Zaman sekarang mudah untuk kita beli pelbagai produk skincare untuk kecantikan kulit. Ada yang suka bertukar-tukar sehingga kulit muka rosak.
Sikap kerap bertukar skincare ini sebenarnya mendatangkan masalah kepada kulit tanpa disedari. Akibatnya kulit muka akan menghadapi masalah seperti terlalu kering, berjerawat, berminyak, bersisik dan sebagainya.
Namun begitu, ada beberapa tanda untuk kita kesan sama ada muka kita tak sesuai dengan set penjagaan kulit yang kita pakai.
6 Tanda Anda Perlu Tukar Skincare Sebelum Terlambat
Almaklumlah. Sekarang ini ada pelbagai produk ‘self-proclaimed’ selamat, jadi kita mesti berhati-hati untuk meletakkan skincare di atas kulit muka kita yang cantik itu. Silap hari bulan, nanti muka ‘break-out’ teruk dan ambil masa untuk dirawat.
1.0 Gatal-Gatal Dan Ruam Adalah Petanda Buruk
Jika kulit kita jadi merah, bengkak, tumbuh ruam dan gatal itu adalah tanda sesuatu bahan dalam skincare tersebut bertindakbalas dengan kulit.
Ruam boleh terjadi disebabkan pengawet, pewangi atau ‘acrylate’ yang terdapat dalam kosmetik itu. Justeru, elakkan set penjagaan kulit yang terlalu wangi dan kandungan bahan pengawet terlampau. Lihat jika ada perubahan selepas kita berhenti dari mengguna skincare itu.
2.0 Kulit Muka Terasa Terlalu Ketat Dan Tegang
3.0 Kulit Wajah Mengelupas Teruk
Ada pelbagai variasi untuk kulit mengelupas (exfoliate) antaranya menggunakan asid, skrub, berus, krim retinol dan lain-lain. Tapi adakah cara ini selamat, semulajadi dan berkesan?
Jika terlalu banyak method digunakan untuk proses ‘exfoliating’ ini akan menyebabkan kulit menjadi gatal, merah-merah, menggelupas dan menjadi terlau sensitif terutama kepada sinar UV.
4.0 Kulit Muka ‘Break-Out’ Teruk
Bila kita menghadapi masalah jerawat, kita cenderung untuk letak pelbagai krim anti jerawat. Sebenarnya, jika terlalu banyak jenama produk disapu ke muka ia akan menjadi tak produktif.
Ini kerana pelbagai set penjagaan kulit dengan pelbagai ramuan bercampur dan digunakan pada masa yang sama sebenarnya akan menjadi ‘trigger’ yang menyebabkan lebih banyak jerawat terhasil. Ini sekaligus menyebabkan ‘break-out’ menjadi lebih kronik dari sebelumnya kerana kulit mungkin jadi terlalu kering dan merengsa.
5.0 Hati-Hati Jika Kulit Jadi Bersinar Tapi Kurang Berminyak
Benar. Ini kerana mungkin kerana skincare yang kita guna buat kulit kita terlalu ‘over-exfoliate’ dan mengakibatkan kehilangan terlalu banyak permukaan sel kulit yang mati dari sepatutnya.
Yang terbaik ialah permukaan sel kulit yang mati hilang secara beransur dan permukaan kulit tak menjadi terlalu ‘shiny’ dan kurang berminyak. Segalanya perlu berpada-pada.
6.0 Kulit Menjadi Terlalu Berminyak
Biasanya, kadar kelembapan muka kita adalah di tahap seimbang. Kadangkala, bila kita rasa kulit berminyak, cepat-cepat kita tukar skincare dengan harapan kulit berminyak dapat dikurangkan.
Tetapi, bila muka berminyak ia adalah side effect yang menunjukkan kulit kita terlalu kering sebenarnya. Jadi, bila kita tukar kepada skincare lain ia memburukkan lagi keadaan.
Pilih Skincare Yang 100% Selamat, Semulajadi & Berkesan
Hakikatnya, dari semua tips yang saya kongsi di atas, sudah tertentu yang terbaik pastikan set skincare yang akan disapukan ke muka kita itu betul-betul semulajadi, selamat dan berkesan. Bebas dari merkuri dan paraben. Banyak yang ‘claim’ produk mereka semulajadi tapi tak dibuktikan oleh sains pun.
