Hilangkan Pening Semasa Hamil

celikvitamin pening kepalaPada awal trimester pertama, anda mungkin akan rasa pening dan loya kerana tekanan darah yang rendah. Ini berlaku kerana hormon kehamilan iaitu progesteron merehatkan dinding salur darah anda. Ini menyebabkan tekanan darah anda menurun. Sekaligus anda mungkin akan berasa pening seawal minggu ke lapan kehamilan. Tetapi ingat bahawa pening adalah perkara biasa untuk ibu mengandung. Separuh hingga tiga perempat daripada wanita hamil akan berasa pening semasa tempoh mengandung.

Manakala dalam trimester kedua dan ketiga pula, rahim anda yang sedang membesar berkemungkinan menekan saluran darah. Ini juga boleh menyebabkan anda berasa pening. Antara sebab-sebab lain yang mungkin menjadi punca anda berasa pening iaitu jika anda bingkas berdiri atau berdiri terlalu cepat. Justeru, darah tidak mempunyai cukup masa untuk sampai ke otak. Ini diistilahkan sebagai hiportensi postural. Anda juga boleh berasa pening jika baring terlalu lama. Kira-kira 1 daripada 10 orang wanita mengandung mengalaminya disebabkan oleh masalah tekanan darah. Pening ini juga boleh dirasai sekiranya anda belum makan dan gula dalam darah di paras rendah terutamanya di waktu lewat petang. Akhir sekali, anda juga akan berasa pening jika anda kekurangan zat besi dalam darah (anemia) dan jika anda terlampau panas.

Menghilangkan rasa pening

Ini bergantung kepada apa yang menyebabkan anda berasa pening. Tetapi langkah pertama yang terbaik ialah duduk. Ini bukan sahaja membantu mengurangkan rasa pening tetapi anda dapat mengelakkan daripada terjatuh. Bergerak dengan lebih perlahan juga turut membantu. Contohnya cuba bangun dengan perlahan-lahan daripada kerusi dan katil. Jika anda berasa pening ketika berbaring, mengiringlah ke sebelah kiri kerana ini akan membantu jantung anda mengepam banyak darah ke seluruh badan dengan lebih mudah.

Menganggu tugasan harian

Ini mungkin satu cara badan anda untuk memberitahu bahawa anda memerlukan penambahan tenaga. Jika anda belum makan dalam masa satu atau dua jam, snek ringkas dan cepat dapat menaikkan paras glukosa dalam darah anda. Anda perlu memastikan anda tidak terdehidrasi. Minumlah air atau jus buah-buahan. Dalam kes-kes tertentu, anda tidak dapat berbuat apa-apa kecuali duduk atau baring mengiring dan tunggu sahaja masalah ini hilang. Masalah pening yang datang dan pergi ini boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang kehamilan.

Masalah pening semasa hamil ini berbahaya?

Walaupun ini perkara biasa, jangan pandang ringan terhadap masalah ini. Masalah terbesar daripadanya ialah pitam. Jika anda berasa hendak pitam, anda haruslah baring mengiring ke sebelah kiri atau duduk dengan meletakkan kepala antara kedua-dua lutut. Posisi ini dapat menggalakkan perjalanan darah ke otak, yang mana dapat meredakan rasa hendak pitam.

Bila perlu berjumpa doktor?

Anda patut berjumpa doktor jika anda pitam, jika anda rasa sering pening atau jika anda turut sama mengalami masalah lain seperti kesakitan pada bahagian pelvis atau perut, sesak nafas, penglihatan kabur, jantung berdebar, sakit kepala dan muntah. Pening kepala merupakan simptom anemia yang serius. Pening juga boleh terjadi jika anda bernafas terlalu cepat atau terlalu dalam (hiperventilasi). Ini disebabkan oleh sesuatu yang tidak berkaitan dengan kehamilan anda.

Sumber: Prof Dr Nik Hazlina Nik Hussain, Mingguan Malaysia 9 Jun 2013.

Anda boleh menghadapi keadaan ini dengan melakukan persedian mental dan fizikal yang secukupnya untuk mengharungi tempoh kehamilan. Buatlah sedikit kajian dan bertanya kepada rakan-rakan yang sudah berpengalaman. Anda juga perlu mengetahui dengan membaca VITAMIN DAN SUPPLEMENT LENGKAP UNTUK IBU HAMIL.

signature

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6019-324 4525

Emel : hello@celikvitamin.com

FB Fanpage: Celikvitamin

Facebook: Adilah Manaf

Klik sini untuk order

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *