Bismillahirrahmanirrahim.
Nama saya Fahmy Shuhaimi. Saya adalah suami kepada Adilah Manaf. Saya ingin berkongsi dengan anda, “5 Sebab Kenapa Saya Benarkan Isteri Saya Berbisnes Shaklee” sedangkan saya fobia dengan Multi Level Marketing (MLM) sebelum ini? Mustahak. Tambahan pula anda telah memasang niat nak berbisnes. Shaklee adalah bisnes yang paling mudah dan boleh dijadikan tapak latihan untuk anda.
Perkara pertama yang saya buat bila isteri saya meminta izin kepada saya untuk berbisnes Shaklee ialah duduk depan komputer dan taip Shaklee dalam kotak carian sebuah blog yang sangat popular di Malaysia. Terkenal kerana blog tersebut sangat anti-mlm dan hasil penulisan blog tersebut telah menyebabkan jatuhnya empayar perniagaan MLM gelang ajaib seorang selebriti terkenal di tanahair.
Berbalik kepada cerita saya tadi, malangnya tiada satu pun cerita atau posting berkaitan dengan Shaklee! First impression saya kepada Shaklee mulai berubah daripada negatif kepada positif. Saya teruskan kajian saya tentang Shaklee ini dan apa yang istimewanya sehinggakan ianya menjadi pilihan utama di Malaysia. Berikut adalah hasil yang saya dapati. Sebenarnya banyak lagi tetapi cukuplah dahulu saya sampaikan “5 Sebab Kenapa Saya Benarkan Isteri Saya Berbisnes Shaklee”
1. Sangat Fokus Kepada Jualan Produk Dan No Head-Hunting Please!
Strategi asas Shaklee adalah sempurna iaitu fokus kepada jualan produk. Hampir semua produk Shaklee berkaitan pemakanan, pengguna akan terus membeli sejurus selepas stok vitamin mereka habis. Malah, ada yang mula beli sebelum stok mereka habis pun. Ini bermaksud, potensi jualan atau keuntungan atas jualan yang berkekalan.
Saya tidak suka strategi tipikal MLM lain yang lebih fokus kepada ‘head-hunting’. Selepas anda tandatangan borang keahlian. Apa yang disuruh adalah anda perlu ‘scroll-down’ phone book telefon bimbit anda dan catatkan nama 100 orang rakan untuk dihubungi. Bukan itu saja, mereka juga memaksa ahli baru membeli stok mencecah ribuan ringgit, walaupun kos pendaftaran tak sampai RM100 pun. Saya sangat benci strategi sebegini kerana ia seperti skim cepat kaya yang banyak menyusahkan orang.
Jika semua orang dah jadi ahli, apa lagi yang perlu dilakukan? Beli stok beribu ringgit agar kekal dengan pangkat tertinggi dalam MLM dan simpan bawah katil?
2. Harga Produk Yang Berpatutan. Produk Pula Bermutu Tinggi.
Saya cukup nak termuntah dengan produk MLM kerana harganya sangat mahal. Gambaran yang diberikan, syarikat MLM terpaksa meletakkan harga yang tinggi bagi membolehkan mereka membayar komisen upline. Ini semua membohong! Bagaimana hendak bayar komisen jika fokus kepada head-hunting. Produk tak dijual, keuntungan datang dari mana?
Saya pernah berkongsi tentang perbandingan harga dalam blog celikvitamin. Sila klik untuk baca —> http://www.celikvitamin.com/v2/harga-produk-shaklee-mahal/
Kalau anda buat research sedikit tentang produk Shaklee ini. Anda akan dapati produk Shaklee ini adalah produk bermutu tinggi lengkap dengan ujikaji klinikal oleh pihak ketiga dan rumusan semulajadi.
Menurut sumber sahih, Shaklee tak meletakkan harga sesuka hati. Misalnya, di Singapura; Shaklee hanya boleh dijual di pasaraya umum seperti Mustafa Centre atau Guardian dan bukan secara MLM, harganya jauh lebih mahal daripada kita di Malaysia. Di sana, Vita-C di jual dengan harga SGD39.80 atau RM99 (Di Malaysia RM92 harga runcit dan RM74 harga ahli).
3. Sokongan Upline Yang Konsisten Dan Berterusan.
Pernah tak anda dengar cerita, kawan anda terpaksa berhutang sehingga ribuan ringgit gara-gara janji manis ketua kumpulan MLM. Sebelum mendaftar, bukan main manis mulut. Bila tanya bagaimana nak jual stok yang bakal dibeli, jawapan mereka “nanti kita tolong. Bukan susah pun. Si anu yang join bulan lepas boleh jual semua stok dalam masa 2 minggu je. Kalau dia pun 2 minggu, awak mesti boleh jual dalam seminggu. Tak payah risaulah”.
Sejurus selepas anda bersetuju dengan konsep pendaftaran ahli sedemikian rupa, sama ada anda akan dia abaikan atau dipaksa menipu agar ahli baru yang lain turus mendaftar dengan cara yang sama. Bila ditagih janji lama tentang jualan stok, jawapan mereka “dah tak payah fokus kat stok tu, lambat laun habis punya. Sekarang ni, fokus cari ahli baru”. Saya memang benci kumpulan MLM lidah berbelit sebegini.
4. Produk Shaklee Memang Bermanfaat Untuk Isteri Saya Dengan Izin Tuhan
Saya memang ada ‘soft-spot’ dengan Shaklee setelah melihat betapa ‘struggle’ isteri saya untuk kekal cergas dan bersusah-payah mencuba untuk menyusukan anak sulung kami. Tak sampai sebulan anak sulung kami menyusu badan kerana kurangnya pengetahuan tentang breastfeeding. Berpantang pula di kampung dan dijaga oleh nenek beliau. Memang ‘helpless’ kerana saya pula berada di Bangi.
Setelah isteri saya menghadapi kesukaran (saya sendiri cukup sayu melihat kesedihan dia yang tak dapat menyusu anak sulung dengan susu sendiri) untuk ‘breastfeed’ anak sulung kami, jadi dia sangat berazam untuk ‘fully-breastfeed’ anak kedua kami. Pada permulaannya, memang bermasalah (rupanya ini adalah perkara normal!) dan dia agak tertekan sebab susu tak banyak. ALHAMDULILLAH asbab Allah SWT temukan dia dengan suplemen Shaklee, anak kami menyusu badan sehingga lebih 2 tahun. Walaupun saya tiada pengalaman breastfeeding (hahaha). Namun, saya tahu seorang ibu sangat bahagia jika dapat menyusukan anak sendiri.
Isteri saya memang berkomitmen untuk membantu ibu-ibu diluar sana yang menghadapi masalah penyusuan. Selepas habis berpantang beliau mengambil kursus ‘Breastfeeding Peer Counselor’ dan beliau sehingga sekarang adalah kaunselor penyusuan yang berdaftar.
5. Kami Ada Kumpulan Aku Sayang Bini (ASB)!
Ini adalah yang paling istimewa bagi saya dari kacamata seorang suami. Kumpulan kami ini sangat mementingkan silaturrahim. Atas inisiatif beberapa sahabat termasuklah saya. Kami menubuhkan satu kumpulan sokongan untuk para suami menyokong isteri yang berbisnes Shaklee.
Tujuannya adalah untuk berkenal-kenalan sesama suami dan beraktiviti bersama-sama. Yang penting geng-geng suami ini tak rasa terpinggir dan seronok sebab ada geng-geng yang sekepala dalam Shaklee ini. Saya memang seronok dengan bisnes ini sebab orangnya baik-baik. Kami lakukan apa yang boleh untuk membantu para isteri. Kepada wanita diluar sana kalau anda ingin suami anda seronok dan bantu anda berbisnes Shaklee. Group ini adalah jawapannya.
Group Jutawan Shaklee Paling Rock & Paling Happening!! Tak Percaya? Tengok ni 🙂
Pilihlah Kumpulan Yang Betul Jika Anda Ingin Berbisnes Shaklee
Alhamdulillah. Adilah berada dalam kumpulan yang betul dan ditemukan dengan upline yang lidah tak berbelit. Saya juga mengharamkannya dari menabur janji manis yang boleh menyusahkan orang lain. Jujur dalam perniagaan memang payah; mungkin sebab itulah ahli perniagaan yang jujur juga dijanjikan syurga. Namun saya berpegang kepada pendapatan yang sikit dan berkat lebih baik daripada banyak tapi haram; walaupun saya bekerja keras untuk pilihan yang jauh lebih baik; berpendapatan tinggi dan berkat.
Saya juga menyarankan Adilah agar memberikan sokongan yang terbaik kepada ahli-ahlinya. Malah kami mula berkunjung ke kawasan ahli luar Lembah Klang; selain sistem sokongan online menerusi Facebook dan sebagainnya. Selain mendidik mereka secara bersemuka, ada moleknya untuk berkenalan sesama mereka dengan lebih akrab.
Klik Untuk Baca Kenapa Anda Mesti Join Group Kami!
Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya
Call/Whatsapp/Sms : +6011- 1569 0082
Daftar Ahli Untuk Harga Menarik
Facebook: Adilah Manaf
Bestnya join group nie…memang sungguh2 berbaloi. penuh dengan ilmu.
Bestnya join group nie…memang sungguh2 berbaloi. penuh dengan ilmu.
Bestnya join group nie…memang sungguh2 berbaloi. penuh dengan ilmu. Kelas2 exclusive yang sungguh2 mewah.