimbangan. Silakan baca:

  1. Kenapa Shaklee Adalah ‘The Best In The Industry’ dan penuh keberkatan
  2. Kenapa Anda Perlu Pilih Group Kami Yang Super Best Ni!
  3. 5 Sebab Kenapa Suami Perlu Izinkan Isteri Berbisnes Shaklee

Kami tak kata ianya sesuatu mudah tapi ianya SANGAT-SANGAT BERBALOI.

Ingat! Never. Never. Never Give-up. Built to last!

Master Coordinator Shaklee & Founder Celikvitamin Group

Master Fahmy Shuhaimi Dan Master Adilah Manaf

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

adilahmanaf@celikvitamin.com

Shaklee ID : 866551

15 comments for “Alhamdulillah! Kini Kami Berada Di Rank Tertinggi Master Coordinator Shaklee.

  1. 10 March, 2017 at 4:04 pm

    Tahniah Master Adilah Manaf dan Master Azrul Fahmy..We are proud to be part of the Celik Vitamin Group
    zara recently posted…Bagaimana Mengelakkan Pospartum Depression Atau Meroyan Semasa BerpantangMy Profile

  2. 10 March, 2017 at 4:21 pm

    Saya bangga mengenali dan menjadi ahli Celik Vitamin Group. Never. Never. Never Give up menjadi pencetus semangat yang kadang-kadang hilang. Congrats Master Adilah Manaf and Master Fahmy.
    iedanoor recently posted…Info Sihat : 10 Diet Pemakanan untuk Anti Penuaan AndaMy Profile

  3. 10 March, 2017 at 4:51 pm

    Tahniah Master Fahmy dan Master Adilah, alhamdulillah sangat berbangga dan bersyukur berada di dalam empayar yang super duper best nie. Semoga Master terus cemerlang dunia akhirat.

  4. 10 March, 2017 at 7:05 pm

    Tahniah master Fahmy dan master adilah…
    Norma recently posted…CARA MENGHILANGKAN LETIHMy Profile

  5. 11 March, 2017 at 12:10 am

    Tahniah Master Fahmy dan Master Adilah.
    Proud to be your Protegee..
    Huda recently posted…HOW TO HAVE AN AUTOMATED BUSINESS?My Profile

  6. 13 March, 2017 at 11:16 pm

    Tahniah master…membakar semangat kami juga…never….never…give up.cvg the best

  7. NURULASHIKIN SATIMAN
    13 March, 2017 at 11:29 pm

    Tahniah Master Fahmy dan Master Adilah..semangat perjuangan bonda dan apak menjadi inspirasi buat saya..

    Never, never, never give up..Built to last..

  8. 14 March, 2017 at 9:25 am

    Tahniah master Adilah & master fahmy..akk bangga menjadi salah seorang leader dlm CVG…terima kasih x jemu2 bg tunjuk ajar pada kami semua…semoga akak berjaya juga capai puncak tertinggi dalam shaklee suatu hari nanti…

    Never never never Give UP !!!!
    Built To Last !!!

  9. 2 April, 2017 at 12:02 pm

    Kejayaan master sangat memberi inspirasi pada kami…congrates!!

  10. 2 April, 2017 at 12:08 pm

    Tahniah Master Fahmy and Master Adilah!!
    Nadimah Muhammad recently posted…CARA MENGATASI SAKIT TUMIT KRONIK (PLANTAR FASCITIS)My Profile

  11. 2 April, 2017 at 12:45 pm

    Saya nampak, bila business terlampau mudah, akhirnya mereka lupakan sebuah cerita keseronokan, dan akhirnya berpindah pindah business tanpa prinsip . Memilih sesuatu yang mencabar, hanyalah untuk orang yang betul betul hebat, Tahniah kami ucapkan dari team Diet Diet Sihat

  12. 2 April, 2017 at 2:08 pm

    tahniah Master Fahmy & Master Adilah.. Korang memang hebat

  13. 4 April, 2017 at 11:48 am

    Tahniah Master Adilah dan Master Fahmy.
    NAJIHAH BINTI ABDUL MUTALIB recently posted…Doktor Sahkan Ketumbuhan Di Payudara Hilang Selepas 3 Minggu Amalkan VivixMy Profile

  14. 5 May, 2017 at 9:21 am

    Tahniah Master Adilah & Fahmy! Inspiring sangat kisah perjalanan korang dalam Shaklee nie… Superb!
    arnie recently posted…Anak Sakit Resdung Mengadu Sesak Nafas, Rupanya Sinus Bengkak TerukMy Profile

  15. AYU
    13 June, 2017 at 4:17 am

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge