Tanda-Tanda Kesuburan Seorang Wanita

Kesuburan kepada seorang wanita biasanya dimulai dari usia 12 tahun hingga 48 tahun. Penting untuk mengetahui bahawa anda subur atau tidak. Ini sebagai langkah awal untuk persediaan yang mahu berumahtangga atau pun yang sudah berkahwin tapi mahu hamil. Sekiranya anda ada tanda-tanda ini, berkemungkinan besar anda subur. Sekiranya tidak masih belum terlewat untuk berbuat sesuatu.

Anda belum mengetahui tanda-tanda subur seorang wanita?

Sel

Di sini dikongsikan tips-tips secara ringkas bagaimana menentukan tanda-tanda kesuburan wanita.

1. Kitaran Period (Period Cycle) Yang Tetap  

Sekiranya anda mempunyai pusingan haid yang teratur dan tetap pada setiap bulan, ia biasanya petanda yang anda tidak bermasalah kesuburan. Satu kitaran lengkap period adalah dari hari pertama haid keluar sehinggalah anda period kembali. Cuba buat kiraan berapa hari untuk satu kitaran haid anda itu dilengkapi. Sebagai contoh, sekiranya anda mengalami pusingan haid sebanyak 28 hari setiap bulan, itu bermakna hormon adalah stabil dan anda subur.

Secara normalnya, satu kitaran lengkap mengambil masa dalam 28 hingga ke 30 hari. Justeru, cara pertama untuk menentukan anda subur atau tidak ialah dengan membuat pemerhatian kepada kitaran haid sendiri.

Klik Untuk Baca Cara Mengira Waktu Subur Wanita Dengan Tepat

 

2. Penggunaan Alat Pencatat Kesuburan

 

Pada zaman moden sekarang ini, pelbagai teknologi diperkenalkan untuk memudahkan tugas manusia. Ini termasuklah dalam bidang perubatan. Termometer ovulasi (ovulation thermometer) adalah satu alat yang boleh dijadikan indikator untuk mencatat tahap kesuburan seorang perempuan.

Termometer ini akan menunjukkan perubahan suhu tubuh ketika wanita menghasilkan ovum. Perubahan suhu kepada tubuh wanita adalah sebanyak 0.2 darjah celcius ketika mengeluarkan telur dan ianya akan kekal selama 10 hari. Sekiranya suhu tubuh tidak mencatatkan apa-apa perubahan selepas dibuat pemerhatian untuk satu jangkamasa tertentu (biasanya selepas haid kering sehingga kembali datang bulan), berkemungkinan besar (ia tidak semestinya) wanita tersebut menghadapi masalah kesuburan. 

Klik Baca Maksimumkan Peluang Anda Untuk Hamil

 

3. Menjalani Ujian darah

Bagi perempuan yang mempunyai pusingan haid yang tak teratur. Contohnya period datang 2 bulan, 3 bulan atau 6 bulan sekali ini adalah petanda anda berisiko tak subur. Sekiranya anda ada masalah ini, ujian darah boleh dilakukan untuk mengetahui punca mengapa period tidak stabil. Ujian darah ini bertujuan untuk mengesan kandungan hormon dalam tubuh wanita.

Jangan takut untuk menjalani ujian darah bagi mengetahui tahap kesuburan anda. Ini untuk kebaikan anda juga supaya kita boleh tahu dimana puncanya. Mungkin anda subur tetapi suami yang bermasalah.

Klik Untuk Baca Vitamin Sebagai Cara Stabilkan Hormon Dan Period Wanita

 

4. Lakukan Pemeriksaan Tubuh

 

Organ tubuh wanita juga boleh menjadi indikator kepada kesuburan. Antara organ tubuh yang menjadi tanda kesuburan wanita adalah buah dada, kelenjar tiroid dan organ pembiakan.

Hormon tiroksin yang dirembeskan oleh kelenjar tirod akan menggangu proses untuk melepaskan sel telur. Hormon prolaktin yang terkandung dalam payudara pula, sekiranya tinggi juga akan mengganggu pelepasan telur. Sistem reproduksi juga perlu diperiksa oleh pakar kesihatan untuk mengetahui sama ada ianya normal atau sebaliknya. 

Klik Untuk Baca Punca Masalah Kesuburan

 

5. Sejarah Perubatan Atau Track Record

PMS

Bagi perempuan yang pernah mengandung dan kemudiannya keguguran, mereka ini juga berpotensi untuk mengalami masalah kesuburan. Saluran peranakannya berisiko untuk dijangkiti oleh kuman. Saluran fallopio munkin akan tersumbat atau dirosakkan oleh jangkitan ini.

Oleh itu sekiranya anda ada sejarah silam mengalami keguguran, harus waspada dan buat pemeriksaan doktor untuk memastikan anda bebas daripada jangkitan kuman pada salur reproduksi. 

Klik Untuk Baca Peluang Hamil Selepas Keguguran

Dengan beberapa tips yang dikongsikan ini, anda boleh membuat pemerhatian sendiri untuk memastikan yang anda ada tanda-tanda kesuburan seorang wanita.

Sekiranya anda telah lama berkahwin dan masih lagi belum mempunyai anak, mungkin artikel di bawah ini dapat membantu anda:

Petua Cepat Untuk Mudah Mengandung

Untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Sila hubungi saya untuk konsultasi premium: 

signature Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik

Facebook: Adilah Manaf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge