10 TIPS Merangsang Kehamilan & Makanan Tambahan yang Disarankan

Kehamilan dan melahirkan zuriat adalah saat-saat paling berharga buat seorang wanita.  Ia menandakan pusingan kehidupan sebagai seorang wanita telah pun lengkap.

Namun, bukan semua wanita mudah untuk mengandung dan melahirkan anak. Ada segelintir daripada kita yang memerlukan bantuan bagi merangsang kehamilan dan memerlukan makanan tambahan untuk mempercepat proses kehamilan.

Pokoknya, jangan pernah terfikir untuk berhenti berusaha!


Bagi anda yang tergolong dalam kategori sukar untuk hamil ini. Jangan bersedih. Yakinlah bahawa ini semua adalah rezeqi dari Allah Taala untuk bakal ibu dan ayah.

10 Tips Meransang Kehamilan

Barangkali TIPS berikut boleh membantu anda. Tiada salahnya untuk anda mencuba tips berikut:

  1. Anda boleh mula mengambil Asid Folik. Pengambilan 0.4mg Asid Folik ini dapat mengurangkan 50 hingga 70 peratus risiko kemungkinan  melahirkan bayi yang mengalami kecacatan tiub neural. Pengambilan Asid Folik haruslah sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan sebelum mengandung.
  2. Jadikanlah sesi melakukan hubungan intim sebagai saat yang paling ditunggu-tunggu dan menyeronokkan. Untuk menjadikannya lebih menarik, gunakanlah bilik lain selain dari bilik tidur untuk mengubah suasana sensual.
  3. Hindarkan dari terus bangun dan menuju ke bilik air selepas melakukan hubungan seks. Berbaringlah sekurang-kurangnya lima minit. Tujuannya ialah untuk meningkatkan jumlah sperma yang berjaya berenang ke ovum.
  4. Sematkan dalam ingatan! Menghasilkan zuriat adalah ibarat bermain dengan nombor. Walaupun semuanya kelihatan ‘sempurna’ di mata anda, hakikatnya hanya peluang adalah 25 ke 30 peratus untuk hamil bagi setiap kitaran kesuburan.
  5. Adakah anda peminat tegar minuman berkafein? Bolehlah hentikannnya sekarang. Bertukarlah kepada minuman tanpa kafein. Pengambilan lebih daripada 3 cawan minuman berkafein dalam sehari boleh menghalang perkembangan bayi dan menyumbang kepada masalah kesuburan.
  6. Sekiranya anda atau pasangan anda, bekerja di tempat yang mendedahkan anda atau pasangan kepada bahan-bahan yang berbahaya, anda perlu bertekad untuk mencari peluang kerja di tempat lain. Ada sesetengah bahan boleh memberi kesan negatif kepada kualiti sperma, ovum mahupun perkembangan embrio.
  7. Berjumpa doktor untuk mengetahui rekod perubatan anda dan berbincanglah dengan terbuka berkenaan perancangan untuk hamil.
  8. Pastikan kawasan di sekitar faraj adalah ‘mesra sperma’. Elakkan penggunaan penyembur faraj atau tuala wanita yang berbau wangi kerana ini menyebabkan ketidakseimbangan pH di sekitar vagina. Juga elakkan bahan pencuci buatan atau minyak sayuran kerana ianya boleh membunuh sperma anda!
  9. Pujuklah suami anda untuk mandi air sejuk lebih kurang 30 minit sebelum melakukan hubungan intim. Ini kerana mengikut kajian,  air sejuk akan melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan kadar pergerakan sperma.
  10. Sebaik sahaja anda selesai mengadakan hubungan kelamin, letakkanlah bantal di bawah punggung dan tunggu selama 30 minit. Mengapa biarkan graviti menghalang? Berikan sedikit ransangan kepada ‘mereka’ untuk berenang.

Setelah kita berusaha dengan segala petua dan tips yang disarankan, justeru mintalah pada Allah yang Maha Berkuasa. Antara himpunan doa yang boleh diamalkan oleh kita sebagai muslim adalah seperti berikut:

Doa Nabi Zakaria alaihi as Salam :

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ (38)

Artinya : “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”. (QS. Ali Imran : 38)

رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ (89)

Artinya : “Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: “Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah waris yang paling Baik.” (QS. Al Anbiya : 89)

Doa Nabi Ibrahim ‘Alaihi as Salam:

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ (100)

Artinya : “Ya Tuhanku, anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang Termasuk orang-orang yang saleh.”(QS. Ash Shafat : 100)

Sumber: Kumpulan DOA NABI

Testimonial Kakak Ipar Yang Mengamalkan Makanan Tambahan Untuk Kesuburan

Saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang kisah kakak ipar saya sendiri yang menunggu hampir 6 tahun untuk memperoleh cahayamata. Rahsia beliau mengamalkan makanan tambahan untuk meningkatkan kesuburan bagi saya perlu dikongsi untuk inspirasi kepada pasangan yang mempunyai kisah yang sama seperti beliau dan suami. Kisah ini eksklusif untuk anda di celikvitamin kerana ianya adalah pengalaman dari kakak iparku sendiri.

Untuk pengetahuan semua, kami berkongsi majlis walimatulurus pada tahun 2007. Beliau disahkan telah hamil pada tahun yang sama 2007, namun takdir Allah SWT telah menentukan apabila beliau telah mengalami keguguran akibat terjatuh dari pentas semasa majlis di tempat kerja beliau. Semenjak dari itu beliau dan suami mencuba pelbagai kaedah untuk kembali mengandung. Tetapi ternyata masih belum ada rezeki. Bagi saya pula, syukur pada Allah SWT kerana saya menimang anak pertama pada tahun 2008 dan kedua pada 2011.

Kakak ipar saya bersabar selama 6 tahun untuk beroleh anak. Seperti yang dinyatakan, pelbagai usaha telah dicuba bersama-sama sang suami antaranya berjumpa TG Dr.Haron Din minta didoakan supaya dikurniakan anak, berjumpa dengan pakar, berurut dan lain-lain. Pendek kata, segala kaedah sama ada tradisional dan moden telah dicuba. Keadaan menjadi lebih tertekan dengan situasi masyarakat kita yang suka bertanya soalan-soalan pedih seperti “Bila lagi nak dapat anak?”. Perkara seperti ini sebenarnya cukup sensitif bagi pasangan yang telah lama berumahtangga tapi belum dikurniakan zuriat. Kami sefamili hanya mampu memberikan sokongan moral dan berdoa dengan penuh harapan agar mereka dikurniakan anak.

Pada tahun 2011, saya ditakdirkan bertemu jodoh dengan produk Shaklee selepas melahirkan anak kedua. Pada masa itu, saya mengamalkan Set Berpantang Shaklee dan Set Penyusuan Shaklee. Oleh kerana saya sangat berpuashati dengan hasil setelah mengambil produk Shaklee, saya tanpa ragu-ragu menyarankan kakak ipar saya ini untuk mencuba Set Kesuburan Shaklee. Tak rugi mencuba kata saya kepada beliau. Bermulalah pengambilan Set Kesuburan Shaklee ini oleh beliau iaitu bermula dari bulan Januari 2012. Ternyata, perancangan Allah SWT itu maha terbaik daripada perancangan manusia, setelah 6 tahun tidak jemu-jemu berharap dan tak putus asa,  ALHAMDULILLAH HANYA selepas 6 BULAN sahaja beliau telah pun disahkan mengandung oleh doktor. Dipendekkan cerita, beliau telah selamat melahirkan bayi sihat perempuan bernama Damia Batrisya pada bulan April 2013

Oleh kerana beliau sangat gembira dan ingin memastikan yang terbaik buat anak sulungnya itu, sepanjang tempoh hamil hinggalah berpantang dan pasca berpantang beliau mengamalkan set lengkap Shaklee seperti Set Kehamilan Shaklee, Set Berpantang Shaklee dan Set Penyusuan Shaklee. Kesannya, beliau tetap bertenaga walaupun sambil berpantang menyusukan anak. Sebagai tambahan, dalam bulan puasa tahun itu juga bekalan susu tidak pernah merudum. Anak beliau, Damia Batrisya juga berkulit gebu, montok dan sihat.

Berikut adalah screenshot testimonial beliau yang diletakkan di Facebook Celikvitamin.

 

Terlebih dahulu terima kasih untuk adik ipar saya Adilah Manaf Celikvitamin kerana memperkenalkan produk shaklee kepada saya. Dalam hidup ini kita diberi dugaan & ujian yang berbeza dan pastinya setiap kesabaran itu pasti ada ganjaran. Saya dan suami menunggu selama enam tahun untuk menimang cahayamata dan hanya yang melaluinya sahaja faham, perasaan kami. Saya mula mengamalkan set kesuburan shaklee pada Jan 2012, selepas 6 bulan mengamalkannya saya telah disahkan hamil. Semasa hamil dan didalam pantang saya juga menggunakan set yang berkaitan. Lebih membanggakan sebagai seorang ibu sehingga ke saat ini bayi saya sudah berusia 5 bulan menikmati susu ibu sepenuhnya dimana saya langsung tidak mengalami masalah kekurangan susu walaupun di dalam bulan puasa. Selain itu, bayi saya mempunyai kulit yang gebu dan badan yang tegap. Kesimpulannya saya mendapat pelbagai manfaat dengan produk shaklee bermula dengan set kesuburan, set kehamilan,set berpantang dan set menyusu. Bukan kemenangan yang saya harapkan cukuplah sekadar berkongsi secebis pengalaman. Nama bayi saya Nur Damia Najiha Binti Ismadi. Sekian…

Saya rasa kisah inspirasi seperti ini perlu dikongsi untuk kebaikan bersama terutama bagi anda yang mempunyai kisah yang hampir sama dengan kakak ipar saya. Atau pun anda kebetulan terbaca artikel ini, sampai-sampaikanlah kepada kaum famili anda yang sedang berusaha sedaya upaya untuk menimang anak. Tidak tergambar perasan bahagian dan terharu apabila kita berjaya membantu menyelesaikan masalah orang lain dalam masa yang sama menambah nilai dalam hidup mereka.

