Skip to content

Vitamin Semulajadi

Tips Sihat Ceria

Menu
  • Home
  • Siapa Kami
  • Blog
  • Disclaimer
Menu

Senarai Lengkap Kandungan Kolestrol Dalam Makanan Di Malaysia

Posted on 8 November, 201417 June, 2021 by Adilah Manaf

Bagi anda yang mementingkan kesihatan atau sedang berdiet, penting untuk tahu jumlah kandungan kolestrol yang diambil dalam setiap makanan. Badan kita memerlukan kolestrol untuk penjanaan haba namun jika berlebihan ianya akan membawa penyakit yang kronik kepada tubuh.

Dalam artikel kali ini, apa yang akan dikongsi adalah:

  • Apa Itu Kolestrol?
  • Kenapa Kita Perlu Ambil Tahu Tentang Kolestrol
  • Senarai Kandungan Kolestrol Dalam Makanan Mentah (Raw Food) Di Malaysia
  • Jumlah Pengambilan Kolestrol Yang Disarankan Dalam Sehari
  • Cara Mencegah Kolestrol Jahat Berlebihan Masuk Ke Dalam Tubuh

 

Apa Itu Kolestrol?

Kolesterol terdapat dalam setiap sel dalam tubuh dan mempunyai fungsi semulajadi yang penting. Ia dihasilkan oleh hati dan juga dari sumber makanan harian.

Kolesterol berasaskan minyak dan oleh sebab itu ia tak dapat bercampur dengan darah yang berasaskan air. Ia dibawa ke seluruh badan menerusi pembuluh darah.

Kolesterol terbahagi kepada 2 iaitu:

  • Lipoprotein berkepadatan rendah (LDL) – Kolesterol jenis ini dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’
  • Lipoprotein berkepadatan tinggi (HDL) – Kolesterol jenis ini dikenali sebagai kolesterol ‘baik’

Kolesterol mempunyai empat fungsi utama, tanpanya kita tidak boleh hidup iaitu:

  • Menyumbang kepada struktur dinding sel
  • Membentuk asid hempedu untuk pencernaan dalam usus
  • Membenarkan tubuh untuk menghasilkan vitamin D
  • Membolehkan tubuh untuk menghasilkan hormon tertentu.

Kenapa Kita Perlu Ambil Tahu Tentang Kolestrol

Ok. Sekarang kita sudah tahu apa itu kolestrol.

Persoalan berikutnya mengapa kita perlu ambil tahu tentang kolestrol?

Badan kita perlu kolestrol ‘baik’ untuk menjalankan tugas dengan sempurna. Tetapi, kita selalunya akan makan tanpa kawalan dengan mengambil begitu banyak lemak dan kolestrol hinggakan kolestrol ‘jahat’ meningkat. Kolestrol ‘jahat’ ini menyebabkan plak terkumpul di salur darah dan punca serangan jantung. Kita perlu mempertingkat kolestrol ‘baik’ untuk mengurangkan paras kolestrol ‘jahat’.

Dalam masa yang sama kita perlu mengawal pengambilan kolestrol dalam diet seharian dengan mengetahui kandungan kolestrol dalam setiap makanan yang kita ambil.

Senarai Kandungan Kolestrol Dalam Makanan Mentah Di Malaysia

Berikut adalah senarai kandungan kolestrol dalam makanan mentah (raw food) di Malaysia. Perlu diingat jadual di bawah adalah makanan mentah atau yang belum dimasak. Sudah tentulah jumlah kandungan kolestrolnya akan berubah jika dimasak dengan cara digoreng, direbus, dibakar dan sebagainya.

Segala bahan-bahan yang dimasak seperti minyak masak, sayur-sayuran, garam, gula, kicap dan sebagainya akan meningkatkan lagi jumlah kolestrol dalam makanan mentah di bawah. Justeru, senarai di bawah boleh dijadikan panduan untuk menganggar jumlah kolestrol yang anda akan ambil dalam sehari.

Daging Dan Produk Daging (Dalam setiap 100 gram)

Kari daging lembu dan kentang dalam tin 46
Frankfurter daging lembu 42
Daging lembu tanpa lemak 58
Otak Lembu 2176
Jantung lembu 110
Buah pinggang lembu 320
Hati lembu 287
Perut lembu 18
Otak khinzir 800
Hati khinzir 185
Daging khinizir berlemak 64
Daging tanpa lemak 50
Ayam Ladang (Dalam setiap 100 gram )
Pangkal paha (thigh) berkulit 58
Tongkeng 94
Hati ayam 336

Ayam Kampung & Yang Berkaitan (Dalam setiap 100 gram)

Tulang belakang dengan kulit 20
Tulang belakang tanpa kulit 7
Paha (drumstick) dengan kulit 70
Paha (drumstick) tanpa kulit 47
Pangkal paha (thigh) dengan kulit 51
Pangkal paha (thigh) tanpa kulit 18
Kepak (wing) dengan kulit 67
Hempedal 97
Hati ayam 258
Kari ayam dan kentang dalam tin 37
Frankfurter ayam 18
Burger daging ayam 62
Daging itik berkulit 8
Daging itik tanpa kulit 4
Kari daging kambing dalam tin 53
Daging kambing tanpa lemak 64
Arnab bahagian lain kecuali peha 54
Paha (thigh) arnab 42

Telur

Telur peram (Century Egg) 166
Telur itik sebiji 333
Kuning telur (yolk) untuk Telur itik 1274
Telur ayam sebiji 266
Kuning telur (yolk) untuk telur ayam 1050
Telur puyuh sebiji 313
Kuning telur (yolk) untuk Telur Puyuh 965

Ikan, Cengkerang Dan Produk Berkaitan (Untuk Setiap 100 gram)

Ikan bilis kering seluruhnya 308
Ikan bilis kering kecil seluruhnya 320
Ikan bilis kering tanpa kepala dan perut 200
Tilapia 40
Keli 24
Lala 50
Kerang segar 13
Minyak hati ikan kod 100
Bebola ketam 25
Ketam bunga direbus  10 minit 34
Sotong segar 101
Sotong rendam 23
Belut 20
Telur ikan cencaru 560
Telur ikan tenggiri papan 328
Ikan kembung 46
Ikan kembung rebus 33
Tenggiri 2
Kupang rebus 233
Kupang (dried) 400
Bawal hitam 39
Bawal putih 22
Udang kering 320
Udang katak segar 62
Udang mancis segar 75
Udang pasir segar dengan kepala 93
Udang pasir segar tanpa kepala 50
Sardine dalam tin 21
Scallop segar 53
Belacan 341
Cencaluk 100
Siput 19
Ikan haruan 18
Ikan meraj 11
Ikan pari 23
Ikan kurau 4
Ikan senangin 31
Ikan tuna dalam minyak sayur di dalam tin 55

Susu Dan Produk Tenusu

Mentega 20
Lepa Keju Cheddar diproses 40
Susu Coklat 20
Aiskrim berperisa coklat 0
Susu lembu segar dipasteur 19
Susu tepung penuh krim 57
Susu UHT penuh krim 30
Yoghurt natural penuh krim 22

[Tips Mengatasi Masalah Kolestrol Tinggi Dengan Cepat] 

Sumber : Klinik Pakar An-Nur 

Tahukah anda berapa kolestrol yang kita perlu dalam sehari?

American Heart Association menyarankan kita untuk mengambil:

 

Tetapi pada kebiasaannya beginilah tabiat makan rakyat Malaysia secara umumnya setiap hari:

[Tips Mengatasi Masalah Kolestrol Tinggi Dengan Cepat] 

Cara Mencegah Kolestrol Jahat Berlebihan Masuk Ke Dalam Tubuh

Sangat sukar untuk kita mengawal pengambilan makanan supaya kolestrol tidak berlebihan. Tetapi, mahu atau tidak, kita perlu berazam untuk menukar diet harian kepada makanan yang lebih sihat untuk kesihatan jangka panjang.

