Skip to content

Vitamin Semulajadi

Tips Sihat Ceria

Menu
  • Home
  • Siapa Kami
  • Blog
  • Disclaimer
Menu

Rahsia Kenapa Ibu Yang Sibuk Jaga Anak Di Rumah Boleh Sukses Dalam Bisnes

Posted on 30 April, 201517 October, 2022 by Adilah Manaf

Sejak akhir-akhir ini, selalu kita dengar orang sebut tentang WAHM. Apa sebenarnya WAHM ini?

WAHM ini adalah singkatan kepada Work-At-Home-Mother.Saya nak bercerita lanjut tentang WAHM.

Cuma, jangan tak tau WAHM ini adalah satu cabang kerjaya di alaf baru ini. Sama sahaja dengan kerjaya lain seperti jurutera, saintis, peguam, majistret dan lain-lain.

Jangan pandang rendah dengan golongan WAHM ini kerana ada yang menjaga anak, menguruskan rumahtangga sambil menjalankan bisnes online (pada kebiasaannya) hingga mencecah 5-6 angka sebulan.

Ada orang ingat bila jadi WAHM ini, banyak masa terluang. Banyak rehat. Banyak main Facebook. Banyak itu. Banyak ini. Saya juga seorang WAHM. Masa mula-mula memang agak kekok untuk beradaptasi. Lebih-lebih lagi dengan anak-anak dan urusan rumahtangga yang perlu diuruskan sekali.

Rahsia WAHM

Dulu, kita fokus kepada kerja yang bos bagi (hujung bulan dapat gaji). Urusan anak-anak serah pada nurseri. Hantar pagi, petang-petang dijemput suami. Sekarang tidak lagi. Semua kita urus sendiri. Dengan bisnes online Shaklee lagi.

Bila saya tengok video di bawah ini. Betullah. Tak dapat disangkal lagi. Makhluk yang bergelar wanita ini memang istimewa dan hebat! Dalam masa 5-10 minit ada pelbagai task kita boleh selesaikan.

Cuba bagi lelaki bereksperimentasi? Belum tentu lagi diberesi!

Rahsia Kenapa Ibu Yang Sibuk Jaga Anak Di Rumah Boleh Sukses Dalam Bisnes

Bila saya hamil anak kedua, saya pernah bertanya kepada seorang kawan yang merupakan surirumah beranak tiga.

“Awak tak bosan ke duduk di rumah setiap hari melayan kerenah anak-anak?”

Jawapannya mudah.

Anak-anak ini adalah dunia saya dan suami.

Melihat anak-anak membesar di depan mata adalah satu anugerah. Tak semua orang ada peluang itu. Kehidupan kita ini singkat. Pejam dan celik. Anak-anak kita akan dewasa. Keluar dari rumah dan berkeluarga sendiri. Ketika itu, uban sudah memutih di rambut. Ramai yang tersedar mereka tidak masih belum puas menghabiskan masa dengan anak-anak.

Adakah ini membosankan?

Tidak! Kami ingin menikmati setiap saat yang berharga dengan keluarga tersayang tanpa jemu! 

Jawapan itu memang membuatkan saya sentap! Sejak dari itu saya mencari-cari peluang supaya saya boleh menjadi work-at-home-mom. Bekerja sambil menjana pendapatan dari rumah.

W-A-H-M Adalah Kerjaya Profesional Alaf Baru

Dengan revolusi internet, wanita profesional kini boleh membentuk jaringan global hanya dari rumah.
Hakikatnya, ini adalah satu perkembangan yang sihat kerana sebagai WAHM. Kita berpeluang menguruskan sendiri rumahtangga dengan lebih baik dan fleksibel tanpa dikongkong oleh sesiapa.
Anak-anak pula akan mendapat lebih perhatian. Kita boleh nikmati setiap detik anak-anak membesar depan mata. Hubungan suami-isteri juga semakin erat kerana kita dapat memberikan lebih perhatian kepada si suami berbanding sebelumnya.

Jika anda ingin berhenti kerja dan menyertai kelab WAHM ini, JANGAN TAKUT!

Ini saat penting untuk kita membuat keputusan paling penting dalam hidup ini. Setiap tahun usia kita semakin meningkat tua.

Belum tiba masanya? Tiada masa yang sesuai?

Saya juga seperti anda dahulu. Saya juga takut tetapi mahu menjadi WAHM. Nah! Saya permudahkan anda untuk membuat pertimbangan dengan beberapa tips di bawah:

Tips Untuk Menjadi WAHM Yang Sukses!

1. Betulkan NIAT anda!
Ramai orang mahu menjadi WAHM. Tetapi ramai yang tidak tahu kenapa dia mahu menjadi WAHM. Jangan terkejut! Kaum hawa secara fitrahnya adalah lebih beremosi tinggi berbanding kaum adam. Mudah terikut-ikut dengan persekitaran. Anita beli kereta baru, Aminah pun beli kereta baru. Aminah beli ipad, Anita pun nak beli ipad. Aminah ambil keputusan jadi WAHM, Anita pun mahu jadi WAHM! Kembalilah kepada Allah SWT. Dirikanlah solat istikharah. Fikirkan betul-betul apakah niat kita untuk jadi seorang WAHM.
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
Sesungguhnya, setiap amalan itu bermula dengan niat. Dan bagi setiap orang itu apa yang dia niatkan. Maka barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya adalah kerana Allah dan rasul-Nya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia atau perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya adalah kerana apa yang dikehendaki.”
(HR Bukhari dan Muslim)
2. Buatlah perancangan secara teliti dan berhemah
Buatlah perancangan dengan teliti dan berhemah. Fikirkan setiap kemungkinan yang bakal berlaku dari segala sudut. Buat satu senarai pihak-pihak yang mungkin terlibat dunia WAHM kita nanti. Perancangan mesti merangkumi jangka masa pendek, jangka sederhana dan jangka masa panjang. Buatlah satu persatu. Jangan gopoh dan kalut. 
 
3. Bawalah berbincang
Selepas peringkat perancangan, tiba masanya untuk membuat pembentangan kepada mereka yang terlibat. Biasanya, suami, anak-anak dan yang paling susah untuk diyakinkan adalah ibu bapa dan mertua. Namun, dengan perancangan yang rapi dan baik, dengan izin Allah, anda akan dapat meyakinkan mereka. Biarlah masa menentukannya, jika mereka masih lagi was-was dengan niat anda untuk menjadi WAHM. Buktikanlah pada mereka bahawa anda bukan tong kosong tetapi WAHM yang hebat dan berjaya!
 
4. Kerjaya yang sesuai sebagai WAHM
Bahagian ini sebenarnya termasuk dalam peringkat perancangan. Anda perlu tahu, anda tidak perlu berasa tertekan dengan anggapan untuk menjadi WAHM, anda perlu berniaga! Tidak. Apa yang penting, apa yang anda boleh buat dari rumah, penuhi minat anda dan jika boleh buat duit dengan minat anda.
Buat apa anda menjadi WAHM jika terpaksa buat perkara yang tak disukai seperti menaip data entry, melipat kotak, menjaga anak-anak orang lain atau kerja yang anda tidak minat. Walaupun mungkin imbuhan kewangan tidak sebesar untuk permulaan, jika anda minat dan ada perancangan, Percayalah! Satu hari nanti ia akan berkembang dan menjana untung lumayan!
 
