Orang Malaysia memang suka makan macam-macam. Lebih-lebih lagi di Malaysia ini ada pelbagai bangsa. Justeru, makanan pun ada berjenis-jenis.
Makanan Malaysia memang sedap dan enak. Namun begitu, perlu juga kita ambil tahu jumlah kalori lengkap dalam senarai hidangan itu. Setiap jenis makanan dan minuman ada kalori yang terkandung di dalamnya.
Dalam artikel kali ini, penulis ingin berkongsi tentang perkara berikut:
-
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Kalori?
-
Kenapa Penting Untuk Tahu Jumlah Tepat Kalori Makanan?
-
Senarai Penuh Dan Lengkap Jadual Kalori Makanan Di Malaysia
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Kalori?
Kalori sebenarnya adalah satu unit untuk mengukur tenaga. Kita selalu menyangka bahawa kalori ini adalah sesuatu yang terkandung dalam makanan dan minuman sahaja.
Tetapi sebenarnya tubuh kita memerlukan kalori untuk dijana bagi mendapatkan tenaga dan tenaga itu kemudiannya akan ditukar kepada haba. Haba tersebut adalah umpama bahan bakar yang diperlukan tubuh sama seperti bahan api yang diperlukan oleh kenderaan untuk bergerak.
Semua makanan dan minuman mempunyai kalori tersendiri. Setiap satunya mempunyai jumlah kalori yang berbeza. Kalori dihasilkan oleh lemak, karbohidrat dan juga protein.
Kenapa Penting Untuk Tahu Jumlah Tepat Kalori Makanan?
Lemak mempunyai kepekatan kalori yang tinggi iaitu 9 kalori per gram lemak tulen. Manakala, protein dan karbohidrat masing-masing mempunyai 4 kalori per gram protein tulen atau karbohidrat tulen. Jadi, dengan memahami kandungan kalori dalam diet akan membantu anda untuk menyeimbangkan jumlah kalori masuk dan kalori keluar tubuh sekaligus membantu anda mencapai berat badan unggul.
Sebenarnya kita boleh mengetahui jumlah kalori yang tepat dengan memeriksa dibahagian label fakta nutrisi yang terdapat di setiap bungkusan makanan. Biasanya, akan disertakan informasi tentang jumlah kalori untuk setiap hidangan (calories per serving) atau saiz posyen untuk setiap hidangan.
Tetapi, untuk memudahkan diet anda. Di bawah ini di sediakan jadual penuh jumlah kalori makanan dan minuman di Malaysia untuk anda menganggar jumlah kalori masuk dan keluar yang diperlukan tubuh.
Senarai Penuh Dan Lengkap Jadual Kalori Makanan Di Malaysia
Berikut disenaraikan jadual paling lengkap dan tepat jumlah kalori makanan dan minuman di Malaysia untuk kemudahan anda.
Rujukan:
- NP = Nutritionist Pro versi 2.1.13
- NC = Nutrient Composition of Malaysian Foods edisi keempat 1997
- Atlas = Atlas Makanan : Saiz Pertukaran & Porsi versi 2009
Sumber dari: Kementerian Kesihatan Malaysia
KLIK Untuk Lihat Senarai Penuh 200++ Kalori Jenis Makanan & Minuman Di Malaysia
Klik Untuk Ketahui Strategi Untuk Kurus Dan Langsing Secara Semulajadi!
Untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Sila hubungi saya untuk konsultasi premium:
Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya
Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082
Daftar Ahli Untuk Harga Menarik
Facebook: Adilah Manaf