Masalah hipertensi semasa mengandung tidak harus dianggap remeh kerana penyakit ini sebenarnya berbahaya kerana boleh menyebabkan kematian ibu, janin atau pun kedua-duanya. Menurut statistik sejumlah 3 hingga 10 peratus wanita akan menghadapi risiko ini ketika hamil. Di Malaysia, kes sebegini dilaporkan semakin meningkat saban tahun.
Menurut pakar perubatan, masalah hipertensi semasa hamil ini dikatakan berlaku apabila hipertensi dikesan selepas kehamilan melepasi usia 20 minggu bagi ibu yang sebelumnya mempunyai tekanan darah yang normal. Semasa mengandung, seseorang ibu dikatakan menghadapi hipertensi sekiranya:
- Tekanan darah sistolik sama atau melebihi 140mmHg atau tekanan darah diastolik sama atau melebihi 90mmHg
- Perbezaan kenaikan tekanan darah sistolik melebihi 25mmHg atau pebezaan kenaikan tekanan darah diastolik melebihi 15mmHg daripada tekanan darah ibu semasa sebelum mengandung.
Bacaan tekanan darah ini biasanya akan diambil dalam jangkamasa 4 hingga 6 jam bagi menolak kemungkinan ianya sementara sahaja.
Jenis-Jenis Masalah Hipertensi Bagi Ibu Hamil
Masalah hipertensi secara umumnya dibahagikan kepada 3 jenis yang utama iaitu:
- Gestanional Hypertension – Berbeza dengan Pre-Ekslampsia kerana tiada protein dalam urin.
- Pre-Ekslampsia (PE) – Tekanan darah tinggi pada ibu hamil dan kadar protein berlebihan dalam urin
- Eklampsia (sawan mengandung) – Penyakit tekanan darah tinggi ibu hamil yang paling serius.
Pre Eklampsia
Pre Eklampsia berlaku apabila hipertensi dikesan bersama-sama kehadiran protein dalam air kencing. Antara golongan ibu hamil yang berisiko termasuklah:
- Mengandung di bawah usia 20 tahun
- Kehamilan pertama
- Kehamilan pertama dengan pasangan baru (berkahwin dengan pasangan lain)
- Sejarah mengalami Pre-Eklampsia semasa hamil sebelum ini
- Mempunyai penyakit kencing manis
- Hiperlipidaemia iaitu mempunyai kandungan lipid yang berlebihan dalam darah
- Obesiti
- Kandungan adalah kembar
Para ibu yang hamil dan berada dalam kategori di atas dinasihatkan untuk memeriksa tekanan darah dengan lebih kerapa semasa pemeriksaan antenatal. Sekiranya dikesan mengalami masalah ini pada peringkat awal ianya boleh dikawal supaya tidak mendatangkan komplikasi lain pula yang membahayakan ibu dan kandungan.
Eklampsia Atau Sawan Mengandung
Eklampsia adalah masalah kecemasan yang paling digeruni. Eklampsia berlaku apabila salur darah otak mengalami masalah spasm sehingga menyebabkan kekurangan aliran darah di otak atau pecah dan menyebabkan pendarahan di dalam otak. Kejadian ini tak mudah untuk diduga dan boleh berlaku secara tiba-tiba. Ia juga boleh berlaku selepas kelahiran yakni semasa dalam pantang.
Eklampsia boleh menyebabkan masalah kabur penglihatan disebabkan selaput retina yang telah lekang, kesukaran pernafasan disebabkan paru-paru berair, pendarahan yang tidak berhenti, masalah kegagalan ginjal, masalah kegagalan hati, masalah uri yang lekang dan kematian ibu serta anak dalam kandungan. Kematian ibu yang disebabkan oleh eklampsia adalah dalam lingkungan 10 peratus.
Jangan Anggap Masalah Remeh Dan Perlu Pemantauan Rapi
Pre-Eklampsia atau Eklampsia merupakan masalah yang kritikal bagi mereka yang menghadapi tekanan darah tinggi ketika hamil. Buat masa sekarang tiada sebarang ujian saringan bagi mengenalpasti masalah ini kepada ibu yang hamil. Pemeriksaan dan pemantauan semasa pemeriksaan antenatal adalah yang terbaik untuk mengenalpasti mereka yang berisiko. Komplikasi masalah ini dapat dikurangkan dengan mengesannya dengan lebih awal dan mengambil langkah sewajarnya dengan segera.
Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr Ahamad Zailani Hatta Mohd Dali, ubat-ubatan bukanlah rawatan sebenar penyakit hipertensi semasa hamil. Rawatan sebenar ialah kelahiran dan pengeluaran uri itu sendiri. Ini kerana kejadian penyakit hipertensi semasa mengandung berkait rapat dengan masalah uri. Biasanya doktor akan menasihatkan agar proses kelahiran dipercepatkan kira-kira 2 minggu sebelum tarikh kelahiran sebenar.
Ramai pasangan yang merungut kerana dinasihatkan untuk masuk wad bagi tujuan pemantauan tekanan darah. Namun, jika pasangan faham betul-betul akan risikonya maka mereka seharusnya bersyukur kerana pengawasan doktor amat penting kerana bimbang keadaan menjadi luar kawalan dan membahayakan nyawa ibu dan bayi dalam kandungan.
Ikhtiar Dengan Amalkan Suplemen Semulajadi Yang Terbukti Selamat
Salah-satu kaedah untuk ibu hamil mengawal tekanan darah tinggi semasa mengandung adalah dengan mengamalkan pengambilan supplemen semulajadi. Ada pelbagai jenis supplemen di pasaran, justeru kita harus bijak memilih supplemen yang semulajadi, selamat dan terbukti berkesan. Vitamin Shaklee telah diuji selama beribu-ribu kali sebelum dipasarkan, mempunyai sijil dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan telah pun 50 tahun berada di pasaran tanpa sebarang masalah.
Saya sendiri mengamalkan pengambilan vitamin Shaklee sejak beberapa tahun lepas kerana ianya memang berkesan kepada saya dan keluarga. Oleh kerana itu, saya tidak ragu-ragu untuk mencadangkan bagi ibu-ibu hamil yang bermasalah hipertensi untuk mengamalkan supplemen berikut sebagai usaha untuk mengawal tekanan darah tinggi semasa mengandung.
Omega ialah asid lemak. Ia tak boleh terhasil oleh badan dan harus diambil menerusi diet seharian. Omega Guard Shaklee mengandungi 7 asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA (Eicosa pentaenoic acid), DHA (Docosa hexaenoic acid), ALA dan lain-lain. Hanya perlu ambil 3 kapsul sehari untuk keperluan lebih kurang 1000mg asid lemak Omega-3 yang diperlukan tubuh dalam sehari.
- Membantu mengelakkan stroke dan darah tinggi
- Membantu menurunkan tekanan darah
- Membantu supaya peredaran darah lancar dan salur darah juga lincir
- Membantu mengekalkan tekanan darah pada tahap normal
- Mengatasi ketegangan leher atau sakit kepala
- Membantu mengawal tahap kolesterol
- Berpotensi mengurangkan risiko penyakit jantung
Manakala Ostematrix Shaklee pula mengandungi Kalsium, Magnesium, Vitamin D, Zinc, Cooper, Manganes serta Boron. Lengkap dengan segala yang diperlukan oleh ibu hamil. Kalsium, Magnesium dan Vitamin D saling memerlukan antara satu sama lain.
Kalsium dan magnesium akan membantu sesama sendiri untuk penyerapan optimum.
Khasiat penting Ostematrix Shaklee ialah :
- Membantu mengatasi tekanan/stress
- Mengimbangi tekanan darah
- Menstabilkan denyutan jantung
- Mengembalikan tidur yang lena
- Membantu menstabilkan denyutan jantung yang tinggi
- Terapi buat mereka yang berada dalam depression atau mood swing
- Memberikan kelegaan kepada sakit kepala
[Ibu Mengandung : Pastikan Keperluan Kalsium Anda Cukup Sepanjang Kehamilan]
[Atasi Morning Sickness Di Awal Kehamilan Dengan Vitamin B-Complex & Kalsium]
Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.
Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online
Jangan ragu-ragu untuk bertanya.
Saya memang sangat-sangat ingin membantu anda:
Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya
Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082
Daftar Ahli Untuk Harga Menarik
Facebook: Adilah Manaf