Apakah Set Rahsia Yang Saya Kongsikan Dengan Kakak Ipar Saya Itu?

Anda boleh mengambil set kesuburan yang disarankan bagi meningkatkan kesuburan suami dan isteri:

1) Zinc Complex

Zink memberi kesan terhadap pelbagai hormon termasuklah hormon seksual, hormone tiroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostat dan tiroid yang tidak aktif . Kekurangan zink juga dikatakan antara sebab kemandulan. Istilah yang digunakan adalah “Below the level of technical sterility”  bermaksud ‘di bawah paras kesuburan’. Ia mempengaruhi bilangan sperma (sperm count) dan pergerakan sperma (sperm motility). Justeru, zink ini memang penting untuk meningkatkan kesuburan.

2) Vitalea 

Pengambilan Vitalea adalah bagi memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian yang diperlukan dapat dipenuhi. Kebiasaanya, pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak fakto dan kekangan. Uniknya, Vitalea atau multivitamin Shaklee mengandungi formula iron yang sangat penting bagi tubuh.

3) B Complex

Memainkan peranan paling penting bagi mengelakkan kemurungan (anti-stress) dan membantu untuk menstabilkan hormon. Vitamin B Complex Shaklee ini turut mengandungi Asid Folik dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.

4) Vitamin E 

Vitamin E membantu meningkatkan hormon seks sama ada untuk  lelaki mahupun wanita. Keunikan Vitamin E Shaklee adalah kerana ianya turut mengandungi silenium berbanding lambakan Vitamin E lain di pasaran yang dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung dalam masa yang sama boleh meningkatkan pengeluaran hormon testosteron.

5) GLA Complex

Berperanan membantu mengatasi masalah haid tidak yang teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti. Lebih baik dari Primrose Oil.

6) Alfalfa Complex

Alfalfa ini turut dikenali sebagai vitamin cinta. Ia membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri kerana fungsinya seperti herba Kacip Fatimah.

Pemberitahuan!

Jika anda rasa Set Kesuburan yang dicadangkan di atas sama sahaja seperti yang ditawarkan oleh pengedar Shaklee yang lain, mari saya beritahu anda. Perbezaan antara pengedar Shaklee lain dengan kami ialah kami memberikan konsultasi bertaraf premium kepada para pelanggan kami. Cara makan, konsultasi dan tips setiap pengedar Shaklee diluar sana, mungkin sama sekali tidak akan sama dengan kami.

Justeru, pillihlah pengedar Shaklee yang benar-benar berpengalaman dan mampu memberikan yang terbaik untuk anda! 

Sila baca DISCLAIMER.

Hubungi saya untuk mendapatkan supplement set kesuburan Shaklee:

Fb: Adilah Manaf Celikvitamin

Fanpage: http://www.facebook.com/Celikvitamin

Email: adilahmanaf@celikvitamin.com

No. Hp: 011-15690082

Shaklee Independent Distributor No 866551

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya 

14 comments for “10 TIPS Merangsang Kehamilan & Makanan Tambahan yang Disarankan

  1. 25 April, 2013 at 11:31 am

    ahh informasi yang bermanfaat

    terima kasih 🙂

    Yunita

  2. norliana
    26 September, 2013 at 8:32 am

    Nk tau price utk set kesuburan

  3. 3 October, 2013 at 11:42 pm

    info yang amat bermanfaat…blog juga menarik

  4. 24 November, 2013 at 9:54 pm

    salam saye nk tahu price set kesuburan? Tq

  5. 13 October, 2014 at 10:53 pm

    Terima kasih diatas tips yang menarik..moga memberi manfaat buat pasangan yang merancang untuk mempunyai zuriat..

    • 17 October, 2014 at 2:22 pm

      Terima kasih kerana mengunjungi blog ini 🙂

  6. nor
    13 December, 2014 at 9:02 am

    tips yang mudah dan ringkas serta senag dipraktikan.. hehe 🙂

  7. 19 March, 2015 at 4:31 pm

    info yang menarik dan manfaat.

  8. Noura
    20 April, 2015 at 5:03 pm

    berapa harga 1 set kesuburan wanita

  9. aznizah
    3 June, 2015 at 3:14 pm

    info yang menarik

  10. 13 June, 2015 at 3:46 pm

    Info yang sangat bermanfaat sekali.
    syukur recently posted…Penyebab Penyakit Kulit PsoriasisMy Profile

  11. 30 July, 2015 at 7:34 am

    suka baca testimoni bagi yang berjaya hamil. Saya dulupun punya kisah yang sama.
    nida recently posted…[INFOGRAFIK]6 CARA MEMBANTU MENINGKATKAN KESUBURAN WANITA. CARA #1 MEMANG MENCABAR NAK BUAT.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge