Mengikut statistik, Malaysia adalah antara negara paling ramai bermasalah obesiti di dunia. Hakikatnya, ada 2018, kira-kira 5.5 juta atau 30.6 peratus dari warga Malaysia menghadapi risiko terlebih gemuk.
Kementerian Kesihatan Malaysia mengunjurkan seorang dari 1 dari 3 rakyat Malaysia berisiko mengalami berat badan berlebihan terutamanya generasi muda. Obesiti mengundang pelbagai penyakit terutamanya diabetes.
Siapakah yang tergolong dalam obesiti
Definisi obesiti mengikut kamus dewan adalah kehadiran lemak secara berlebihan dalam tubuh seseorang. Untuk definisi yang lebih terperinci, golongan di bawah ini adalah mereka yang obese:
- Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram lebih dari yang disarankan.
- Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35.
- Ada penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes.
- Gagal mengekalkan berat badan sepatutnya walaupun telah mematuhi diet yang dicadangkan oleh pakar nutrisi.
Punca Masalah Obesiti Atau Gemuk Terlampau
1. Faktor genetik atau keturunan
Ini adalah punca masalah obesiti iaitu faktor keturunan atau genetik. Diet yang diamalkan oleh family tidak seimbang dan kurang sihat. Sikap ibubapa terlalu memanjakan anak dengan memberi makanan terproses seperti pizza, burger, KFC dan sebagainya meningkatkan risiko obese.
2. Budaya Bersenam Gaya Hidup Sihat Diabaikan
Kurang bersenam juga menjadi faktor yang menyebabkan kegemukan. Bila terlalu lama bekerja di depan komputer atau leka dengan gajet, pergerakan kita menjadi kurang aktif dan tidak berpeluh. Ini menyebabkan kalori tak terbakar. Sudah begitu, jarang-jarang pula turun padang untuk beriadah mengeluarkan peluh. Kita disyorkan bersenam 30 minit minimum 3 sessi seminggu.
3. Sikap Kita Sendiri Yang Kurang Kesedaran
Akhir sekali ialah sikap kita sendiri yang kurang kesedaran atau degil tak mahu berubah walaupun kita tahu gemuk itu tidak sihat. Kalau ada kesedaran pun, kita tiada keazaman dan disiplin untuk konsisten jaga pemakanan, bersenam dan ambik cukup nutrisi. Kita mudah terpengaruh dengan iklan di sosmed bila ada restoran baru dibuka menyediakan makanan sedap tapi tidak sihat. Bukan tak boleh tapi berpada-pada. Ramai yang makan tanpa kawalan dan abaikan diet seimbang serta gaya hidup aktif.
Inilah Komplikasinya Bila Berat Badan Terlebih-Lebih…
Masalah kegemukan ini memberikan banyak masalah kepada kita. Ada pelbagai penyakit kronik yang akan menyerang jika kita tidak mengawalnya dari sekarang sehingga boleh membawa maut. Kualiti kehidupan kita juga akan terjejas dan kita tak dapat untuk hidup sihat seperti orang lain.
Antara komplikasi penyakit yang akan berisiko dihadapi oleh golongan obesiti termasuklah:
- Kencing Manis (Diabetis Mellitus)
- Hati berlemak (fatty liver)
- Kolestrol Tinggi
- Sindrom metabolik
- Masalah tidur (apnea)
- Penyakit koronari jantung
- Masalah Cerebrovascular
- Kegagalan jantung berfungsi
- Gout
- Darah Tinggi (hypertension)
5 Organ Tubuh Berikut Berpotensi Untuk ‘Rosak’ Akibat Kegemukan!
Proses biokimia yang berlaku dalam badan amatlah rumit. Ia menghubungkan pelbagai organ di serata tubuh. Bukan itu sahaja, proses biokimia tubuh ini juga menghubungkan organ dengan kesihatan jasmani malahan rohani. Berikut adalah 5 organ yang akan menghadapi potensi untuk ‘rosak’ oleh obesiti:
1. Saya Sayang Jantung Saya!
Sel lemak dalam badan memerlukan oksigen untuk terus hidup. Pendek kata, jantung perlu bekerja keras untuk mengepam darah ke seluruh badan melalui salur darah. Apabila banyak lemak terkumpul di dinding arteri menyebabkannya semakin sempit. Semakin sempit ruang salur darah, semakin tinggi tekanan darah.
Ia hanya akan membuatkan jantung bekerja keras sebelum ia berhenti berfungsi!
2. Saya Sayang Usus Besar Saya!
Pengkaji masih belum dapat mengaitkan hubungan antara obesiti dan kanser secara tuntas. Namun, obesiti berisiko untuk diserang kanser usus atau kolon. Faktor utama kanser kolon adalah pola pemakanan daging merah dan daging siap proses yang tinggi. Ia adalah petanda awal terutama bagi mereka yang sukar mengawal nafsu makan dan berisiko diserang masalah usus seperti kanser kolon.
3. Saya Sayang Otak Saya!
Siapa tak sayang otak oi! Salingkaitan antara tubuh dan otak adalah jelas.Satu kajian mendapati fungsi kognitif menunjukkan salingkaitan dengan obesiti. Mengikut kajian tersebut, obesiti berisiko menyebabkan penurunan fungsi kognitif lebih cepat. Salah-satu tafsiran yang menerangkan situasi ini adalah obesiti mempengaruhi kerosakan di kawasan jirim putih otak yang menghasilkan isyarat pada tubuh. Antara risiko untuk menghidap alzheimer.
4. Saya Sayang Kulit Saya!
Gangguan obesiti terhadap kulit seperti kemunculan’stretch mark‘. Ia selalu diambil mudah. Padahal ia mungkin menimbulkan lebih banyak masalah. Antaranya, gangguan hormon yang berkaitan dengan obesiti adalah terjadinya acanthosis nigricans iaitu penebalan warna kulit terutamanya di leher yang semakin gelap atau pembengkakan. Kulit juga mungkin menjadi tegang dan menyebabkan ruam dan radang.
Kesihatan kulit perlu dijaga bukan hanya untuk cantik tetapi kulit juga adalah pelindung kepada tubuh. Kulit yang meregang kerana kegemukan akan menyebabkan pelbagai penyakit.
5. Saya Sayang Paru-Paru Saya!
Organ ini ternyata menerima risiko yang tinggi kerana lemak berlebihan dalam tubuh. Satu kajian pada 2010 menunjukkan tingginya kuantiti sel lemak dalam tubuh akan mengurangkan kapasiti organ secara keseluruhannya untuk memperolehi udara.
Individu obese juga menghadapi ancaman untuk nafas terhenti ketika tidur (sleep apnea). Jika tidak ditangani dengan segera, oksigen akan berkurang dalam tubuh seterusnya darah menjadi semakin pekat sehingga membawa maut.
Suami Saya DULU Bukan Sahaja Obese, Tekanan Darah Tinggi Dan Juga Berisiko Penyakit Jantung!
Klik sini kalau nak tau cerita lanjut
Baca ni jadi sangat tkot bila kolestrol tinggi. Berisiko sgt
Betul. Jom jaga makan. Bersenam. Supplement wisely.