Saya ingin berkongsi dengan semua. Awal tahun 2018, saya telah dipilih bersama dengan 50 yang lain dari 30 juta rakyat Malaysia ini untuk mencuba set skincare Youth ini. Set penjagaan kulit ini mengambil masa selama 8 tahun untuk diuji bagi memastikan 100% semulajadi, selamat dan berkesan sebelum dipasarkan.
Saya sangat teruja memandangkan saya sangat teliti untuk memilih skincare kerana kulit memang ‘breakout’ agak teruk. Apa yang menyebabkan saya ingin cuba kerana set penjagaan kulit ini bukan saja semulajadi tapi dijamin bebas dari 1,500 bahan kimia yang wajib ada dalam kebanyakan produk di pasaran.
“Youth Is Hope. Youth Is You.”
Inilah kata-kata spontan yang terpacul keluar dari mulut bila saya terpilih sebagai duta Youth Shaklee dan memberikan testimonial secara langsung di atas pentas Sunway Convention Centre dihadapan ribuan audience yang hadir!
Benar! Youth Skincare Shaklee 100% berkesan atas kulit saya dan banyak testimonial termasuklah rakan saya yang sudah 20 tahun ada masalah parut dalam dan pori besar. Produk ini mengembalikan keyakinan kepada ramai pengguna setelah hampir setahun pelancarannya di Malaysia.
Semasa saya ditemuramah, saya baru mencuba Youth ini untuk 20 hari. Ternyata masalah jerawat saya kurang, kadar penyembuhan semakin cepat. Kulit saya semakin licin, lembab dan glowing. Paling ‘happy’ bila suami sendiri puji, tona kulit saya semakin cerah dan sekata.
Ini rakan saya yang bermasalah parut jerawat yang dalam dan pori yang besar. Masalah yang menghantui beliau selama 20 tahun. Pakar kulit pun nasihatkan untuk buat rawatan laser untuk hilangkan parut.
Tetapi setelah konsisten guna Youth Shaklee selama 14 hari. Ternyata parut semakin cetek dan pudar!
Bukankah ini adalah satu harapan buat mereka yang diluar sana? Biasanya, kebanyakan produk skincare diperagakan oleh super model yang memang sedia cantik. Dengan Youth semua itu bukan lagi mustahil!
Youth Sesuai Untuk Semua
Ini part yang paling best. Youth skincare ini, sesuai untuk semua jenis kulit sama ada berminyak, kering dan lain-lain. Skincare ini juga sesuai untuk lelaki dan wanita. Merentasi sempadan gender gittew.
Set penjagaan kulit Youth ini juga sesuai untuk setiap peringkat usia sama ada 20-an atau 50-an dan ke atas.
Puan Norsyaheera berusia 20-an mengamalkan Youth untuk kulit kekal sihat dan anjal serta rawatan jerawat.
Puan Rozita yang berusia 50-an mengambil Youth untuk tujuan mengurangkan kedutan dan jeragat degil di sekitar mata. Sangat efektif!
Youth juga sesuai untuk pelbagai warna kulit dan merentasi sempadan bangsa.
Saya memang mengamalkan supplement Shaklee untuk kesihatan dari dalaman tetapi untuk kulit perlu juga ‘vitamin’ dari luar. Sudah tentu set skincare Youth adalah kombinasi yang hebat dan lengkap untuk regime skincare saya.
Ayuh! Jangan sekadar baca kerana baca sahaja takkan menyelesaikan masalah kulit kita. Mungkin 21 hari dari sekarang kulit anda akan sihat gebu persis Neelofa!
Kulit saya memang rosak terus sampaikan pakaila apa sahaja dah jd macam imun pulak gara2 pemakaian krim pelembap masa zaman sekolah dulu. Sungguh menyesal T_T
Saya akui Youth sangat terbaik dan tidak kalah dengan mana-mana produk skincare yang lain local mahupun international.
Sakit Lutut Hilang Tanpa Dikesan
Tq puan atas testimonial peribadi ini. Youth is hope! 🙂
pernah alami kulit rosak akibat salah pilih skincare. alhamdulillah..sekarang ni kulit saya semakin pudar parut jerawat setelah guna youth skincare.
cara urutan pulihkan bell’s palsy