Cegah Risiko Penyakit 3 Serangkai Jantung, Diabetes & Darah Tinggi

Penyakit 3 serangkai iaitu penyakit jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi adalah senarai teratas penyakit yang menyerang kebanyakan manusia di zaman milenium ini.

Kalau cuma satu yang menyerang, anda sebenarnya cukup bernasib baik. Ini kerana ada individu yang menghidap 3 serangkai ini serentak! Ingin dimaklumkan ini bukan sesuatu yang pelik.

Anda perlu cakna tentang kesihatan anda, lebih-lebih lagi jika anda seorang yang mempunyai gaya hidup kurang sihat (makan lewat malam, tidur lambat dan merokok), berat badan berlebihan, mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap penyakit 3 serangkai dan berusia 30 tahun ke atas.

Anda perlu ambil langkah pencegahan bagi mengelak risiko penyakit 3 serangkai iaitu jantung, diabetes & darah tinggi.

Sebelum kita bercerita lanjut. Anda perlu tonton kisah di bawah ini.

Apa Yang Lelaki Obesiti Ini Buat Untuk Turunkan Darah Tinggi Dia Memang Amazing!

Antara Langkah Pencegahan Yang Boleh Menjadi Amalan Kita termasuklah:-

1) LAKUKAN PEMERIKSAAN AWAL

Menurut sumber dari Kementerian Kesihatan, dari segi jumlah pesakit yang menghidap diabetes, Malaysia berada di tangga pertama dalam Asia dan tersenarai di tangga ke-10 dunia bagi selepas Asia Barat dan Asia Pasifik. Mengikut rekod, ada 2.6 juta pesakit diabetes berusia lebih 30 tahun.

Daripada jumlah ini, separuh atau 1.3 juta tidak sedar mereka mempunyai diabetes. Anda yang berisiko tinggi, disarankan membuat pemeriksaan awal dan berkala bagi mengelakkan sebarang komplikasi.

2)MENGAMBIL PEMAKANAN SEIMBANG

Kurangkan pengambilan lemak,terutama lemak tepu seperti mentega untuk merendahkan risiko kolesterol berlebihan dalam darah sekaligus mencegah risiko penyakit jantung. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan sehari) diikuti diet rendah lemak.

Ambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. Akhirnya, kurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman. Anda perlu memasak sendiri di rumah untuk mengawal paras gula dan garam dalam masakan!

3.MELAKUKAN AKTIVITI DAN SENAMAN

Menurut Pakar Runding Kardiologi, Datuk Dr. Khoo Kah Lin, aktiviti ringan atau sederhana, walaupun dilakukan selama 30 minit sehari boleh membawa manfaat. Aktiviti yang dimaksudkan termasuk berjalan kaki sambil bersiar-siar, naik tangga, berkebun, membersihkan laman, kerja rumah yang sederhana atau berat, menari dan senaman di rumah.

Senaman berbentuk aerobik yang lebih cergas seperti berjalan pantas, berlari, berenang, berbasikal, luncur kasut roda dan lompat tali pula merupakan cara terbaik untuk meningkatkan tahap kecergasan jantung dan paru-paru.

Jika anda mahu meningkatkan lagi tahap kecergasan, anda perlu bersenam 30 ke 60 minit, kebanyakan hari dalam seminggu, pada kadar 50-80 peratus daripada keupayaan maksimum anda.

4.MEMASTIKAN TIDUR YANG MENCUKUPI

Ubah gaya hidup anda. Masuk tidur lebih awal. Yayasan Tidur Kebangsaan di Amerika Syarikat mengesyorkan tidur selama 8-9 jam bagi orang dewasa. Tidur akan memperbaiki sistem imunisasi dan badan akan kekal sihat.

Semasa tidur, tubuh kita memproses glukosa. Jika tidak cukup tidur glukosa akan gagal diproses dan berisiko untuk diabetes. Oleh itu, pastikan tidur anda cukup supaya badan boleh memproses glukosa dengan baik.

Tidur yang mencukupi juga boleh melegakan dari tekanan (stress) dan menjadikan badan lebih tenang disamping merendahkan kadar kolestrol dan tekanan darah serta mengelakkan berlakunya penyakit jantung.

5.KAWAL EMOSI AGAR TIDAK TERTEKAN / STRESS

Kawal emosi anda agar tidak tertekan atau stress. Ini boleh dicegah jika anda berusaha meningkatkan kemampuan dan keyakinan diri untuk menanganinya. Cara termudah mengatasi stress ialah dengan mencari puncanya.

Sekiranya beban kerja merupakan punca, berilah perhatian lebih terhadapnya dan cubalah menyelesaikan setiap masalah yang timbul dengan sebaik mungkin. Ada pelbagai cara untuk mengatasi stress antaranya rehat seketika, melakukan riadah, bercakap dengan seseorang, bercuti dari kerja dan sebagainya.

6. Pengambilan Supplemen Untuk Kurangkan Risiko Penyakit 3 Serangkai

Akhir sekali, anda amat disyorkan untuk mengambil suplemen sebagai usaha untuk mengurangkan risiko dan mencegah penyakit 3 serangkai ini. Buatlah keputusan anda pada hari ini juga untuk manfaat kesihatan berpanjangan kerana tubuh yang sihat adalah aset yang paling lebih berharga dari segalanya.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh World Health Organization 2010, 1 daripada 3 kematian yang berlaku adalah disebabkan oleh penyakit jantung.

Cuba anda lihat gambar di bawah. Penyakit jantung bukan lagi penyakit orang tua-tua. 

 

Untuk ini, saya sarankan anda melaburkan wang untuk membeli supplemen untuk memperkuatkan dan melindungi jantung untuk kebaikan anda.

CoQ Health Shaklee Membantu Menguatkan Otot Jantung

CoQ Health Shaklee ini mengandungi ramuan CoQ10 iaitu bahan yang diperlukan oleh tubuh untuk memperkuatkan otot jantung.

 

Namun begitu, apabila usia kita telah mencecah 20 tahun, penghasilan CoQ10 oleh tubuh akan merudum dan ia akan terus menurun seiring dengan usia.

Justeru, bahan ini sangat diperlukan oleh tubuh untuk terus mengekalkan kekuatan otot jantung untuk bekerja dengan baik.

Beberapa kajian klinikal yang melibatkan jumlah beberapa individu di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa CoQ10 boleh mengurangkan tekanan darah. Walau bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa 4 hingga ke 12 minggu untuk melihat apa-apa perubahan .

Dalam satu analisis, selepas membuat 12 kajian klinikal, penyelidik membuat kesimpulan bahawa CoQ10 berpotensi untuk menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 17 mm Hg dan tekanan darah diastolik sebanyak 10 mm Hg, tanpa kesan sampingan yang ketara.

Vivix Shaklee Berfungsi Membantu Melindungi Jantung

VIVIX Shaklee adalah supplemen yang mengandungi kombinasi resevratrol dan phytonutrient. Sumber resevratrol dan phytonutrient ini adalah dari anggur muscadine, sejenis anggur yang jarang ditemui dan terbaik kerana ianya tumbuh secara semulajadi.

 

Vivix juga kaya dengan polifenol. Polifenol terdapat dalam pelbagai tumbuhan seperti buah, sayur dan teh herba. Polifenol adalah satu komposisi penting dalam diet manusia dan haiwan. Kebaikan polifenol menyediakan bantuan terbaik menentang pembentukan penyakit kronik.

Vivix Shaklee juga membantu ibu mertua saya dalam usaha beliau mengawal paras gula dalam darah ke paras normal dan stabil kerana beliau adalah pesakit diabetis selama 20 tahun. Nak tahu boleh klik link di bawah:

[Kisah Ibu Mertua Saya Yang Berjaya Mengawal Paras Gula Walaupun 20 Tahun Disahkan Pesakit Diabetes]

 

signature

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6019-324 4525

Emel : hello@celikvitamin.com

FB Fanpage: Celikvitamin

Facebook: Adilah Manaf

Klik sini untuk order

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *