Setiap tahun bermula dari 2013, kami tak pernah ‘miss’ untuk dapat trip antarabangsa percuma yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee Malaysia. Bercuti dengan Shaklee ini memang mewah kerana pihak syarikat taja lebih kurang RM20,000 seorang. Jadi, kalau 2 tiket RM40,000 bro!
Kalau dengan duit sendiri kita fikir 2-3 kali juga. Yang layak pun bukanlah semua tetapi hanya pemimpin-pemimpin yang cemerlang pada ‘cycle’ 2016-17.
Tahun ini sangat istimewa kerana pertama kali pergi sebagai Master Coordinator (peringkat tertinggi dalam Shaklee) dan lagi best kami dapat 2 tiket percutian.
Terus ‘upgrade’ pakej mewah berbulan madu sekali. On top of that, kebetulan bulan Mei 2017 ini adalah ulangtahun saya yang ke 34 dan ulangtahun ke 10 perkahwinan kami. Manis betul kan! Hikhikhik.
13 Mei 2017 – Hari Pertama Berlepas Dari KLIA
Sejumlah 130 orang ‘high-achievers’ bisnes Shaklee layak menyertai trip kali ini. Trip ini bermula dari Nagoya dan berakhir di metropolitan Tokyo iaitu sejauh 800 kilometer.
Kami semua berkumpul di KLIA dan berlepas dengan pesawat Thai Airways pada jam 8.50 malam. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 jam termasuk transit di Bangkok. Satu pesawat lagi ialah Singapore Airlines. Masa ketibaan di airport Nagoya adalah 8.00 pagi waktu Jepun (beza sejam saja dengan kita). Sedikit fakta, airport Nagoya ini dibina di atas pulau buatan.
14 Mei 2017 – Hari Ke 2 : Sampai di Nagoya.
Sesampainya di Nagoya airport, perut mula berkeroncong. Macam faham-faham aje. Breakfast box disediakan untuk kami. Trip Shaklee ini memang tak sempat lapar sebenarnya. Kalau lapar siap bagi duit poket lebih kurang RM800 seorang untuk elaun makanan!
Buka aje kotak, kami disajikan dengan onigiri dan teh hijau. Makanan ruji masyarakat di sini.
Aktiviti hari pertama di Jepun ini ialah shopping di Toki Premium Outlet. Kedudukan Toki Premium Outlet ini berdekatan dengan Nagoya Airport, jadi kami dibawa terus ke sini. Lebih kurang Mitsui Premium Outlet dekat dengan KLIA. Lebih kurang sejam lebih juga perjalanan (dekat ke?).
Di Jepun ini ada banyak premium outlet. Menurut, tourist guide kami, Jimmy-san, outlet di Jepun ini adalah yang ke dua termurah di dunia selepas USA. Hmm. Memang tak boleh lawan outlet USA!
Tokai ini agak kecil dan tak banyak pilihan. Tapi ada beberapa brand outlet yang ‘rare’ dan tiada di Malaysia. Contohnya, Samantha Thavasa. Outlet jenama ini hanya ada di Singapura. Katanya jam G-Shock dan Baby G murah tetapi lihat harga murah sikit saja. Mungkin kerana keadaan ‘currency’ kita yang merudum. Tapi menurut suami, jenama Seiko memang sangat murah hampir 50 peratus dari Malaysia!
Lebih kurang beberapa jam di Tokai. Kami meneruskan perjalanan menuju ke tempat penginapan. Trip Shaklee kali ini sangat istimewa. Kami di bawa meredah kawasan perkampungan di sekitar pergunungan Jepun terlebih dahulu sebelum menuju ke metropolitan Tokyo untuk belajar budaya, nilai, bahasa dan norma masyarakat di sini. Memang berbeza dengan kehidupan di bandar besar di Tokyo!
Penginapan kami untuk 2 malam ialah di sebuah resort di pergunungan Tateyama iaitu Gero Sumeikan Hot Spring Resort. Tiba sahaja di sana, kami disambut meriah oleh pihak pengurusan Shaklee yang tiba sehari lebih awal diketuai oleh presiden Shaklee Malaysia, Helen Lam. Kami diberi persalinan yutaka (pakaian tradisi) dan sepasang terompah. Kemudian di ajar cara berpakaian.
Buka sahaja pintu bilik kami dikejutkan dengan hadiah. Dua bungkusan Furoshiki menunggu di atas meja. Furoshiki adalah cara orang Jepun membalut barangan terutamanya hadiah. Ia telah digunakan di Jepun sejak 1200 tahun dahulu.
Shaklee memang suka buat suprise setiap kali trip. Setiap kali saat membuka pintu bilik selalunya diiringi debaran hebat. Ada supriseee tak ni? Hahahaha!
Di resort ini juga, kami berpeluang untuk merasa tidur di bilik berkonsepkan ryokan iaitu rumah tradisi Jepun macam dalam cerita Doraemon itu. Tidur di atas tatami dan futon. Budaya nippon ini suka berendam dalam ‘onsen’ iaitu kolam air panas (tanpa seurat benang!). Gero onsen ini antara yang destinasi paling popular untuk dikunjungi.
Masa mula-mula masuk bilik itu memang rasa menangis sangat-sangat. Ya! Allah! Rasa bersyukur sebab dapat ‘experience’ sendiri budaya negara lain.
Kalau dengan duit poket sendiri beberapa tahun lalu memang tak mungkin. Lagi buat rasa sebak bilik kita buka tingkap, udara dingin nyaman dengan latarbelakang gunung menghijau. Jauh dari hiruk pikuk kota.
Terus menangis bila kita boleh dengar air sungai mengalir deras dari jendela. Rasa beruntung sangat, biasa kita dapat tengok dalam TV je pengalaman macam ni 🙂
Menangis Lagi Di Gunung Tateyama 🙂
Malam itu kami dijamu ‘fine dining’ masyarakat Jepun iaitu ‘kaiseki dinner’. Tema pakaian malam itu yukata tapi ini yukata hotel yang biasa-biasa bukan yang Shaklee bagi. Yukata ini bebas dipakai disekitar hotel tapi tak boleh dibawa keluar.
Kaiseki yang disediakan untuk leader Shaklee ini bukan biasa-biasa. Menurut tour guide, biasanya ada 8 ke 10 hidangan tapi untuk kami disediakan 14 hidangan! Kaiseki ini makanan mewah. Setahun sekali bolehlah makan.
Makanannya pun sihat-sihat dan sedap. No wonder-lah orang Jepun ini ‘in a good shape’ kebanyakannya.
Kaiseki ini adalah simbol juadah yang harmoni dengan alam semula jadi. Dah macam Shaklee pulak, ‘live harmony with nature’. Ramuan yang disediakan untuk dimakan adalah yang semulajadi, berkualiti tinggi, segar dan dipilih mengikut musim.
Pemilihan warna juga dititikberatkan. Ada sayur warna hijau, merah, ungu dan sebagainya.
Alamak! Terpaksa sambung Part 2. Bukan tak mau sambung nanti panjang sangat. Lagi best tau!
4 Orang Wanita Dengan Background Berbeza, Berkongsi Rahsia Bagaimana Jana Income Dari Rumah Secara Online Dengan Peluang Bisnes Shaklee.
Nak Cuti-Cuti Percuma 6 Bintang?
Boleh hubungi saya
Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082
Shaklee ID : 866551
Bestnya dapat pergi jepun..shaklee sponsor
Alhamdulillah. Shahida pun boleh kalau mahu 🙂
Jepun negara yang sangat sangat tinggi dengan budaya yang unik kan.
Memang masuk wishlist la.
Insyallah pasti merasa trip international nanti..
Setelah menyaksikan bagaimana seronoknya peserta2 Trip Percutian Ke Jepun, diam2 saya simpan niat nak melawat Jepun pulak…