Salah-satu cara terbaik untuk menghalang penyerapan kolestrol ke dalam arteri adalah dengan mengambil fitosterol. Fitosterol ini secara umumnya mampu mencegah kolestrol jahat daripada membentuk plak dalam salur darah. Lebih tinggi kandungan fitosterol dalam tubuh, lebih pantas paras kolestrol dapat diturunkan.

Tubuh kita memerlukan 200 batang lobak merah, 70 keping roti gandum dan 425 biji tomato untuk memenuhi keperluan fitosterol dalam sehari.

Persoalannya, mampukan kita nak makan semua itu?

Oleh sebab itulah, kita disarankan untuk mengambil supplemen yang kaya dengan fisoterol supaya dapat bekerjasama dengan kolestrol ‘baik’ untuk mencegah kolestrol ‘jahat’. 

Phytocol-ST Shaklee adalah 100 peratus semulajadi dan dirumus khas dengan ramuan terpilih secara klinikal untuk menghindar penyerapan kolestrol dalam tubuh sekaligus mengawal paras kolestrol.

Perbezaan Phytocol-ST Shaklee ini adalah:

  • Ianya dirumus dengan campuran bahan yang mengandungi fisoterol semulajadi dalam tumbuh-tumbuhan, buah-buahan dan bijirin.
  • Disamping itu ianya menampung 2000mg fisoterol daripada tumbuhan untuk keperluan seharian tubuh manusia. 
  • Fisoterol telah terbukti secara klinikal dengan ujian makmal dapat merendahkan paras kolestrol LDL.
  • Mengikut saranan kandungan fisoterol yang digariskan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH). 
  • Ianya HALAL, TAK MENGANDUNGI PERASA, PEMANIS DAN BAHAN PENGAWET.

keistimewaan phytocol celikvitamin

 

Nasihat Ikhlas Suami Saya. Dulu Dia Ada Hypertensi, Obesiti Dan Paras Kolestrol Jahat Yang Tinggi.

Testimonial Phytocol-ST Melawan Kolestrol ‘Jahat’

Salah seorang pengguna Phytocol-ST Shaklee ini adalah Encik Ethan Wang yang menghadapi masalah kolestrol LDL yang tinggi kerana tabiat pemakanan biasa rakyat Malaysia iaitu makan lewat malam. Lihat apa kata beliau setelah 2 bulan secara konsisten mengambil supplemen ini.

phytocol-st testimonial

 

phytocol-st testimonial2

Takutnya! Masalah kolestrol penyumbang kepada masalah jantung iaitu pembunuh no. 1 Malaysia!

Kita sudah tentu tidak mahu menghembuskan nafas terakhir dalam usia muda bukan?

Bayangkan anak-anak anda yang sedang membesar memerlukan kasih-sayang anda untuk meneruskan kehidupan.

Sayangi jantung anda dengan mengawal kolestrol yang masuk ke dalam tubuh.

Hubungi saya dan dapatkannya sekarang sebelum segalanya terlambat!

Order Sekarang

Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online

penjimatan shaklee

Daftar Ahli Shaklee

Untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Sila hubungi saya untuk konsultasi premium: 

signature Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik

Facebook: Adilah Manaf

1 thought on “Senarai Lengkap Kandungan Kolestrol Dalam Makanan Di Malaysia”

  1. Pingback: Pentingkah Kolesterol? 9 Tips Sihat Untuk Kawal Kolesterol Tinggi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Assalamualaikum!


Hi! Saya Adilah Manaf. Saya adalah pengedar produk Shaklee yang sah. Saya ingin berkongsi kehidupan yang lebih sihat dan yang lebih baik dengan sesiapa jua.
Jangan lupa untuk berhubung melalui Google+

Peluang Perniagaan

Celikvitamin.com di Facebook

©2023 Vitamin Semulajadi | Built using WordPress and Responsive Blogily theme by Superb