Skip to content

Vitamin Semulajadi

Tips Sihat Ceria

Menu
  • Home
  • Siapa Kami
  • Blog
  • Disclaimer
Menu

Apa Yang Lelaki Obesiti Ini Buat Untuk Turunkan Darah Tinggi Dia Memang Amazing!

Posted on 18 February, 201517 June, 2021 by Adilah Manaf

Jika Masa Mencemburui Anda, Tontonilah Video Di Atas Sehingga Tamat

Assalamualaikum . Selamat sejahtera semua.

Nama saya Fahmy Shuhaimi. Suami kepada Adilah Manaf. Pemilik blog Celikvitamin ini. Bapa kepada 3 orang anak yang masih kecil. Paling tua pun umur 8 tahun (ketika entri ini ditulis).

Kisah Saya Untuk Anda Semua Jadikan Sempadan

Sesungguhnya saya ingin berkongsi dengan anda semua di luar sana. Mungkin ada antara kita mempunyai masalah kesihatan yang sama. Fikiran celaru. Buntu. Stress. Kemurungan. Pendek kata rasa macam ada dinding di hadapan. Seolah-olah tiada lagi jalan keluar.

Beberapa tahun lepas saya mempunyai masalah kesihatan yang agak serius. Memang serius sebenarnya. Tapi saya buat main-main dan ambil mudah. 

Semasa itu saya gemuk berlebihan. 83 kilogram. Walau dikalangan orang gemuk saya yang paling kurus tapi bermasalah. Sudahlah gemuk dengan BMI 30 lebih, saya ada masalah koletrol jahat yang tinggi. ‘Double’ dari jumlah yang sepatutnya.

Paling hebat sekali (pengalaman yang menakutkan sebenarnya bila difikirkan kembali), saya adalah calon pesakit jantung yang mempunyai bacaan tekanan darah yang sangat tinggi berbanding usia yang baru mencecah 30-an. Bacaan tekanan darah saya paling tinggi pernah dicatatkan adalah 180/120. Sistolik 180 dan diastolik 120. Hmmm. 

kompilasi sebelum

Saya ambil masa 3 tahun untuk terima hakikat yang saya memang ada penyakit darah tinggi atau hypertension. Saya tak mahu makan ubat. Tidak mahu bersenam. Makan sesuka hati tanpa kawalan. Berbuih-buih mulut isteri dan ibubapa nasihatkan supaya ubah sikap dan ambil tindakan. Tapi saya degil dan ego. Tak mahu terima nasihat.

Dah Terlantar Sakit Kepala Pun Degil Lagi…

Sehinggalah bila suatu hari. Bila saya bangun pagi. Saya tak boleh bangun. Kepala rasa sangat berat dan berdenyut-denyut. Satu hari saya terlantar di atas katil dan cuma berehat. Sebenarnya sebelum ini pun memang kepala selalu sakit dan rasa berdenyut-denyut (salah satu tanda hypertensi).

Bila sudah lega sedikit. Isteri paksa saya berjumpa doktor. Saya ikut untuk tak mengecewakan dia (degil lagi tu). Doktor sahkan saya ada darah tinggi dan minta saya jumpa pakar untuk tindakan lanjut. 

Bila balik itu. Saya masih lagi dalam ‘in state of denial’. Tak mahu terima hakikat. Beberapa bulan selepas itu, masih lagi belum berubah. Sehinggalah saya diserang sakit kepala buat kali yang kedua. Terlantar lagi selama sehari. Kali ini dengan rasa sakit dada yang menyucuk-nyucuk. Sehingga muntah-muntah. Saya cuma berehat dan isteri saya memang tak senang duduk lihat keadaan saya begitu.

Kawan Meninggal Dunia Sebab Pendarahan Otak

Kebetulan pula beberapa hari selepas peristiwa itu, saya mendapat berita. Rakan kami meninggal dunia disebabkan ‘aneurysm‘. Dia tak sedar dia ada darah tinggi. Kondisi seperti saya. Obesiti. Pembuluh darah pecah di bahagian otak. Koma dan meninggal dunia. Innalillah. 

Saya rasa seperti terpukul. Takkan nak tunggu sampai macam tu baru nak berubah? Terbayang-bayang wajah anak-anak yang masih kecil. Kalau terjadi apa-apa. Bagaimana nasib anak-anak ini?

Kebetulan ketika itu. Saya dan isteri menghadiri satu majlis di Shaklee. Saya ambil kesempatan untuk buat pemeriksaan kesihatan. Percuma sahaja (anda pun boleh pergi bila-bila masa). Nutrionist yang buat pemeriksaan itu, terkejut bila saya beritahu yang saya tak ambil apa-apa ubat. Menurut beliau, kondisi kesihatan saya ini kronik dan sepatutnya saya mesti cepat-cepat jumpa pakar.

Nak makan pun mula rasa bersalah. Teruk rupanya kondisi kesihatan saya ini. Gagahkan diri jumpa pakar. Buat medical check-up. Memang sah. Pakar paksa saya ambil medication sebelum terlambat. Saya beritahu doktor bagi saya masa untuk ubah gaya hidup tanpa ambil ubat. Kalau tiada perubahan saya ikut cakap doktor.

Alhamdulillah! Kesihatan Bertambah Baik

Mulai dari saat itu. Saya memang berazam nak ubah gaya hidup. Saya tak mahu lagi hidup tidak sihat seperti dulu. Mula-mula memang susah nak ubah. Tapi percayalah. Jika kita terdesak. Kita memang boleh ubah gaya hidup kita. Masalahnya jika kita tak sedar-sedar diri lagi. Memang susah nak ubah.

Shaklee Effect

Kalau nak diceritakan memang panjang. Tapi saya ingin ringkaskan di sini. Saya bermula dari bulan Oktober 2014. Saya ambil masa 6 bulan untuk turunkan berat badan daripada 83 kilogram kepada 70 kilogram. Berat ini kekal sehingga sekarang. Kebanyakan masalah berpunca dari berat badan berlebihan dan pemakanan yang tidak dikawal.

Apa yang saya buat ialah 3 perkara ini:

  • Ubah Gaya Hidup:
    Tidur awal. Kawal kalori (kalori masuk, kurang dari kalori keluar), Kawal pemakanan (makan rebus dan bakar sahaja). Hindari gula. Kurangkan stress. Lain-lain lagi.
  • Kerap bersenam:
    Luangkan masa 30 minit sehari untuk mengeluarkan peluh dan membakar kalori. Senaman tertentu membantu membakar visceral fat.
  • Ambil Supplemen Tertentu:
    Saya ambil beberapa supplemen tertentu sebagai ‘booster’.

Anda wajib buat 3 perkara ini. Tak boleh skip salah satu. Tapi saya tak paksa anda untuk percaya. Jika anda rasa berguna cubalah amalkan. 

Sehingga kini Alhamdulillah. Kesihatan saya bertambah baik. Kolestrol saya kembali normal. Tubuh pun semakin ringan (70 kg). Paling penting tahap tekanan darah tinggi saya Alhamdulillah terkawal dan berada dalam julat normal. 

Sokongan dari ahli keluarga sangat penting. Isteri mesti selalu ingatkan suami. Sediakan diet sihat. Ilmu pun penting. Mesti ada ilmu. Baru apa yang kita buat itu betul.

Akhirnya, peringatan buat diri sendiri. Nak kurus. Nak sihat. Semua itu boleh dicapai dengan azam yang tinggi. Tetapi perkara yang paling sukar ialah untuk konsisten dengan gaya hidup sihat. Ia memerlukan disiplin yang tinggi.

Kita perlu ada alasan yang kuat untuk terus konsisten. Alasan saya mudah sahaja.

Saya tak sanggup diserang sakit jantung dan meninggal dalam usia anak-anak yang masih kecil dan perlukan kasih-sayang!

Untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Sila hubungi isteri saya untuk konsultasi premium: 

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

Order Sekarang

Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online

penjimatan shaklee

Daftar Ahli Shaklee

Jangan ragu-ragu untuk bertanya.

Saya memang sangat-sangat ingin membantu anda:

signature Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik

Facebook: Adilah Manaf

7 thoughts on “Apa Yang Lelaki Obesiti Ini Buat Untuk Turunkan Darah Tinggi Dia Memang Amazing!”

  1. fuzy says:
    19 February, 2015 at 4:03 pm

    Tahniah, berjaya turunkan berat badan dan kembali pulih dari tekanan darah tinggi

    Reply
  2. Mohd Munzir says:
    25 February, 2015 at 2:55 pm

    MasyaAllah tuan, tahniah kerana dapat menurunkan darah tinggi tanpa ubat it’s amazing!

    Reply
    1. Adilah Manaf says:
      28 February, 2015 at 5:16 pm

      Terima kasih tuan atas ucapan itu 🙂

      Reply
  3. Mizi says:
    17 April, 2015 at 7:51 am

    Tahniah saudara fahmy.. very good advice..

    Reply
  4. hannan rifqi says:
    16 May, 2015 at 1:01 pm

    tahniah.

    bukan senang tu nak turunkan darah tinggi nih.

    Reply
  5. zara says:
    7 February, 2016 at 8:33 am

    Tahniah saudara kerana berjaya menurunkan tekanan darah tinggi dan kembali sihat seperti biasa 🙂

    Reply
  6. Pingback: Petua Untuk Berhenti Berdengkur Dengan Berkesan – Ejen lejen

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Assalamualaikum!


Hi! Saya Adilah Manaf. Saya adalah pengedar produk Shaklee yang sah. Saya ingin berkongsi kehidupan yang lebih sihat dan yang lebih baik dengan sesiapa jua.
Jangan lupa untuk berhubung melalui Google+

Peluang Perniagaan

Celikvitamin.com di Facebook

©2023 Vitamin Semulajadi | Built using WordPress and Responsive Blogily theme by Superb