Tips Tingkatkan Dan Tambah Penghasilan Susu Ibu

Sememangnya dalam memberikan yang terbaik untuk yang tersayang, para ibu perlu menyayangi diri mereka sendiri terlebih dahulu. Diri perlu dijaga,dimanja dan dibelai umpama mencintai insan tersayang. Oleh itu, pengambilan suplemen selain makanan seharian adalah penting bagi memastikan kesihatan diri lebih-lebih lagi bagi mereka yang masih menyusukan bayi. Melihat kepada makanan ruji kita di Malaysia yang lazat namun masih lagi kekurangan zat, pasti menggusarkan para ibu. Hal ini pasti meruntun hati para ibu untuk memberikan perhatian kepada suplemen dan nutrisi untuk mengimbangi zat dalam gizi makanan seharian mereka.

Celikvitamin

Ramai yang telah mulai sedar tentang khasiat susu ibu namun masih ramai yang bermasalah menyusukan sendiri bayi mereka. Puncanya adalah diri ibu itu sendiri yang kekurangan zat untuk menjana susu ibu dalam kuantiti yang banyak serta kurang arif dalam teknik penyusuan dan nutrisi yang betul dalam meningkatkan penghasilan susu. Tambahan pula, ibu hari ini bekerja dan lambakan pelbagai jenama susu tepung di pasaran pasti merumitkan lagi keadaan apabila ramai ibu yang telah berputus-asa untuk menyusu si manja mengambil jalan mudah dengan memberikan susu formula kepada bayi.

Pengalaman diri sendiri penulis yang menghadapi kesukaran menyusukan anak sulung kerana kurangnya pendedahan dan maklumat tentang teknik penyusuan yang betul dan suplemen yang boleh menjadi ‘booster’ kepada penghasilan susu ibu menguatkan azam untuk memastikan anak kedua mendapat khasiat penyusuan susu ibu sepenuhnya. Alhamdulillah, sekiranya diizin Allah SWT pada hujung bulan ini, genaplah 2 tahun penulis menyusukan si manja. Pengalaman dari kegagalan menyusukan anak sulung membuatkan penulis rasa ingin membantu para ibu yang menghadapi masalah yang sama.

set penyusuan shaklee

Set penyusuan Shaklee menjadi perbualan hangat sejak akhir-akhir ini dan telah ramai mengambilnya untuk meningkatkan dan tambah penghasilan susu ibu. Sebenarnya tiada rahsia melainkan mengambil rangkaian suplemen berkhasiat agar dapat memenuhi keperluan nutrien penyusuan ibu.

Vitamin seperti multivitamin, protein, vitamin C, vitamin B Kompleks, kalsium, asid lemak, Alfalfa dan Omega 3 perlu diambil bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran air susu berterusan di samping mengekalkan kecergasan dan kesihatan ibu dan anak.

Anda tidak akan menyesal kerana di samping anak yang membesar selari dengan khasiat yang perlu, para ibu turut mendapat manfaat kesihatan daripada penyusuan tersebut seperti mengelak penyakit kanser ovari dan payudara. Anda disarankan untuk menyusui bayi secara eksklusif selama enam bulan dan meneruskannya dengan makanan tambahan sehingga bayi mencecah usia dua tahun.

Anda perlu membuat keputusan demi mencipta kehidupan yang lebih baik dan lebih sihat untuk seisi keluarga memandangkan  pada zaman mutakhir ini pelbagai makanan yang disajikan enak dimakan tetapi tidak sihat dan kurang zat sekaligus mendedahkan anak-anak kepada risiko pelbagai penyakit.

Suplemen Shaklee yang diambil adalah penyelesaian moden kepada masalah zaman moden!

signature

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6019-324 4525

Emel : hello@celikvitamin.com

FB Fanpage: Celikvitamin

Facebook: Adilah Manaf

Klik sini untuk order

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *