Skip to content

Vitamin Semulajadi

Tips Sihat Ceria

Menu
  • Home
  • Siapa Kami
  • Blog
  • Disclaimer
Menu

7 Tips Makan Buffet Tanpa Merosakkan Diet Anda!

Posted on 25 June, 201517 October, 2022 by Adilah Manaf

Biasanya dalam bulan puasa memang banyak jemputan untuk berbuka puasa di hotel dan restoran yang menawarkan buffet. Sudah tentulah, susah nak kawal nafsu makan, lebih-lebih lagi pada bulan ramadhan. Perut kosong dan tekak yang haus, akhirnyanya kita makan tanpa kawalan. Lalu rosaklah pelan untuk kurus langsing hari raya nanti.

Sadiskan? 

Justeru, eloklah kiranya saya berkongsi dengan anda semua bagaimana tips kita nak makan buffet tanpa merosakkan dietmu ittew. Tips ini bukanlah saya reka-reka tapi disyorkan oleh pakar kecergasan terkemuka, Jillian Michaels (kalau tak kenal sila-lah google ye). 

8 Tips Berikut Boleh Bantu Anda Makan Buffet Tanpa Rasa Bersalah!

1.0 Bahagikan Pinggan Kepada Beberapa Bahagian

Sebelum memilih makanan untuk dimakan, bahagikan dulu pinggan anda kepada beberapa bahagian. Harvard School of Public Health mencadangkan supaya kita mengisi separuh pinggan atau tiga suku penuh dengan sayur-sayuran.

Kemudian bahagian ke dua, masukkan daging tanpa lemak, bijirin, makan berkanji dan makanan lain dalam ruang yang tinggal. Memenuhkan pinggan anda dengan sayur-sayuran boleh membantu mengisi ruang perut sebelum kita mengambil makanan tinggi kalori dan lemak.

2.0 Kuatkan Semangat Dan Pilih Makanan Berkhasiat Serta Rendah Kalori

Kuatkan semangat anda! Anda boleh! 

Pilih makanan yang berkhasiat dan rendah kalori yang selagi boleh. Biasanya, makanan yang paling berkhasiat adalah yang tak diproses, segar dan lebih mudah disediakan.

Seterusnya, pilih makanan seperti produk tenusu tanpa lemak, buah-buahan segar dan sayur-sayuran, bijirin penuh, daging tanpa lemak atau protein yang berasaskan tumbuh-tumbuhan. Makanan yang diproses selalunya tidak mempunyai banyak nutrisi dan tinggi kandungan garam.

3.0 Pilih Kukus, Grill, Panggang! Kukus, Grill, Panggang!

Makanlah makanan yang dipanggang, dikukus atau dibakar. Hidangan ini biasanya mempunyai kurang lemak tambahan dan garam daripada hidangan yang yang digoreng lebih-lebih lagi kalau ‘deep-fried‘. Lemak dan kolestrol daripada minyak ditambah pula dengan makanan yang digoreng itu.

Jangan tak tahu, kaserol dan pasta boleh juga mengandungi lemak dan garam yang berlebihan. Justeru, berhati-hatilah dengan pilihan ini.

4.0  Beri Perhatian Kepada Saiz ‘Portion’ Makanan Kita

Perhatikan saiz ‘portion’ makanan kita. Oleh kerana kebanyakan buffet adalah layan diri, kita boleh ambil apa yang dimahukan dan gagal fokus kepada portion makanan yang disarankan.

Pakar pemakanan mencadangkan untuk kita cuba fokus kepada beberapa makanan buffet yang boleh dinikmati tanpa rasa bersalah selagi ianya adalah pilihan yang sihat. Elakkan godaan untuk mencuba terlalu banyak makanan.

5.0 Kurangkan Pengambilan ‘marinade’, Sos Dan Perasa Makanan 

Kurangkan pengambilan ‘marinade’, ‘topping’, sos dan perasa yang mempunyai lemak tersembunyi, garam, gula dan kalori berlebihan. Ambil sendiri sayur dan pilih ‘dressing’ salad berasaskan ‘vinaigrettes’ atau minyak zaitun. ‘Dressing’ berasaskan krim pun boleh juga.

Cuma perlu elakkan untuk ambil salad yang telah siap-siap diletakkan ‘dressing’.

6.0 Jangan Longgokkan Makanan Dalam Pinggan Anda!

Perut kita bukan tong sampah. Anda pernah baca tentang usus kotor? Elakkan melonggokkan pinggan anda dengan makanan. Makanlah perlahan-lahan, relaks, dan waspada. Jangan lupa berikan perhatian kepada isyarat fizikal dari tubuh. Kunyah makanan dengan baik dan berhentilah apabila perut mula terasa kenyang. Jangan tunggu sehingga penuh. Berhenti sebelum perut kenyang akan merendahkan risiko kembung, senak dan pedih ulu hati.

7.0  Duduk Jauh-Jauh Dari Meja Buffet

Saya rasa ini adalah tips yang paling ‘win’.

Kebanyakan orang akan berulang-alik sekurang-kurangnya 3-4 kali ke meja buffet untuk mengambil makanan. Malah, ada yang sampai 5-7-8 kali sanggup berulang-alik untuk memenuhi nafsu makan.

Menurut Brian Wansink, seorang pengarah di Makmal Food & Brand, University of Cornell, kajian beliau menunjukkan sekiranya kita duduk lebih kurang 40 kaki jauhnya daripada meja buffet, biasanya kita akan kurangkan satu trip untuk ke meja buffet.

Satu trip yang anda kurangkan, mungkin akan dapat menyelamatkan minimum 100-200 pengambilan kalori. Jadi, susun strategi anda betul-betul dan pilihlah meja yang berjarak lebih kurang 40 kaki dari meja buffet.

Pesanan Khidmat Masyarakat….. 

Dalam dunia yang serba sempurna, sudah tentulah kita akan makan makanan seimbang dan berkhasiat. Tapi masalahnya kita hidup dalam zaman yang serba mencabar.

Realitinya, tak kiralah betapa berdisiplinnya kita mengira berapa banyak kalori yang diambil sehari dan mengukur portion makanan di rumah tetapi perkara paling mencabar bila kita makan di luar. Lebih-lebih lagi jika kita makan buffet.

Memang susah untuk disiplinkan diri dan tengok aje makanan yang lazat itu kan? Justeru, saya cadangkan anda untuk ambil supplemen tambahan yang boleh membantu untuk melindungi anda daripada kolestrol, lemak dan lain-lain.

  • Tips Atasi Masalah Kolestrol Tinggi Dalam Masa Beberapa Minggu

  • Jangan Klik Jika Anda Tak Mahu Kelihatan Langsing Semasa Dan Selepas Raya Ini 

Untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Boleh hubungi saya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

adilahmanaf@celikvitamin.com

Shaklee ID : 866551

1 thought on “7 Tips Makan Buffet Tanpa Merosakkan Diet Anda!”

  1. Ros says:
    29 August, 2015 at 10:51 am

    Bagus tips ni. Tapi orang biasa akan makan banyak kalau buffet. Padahal first round je dah kenyang.

    Reply

Leave a Reply to Ros Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Assalamualaikum!


Hi! Saya Adilah Manaf. Saya adalah pengedar produk Shaklee yang sah. Saya ingin berkongsi kehidupan yang lebih sihat dan yang lebih baik dengan sesiapa jua.
Jangan lupa untuk berhubung melalui Google+

Peluang Perniagaan

Celikvitamin.com di Facebook

©2025 Vitamin Semulajadi | Built using WordPress and Responsive Blogily theme by Superb