5.Sudut Pandang Kewangan
Biasanya ramai yang berfikir, jika tidak ada pendapatan yang setanding atau lebih tinggi dari kerjaya sekarang, maka adalah tidak bijak untuk menjadi WAHM. MITOS!
Pengalaman peribadi sendiri, saya berhenti kerja dengan gaji yang selesa bagi saya dan keluarga. Alhamdulillah. Pendapatan saya kini lebih dari yang inginkan sebelum saya berhenti dan yang paling penting lebih banyak dari gaji saya semasa bekerja!
Alhamdulillah! Ingatlah, rezqi adalah ketentuan Allah SWT . Allah Maha Adil dan menjadikan rezeki untuk setiap manusia berbeza dan semuanya telah djanjikan rezeki perkara akhirnya adalah kesanggupan kita untuk berusaha.
Firman Allah dalam surah At-Talaq ayat 2 dan 3:
Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar,Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya, Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya,Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan yang dikehendakinya,Sesungguhnya ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. 
6. Masa untuk implementasi!
Setelah langkah 1 hingga 5 telah pun dibuat, tibalah masa yang dinantikan. Implementasi segala perancangan! Laksanakan segalanya mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Akhir sekali, serahkanlah bulat-bulat kepada Allah SWT setelah anda berusaha bersungguh-sungguh.
Firman Allah dalam Surah Al-Insyirah Ayat 5 dan 6
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Alhamdulillah!

Impian saya  untuk menjadi ibu dan isteri sepenuh masa dipermudahkan oleh Allah SWT. Saya telah menjadi Work At Home Mom (WAHM) semenjak April 2012 dan meninggalkan kerjaya saya sebagai pengurus projek di sebuah syarikat kontraktor Kelas A. 

Saya telah menjadi pengedar berdaftar Shaklee secara aktif sejak Ogos 2011. Sebenarnya tidak susah untuk berkongsi dengan rakan-taulan dan saudara-mara kerana produk ini mempunyai reputasi yang bagus dan sudah diketahui umum. Sambutan dari kawan-kawan dan saudara-mara amat menggalakkan.

Hakikatnya, apa yang penting bagi saya adalah saya dapat berkongsi sedikit ilmu dengan ramai orang di luar sana tentang penjagaan kesihatan dan yang paling penting semua pelanggan saya berpuashati, baik dari segi konsultasi sehinggalah ke servis penghantaran.

Kalau anda tak sabar-sabar nak jadi WAHM dan bagaimana menjana pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan jaringan global hanya dari rumah dan dalam masa yang sama, setahun sekali pergi trip 5 bintang ke ‘oversea’ PERCUMA, anda boleh klik link ini untuk tahu lebih lanjut:

Hubungi Kami Dan Kami Akan Bongkar Rahsia Kami Satu Persatu Kepada Anda Tanpa Penyesalan!

Untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Sila hubungi saya untuk konsultasi premium: 

signature Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik

Facebook: Adilah Manaf

 

4 thoughts on “Rahsia Kenapa Ibu Yang Sibuk Jaga Anak Di Rumah Boleh Sukses Dalam Bisnes”

  1. fuzy idris says:
    30 April, 2015 at 12:55 pm

    Surirumah alafbaru, bukan tunggu allowance en.suami je… Boleh dpt income sendiri… Alhamdulillah seronok jadi WAHM anak-anak depan mata… School at home ibu jd teacher….

    Reply
    1. Adilah Manaf says:
      30 April, 2015 at 6:07 pm

      Tepat sekali puan fuziah 🙂

      Reply
  2. Nurulhuda Mohamed says:
    9 May, 2015 at 10:49 am

    Siapa yang berusaha pasti ada ganjarannya.
    Dapatkan entry terbaru

    Reply
  3. Pingback: 3 Tips Bagi Memulakan Bisnes Online Yang Menguntungkan – Ejen lejen

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Assalamualaikum!


Hi! Saya Adilah Manaf. Saya adalah pengedar produk Shaklee yang sah. Saya ingin berkongsi kehidupan yang lebih sihat dan yang lebih baik dengan sesiapa jua.
Jangan lupa untuk berhubung melalui Google+

Peluang Perniagaan

Celikvitamin.com di Facebook

©2025 Vitamin Semulajadi | Built using WordPress and Responsive Blogily theme by Superb