Warning: "continue" targeting switch is equivalent to "break". Did you mean to use "continue 2"? in /home/celincom/public_html/v2/wp-content/plugins/all-in-one-seo-pack/modules/aioseop_opengraph.php on line 844

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/celincom/public_html/v2/wp-content/plugins/all-in-one-seo-pack/modules/aioseop_opengraph.php:844) in /home/celincom/public_html/v2/wp-includes/feed-rss2.php on line 8
Puasa – Tips Sihat Ceria https://www.celikvitamin.com/v2 Rahsia Sihat Semulajadi Tue, 21 Aug 2018 05:27:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=4.9.25 Risiko puasa ketika hamil https://www.celikvitamin.com/v2/risiko-puasa-ketika-hamil/ https://www.celikvitamin.com/v2/risiko-puasa-ketika-hamil/#respond Mon, 08 Jul 2013 23:47:14 +0000 http://www.celikvitamin.com/v2/?p=1289 Read more →

]]>
CELIKVITAMINKetahui risiko yang dihadapi oleh para ibu yang hamil untuk berpuasa. Dalam keghairahan kita menyambut ramadhan, lengkapkan dengan ilmu untuk mengelakkan risiko yang tak diingini. Bagi wanita mengandung yang mengalami alahan atau morning sickness, sebenarnya terdapat beberapa faktor yang memberikan rukhsah atau kelonggaran bagi golongan ibu hamil ini untuk tidak berpuasa. Pertamanya bagi mereka yang menghadapi komplikasi penyakit yang kronik seperti kencing manis (diabetes mellitus),penyakit buah pinggang, tekanan darah tidak normal seperti hipertensi dan anemia ketika hamil. Ini kerana sesetengah penyakit yang disebutkan tadi, sebagai contoh diabetes mellitus memerlukan pesakit mengambil ubat tepat pada waktunya bagi mengelakkan risiko yang lebih buruk terjadi.

Golongan ibu hamil yang mempunyai masalah jantung, mengalami pendarahan semasa hamil serta menghadapi masalah tumbesaran bayi yang tidak normal atau terencat juga sangat tidak digalakkan untuk berpuasa. Begitu juga mereka yang berat badan tidak mencukupi atau tidak bertambah. Pada kebiasaannya ibu yang hamil disarankan untuk minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari supaya cecair dalam badan tidak berkuranga. Namun, bagi golongan ibu mengandung yang tidak dapat mematuhi arahan meminum air yang mencukupi iaitu sehingga 2 liter sehari turut dinasihatkan untuk tidak berpuasa. Bahkan mereka yang tidak mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat juga tidak digalakkan untuk berpuasa. Sekiranya ibu hamil menghadapi masalah kekurangan air dalam badan digalakkan untuk berbuka segera. Ini semua akan mempengaruhi keadaan bayi dalam kandungan. Sekiranya tidak dipatuhi, bimbang akan menjejaskan si manja di dalam kandungan. Para ibu hamil boleh berwaspada dan seandainya air kencing berwarna pekat seperti teh O dan kuantiti yang sedikit maka ia memberika isyarat si ibu mengalami dehidrasi. Si ibu hamil boleh memilih sama ada untuk berbuka puasa dan mengawasi keadaan itu sendiri atau terus berjumpa doktor untuk mendapatkan konsultasi.

Sources of Calcium

Para ibu yang mengandung perlu mematuhi jadual janji temu dengan doktor supaya keadaan ibu dan anak dapat diawasi. Berterus-teranglah dengan doktor tentang sejarah penyakit dan tahap alahan anda agar doktor dapat memberikan justifikasi sama ada ibu hamil tersebut sesuai atau tidak untuk berpuasa. Barang diingat, berat badan ibu mengandung perlu sentiasa bertambah dan menaik supaya ianya akan tumbesaran kandungan kekal normal. Jika si ibu sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda risiko kehamilan, sebaiknya dapatkan nasihat pakar untuk mengetahui cara pemakanan yang sihat untuk ibu dan bayi dalam kandungan.

