Cara Mengira Waktu Subur Wanita Dengan Tepat

Tubuh wanita sangat unik kerana setiap wanita ada kitaran waktu datang haidnya sendiri. Artikel ini bertujuan untuk membantu para pembaca untuk memahami dengan mudah tentang cara mengira waktu subur dengan tepat memandangkan kitaran haid wanita ini adalah topik yang ‘taboo’ dan memerlukan pemahaman yang jelas.
 
Secara normal, kaum hawa akan datang bulan secara purata lebih kurang dalam tempoh 28 sehingga 30 hari setiap bulan. Namun, ada yang kadang-kadang 25 hari. Ada yang lambat sehingga hari yang ke 35. Ianya adalah sesuatu yang kompleks tetapi tak perlu risau, anda boleh membuat anggaran sebenarnya jika faham kitaran sendiri.

Kenapa Kita Perlu Tahu Cara Mengira Waktu Subur?

Kebiasaannya, ada 2 sebab utama untuk kita tahu cara kira waktu subur:
  • Untuk mengira dengan tepat tempoh bagi mudah untuk hamil.
  • Untuk perancangan keluarga bagi mengelakkan daripada mengandung.
Sangat penting sebenarnya. Ramai yang mengambil remeh tips menghitung tempoh subur ini kerana menganggap ianya tak perlu. Jika anda yang sangat kepingin untuk mendapatkan zuriat atau jika anda sedang membuat perancangan keluarga, Nah! Anda perlu tahu cara pengiraannya supaya objektif utama tercapai. 
Hanya Anda Yang Paling Pakar Tentang Kitaran Haid Sendiri
Tiada manusia yang lebih memahami tentang tubuh anda selain dari diri anda sendiri. Anda perlu menjadi pakar untuk memahami sepenuhnya kitaran haid sendiri.
Kebiasaannya, fasa kitaran haid ini terbahagi kepada beberapa fasa yang utama.
Fasa Pertama: Hari Pertama Hingga Ke 4
Fasa ini dikenali sebagai menstruation atau keluar haid. Ketika inilah haid mengalir keluar. Anda perlu mencatat tarikh hari pertama datang bulan di kalendar iaitu tarikh fasa ini bermula dan bila tarikh tamat haid kering. Sekiranya anda merancang untuk hamil, disarankan untuk membuat catatan pada setiap bulan. Ini penting untuk menganggar kitaran period anda berapa hari setiap bulan dan adakah haid anda teratur.
Fasa Kedua: Hari Ke 5 Hingga Ke 13
Fasa ini juga dikenali sebagai ‘follicular phase. Pada ketika ini, hormon estrogen seorang wanita akan meningkat dan darah akan membentuk lapisan tebal di dinding rahim. Manakala, telur yang berada di sekitar ovari pula akan mencapai tempoh matang. Ini adalah tempoh persediaan untuk kehamilan.  
Fasa Ke Tiga: Hari Ke 14
Pada masa ini proses ovulasi akan terjadi. Peningkatan hormon ‘Luteinizing’ akan merangsang telur untuk keluar dari ovari dan menanti untuk disenyawakan dengan sperma. Sekiranya sperma yang dinanti tak kunjung tiba, bermakna proses persenyawaan tak berlaku maka ia akan terus melalui tiub fallopio ke rahim seorang wanita.  
Fasa Ke Empat: Hari Ke 15 Hingga 28
Fasa luteal ini adalah satu fasa di mana sejenis hormon yang dikenali sebagai hormon ‘progestrone’ akan dirembes keluar dari sarangnya iaitu corpus luteum. Rembesan hormon ini akan menyebabkan lapisan dinding uterus semakin menebal. Sekiranya tiada persenyawaan berlaku, maka lapisan dinding rahim yang tebal ini akan runtuh dan proses kitaran akan berulang kembali seperti di Fasa 1.  

Bilakah Waktu Subur Wanita Itu?

Setelah kita benar-benar mengerti tentang kitaran haid seorang wanita, maka sebenarnya waktu subur wanita itu adalah pada hari ovulasi itu terjadi atau semasa fasa ke3 bermula kerana telur telah dirangsang keluar dari sarangnya. Jika mahu dihitung dengan tepat, tempohnya adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama kita didatangi haid pada kitaran seterusnya atau bulan berikutnya.

 

Misalnya, jika tempoh haid kita adalah 28 hari, justeru waktu subur adalah:
28 hari – 14 hari = 14 hari. Hari ke 14 adalah waktu paling subur.
Jika tempoh haid bulan tersebut adalah 30 hari:

30 hari – 14 hari = 16 hari. Hari ke 16 adalah waktu subur.
Jika tempoh haid bulan tersebut adalah  33 hari:
33 hari – 14 hari = 19 hari. Hari ke 19 adalah waktu subur wanita.
Biasanya, fasa ke 3 atau fasa luteal ini adalah tepat 14 hari selepas proses ovulasi berlaku. Justeru, hari subur ialah 14 hari sebelum hari pertama datang bulan pada kitaran seterusnya. Jika anda mempunyai kitaran haid yang teratur, sangat mudah untuk membuat kiraan. Biasanya, individu yang mengalami kitaran haid yang tak teratur ini yang sukar untuk membuat anggaran. 
Kesimpulannya, jika anda ingin hamil. Pastikan anda ‘bersama’ dengan suami setiap malam atau siang pada hari ke 11, 12, 13,14, 15 atau 16. Ini sekiranya anda mempunyai kitaran haid 28 hari. Manakala sekiranya anda ingin membuat perancangan keluarga dan tak mahu hamil dalam waktu terdekat dengan cara semulajadi, anda boleh elakkan untuk bersama suami pada hari-hari yang disebutkan tadi.

Amalkan Pengambilan Vitamin Kesuburan Untuk Meningkat Peluang Hamil

Saya juga ingin menyarankan anda yang ingin mengandung agar mengambil vitamin untuk kesuburan. Supplemen ini boleh membantu untuk meningkatkan peluang anda untuk cepat hamil. Menurut Dr. Zubaidi Haji Ahmad, pengambilan supplemen yang betul boleh membantu anda untuk cepat hamil.

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

Order Sekarang

Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online

penjimatan shaklee

Daftar Ahli Shaklee

Untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Sila hubungi saya untuk konsultasi premium: 

signature Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik

Facebook: Adilah Manaf

20 comments for “Cara Mengira Waktu Subur Wanita Dengan Tepat

  1. hasnah mohamad
    21 September, 2015 at 9:14 am

    Interesting

  2. faezah
    22 January, 2016 at 1:20 am

    Assalam,saya nie tak pandai kira waktu subur. So first period saya 19.01.16. Macam mana nak tau hari & waktu subur saya?

  3. Lin
    29 February, 2016 at 1:10 pm

    Apakah vitamin or supplemen yg sesuai diambil? Skrg sy ambil Eberet..disarankan oleh farmasi…

  4. miera
    14 March, 2016 at 6:55 am

    mcm mna nk kira kitaran haid contoh 28 hari atau 30 hari tu.kna kira dari wktu bila utk dptkan
    mcm tu.28-14=14 sy cuma fhm yg kedua2 14 ja.yg 28 tu sy x fhm dtg dr mna.boleh tlg jelaskan? tq

  5. Sarah
    16 March, 2016 at 10:45 am

    Jika saya datang bulan bermula 15hb, adakah bulan yg seterusnya juga bermula pada 15hb?

  6. aisyah
    4 May, 2016 at 6:58 am

    sy datang period pd 10/04…kemudian bersih pd hari ke7..hari ke 11 =22/4…sy period smla…so waktu subur sy bila yer

  7. yana
    4 May, 2016 at 5:29 pm

    jika kitar haid saya berubah macam mana?potensi untuk hamil di luar waktu subur adakah sangat nipis?

  8. riswela
    26 May, 2016 at 9:45 am

    klau haid ny tdk teratur gmna nentuin masa subur nya mislanya bulan april haid ny tgl 25 trs bulan mei haid ny tgl 23 gmna nentuin masa subur ny

    trma ksh mohon saran ny…….

  9. Liza
    4 June, 2016 at 5:40 pm

    As salam.. Bagaimana sy nak tentukan hari subur sy sedangkan kitaran haid sy dr mac – apr adalah 25 hari, manakala kitaran haid dr apr – mei adalah 27 hari. Apakaha cara yg paling tepat utk sy mengira waktu subur utk hamil? Pls advise..

    Wasalam.

    • Alisya
      25 August, 2016 at 12:14 am

      Sis blh try kira sebuln2.. contoh bulan lpas dgn buln nie kitaran haid sis 25 jdi sis tolak dgn 14. Contoh (25-14=11) maknanya hri ke se11 buln nie sis subur. Andai katakitaran haid sis buln seterus 27 hri jdi sis kene tolak 14 (27-14=13) jdi wktu subur sis hri ke13. Hrap membantu

  10. Suzila
    22 June, 2016 at 5:32 am

    Assalam.. Bg mereka yg mengamalkan pil perancang dan sekiranya ada hari terlupa utk makan, adakah kiraan waktu subur masih sama dgn kiraan di atas? Biasanya kitaran normal adalah 25 hari.

  11. fiqa
    7 September, 2016 at 12:27 pm

    assalam, saya syafeeqah . sudah tiga tahun berkahwin namun tidak dikurniakan cahaya mata lagi. kitaran haid saya tidak teratur iaitu kadang2x 27 hari, 28 hari dan paling lama 32 hari. ada ta peluang untuk saya mengandung ?

  12. Papejer
    4 January, 2017 at 4:00 pm

    Susah2 guna je app penanda haid. Banyak dah kat Google Store. Salah satunya ialah “My Calendar”. Anda boleh add saja hari tertentu start period lps tu dia automatic kira. Anda boleh tekan stop anytime. Lps tu dia automatik buat anggaran proses ovulation seterusnya pd hari ke berapa2. Mmg la kebarangkalian utk tepat tu tidaklah mencapai 100% but at least memudahkan. ^^

  13. nor
    13 November, 2017 at 9:09 pm

    hai.. bagaimana kalau kitaran haid lebih drp tempoh yg ditetapkan lebih dr 35 hari .. adakah itu bermakna adalah problem hormon?

    • 14 November, 2017 at 12:30 am

      Ada beberapa sebab. Masalah hormon adalah salah satu kemungkinan 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge