Tahun silih berganti. Setiap kali tahun baru muncul, kita pasti bersemangat dengan azam baru. Kadang-kadang azam itu sama sahaja setiap tahun (macam saya hihi) tetapi dijelmakan dalam konotasi yang berbeza.
Contohnya, setiap tahun kita akan meletakkan sasaran membeli rumah, kereta baru, membuat pelaburan dan sebagainya. Tetapi dalam kita tak sedari sebenarnya, objektifnya sama iaitu meningkatkan taraf hidup ke arah lebih baik. Setuju tak?
10 Azam Paling Popular Untuk Tahun Baru 2016
Beberapa syarikat antarabangsa telah membuat satu kajian apakah azam yang paling popular dan hasilnya adalah seperti berikut:
1) Menikmati Kehidupan Sepenuhnya
Betul. Jangan terlalu stress dan fokus dengan kerja.
Hidup perlu dinikmati sepenuhnya. Namun, harus dibatasi oleh pegangan agama.
Jangan tak tau stress adalah salah satu penyebab kanser. Stress adalah tekanan emosi. Ia terjadi apabila kita tertekan dari aspek emosi, mental dan fizikal.
Sepanjang hidup ini kita memang takkan dapat bebas dari stress sepenuh. Punca stress termasuklah tekanan kerja, keluarga, persekitaran, kesesakan jalan-raya dan sebagainya.
Justeru, berazamlah untuk menikmati hidup sepenuhnya. Uruskan stress dengan baik. Stress adalah salah satu dari 7 Sebab Kenapa Tubuh Kita Perlukan Supplemen.
Ketahui Tips Untuk Uruskan Stress Dengan Baik.
2) Mendekatkan Diri Dengan Tuhanmu
Dunia-dunia juga. Akhirat jangan lupa.
Manusia dan agama sebenarnya tidak boleh dipisahkan. Setiap kali tahun baru menjelma, bermakna usia kita meningkat setahun lagi. Setiap kali umur bertambah, saya rasa semakin insaf. Kita semakin hampir dengan penghujung usia. Adakah bekalan kita sudah mencukupi di sana nanti?
Jom kita ambil masa untuk refleks diri dan fikirkan apa yang perlu dilakukan untuk mendekatkan diri dengan Tuhan.
Hanya kita yang tahu tahap mana amalan kita sama ada buruk dan baik. Tiada manusia yang mampu mengubah diri kita melainkan diri kita sendiri.
3) Kurangkan Berat Badan
Haha! Ini adalah azam yang paling popular sepatutnya. Setiap tahun kita mesti berazam untuk turunkan berat badan. Statistik 2014, Malaysia adalah juara obesiti negara ASEAN dengan 68 peratus dari semua rakyat Malaysia adalah gemuk berlebihan. Tidak hairanlah kenapa azam ini paling popular.
Alhamdulillah. Yang ini kami sekeluarga pun sudah mulakan sejak 2014 lagi. Lihat suami saya, selepas dia berazam nak memulakan gaya hidup sihat, beliau berjaya menurunkan berat badan sebanyak 12 kilogram dan ‘maintain’ sampai sekarang.
Saya pun walaupun ada 3 orang anak tapi Alhamdulillah maintain berat 56 kilogram. Lagi ringan dari zaman anak dara dulu. Hihi.
Menurut Kevin Zahari, ada 3 perkara yang perlu didisplinkan untuk menurunkan berat badan:
- Kawal pemakanan. Kalori masuk perlu kurang dari kalori keluar. Klik jadual kalori makanan Malaysia.
- Senaman yang konsisten sekurang-kurangnya 30 minit sehari.
- Pengambilan supplemen sebagai ‘booster’ untuk menurunkan berat badan.
Ketiga-tiga tips ini tak boleh skip salah satu dan perlu konsisten sampai bila-bila. Yang penting kita kena tahu kenapa kita nak turunkan berat badan kerana nak turunkan berat badan lagi senang dari nak kekalkan berat ideal itu.
4) Simpan Duit Dan Kurangkan Perbelanjaan
Ok. Yang ini saya memang sangat kurang bersetuju. Bab simpan duit itu memang OK. Tetapi adalah lebih bagus untuk kita fikirkan cara untuk tingkatkan produktiviti tanpa korbankan apa yang kita mahu.
Kalau anda tak cukup wang ada banyak peluang untuk buat side-income. Kalau anda terlalu sibuk mungkin boleh pertimbangkan untuk buat bisnes online yang lebih fleksibel.
Saya rasa untuk azam ini boleh kita boleh edit macam ni:
Simpan Duit, Tingkatkan Produktiviti Dan Tambah Pelaburan!
Percayalah! Anda mampu buat jika anda berazam bersungguh-sungguh. Saya juga seperti anda dulu. Sentiasa tak cukup tetapi bila kita keluar dari zon selesa, nah! Kini saya dan suami sekali sekarang bekerja dari rumah!
5) Luangkan Lebih Masa Bersama Keluarga Dan Rakan-Rakan
Benar! Kita perlu luangkan lebih banyak masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Hidup ini singkat tuan-tuan dan puan-puan.
Purata kematian rakyat Malaysia adalah 74 tahun. Jika usia kita sekarang 35 tahun, kita ada baki 39 tahun untuk meluangkan masa dengan anak-anak, keluarga dan sahabat. Belum tolak kita tidur, masa kerja, dan lain-lain. Masa kita mungkin kurang dari itu.
Masa hidup kita yang berbaki ini haruslah dimanfaatkan sepenuhnya!
Alhamdulillah. Saya sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana saya dan suami sudah hampir 4 tahun menjadi work-at-home-parent. Kami ada lebih masa untuk hantar anak-anak ke sekolah dan pulang ke kampung jenguk ibubapa. Ada masa untuk kawan-kawan. Bekerja dengan waktu yang fleksibel.
6) Bayar Atau Kurangkan Hutang
Alamak! Belum berjaya sepenuhnya lagi. Ini adalah azam untuk akhirat. Sebagai muslim, kita perlu lunaskan segala hutang sebelum menutup mata.
Kenapa kita tak mampu lagi bayar hutang? Jawapannya mudah sahaja. Pendapatan kita sekarang masih belum cukup untuk kita melunaskan hutang 100%.
Tapi, kami buat komitmen setiap tahun untuk selesaikan satu komitmen hutang.
7) Melancong
Yup! Ini adalah azam yang sentiasa ada setiap tahun dalam keluarga kami. Malah patut ada dalam diri setiap orang. Kemon guys! Jauh perjalanan luas pemandangan. Bak Syair Imam Shaf’ie:
Dan tiadalah duduk setempat bagi orang cerdik & beradab itu dianggap sebagai rehat.
Tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah.
Singa sekiranya tidak keluar daripada kepompong dunianya,
Nescaya tidak akan dijinakkan.
Anak panah, kalau tidak berpisah dengan busurnya,
Nescaya tidak akan mengena sasaran.
Memandangkan famili kecil kami ini memang suka travel untuk melihat dunia luar dan belajar tentang nilai, budaya dan sejarah di dalam dan luar negara.
Masih banyak lagi dalam senarai kami yang masih belum di tick. Tapi tak mengapa berangan itu kan PERCUMA! Jom semua live up our dreams!
Tahun 2016 ini kami rancang nak bawa anak-anak main salji di Korea Selatan. Trip 5 bintang ke Orlando, US tajaan sepenuhnya oleh Shaklee insha-Allah hampir pasti dalam genggaman. Weehoo!
8) Baca Lebih Banyak Buku
Kajian statistik oleh Perpustakaan Negara Malaysia tentang purata buku yang dibaca oleh rakyat Malaysia:
Tahun 1997: 1 helai mukasurat buku setahun.
Tahun 2002: ‘meningkat’ kepada 2 muka surat setahun.
Tahun 2005: 2 naskah buku setahun.
Beberapa tahun lepas masih lagi 2 buku setahun.
Jumlah itu antara yang terendah di asia berbanding dengan India (35), Thailand (25) dan Indonesia (18).
Saya memang suka membaca tetapi bila semakin meningkat umur ini semakin malas. Mungkin sekarang adalah masa yang tepat untuk kembali membaca.
Dua buku sebulan dan 24 buku setahun. Cukup bagus kalau boleh buat kan? Purata CEO yang top dalam dunia perniagaan akan baca 4-5 buku sebulan.
9) Berhenti Merokok
Yang ini malas nak ulas panjang. Fatwa pun dah keluar.
Atau paling tidak cuba “Senaraikan 100 Kebaikan Merokok Untuk Kesihatan Tubuh”. Dapat tak? Halau nyamuk tak dikira untuk kesihatan tubuh ye.
Siapa yang nak berhenti merokok. Di sini ada video tips istimewa sahabat kami yang berhenti merokok.
10) Luangkan Lebih Masa Untuk Hobi Atau Projek Peribadi
Wow! Ini betul-lah! Kita perlu luangkan lebih masa untuk hobi atau projek peribadi.
Hmm. Nak kena brainstorm ini.
Apa yang dinamakan hobi itu?
Bak kata sahabat saya, hobi adalah sesuatu yang membolehkan kita rasa sangat teruja dan membuatkan kita melompat turun dari katil dengan segera di waktu pagi selepas bangun dari tidur.
Dahsyat kan!
Baca Ini. Azam Yang Paling Penting!
Tapi dalam banyak-banyak azam yang popular ini. Paling penting sudah pastilah memastikan tubuh sihat supaya dapat melunaskan semua azam-azam lain yang kita buat.
Kalau tubuh kita tak sihat dan kekurangan nutrisi, bagaimana kita nak buat pelbagai aktiviti.
Alhamdulillah!
Yang ini kami sudah pun mulakan sejak dari 19 Oktober 2014. Penting untuk kita jadikan azam kita tahun ini lebih sihat berbanding tahun-tahun sebelumnya. Zaman moden ini kita sangat terdedah dengan kehidupan yang sibuk dan kadang-kadang menyebabkan kita mengabaikan aspek kesihatan. Ramai yang masih muda (bawah 30 tahun) tetapi sudah disahkan menghadapi kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.
Berikut adalah video suami. Ikuti apa ‘turning point’ dia yang menyebabkan dia ‘sentap’ dan mahu berubah untuk kehidupan yang lebih sihat.
Jom semua kita berazam untuk kehidupan yang lebih sihat! Jangan jadi macam suami saya. Dah terhantuk barulah nak sentap! Tapi masih belum terlambat.
Buat keputusan demi orang-orang yang anda sayang.
Atau ‘at least’ supaya anda dapat hidup lebih lama untuk melihat dunia dari mata burung dan bukan dari dalam tempurung!
Untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Sila hubungi saya untuk konsultasi premium:
Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya
Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082
Daftar Ahli Untuk Harga Menarik
Facebook: Adilah Manaf
Nice