Ada juga kajian menunjukkan risiko bersalin awal akibat tekanan ketika puasa yang menyebabkan hormon seseorang berubah. Oleh itu, itu amat kritikal buat ibu hamil untuk sentiasa melakukan pemeriksaan dan memberitahu doktor sebarang perubahan. Amalan pengambilan air yang mencukupi dengan mematuhi kuantiti air yang diperlukan dalam satu hari iaitu sekurang-kurangnya 2 liter. Biarpun si ibu hamil berpuasa, tiada masalah untuk mencukupkan jumlah liter air yan diambil kerana ada kaedah yang boleh diamalkan bagi melengkapkan 8 ke 10 gelas air dalam sehari itu. Rahsianya dengan memastikan anda mengambil air yang diperlukan sepanjang waktu berbuka hinggalah sahur iaitu cadangannya dengan minum tiga gelas air ketika berbuka, 3 gelas sebelum tidur dan tiga gelas lagi termasuk air susu sewaktu sahur.kurang-gula-celikvitamin

Dari segi pemakanan, pada kebiasaannya, makanan manis seperti kuih-muih menjadi pembuka juadah berbuka puasa membuatkan kita berasa kenyang. Perlu diketahui, hakikatnya makanan manis tidak memberikan sumber tenaga dan nutrien yang diperlukan. Dinasihatkan untuk mengurangkan makanan manis ketika berbuka kerana ia akan meningkatkan paras gula dalam darah dan kemudiannya turun secara mendadak lalu terjadinya simptom seperti pening-pening dan sebagainya. Makanan yang disarankan untuk berbuka adalah makanan yang berprotein tinggi seperti ikan dan telur. Selain itu, karbohidrat kompleks seperti kurma dan bijirin amat bagus untuk sahur. Manan terbaik untuk bersahur ialah makanan yang membekalkan tenaga seperti nasi dan roti,

Akhir sekali, makanan tambahan yang biasa diperlukan oleh ibu mengandung perlu diamalkan dengan disiplin iaitu multivitamin dan susu.

Ketahui rahsia kekal cergas walaupun berpuasa! ATAU

Tips hilangkan pening ketika hamil!

Hubungi saya untuk konsultasi percuma:

signature

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6019-324 4525

Emel : hello@celikvitamin.com

FB Fanpage: Celikvitamin

Facebook: Adilah Manaf

Klik sini untuk order

Apa Yang Lelaki Obesiti Ini Buat Untuk Turunkan Darah Tinggi Dia Memang Amazing!

[vimeo clip_id=119773013 autoplay=1 automute=1 width=500 height=281 center=1 ]

]]>
https://www.celikvitamin.com/v2/risiko-puasa-ketika-hamil/feed/ 0
Tips Persediaan Puasa Ibu Menyusu https://www.celikvitamin.com/v2/tips-persediaan-puasa-ibu-menyusu/ https://www.celikvitamin.com/v2/tips-persediaan-puasa-ibu-menyusu/#respond Wed, 05 Jun 2013 11:30:57 +0000 http://www.celikvitamin.com/v2/?p=1249 Read more →

]]>
Breastfeeding celikvitaminSemasa saya habis berpantang, saya juga seperti ibu-ibu di luar sana yang pertama kali berpuasa selepas berpantang sambil menyusu anak. Mampukah saya berpuasa sambil menyusu anak? Dulu berpuasa fikir tentang suami dan diri sendiri sahaja. Kalau makan pun untuk diri sendiri. Tetapi kali ini saya perlu fikir untuk anak yang menyusu badan juga. Apakah persediaan yang saya boleh buat untuk menghadapi bulan ramadhan al-mubarak yang bakal menjelang?

Perintah berpuasa itu wajib ke atas setiap umat Islam. Biar pun begitu, ada rukhsah (kelonggaran) diberikan kepada golongan ibu untuk tidak berpuasa bergantung kepada keadaan ibu dan bayi yang membolehkannya untuk tidak berpuasa. Namun, alangkah indahnya, jika bulan ramadhan kali ini, kita dapat berpuasa seperti orang lain, beribadah di malam hari, bertadarrus bersama suami tanpa rasa bimbang takut-takut tubuh tidak cergas, lemah dan susu ibu pula kurang.  Hakikatnya ibu selepas melahirkan zuriat mampu berpuasa asalkan dia mengatur diet yang seimbang bagi memastikan pengeluaran susu badan tidak merudum.

Sources of Calcium

Para ibu disarankan membuat jadual pemakanan yang sistematik dan efektif dengan mengutamakan pengambilan makanan berkhasiat supaya si ibu dan anak konsisten mendapat sumber nutrisi yang diperlukan. Amalan sahur yang betul adalah wajib bagi para ibu yang menyusu anak. Ini kerana jika tidak bersahur ia akan mendatangkan gejala hipoglisemia iaitu kekurangan gula dalam badan menyebabkan tubuh menggeletar, denyutan nadi pantas, rasa cemas, tubuh, lemah, rasa loya-loya serta muntah-muntah. Kondisi akan lebih teruk sekiranya wujud simptom berikut iaitu sakit kepala, penglihatan kabur, letih lesu, mudah terganggu, kurang fokus, kehilangan keupayaan intelek dan perubahan personaliti.

Oleh itu, para ibu yang baru lepas berpantang dan menyusu anak perlu memastikan diri sendiri patuh kepada jadual yang telah ditetapkan tadi bagi menghindari diri dari gejala hipoglisemia.

Tips yang membantu untuk para ibu:

  •  Melewatkan sahur
  • Berbuka di awal waktu dengan mengambil makanan sihat seimbang dan minum cukup air.
  • Memerah susu di awal hari
  • Berdoa dan bertawakallah banyak-banyak kepada Allah SWT.
  • Bersedia dari segi fizikal dan mental

Teruskanlah azam anda untuk menyusu anak kerana susu ibu adalah yang terbaik. Namun, sekiranya anda mengalami dehidrasi semasa berpuasa dan menyusu anak maka dinasihatkan untuk berbuka agar tidak mendatangkan mudarat kepada diri. Justeru, pengambilan cecair yang mencukupi pada sebelah malam dan waktu sahur perlu dilakukan bagi menggantikan air yang sudah hilang semasa berpuasa.

Simptom-simptom dehidrasi yang teruk adalah seperti berikut :

  • Terasa ingin pitam terutamanya selepas sesi mengepam dan menyusu anak.
  • Sakit kepala dan rasa seperti hendak demam.
  • Air kencing bertukar pekat dan berbau kuat.
  • Tekaka loya dan rasa ingin muntah.
  • Tubuh menggigil.
  • Tubuh terasa lesu dan otot sakit.
  • Emosi tak stabil dan mudah marah.

Masalah dehidrasi ini boleh dihindari sekiranya anda mengambil makanan dan minuman yang mengandungi kapasiti cecair yang banyak. Tubuh memerlukan kadar minimum 2 liter air sehari bagi menjamin keseimbangan bendalir tubuh.

set-berpuasa-ibu-menyusu-celikvitamin

Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut tentang bagaimana memastikan susu anda tidak merudum walaupun berpuasa boleh teruskan membaca artikel Persediaan puasa untuk ibu menyusu dengan Set Pilihan Shaklee.

Ketahui juga rahsia ibu menyusu kekal cergas dan tangkas walaupun berpuasa dengan meluangkan masa untuk membaca artikel Kebaikan Mighty 3 Gems untuk anda kekal cergas walaupun puasa!

mighty-3-gems-shaklee

Untuk sebarang konsultasi dan perkongsian secara percuma, Boleh hubungi saya!

signature

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6019-324 4525

Emel : hello@celikvitamin.com

FB Fanpage: Celikvitamin

Facebook: Adilah Manaf

Klik sini untuk order

Apa Yang Lelaki Obesiti Ini Buat Untuk Turunkan Darah Tinggi Dia Memang Amazing!

[vimeo clip_id=119773013 autoplay=1 automute=1 width=400 height=225 center=1 ]

Sumber : Majalah Pa&Ma

]]>
https://www.celikvitamin.com/v2/tips-persediaan-puasa-ibu-menyusu/feed/ 0
Vitamin Untuk Ibu Menyusu Di Bulan Puasa https://www.celikvitamin.com/v2/vitamin-untuk-ibu-menyusu-di-bulan-puasa/ https://www.celikvitamin.com/v2/vitamin-untuk-ibu-menyusu-di-bulan-puasa/#respond Mon, 20 May 2013 01:29:48 +0000 http://www.celikvitamin.com/v2/?p=1100 Read more →

]]>
Menyusukan anak di bulan puasa merupakan satu cabaran yang hebat bagi insan yang bergelar ibu. Terutamanya, buat ibu menyusu yang pertama kali merasai pengalaman menyusu anak di bulan puasa. Bagi ibu yang berpengalaman dan tahu tips yang tepat biasanya tiada masalah untuk memastikan susu tetap konsisten. Malah ada ibu yang berpuasa stok susu badan tetap main bertambah. Dalam konteks artikel ini, ada ibu yang mengalami masalah, penghasilan susu merudum atau susu badan semakin kurang dan adakalanya kelihatan seolah-olah telah kering.KESUBURAN

Pertamanya, bagi para ibu yang mengalami masalah ini, anda tidak perlu panik dan mudah berputus asa. Ada pelbagai teknik dan kaedah bagi mengatasi situasi ini. Pendek kata, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.

  • Dalam Islam, para ibu yang menyusu anak dan bimbang memudaratkan anaknya bila kadar susu merudum, anda diberikan ‘rukhsah’ iaitu kelonggaran untuk berbuka puasa. Dalam kes ini melibatkan stok susu EBM pun tiada.
  • Keduanya, anda boleh menambah sesi mengepam susu pada waktu malam dan siang.
  • Mengamalkan petua dan diet yang tertentu seperti makan kurma, minum air zam-zam dan seumpamanya.
  • Mengamalkan pengambilan supplemen semulajadi untuk membantu tubuh kekal cergas semasa menyusu anak.

Terpulang kepada pilihan para ibu masing-masing kerana perkara yang paling mustahak adalah anak yang tersayang mendapat susu ibu yang secukupnya dan berkhasiat di bulan ramadhan al-mubarak.

Semenjak sebelum bulan puasa menjelang tiba lagi, ramai para ibu yang mencari Shaklee Breastfeeding Set*. Set cadangan penyusuan susu ibu ini disarankan bagi memenuhi keperluan ibu menyusu. Alhamdulillah, ramai yang telah mendapat manfaatnya dan susu badan bertambah setelah pengambilan set ini.

Termasuklah pengalaman peribadi penulis sendiri!

Berita baiknya pengambilan vitamin ibu menyusu ini bukan terhad untuk bulan puasa sahaja. Sekiranya anda mengalami masalah susu badan kurang pun anda tetap disarankan untuk mengambilnya sama ada puasa atau tidak.

Apakah dalam set cadangan penyusuan ini? Berikut disertakan suplemen atau vitamin ibu menyusu yang terbaik untuk ibu yang menyusukan anak.

set menyusu dengan alfalfa

Set Vitamin Penyusuan Dengan Alfalfa

set-eufor-pack

Set Vitamin Asas Penyusuan Tanpa Alfalfa (dengan Ostematrix)

set-kalsium-shaklee

Set Vitamin Penyusuan Dengan Alfalfa Dan Ostematrix

set-triple-M-shaklee

Set Vitamin Penyusuan Premium Shaklee

Seterusnya, TERISTIMEWA di setiap kali bulan puasa ini dan juga pilihan popular ibu menyusu anak, ibu tidak menyusu anak dan ibu hamil disarankan juga untuk mengambil MIGHTY 3 GEMS.

mighty-3-gems-shaklee

Mighty 3 gems ini adalah HOT SELLING setiap kali puasa. Lebih-lebih lagi, PERFORMANCE DRINK, baik untuk seisi keluarga kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Testimonial ESP Shaklee Membantu Kekal Cergas Dan Bertenaga!

Alhamdulillah, penulis dan keluarga adalah peminat setia Might 3 Gems ini terutamanya Performance Drink. Biasanya, semasa bersahur, selepas makan kami sekeluarga akan minum segelas Performance Drink supaya dengan izin Allah, hari kami keesokannya akan tetap ceria, cergas dan bertenaga kerana kadar elektrolit dalam badan tidak berkurangan. Jika anda tidak sempat bersahur atau terlewat bangun sahur juga, memadai untuk mengambil Performance Drink.

Andainya, para ibu berazam untuk berpuasa penuh dan dalam masa yang sama bimbang atau ingin mengambil langkah persediaan supaya ‘supply’ susu badan tidak berkurangan, apa salahnya untuk mencuba set-set yang tersenarai di atas. Namun, secara peribadinya, penulis sangat menyarankan anda untuk mengambil Performance Drink di bulan puasa bukan sahaja bagus juga kita tetapi juga bagus untuk anak-anak yang baru hendak belajar berpuasa.

Nota : Shaklee Breastfeeding Set* bukanlah set rasmi Shaklee tetapi telah diatur untuk keperluan ibu menyusu atau breastfeeding mother.

 

signature

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6019-324 4525

Emel : hello@celikvitamin.com

FB Fanpage: Celikvitamin

Facebook: Adilah Manaf

Klik sini untuk order

]]>
https://www.celikvitamin.com/v2/vitamin-untuk-ibu-menyusu-di-bulan-puasa/feed/ 0
Persediaan puasa untuk ibu menyusu dengan Set Pilihan Shaklee https://www.celikvitamin.com/v2/persediaan-puasa-untuk-ibu-menyusu-dengan-set-pilihan-shaklee/ https://www.celikvitamin.com/v2/persediaan-puasa-untuk-ibu-menyusu-dengan-set-pilihan-shaklee/#comments Tue, 14 May 2013 19:39:14 +0000 http://www.celikvitamin.com/v2/?p=1063 Read more →

]]>
Adakah anda ibu yang menyusukan anak atau breastfeeding mother?

Bulan Ramadhan yang bakal menjelang tentu menggusarkan anda untuk membuat persediaan secukupnya agar stok susu untuk anak tidak merudum. Anda perlu bersedia dengan pelan ‘back-up’ bagi menghadapi sebarang kemungkinan stok susu tidak mencukupi sepanjang bulan puasa nanti.

Umumnya, ibu yang menyusu anak diberikan kelonggaran atau istilahnya ‘ruhksah’ dalam Islam untuk berbuka dengan syarat yang diizinkan syarak. Namun, jika anda membuat  persiapan yang rapi, insha-Allah tiada masalah untuk anda berpuasa penuh di bulan ramadhan al-mubarak ini.

ibu menyusu berpuasa celikvitamin

Saya ingin berkongsi dengan anda beberapa produk Shaklee yang saya ambil KERANA saya juga ibu yang menyusu anak. Justeru, saya mencadangkan para ibu yang berpuasa untuk turut sama membeli produk-produk ini sebagai persediaan awal menghadapi bulan puasa nanti.

set-berpuasa-ibu-menyusu-celikvitamin

Pengambilan B-Complex, Vitalea, Alfalfa, Vita-C,  dan Energizing Soy Protein boleh dimulakan dari sekarang bagi menyediakan stok EBM yang mencukupi bagi bulan puasa. Performance Drink pula amatlah sesuai di ambil semasa berbuka dan bersahur dalam bulan puasa, pada hari-hari yang panas atau ketika ibu berasa kurang sihat.

Pengalaman peribadi saya sendiri. Testimonial pertama saya tentang produk Shaklee di mana ketika itu saya juga adalah asalnya pengguna produk Shaklee yang Alhamdulillah  berpuashati dengan hasilnya.

ibu menyusu berpuasa

Video Testimonial Untuk Set Breastfeeding Shaklee

Anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan produk-produk ini.

Pasti memberi lebih banyak kebaikan, terutama kepada ibu yang sibuk dan sering keletihan agar anda terus kekal bertenaga tanpa menjejaskan stok EBM walaupun anda berpuasa.

signature

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-15690082

Emel : hello@celikvitamin.com

FB Fanpage: Celikvitamin

Facebook: Adilah Manaf

Klik sini untuk order

]]>
https://www.celikvitamin.com/v2/persediaan-puasa-untuk-ibu-menyusu-dengan-set-pilihan-shaklee/feed/ 2