Ekstrem tak tajuk di atas?
Sebenarnya Kim Kardashian pun kulit sawo matang lebih kurang orang asia seperti kita tau! Jadi, tak mustahil untuk kita dapat muka berseri ala-ala Kim Kardashian begitu.
Kalau betul petuanya, bukan sahaja boleh hilangkan kulit berminyak, malahan nak naikkan seri wajah sampai kulit gebu, anjal dan mulus pun boleh sebenarnya.
Kulit berminyak memang mendatangkan kesukaran buat kita. Kelenjar sebum yang terlebih aktif akan mengeluarkan sebum berlebihan. Ini menyebabkan kulit muka kelihatan berkilat dan berminyak. Ditambah pula masalah lain yang timbul seperti jerawat, blackheads, whiteheads, pori-pori membesar atau tersumbat.
Penyelesaian untuk masalah ini adalah dengan mengawal pengeluaran minyak dengan mengikuti beberapa tips kecantikan dan penjagaan kulit yang tepat dan mudah.
Sebelum kita mulakan, anda perlu tahu satu perkara positif tentang kulit berminyak. Kulit jenis ini kurang terdedah kepada kedutan dan tanda-tanda penuaan lain kerana kehadiran minyak berfungsi menyebabkan kelembapan epidermis iaitu lapisan paling luar kulit akan sentiasa dikekalkan.
1. Katakan ‘YA’ Kepada Pencuci Muka
Kalau anda jenis yang liat untuk membersihkan muka. Anda perlu ubah tabiat buruk anda itu.
Kajian menunjukkan cara terbaik untuk mengawal minyak berlebihan adalah dengan membersih dan memastikan wajah bersih pada setiap masa. Penting untuk membersihkan muka 2-3 kali sehari untuk mencegah liang tersumbat, jerawat dan sebagainya.
Carilah pembersih muka yang bebas minyak. Sabun berubat juga berguna untuk membersihkan kulit berminyak. Bagaimanapun, jangan membersihkan muka dengan kasar kerana ini akan menyebabkan kelenjar minyak menghasilkan lebih banyak minyak.
Carilah produk yang mengandungi satu atau lebih bahan-bahan ini:
Salicylic Acid, Tea tree oil, Neem, Turmeric dan madu.
2. Skrub Bagus Untuk Kulit Berminyak
Adalah penting untuk memastikan kulit berminyak mengelupas sebanyak satu atau dua kali seminggu. Ini merupakan salah satu tips penting. Sebum berlebihan mengakibatkan sel-sel kulit mati pada permukaan kulit sekaligus menyebabkannya berjerawat, bintik hitam atau putih dan kulit menjadi kusam.
Untuk membuang kotoran dan sel-sel kulit mati ini dan dalam masa yang sama memperbaharui permukaan kulit anda, menyental muka dengan skrub perlu dijadikan sebahagian rutin dalam penjagaan kulit. Sekali lagi diingatkan, kita perlu menyental wajah dengan lembut dan bukan dengan cara yang keras.
3. Belai Wajah Dengan Topeng Muka Secara Mingguan
Selepas menggunakan skrub, ia perlu disusuli pula dengan penggunaan topeng muka (face mask). Topeng muka ini perlu dibuat secara mingguan bagi kesan yang optimum.
Kita boleh mendapatkan topeng muka yang mengandungi tanah liat seperti kaolin atau bentonite kerana bahan ini akan menyerap minyak yang berlebihan secara perlahan-lahan.
Kita juga boleh buat sendiri topeng muka menggunakan bahan semulajadi berikut seperti:
- PISANG – Pisang boleh digunakan sebagai mask kerana ia kaya dengan Vitamin A, B dan E yang bagus untuk awet muda. Lenyekkan pisang lalu sapukan secara lembut pada wajah dan leher selama lebih kurang 20 minit dan kemudian bilas bersih-bersih. Mudahkan?
- LEMON – Vitamin C yang terkandung dalam lemon boleh membantu kulit menjadi lebih cerah dan mengurangkan parut jerawat. Ambil kulit lemon kemudian hancurkan nipis-nipis. Seterusnya, tambahkan madu. Sapukan ke muka dan leher kita.
- EPAL – Epal banyak antioksidan yang dapat mencegah sel-sel kulit dari rosak. Jangan tak tahu, epal juga kaya dengan elastin dan kolagen. Nutrisi tersebut membuatkan kulit kekal muda. Epal dikisar dan kemudiannya dicampurkan bersama madu dan air mawar. Bila disapu ke kulit muka, dalam beberapa minggu kulit akan semakin cerah dan awet muda.
- BETIK – Seperti epal yang kaya dengan antioksidan bagi mengekalkan keremajaan kulit. Terdapat bahan istimewa dalam betik yang membantu membuang sel-sel kulit mati dan membuat kulit semakin cerah. Betik ditumbuk lumat dan sapukan saja pada kulit kita.
4. Toner Tanpa Alkohol Setiap Hari Adalah Jawapannya!
Seterusnya adalah amat mudah iaitu menggunakan toner tanpa alkohol untuk membersihkan kulit muka secara konsisten pada tiap-tiap hari.
Ia dapat membantu dalam menghilangkan minyak yang berlebihan sekaligus membuang kotoran degil dari kulit kita. Pastikan jenama toner yang digunakan adalah bebas alkohol untuk kesan yang terbaik mengawal sebum dan tidak merosakkan kulit.
5. Pelembab Jangan Pula Diabaikan
Kepercayaan yang popular di luar sana bahawa kulit berminyak tidak memerlukan pelembap. Namun begitu, ia sebenarnya adalah sebaliknya.
Kulit berminyak memerlukan pelembap dan hidrasi kerana pengelupasan kulit akan menyebabkan kelenjar minyak untuk menghasilkan lebih banyak minyak untuk mengganti minyak yang telah dibuang.
Namun, kita mesti pastikan pelembap muka yang digunakan mestilah berasaskan air dan bebas minyak.
6. Jangan Takut Dengan Krim Pelindung Matahari!
Ramai wanita yang mempunyai masalah kulit berminyak tidak mahu atau takut untuk memakai krim pelindung matahari kerana berasa bimbang wajah kelihatan berminyak dan tidak menarik.
Akhirnya, timbul masalah lain seperti berjeragat, berjerawat, pigmentasi dan lain-lain akibat daripada kesan pancaran matahari ke atas kulit. Pilihlah krim pelindung sinaran matahari yang berasaskan gel agar kulit muka anda dapat dilindungi dari sinar ultra ungu.
Tinggalkan makanan manis dan makanan ringan. Minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit dan membuang toksin.
Jangan lupa untuk makan sekurang-kurangnya sebiji buah-buahan setiap hari dan sayur-sayuran hijau dalam diet kita. Semua ini akan membantu untuk mengawal pengeluaran minyak oleh kulit supaya tidak berlebihan.
Kesian Akak Ni. 7 Tahun Dia Cari Jawapan Masalah Kulit Berjerawat.
Cukup-Cukuplah Berkira Untuk Dapatkan Kulit Cantik Berseri Itu!
Kita sebagai wanita sama ada yang masih bujang atau berumahtangga haruslah menjaga aset terpenting bagi seorang perempuan iaitu kulit wajah.
Jika anda seorang yang masih ‘single-mingle’, kemungkinan ‘root-cause’ kenapa anda masih lagi belum mendapat pasangan kacak kerana anda mengabaikan masalah kulit berminyak itu.
Oh! Adakah anda hanya mahu pasrah tanpa berbuat apa-apa sehingga menjadi andartu? Tentu tidak bukan?
Begitu juga jika anda seorang yang sudah berumahtangga. Kita sudah tentu pernah terbaca tentang satu cerita sensasi yang menjadi viral seketika tentang seorang isteri bernama Mah. Suaminya telah curang dengan perempuan lain atas alasan konon-kononnya Mah tak menjaga kecantikan diri sama ada luaran atau dalaman.
Adakah kita juga mahu menerima nasib yang sama seperti Mah? Saya doakan kita dijauhi, kisah-kisah negatif seperti itu.
Ambillah langkah segera. Terdapat banyak produk kecantikan diluar sana untuk kulit berminyak namun tidak semuanya 100% selamat, semulajadi dan berkesan.
Bukannya suka-suka ‘claim’ kami pencuci semulajadi yang terbukti berkesan tetapi menjalani analisis kulit secara ketat dan dibuktikan secara klinikal.
Bebas Dari 1500 Bahan Kimia Yang Biasa Ada Dalam Skincare
Satu perkara yang saya sangat fanatik dengan Shaklee sejak dahulu ialah pihak Shaklee takkan mengorbankan keselamatan dan ketulenan produk untuk menghasilkan produk yang semulajadi dan berkesan.
YOUTH™ adalah produk pertama di dunia yang dihasilkan secara 100% dengan bahan semulajadi. Paling best, produk ini terhasil tanpa sebarang bahan kimia berbahaya dan bahan yang memberi kesan kepada kehijauan bumi.
[Klik Aje Kalau Nak Tahu Lebih Lanjut Tentang Ramuan Semulajadi YOUTH™]
Pihak Shaklee telah menyaring lebih dari 350 bahan pencemar, bendasing dan racun perosak dari setiap bahan botanikal sebanyak 3 kali ganda daripada standard yang ditetapkan. Wow! Sangat selamat.
Lebih dari itu, pihak Shaklee juga menjalankan lebih dari 100 ribu ujian kualiti saban tahun hanya untuk memastikan setiap produk yang dipasarkan adalah selamat dan semulajadi.
YOUTH™ Adalah Harapan Untuk Kulit Yang Cantik
Bagi wanita mahu pun lelaki. Kulit yang cantik dan sihat adalah idaman semua peringkat usia. YOUTH™ adalah jawapan bagi semua masalah kulit. YOUTH™ sesuai untuk semua jenis kulit.
- Sekiranya anda masih lagi muda. Bersedia dari sekarang untuk kulit kekal sihat, cantik dan muda.
- Sekiranya anda ada masalah kulit, Youth sedia merawat apa sahaja masalah kulit anda.
- Sekiranya anda sudah berusia. Why not? Youth terbukti secara klinikal memudakan kulit 10 tahun dari usia sebenar!
Nak Tahu Lebih Lanjut? Boleh Whatsapp Saya Sekarang.
mssg.me/celikvitamin
Atau Nak Order Terus Sekarang? Hanya satu klik sahaja lagi.
Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online
Jangan ragu-ragu untuk bertanya.
Saya memang sangat-sangat ingin membantu anda:
Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya
Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082
Daftar Ahli Untuk Harga Menarik
Facebook: Adilah Manaf
Taknak jadi mah.. nak jadi cantik. Nak jaga elok2.
Untunglah siapa jadi suami puan 🙂
Sangat setuju… pastikan produk yang digunakan sentiasa semulajadi, selamat dan berkesan!
Salah satu tugas kita sebagai usahawan produk kesihatan adalah untuk menyebarkan maklumat betapa pentingnya sebuah produk itu ada sijil KKM, sijil halal, disahkan selamat, semulajadi dan berkesan oleh pihak ketiga yang tiada kaitan dengan syarikat pengeluar 🙂
kulit yang cantik impian semua wanita kan.
Betul tu Puan Ros.
semua satu set brapa?
saya pm sis 🙂