Vivix™

Vivix 10 x resveratrol

 

Revolusi Terbaru dari Shaklee
Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.

Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Bakal dipatenkan tidak lama lagi.  Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee.

Patent-Pending Vivix

Apa maksud patent pending?

Maknanya produk ni sudah dihantar untuk permohonan bagi mendapat hak patent. Walaupun belum dipatenkan secara rasmi tetapi dengan adanya patent pending, Vivix ini memang telah ‘secure‘ atau eksklusif untuk Shaklee. Tiada peluang untuk pihak lain meniru patent Vivix Shaklee ini. 

Apa yang Shaklee telah patenkan untuk produk Vivix?

1. Proses Cold Filling Extraction.

Ada banyak jenis proses untuk ekstrak jus/minyak/pati dari tumbuh-tumbuhan.

Cold extraction maknanya buah-buah yang digunakan dalam Vivix ditekan (press) untuk mengeluarkan patinya dengan suhu rendah.

Ada proses yang menggunakan air panas atau suhu panas, tetapi proses begini boleh menurunkan kualiti produk itu walaupun hasilnya mungkin lebih banyak.

Justeru, Shaklee telah mempatenkan proses ‘cold filling extraction‘ ini eksklusif untuk Shaklee.

2. Gabungan Polifenol

Bagi kesan maksimum, Vivix bukan cuma ada resveratrol tetapi gabungan polifenol. Umpama kita telan anggur muskadin sebiji.

3. Semulajadi, tanpa pengawet & stabil.

Kalo kita letakkan botol Vivix atas meja, Vivix takkan meruap. Lebih menarik, jika diletak dalam peti ais bahagian sejuk-beku (freezer), Vivix takkan membeku. Tindakan itu bukan dengan bantuan bahan kimia okey! Tetapi memang Vivix Semulajadi, tanpa bahan pengawet dan stabil.

Untung Tak Kita Ada Vivix?

Bacaan lanjutBagaimana Resveratrol Membantu Pesakit Diabetes, Kanser & Jantung? – Kajian Saintifik Membuktikannya.