Warning: "continue" targeting switch is equivalent to "break". Did you mean to use "continue 2"? in /home/celincom/public_html/v2/wp-content/plugins/all-in-one-seo-pack/modules/aioseop_opengraph.php on line 844

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/celincom/public_html/v2/wp-content/plugins/all-in-one-seo-pack/modules/aioseop_opengraph.php:844) in /home/celincom/public_html/v2/wp-includes/feed-rss2.php on line 8
Wanita – Tips Sihat Ceria https://www.celikvitamin.com/v2 Rahsia Sihat Semulajadi Tue, 21 Aug 2018 05:27:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=4.9.25 Hilangkan Pening Semasa Hamil https://www.celikvitamin.com/v2/hilangkan-pening-semasa-hamil/ https://www.celikvitamin.com/v2/hilangkan-pening-semasa-hamil/#respond Sun, 09 Jun 2013 13:02:35 +0000 http://www.celikvitamin.com/v2/?p=1255 Read more →

]]>
celikvitamin pening kepalaPada awal trimester pertama, anda mungkin akan rasa pening dan loya kerana tekanan darah yang rendah. Ini berlaku kerana hormon kehamilan iaitu progesteron merehatkan dinding salur darah anda. Ini menyebabkan tekanan darah anda menurun. Sekaligus anda mungkin akan berasa pening seawal minggu ke lapan kehamilan. Tetapi ingat bahawa pening adalah perkara biasa untuk ibu mengandung. Separuh hingga tiga perempat daripada wanita hamil akan berasa pening semasa tempoh mengandung.

Manakala dalam trimester kedua dan ketiga pula, rahim anda yang sedang membesar berkemungkinan menekan saluran darah. Ini juga boleh menyebabkan anda berasa pening. Antara sebab-sebab lain yang mungkin menjadi punca anda berasa pening iaitu jika anda bingkas berdiri atau berdiri terlalu cepat. Justeru, darah tidak mempunyai cukup masa untuk sampai ke otak. Ini diistilahkan sebagai hiportensi postural. Anda juga boleh berasa pening jika baring terlalu lama. Kira-kira 1 daripada 10 orang wanita mengandung mengalaminya disebabkan oleh masalah tekanan darah. Pening ini juga boleh dirasai sekiranya anda belum makan dan gula dalam darah di paras rendah terutamanya di waktu lewat petang. Akhir sekali, anda juga akan berasa pening jika anda kekurangan zat besi dalam darah (anemia) dan jika anda terlampau panas.

Menghilangkan rasa pening

Ini bergantung kepada apa yang menyebabkan anda berasa pening. Tetapi langkah pertama yang terbaik ialah duduk. Ini bukan sahaja membantu mengurangkan rasa pening tetapi anda dapat mengelakkan daripada terjatuh. Bergerak dengan lebih perlahan juga turut membantu. Contohnya cuba bangun dengan perlahan-lahan daripada kerusi dan katil. Jika anda berasa pening ketika berbaring, mengiringlah ke sebelah kiri kerana ini akan membantu jantung anda mengepam banyak darah ke seluruh badan dengan lebih mudah.

Menganggu tugasan harian

Ini mungkin satu cara badan anda untuk memberitahu bahawa anda memerlukan penambahan tenaga. Jika anda belum makan dalam masa satu atau dua jam, snek ringkas dan cepat dapat menaikkan paras glukosa dalam darah anda. Anda perlu memastikan anda tidak terdehidrasi. Minumlah air atau jus buah-buahan. Dalam kes-kes tertentu, anda tidak dapat berbuat apa-apa kecuali duduk atau baring mengiring dan tunggu sahaja masalah ini hilang. Masalah pening yang datang dan pergi ini boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang kehamilan.

Masalah pening semasa hamil ini berbahaya?

Walaupun ini perkara biasa, jangan pandang ringan terhadap masalah ini. Masalah terbesar daripadanya ialah pitam. Jika anda berasa hendak pitam, anda haruslah baring mengiring ke sebelah kiri atau duduk dengan meletakkan kepala antara kedua-dua lutut. Posisi ini dapat menggalakkan perjalanan darah ke otak, yang mana dapat meredakan rasa hendak pitam.

Bila perlu berjumpa doktor?

Anda patut berjumpa doktor jika anda pitam, jika anda rasa sering pening atau jika anda turut sama mengalami masalah lain seperti kesakitan pada bahagian pelvis atau perut, sesak nafas, penglihatan kabur, jantung berdebar, sakit kepala dan muntah. Pening kepala merupakan simptom anemia yang serius. Pening juga boleh terjadi jika anda bernafas terlalu cepat atau terlalu dalam (hiperventilasi). Ini disebabkan oleh sesuatu yang tidak berkaitan dengan kehamilan anda.

Sumber: Prof Dr Nik Hazlina Nik Hussain, Mingguan Malaysia 9 Jun 2013.

Anda boleh menghadapi keadaan ini dengan melakukan persedian mental dan fizikal yang secukupnya untuk mengharungi tempoh kehamilan. Buatlah sedikit kajian dan bertanya kepada rakan-rakan yang sudah berpengalaman. Anda juga perlu mengetahui dengan membaca VITAMIN DAN SUPPLEMENT LENGKAP UNTUK IBU HAMIL.

signature

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6019-324 4525

Emel : hello@celikvitamin.com

FB Fanpage: Celikvitamin

Facebook: Adilah Manaf

Klik sini untuk order

]]>
https://www.celikvitamin.com/v2/hilangkan-pening-semasa-hamil/feed/ 0
HANGATKAN KEMBALI hubungan intim anda seperti malam pertama! https://www.celikvitamin.com/v2/hangatkan-kembali-hubungan-intim-anda-seperti-malam-pertama/ https://www.celikvitamin.com/v2/hangatkan-kembali-hubungan-intim-anda-seperti-malam-pertama/#respond Mon, 03 Jun 2013 03:09:19 +0000 http://www.celikvitamin.com/v2/?p=1232 Read more →

]]>
cumbu celikvitaminSedang asyik bercumbu mesra dengan suami tiba-tiba dia menolak lembut anda ke tepi. Wajah tampak sugul. Bila diaju soalan, sang suami mendiam seribu bahasa. Dari gerak tubuhnya jelas menunjukkan beliau merindukan kehangatan hubungan intim seperti malam pertama!

Pernahkan situasi di atas terjadi kepada anda? Jika tidak, Alhamdulillah! Ramai wanita yang sudah melahirkan anak berasa susah hati apabila mengalami pengalaman bahagian alat sulit itu sudah ‘longgar’ dan kemutannya pun sudah tidak sehebat dan sehangat malam pertama.

Permasalahan ini bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan wanita yang telah berumahtangga dan melahirkan cahaya mata. Ia sebenarnya menjadi longgar akibat perubahan hormon selepas kaum wanita melahirkan zuriat. Namun, jika tidak diusahakan, bimbang jika sang suami bersikap nakal dan mencari hiburan di luar dan menimbulkan masalah rumahtangga pula. Nauzubillah!

celikvitamin-vita-E

Ketika wanita hamil, saiz pelvik akan ikut sama membesar bagi menyokong proses kelahiran bayi. Proses tersebut akan mengakibatkan perubahan pada bahagian lantai pelvik dan seterusnya bahagian vagina wanita. Selepas itu, proses melahirkan anak melalui pintu rahim juga menyumbang kepada perubahan tersebut. Semasa melahirkan anak, dinding vagina dan otot yang menyokongnya akan diregangkan. Apatah lagi jika anda sudah beranak 2 atau 3, kelahiran bayi yang berulangkali ini mengembangkan salur vagina dan mengekalkannya kepada ruang sebenar. Ia menyebabkan bahagian sulit tersebut tidak lagi sesempit dan seketat dahulu.

Setiap wanita perlu melakukan sesuatu untuk merapatkan kembali bahagian intim. Kaum hawa perlu memfokuskan kepada penjagaan pemakanan dan mengawal emosi kerana semuanya adalah aspek penting untuk merapatkan keintiman.

Salah-satunya ialah dengan pengambilan vitamin E Shaklee yang juga dikenali sebagai Vitamin Cinta.

Vita-E Complex®

Peranan vitamin E Shaklee kepada suami adalah:

  • Memberikan lebih tenaga untuk tempoh yang lebih panjang.
  • Tahap ereksi yang lebih lama.
  • Suami akan lebih cepat untuk teransang.
  • Proses orgasme lebih kerap dan suami lebih puas.

Peranan Vitamin E kepada isteri adalah:

  • Memberikan lebih tenaga untuk tempoh yang lebih panjang.
  • Merapatkan dan mengetatkan kembali bahagian sulit.
  • Tahap ereksi isteri juga lebih lama.
  • Isteri juga lebih mudah untuk teransang.
  • Memberikan kestabilan kepada hubungan suami dan isteri memandangkan ibu yang menyusu mempunyai hormon menyusu yang tinggia (kandungan prolaktin).

Alfalfa Complex

Bagi wanita, disarankan agar mengambil sekali dengan Alfalfa kerana Alfalfa Shaklee berfungsi :

  • Membantu mengatasi masalah pelincir atau bahagian sulit kering ketika bersama suami.
  • Membantu mengatasi masalah keputihan.
  • Membantu untuk detoks dan mengatasi sembelit (kepada yang berkenaan).

Hangatkanlah kembali hubungan intim anda dengan suami. Buatlah sedikit pelaburan untuk menambat hati suami. Suami pula semakin hari semakin sayang. Testimonial dari seorang pelanggan saya, setelah 2 minggu pengambilan, suami selalu memuji kerana menurut si suami bahagian ‘itu’ rapat seperti malam pertama!

signature

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6019-324 4525

Emel : hello@celikvitamin.com

FB Fanpage: Celikvitamin

Facebook: Adilah Manaf

Klik sini untuk order

]]>
https://www.celikvitamin.com/v2/hangatkan-kembali-hubungan-intim-anda-seperti-malam-pertama/feed/ 0
Masalah dan mitos di kalangan ibu mengandung https://www.celikvitamin.com/v2/masalah-dan-mitos-di-kalangan-ibu-mengandung/ https://www.celikvitamin.com/v2/masalah-dan-mitos-di-kalangan-ibu-mengandung/#respond Sat, 01 Jun 2013 16:41:58 +0000 http://www.celikvitamin.com/v2/?p=1226 Read more →

]]>
mitos celikvitaminDiet yang seimbang dan sihat sangat penting bagi ibu yang mengandung bermula dari awal usia kandungan. Bakal ibu perlu memastikan setiap makanan yang diambil bukan hanya untuk diri sendiri bahkan mesti memastikan makanan yang diambil tidak memberi kesan kepada tumbesaran bayi dalam kandungan.

Ini adalah FAKTA: Masalah di kalangan ibu mengandung

  • Mual dan muntah – Lebih dikenali sebagai ‘morning sickness’. Pada kebiasaannya berlaku dalam 3 bulan pertama atau sejak awal hingga minggu ke-6 kehamilan. Tak semua ibu mengandung mengalami masalah ini.
    Cara Atasi: Ibu perlu mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Ia bagi memudahkan makanan itu dicerna. Dicadangkan mengambil bijirin kering, roti kering atau biskut.
  • Sembelit dan buasir – Kebiasaannya terjadi pada trimester ke-3. Ibu hamil mungkin menghadapi buasir iaitu pembuluh darah yang bengkak pada anus (lubang dubur). Ini mungkin kerana berat janin dan tekanan pada usus.
    Cara atasi: Ibu perlu meningkatkan pengambilan cairan, makanan yang kaya dengan serat dan makanan kering seperti buah prun kering serta buah ara. 
  • Pedih ulu hati – Terjadi kerana peningkatan tahap hormon progesteron, menyebabkan relaksasi otot pencernaan dan tumbesaran janin meningkatkan tekanan pada perut ibu hamil. Asid perut kembali naik ke esofagus dan menyebabkan rasa seperti pedih terbakar pada bahagian berhampiran dengan ulu hati.
    Cara atasi: Ibu harus mengurangkan pengambilan makanan sebelum tidur, mengehadkan jumlah makanan yang diambil pada satu masa serta menghindari makanan berminyak serta pedas.
  • Edema dan kaki kejang – Biasanya berlaku trimester ke-3. Ia disebabkan oleh tekanan rahim yang membesar pada vena kava.
    Cara atasi: minum banyak air dan lakukan senaman. Hindari makanan yang terlalu banyak natrium dan makanan ringan. Tingkatkan pengambilan kalium, kalsium dan magnesium. Magnesium laktat boleh mengurangkan kekejangan kaki.

Mitos mengenai makanan untuk wanita hamil:

  • Makanan tertentu tidak akan menentukan bayi anda gelap atau pun cerah, umpamanya mengambil makanan sampingan seperti zat besi akan membuat bayi anda menjadi gelap! Bagaimanapun warna kulit bergantung pada gen yang diturunkan oleh ibu bapa.
  • Ibu hamil harus mengelakkan daripada memakan ikan laut dalam. Pengambilan yang terlalu banyak boleh menyebabkan anak lahir cacat. Ikan laut dalam yang mengandungi merkuri, logam yang boleh toksin kepada bayi. Ikan yang perlu dielakkan ialah ikan yu, ikan tuna putih, ikan sardin (king mackerel) dan tilefish kerana mengandungi merkuri terlalu tinggi. Persatuan makanan dan Ubatan (FDA) Amerika Syarikat menyarankan wanita hamil supaya tidak makan lebih 12 ons (anggaran dua saiz hidangan) ikan itu dalam seminggu.

Kesimpulannya, pemakanan begitu penting bermula di awal usia kehamilan. Si ibu perlu memastikan setiap makanan yang dinikmati bukan saja untuk diri sendiri sebaliknya boleh memberi kesan kepada tumbesaran bayi dalam kandungan.

Hubungi saya untuk mengetahui tentang  kombinasi supplement Shaklee untuk ibu mengandung sekarang pada harga yang istimewa!

signature

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6019-324 4525

Emel : hello@celikvitamin.com

FB Fanpage: Celikvitamin

Facebook: Adilah Manaf

Klik sini untuk order

]]>
https://www.celikvitamin.com/v2/masalah-dan-mitos-di-kalangan-ibu-mengandung/feed/ 0
Tips Mudah Hamil Dengan GLA Complex Shaklee https://www.celikvitamin.com/v2/tips-mudah-hamil-dengan-gla-complex-shaklee/ https://www.celikvitamin.com/v2/tips-mudah-hamil-dengan-gla-complex-shaklee/#comments Mon, 27 May 2013 16:49:59 +0000 http://www.celikvitamin.com/v2/?p=1202 Read more →

]]>
Saya pernah berkongsi dengan para pembaca tentang 10 TIPS Merangsang Kehamilan sebelum ini. Buat kali ini saya ingin berkongsi tips mudah hamil dengan GLA Complex Shaklee. Tujuan saya tidak lain adalah untuk berkongsi dengan pasangan yang telah berumahtangga (sama ada yang masih baru atau yang sudah lama) namun masih lagi belum mendapat zuriat.

Alhamdulillah, GLA Complex ini semakin mendapat tempat di hati ramai pasangan kerana dikatakan salah satu cara mudah dan cepat hamil, Insha-Allah. Salah-seorang yang mendapat manfaat darinya adalah kakak ipar saya sendiri yang baru sahaja menimang cahayamata setelah hampir 6 tahun menanti dengan penuh kesabaran. Saya akan berkongsi testimonial daripada beliau sedikit masa lagi dengan para pembaca semua.

GLA Complex

Bagaimana GLA Complex berfungsi untuk membantu anda untuk mudah hamil?

Paras kolestrol dalam tubuh akan dapat dikurangkan dengan pengambilan GLA (Gamma Linolenic Acid). GLA juga berfungsi membantu dalam memberikan kelegaan sekiranya wanita sedang mengalami Sindrom Pra Haid (PMS) seperti angin senggugut. Di samping itu, GLA akan merangsang penghasilan dan peningkatan lendir serviks yang berkualiti tinggi bagi menjamin kesuburan wanita. Malah,GLA berfungsi secara teraputik dengan mendorong penghasilan Prostagdalin E1 yang membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan otot.

Bagaimana GLA Complex dapat anda menghadapi sindrom PMS (senggugut)?

Apabila seseorang diserang senggugut, biasanya ia akan menyebabkan kekejangan otot dalam rahim dan kawasan sekitarnya. Daripada kajian yang dibuat, puncanya adalah disebabkan tubuh badan wanita tersebut tidak dibekalkan dengan GLA yang secukupnya. Justeru, pengambilan GLA ini adalah mustahak untuk menampung kekurangan GLA dalam tubuh.

Baiklah setakat ini saya faham. TAPI sebenarnya bagaimana GLA Complex dapat membantu saya untuk cepat dan mudah hamil?

Bagi menjamin kesuburan, seorang wanita perlu mempunyai lendir serviks yang terjamin kualitinya dan berwarna putih telur. Jika anda seorang yang teliti, anda akan perasan sebulan sekali wanita akan menghasilkan cecair putih telur tersebut. Ini menandakan ia adalah waktu subur wanita itu. Namun, tidak semua orang dapat menghasilkan cecair yang ‘subur’ seperti itu. Bagi menghasilkan cecair yang melambangkan kesuburan ini, maka disinilah fungsinya GLA. Sekaligus membantu sperma untuk berenang-renang terus menuju ke uterus, tiub fallopio dan destinasi terakhir iaitu sel ovum. Cecair subur ini juga membantu memanjangkan jangka hayat sperma di dalam tiub fallopio sehingga menjangkau 5 hari. Dari sudut positifnya, walaupun tidak kena tepat pada waktu subur namun peluang tetap cerah kerana sperma masih berada di situ hingga hari yang ke lima!

Untuk kaum hawa di luar sana yang masih lagi belum mendapat zuriat, anda disarankan untuk membuat pemeriksaan terhadap cecair serviks anda. Jika cecair tersebut tebal, berwarna kecoklatan dan kering itu adalah tanda yang kurang baik kerana ia boleh menghalang persenyawaan dari berlaku. Mustahak untuk mengenali cecair kesuburan kita.

Jika anda ada apa-apa kemusykilan, boleh hubungi saya sekarang!

signature

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-15690082

Emel : adilahmanaf@celikvitamin.com

FB Fanpage: Celikvitamin

Facebook: Adilah Manaf

Klik sini untuk order

]]>
https://www.celikvitamin.com/v2/tips-mudah-hamil-dengan-gla-complex-shaklee/feed/ 6
Shaklee Breastfeeding Set https://www.celikvitamin.com/v2/shaklee-breastfeeding-set/ https://www.celikvitamin.com/v2/shaklee-breastfeeding-set/#respond Sat, 18 May 2013 03:26:53 +0000 http://www.celikvitamin.com/v2/?p=1113 Read more →

]]>
Shaklee breastfeeding set adalah set yang boleh dikategorikan sebagai ‘HOT SELLING’ atau ‘KILLER PRODUCT’ dalam carta HOT SELLING di Celikvitamin.com semenjak tahun pertama beroperasi iaitu 2011. Kini, selepas hampir 3 tahun, Shaklee breastfeeding set ini masih lagi di tangga pertama carta pilihan pelanggan. Saya sangat suka berkongsi tentang kebaikan set ini kerana berdasarkan pengalaman peribadi sendiri yang merasakan manfaatnya, Alhamdulillah. Set inilah juga yang mula-mula dicuba semasa berjinak-jinak dengan produk Shaklee ini.

Kenapa Shaklee Breastfeeding Set lebih baik jika dibandingkan dengan ‘milk booster’ biasa di pasaran?

Pertamanya, jika anda rujuk dalam artikel saya sebelum ini iaitu Benarkah Ibu Menyusu Perlu Ambil Supplement?, saya ada menerangkan bahawa Shaklee Breastfeeding Set ini diatur bukan hanya bertujuan untuk menambahkan susu badan. Banyak manfaat lain yang boleh diperolehi selain daripada itu. Kebanyakan para ibu akan berasa sangat tercabar dan teruja untuk menambah susu badan selepas mengambil set ini apabila melihat ibu menyusu lain memuatnaik gambar stok EBM yang tersusun bertingkat-tingkat dalam peti ais di Facebook!

stok-susu-celikvitamin

Justeru, ada ibu yang kecewa apabila selepa mengambil set Breastfeeding Shaklee tapi masih lagi tak dapat memenuhkan peti ais dengan berpuluh-puluh auns stok EBM.

Oleh sebab itu, para ibu menyusu yang mengambil Shaklee Breasfeeding Set dinasihatkan agar mengikut saranan prinsip asas untuk meningkat pengeluaran susu iaitu mengepam dengan kerap iaitu pam sekurang-kurangnya 3 jam sekali payudara anda. Ini sangat penting untuk merangsang pengeluaran susu.

Selain itu, oleh sebab terlalu fokus melihat kuantiti susu, para ibu-ibu ini juga terlalai untuk memfokuskan terhadap perkara lain dialami, sebagai contoh:

  • Masa menyusu lebih singkat berbanding sebelumnya (susu lebih pekat dan bertambah, anak cepat kenyang).
  • Susu ibu kini kelihatan lebih pekat dari sebelumnya.
  • Para ibu kini lebih bertenaga dan cergas serta tidak lagi lesu.
  • Para ibu juga kini lebih nyenyak untuk tidur pada malam hari.

Pengeluaran jumlah susu tetap bergantung kepada sejauh mana para ibu melakukan stimulasi atau rangsangan yang terhadap payudara, tidak kira walau apa jua jenis makanan atau supplement yang diambil, namun prinsip asas ini wajar dipatuhi. Para ibu perlu mendisiplinkan diri dan menjadikan rutin untuk terus konsisten mengepam dan menambah sesi mengepam. Mengepam susu dengan lebih kerap akan lebih menggalakkan penghasilan susu, sekaligus membolehkan ibu menyimpan stok seperti dalam foto di atas.

Dia Ni Rakan Saya Yang Skeptikal Pada Set Breastfeeding Shaklee Pada Awalnya…

Akhir sekali, kepada anda yang berminat, anda boleh mendapatkan full set breastfeeding Shaklee untuk kegunaan 4-6 bulan daripada saya. Anda juga sehebat ibu-ibu menyusu anak yang lain! Lakukan yang terbaik untuk anak anda!

Hubungi saya jika ingin mengetahui lebih lanjut tentang Shaklee Breastfeeding Set di bawah:

  • Set Triple M : Set Premium dengan Vita-Lea, B Complex, Vita-C (diganti Zinc sementara), Ostematrix, Alfalfa, ESP
  • Set Eufor Pack : Set untuk yang elergi alfalfa mengandungi Vita-Lea, B Complex, Vita-C (diganti Zinc sementara), Ostematrix
  • Set E : Vita-Lea, B Complex, Vita-C (diganti Zinc sementara), Ostematrix, Alfalfa
  • Set B : Set Asas mengandungi Vita-Lea, B Complex, Vita-C (diganti Zinc sementara), Alfalfa

signature

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6019-324 4525

Emel : hello@celikvitamin.com

FB Fanpage: Celikvitamin

Facebook: Adilah Manaf

Klik sini untuk order

]]>
https://www.celikvitamin.com/v2/shaklee-breastfeeding-set/feed/ 0