Kaedah Mengatasi Masalah Kulit Jeragat

Jeragat adalah masalah kulit yang sering juga menghantui ramai orang selain dari masalah kulit berjerawat.

Jeragat atau dalam istilah inggeris ‘freckles’ adalah masalah kulit yang menyebabkan beberapa tompokan atau ‘spot’ bulat yang bersifat rata (tidak berbonjol seperti jerawat).

Biasanya berwarna perang dan muncul dengan pelbagai saiz pada permukaan kulit. Menurut Persatuan Dermatologi Amerika Syarikat (AAD), ‘freckles’ atau jeragat adalah salah-satu tanda kerosakan pada kulit.

Apa Penyebab Masalah Jeragat Berlaku?

Beberapa penyebab biasa yang mengakibat masalah jeragat termasuklah pendedahan secara berlebihan kulit terhadap cahaya matahari, masalah genetik dan juga ketidakseimbangan hormon dalam tubuh. Walaupun jeragat ini boleh muncul pada mana-mana bahagian tubuh, namun kebiasaannya ia akan menyerang pada sekitar kawasan kulit yang sering terdedah kepada cahaya matahari.

Kaedah Semulajadi Mengatasi Masalah Jeragat

Memang ada rawatan kosmetik yang khas untuk membuang jeragat, tetapi ianya boleh menjadi sangat mahal hingga mencecah kos ribuan ringgit. Anda boleh menyingkirkannya dengan mudah dengan mencuba beberapa rawatan semulajadi berikut di rumah.

1. Jus Lemon

Jus lemon adalah bahan yang amat berkesan untuk merawat tompokan jeragat. Jus lemon mempunyai ciri pencerahan kulit yang baik yang akan bertindak sebagai peluntur kepada bintik-bintik jeragat.

  • Sapukan jus lemon segar pada kulit yang terjejas dan perlahan-lahan urut bahagian itu. Biarkan selama 10 hingga 15 minit dan kemudian bilas dengan air suam. Ulang aktiviti ini dua kali sehari. 
  • Pilihan lain adalah dengan menggunakan skrub lemon. Potong lemon separuh dan taburkan setengah sudu teh gula di atasnya. Perlahan-lahan gosok kulit anda dengan ia selama beberapa minit dan kemudian basuh kulit anda dengan air. Anda boleh amalkan petua ini sekali atau dua kali seminggu secara tetap.

2. Krim Yoghurt 

Asid laktik dalam yoghurt boleh membantu untuk menghilangkan jeragat. Ia amat berguna untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.

  • Sapukan sedikit krim masam pada kulit yang terjejas dan biarkan ia kering selama beberapa minit. Selepas membilasnya dengan air, perlahan-lahan lap dengan tisu lembut atau tuala. Kemudian letakkan pelembap. Petua ini tidak akan menyebabkan kerengsaan kulit atau kekeringan. Ulang sekurang-kurangnya sekali sehari sehingga jeragat hilang dan pudar. 
  • Secara alternatif, anda boleh basuh dan bilas kulit yang terjejas dengan yoghurt setiap hari.

3. Madu

Madu sangat baik untuk memudarkan jeragat kerana ia mengandungi enzim yang membantu meringankan pigmentasi kulit. Sebagai tambahan, sebagai pelembap semulajadi, ia bagus untuk melempapkan kulit muka anda.

  • Campurkan madu dan air panas. Panaskan sebentar dengan ketuhar gelombang mikro. Sapukan pada kawasan yang terjejas dan biarkan ia selama beberapa minit. Akhir sekali, bilas bahagian tersebut sehingga bersih dengan air suam. Ulang ini setiap hari untuk beberapa minggu. 
  • Anda juga boleh membuat masker herba dengan mencampurkan gandum dengan madu suam. Pakai masker ini dan biarkan selama kira-kira 10 minit. Bilas kawasan tersebut dengan air suam dan kemudian basuh sekali lagi dengan air sejuk. Ulangi dua hingga tiga kali seminggu untuk beberapa bulan. Ini adalah salah satu remedi yang paling berkesan untuk jeragat. 
  • Satu lagi pilihan adalah untuk membuat campuran madu dan yogurt, dan sapukan pada kawasan bermasalah dan biarkan selama 30 minit setiap hari sehingga anda mendapat hasil yang diharapkan.

4. Betik

Jus betik adalah satu lagi ramuan berkesan untuk menghilangkan jeragat. Betik mengandungi papain, sejenis enzim yang boleh membantu menghilangkan jeragat.

  • Sapukan jus betik segar ke atas jeragat menggunakan bola kapas dan urut perlahan-lahan kawasan tersebut. Selepas 10 minit, bilas kulit dengan air sejuk. Ulang petua ini sekali setiap hari untuk sekurang-kurangnya untuk beberapa minggu atau sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.

5. Bawang


Bawang juga boleh digunakan untuk menghilangkan jeragat kerana kandungan sulfur yang bersifat ‘exfoliative’. Untuk hasil terbaik, gunakan bawang merah.

  • Potong satu bawang merah menjadi kepingan tebal dan sapukan hirisan perlahan-lahan ke atas jeragat dua kali sehari. Teruskan sehingga jeragat pudar. 
  • Satu lagi pilihan adalah untuk memarut satu bawang merah, ekstrak jusnya dan sapukan jus pada kulit yang terjejas dua kali sehari. Untuk hasil yang terbaik, tambah satu sudu teh cuka. Ulangi petua ini setiap hari untuk satu atau dua minggu. 

6. Dadih


Dadih juga mengandungi sifat peluntur yang boleh membantu menghilangkan jeragat. Di samping itu, ia akan menjadikan kulit anda licin dan lembut.

  • Hanya sapukan dadih ke atas kawasan jeragat dan biarkan selama 10 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Ulang dua kali setiap hari untuk beberapa minggu. 
  • Satu lagi pilihan adalah untuk membuat sebatian likat dengan mencampurkan serbuk oat dan dadih. Sapukan sebatian ini di kawasan yang terjejas dan biarkan selama kira-kira 30 minit. Kemudian cuci dengan air sejuk. Ulangi sehari sekali sehingga anda mendapat hasil yang positif. 
  • Secara alternatif, campurkan satu sudu makan dadih dengan satu sudu teh jus lemon. Sapukan pada kulit anda dan biarkan selama 10 minit dan kemudian bilas dengan air.

Kaedah Paling Berkesan Dan Bersifat Jangka Panjang

Bukannya suka-suka ‘claim’ kami pencuci semulajadi yang terbukti berkesan tetapi menjalani analisis kulit secara ketat dan dibuktikan secara klinikal.

Bebas Dari 1500 Bahan Kimia Yang Biasa Ada Dalam Skincare

Satu perkara yang saya sangat fanatik dengan Shaklee sejak dahulu ialah pihak Shaklee takkan mengorbankan keselamatan dan ketulenan produk untuk menghasilkan produk yang semulajadi dan berkesan.

YOUTH™ adalah produk pertama di dunia yang dihasilkan secara 100% dengan bahan semulajadi. Paling best, produk ini terhasil tanpa sebarang bahan kimia berbahaya dan bahan yang memberi kesan kepada kehijauan bumi.

[Klik Aje Kalau Nak Tahu Lebih Lanjut Tentang Ramuan Semulajadi YOUTH™]

Pihak Shaklee telah menyaring lebih dari 350 bahan pencemar, bendasing dan racun perosak dari setiap bahan botanikal sebanyak 3 kali ganda daripada standard yang ditetapkan. Wow! Sangat selamat.

Lebih dari itu, pihak Shaklee juga menjalankan lebih dari 100 ribu ujian kualiti saban tahun hanya untuk memastikan setiap produk yang dipasarkan adalah selamat dan semulajadi.

YOUTH™ Adalah Harapan Untuk Kulit Yang Cantik

Bagi wanita mahu pun lelaki. Kulit yang cantik dan sihat adalah idaman semua peringkat usia. YOUTH™ adalah jawapan bagi semua masalah kulit. YOUTH™ sesuai untuk semua jenis kulit. 

  • Sekiranya anda masih lagi muda. Bersedia dari sekarang untuk kulit kekal sihat, cantik dan muda.
  • Sekiranya anda ada masalah kulit, Youth sedia merawat apa sahaja masalah kulit anda.
  • Sekiranya anda sudah berusia. Why not? Youth terbukti secara klinikal memudakan kulit 10 tahun dari usia sebenar!

Nak Tahu Lebih Lanjut? Boleh Whatsapp Saya Sekarang.

mssg.me/celikvitamin

Atau Nak Order Terus Sekarang? Hanya satu klik sahaja lagi.

Order Sekarang

Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online

penjimatan shaklee

Daftar Ahli Shaklee

Jangan ragu-ragu untuk bertanya.

Saya memang sangat-sangat ingin membantu anda:

signature Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik

Facebook: Adilah Manaf

6 comments for “Kaedah Mengatasi Masalah Kulit Jeragat

  1. 13 December, 2014 at 2:13 pm

    time kasih atas perkongsian, teringin jugak nak cube skincare shaklee

    kulit cantik, sihat secara semulajadi dan murah
    huda recently posted…Musim Pesta Konvokesyen Yang Mengacau Diriku..My Profile

  2. 10 September, 2015 at 5:23 pm

    Jeragat kalau dibiarkan memang makin naik je..
    Rasa rimas pulak tenigok bintik2 hitam tue..

  3. 3 January, 2017 at 3:01 pm

    gunakan bawang putih pun boleh jgk selain dari diats..tapi tips yang bg sgt berguna dan bermanfaat..dan juga agak berkesan.

  4. 20 January, 2017 at 9:54 am

    Tak sangka banyak bahan yang mudah didapati dapat digunakan untuk memudarkan jeragat ye. Antara banyak-banyak, dadih, yogurt dan betik bersifat lebih sejuk dan mudah diletak pada jeragat. Terima kasih ya atas perkongsian yang berguna ini 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge