Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Nama saya Siti Bazilah Binti Karim. Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gambang, Sri Jaya dan Kuantan, Pahang dengan ID 1251677. Saya boleh dihubungi di nombor 012-6830069.
Bersedia untuk COD produk Shaklee di sekitar Gambang hingga ke Kuantan, Pahang. Tapi, bagi mereka yang di luar kawasan jangan bimbang, sebab saya boleh membuat penghantaran secara pos di seluruh Malaysia.
Kisah Cinta Shaklee Dari Mata Turun ke Hati
Saya kerap membaca newsfeed kawan-kawan di Facebook yang bercerita mengenai kebaikan Shaklee. Namun, pada awalnya saya tak begitu mengambil kisah kerana ketika itu saya berada di luar negara mengikut suami. Apabila pulang sahaja ke tanah air, saya merasakan kualiti kulit muka saya berkurang. Kulit muka saya naik merah-merah dan gatal-gatal. Saya mula mencari produk yang sesuai untuk kulit saya, tetapi saya kurang berkenan dengan produk luaran, sebab kebiasaannya saya susah nak konsisten.
Saya terbaca mengenai ESP Shaklee dan teringin nak mencuba. Ketika itu, saya mencari sepupu saya yang juga pengedar Shaklee. Kerana saya tahu menjadi ahli Shaklee lebih menjimatkan dan boleh buat duit, saya approach sepupu saya untuk menjadi ahli di bawahnya. Entah kenapa, dia me’reject’ saya kerana mengatakan dia yang juga seorang guru terlalu sibuk dan risau tidak mampu membimbing saya dengan baik. Nasihatnya, carilah pengedar yang boleh membawa saya kepada Allah. MasyaAllah.
Kagum sangat saya dengan sikapnya. Dari situ saya fikir, bagusnya orang yang buat Shaklee ini, tidak tamak. Memang, kebanyakan kenalan saya yang buat Shaklee baik-baik InsyaAllah. Kerana percaya dengan seorang rakan yang agak rapat ketika di Universiti dulu, maka bermulalah episod saya menjadi pengedar sah Shaklee.
Niat saya ketika itu serampang banyak mata. Ingin mengambil Shaklee untuk
manfaat sendiri, beli dengan harga yang jimat dan dalam masa yang sama mula menjana pendapatan dengan bonus Shaklee.
Berbalik kepada cerita produk Shaklee yang saya ambil, saya sangat berpuas
hati. Asalnya saya ambil ESP untuk kecantikan kulit, tetapi saya juga dapat bonus tenaga berpanjangan dan sangat suka dengan rasanya yang sedap. Saya juga ambil vitamin C untuk kesihatan kulit, tetapi saya dapat juga mengurangkan alahan resdung dan gatal-gatal kulit.
Selain itu, rakan saya mengesyorkan untuk saya mengambil Alfalfa complexuntuk membuang toksin-toksin di dalam badan. Hasilnya, saya jarang bersin-bersin di awal pagi, masalah sembelit tiada dan banyak lagi kebaikan dari segi kesihatan sebagai seorang wanita. Dalam masa yang sama, saya mengambil Ostematrix untuk kesihatan tulang. Apa yang saya dapat, tidur malam bertambah lena, sakit-sakit lenguh badan hampir tiada dan sangat mudah nak membuang air besar, lancar.
Semakin lama saya di dalam group business Shaklee saya sekarang, semakin banyak yang saya belajar. Baik dari segi kebaikan produk, tips-tips berniaga dan juga kata-kata motivasi. Saya makin jatuh cinta dan yakin dengan produk Shaklee bila saya dapat tahu Shaklee bukan calang-calang produk. Bukan hanya diperbuat daripada bahan semulajadi yang selamat, malah satu-satunya company supplemen yang mempunyai ‘Landmark Study’. Bukan senang nak hasilkan produknya, kerana ia perlu mencapai piawaian saintis antarabangsa yang telah ditetapkan.
Tidak hairanlah kenapa ramai yang setia dengan Shaklee sehingga puluhan tahun. Kini, saya masih setia dengan Shaklee dan menggunakan Set Mengandung Shaklee pula. Kalau anak pertama dan kedua saya selalu risau bila perlu cek kesihatan di klinik, kini tidak lagi kerana Hb saya tinggi, berat badan pun terkawal. Semuanya alhamdulillah normal dan saya tidak sabar menantikan kehadiran ‘baby Shaklee’ saya ini. Doakan.
Oleh sebab saya dah rasai manfaat dari pengambilan produk Shaklee ni, saya
nak berkongsi dengan semua orang mengenainya. Tambahan lagi Shaklee ada banyak produk yang semuanya terjamin selamat, semulajadi dan berkesan. Tidak mustahil semua orang pun boleh mendapat manfaatnya.
Bantu saya untuk bantu anda. Moga kita sama-sama dapat hidup sihat dan
bahagia di dunia, apatah lagi di akhirat.
tahniah bazilah! moga terus berjaya
Terima kasih intan.. Ameen atas doanya..