Pengedar Shaklee Di Tawau, Semporna Dan Kota Kinabalu

Hi Semua! Saya Nik Farieda adalah pengedar Shaklee dengan ready stock untuk COD di sekitar Tawau, Semporna dan Kota Kinabalu. Anda semua boleh hubungi saya ‘hotline’ 019-880 2563.

Nama saya Nik Nur Farida Binti Nik Lah, lebih dikenali sebagai Nik Farieda di laman-laman sosial. Sudah 7 tahun 1 bulan saya bermastautin di daerah Tawau, Sabah. Kebiasaannya, saya akan kerap ke Kota Kinabalu untuk pelbagai urusan sama ada rasmi atau bercuti. Jadi, tiada masalah untuk saya berurusan COD dengan anda di Kota Kinabalu.

Latarbelakang Saya Sebagai Pengguna Dan Pengedar Shaklee

 

Mentor Shaklee saya menggalakkan kami menulis dan perkenalkan diri dalam kepada para pelanggan semua kerana dalam Celikvitamin Group, kami dididik untuk menjadi pengedar Shaklee yang bertanggungjawab bukan sekadar menjual tetapi sebenarnya pengguna yang setia.

Saya sangat seronok menjadi sebahagian daripada empayar celikvitamin.com. Satu keputusan yang di ambil selepas berfikir banyak kali sambil berdoa dan beristikharah kepadaNya. Menjadi pengguna produk Shaklee adalah salah-satu impian ketika masih belajar di UiTM dahulu. Disebabkan kewangan terlalu terhad sewaktu masih belajar, saya hanya mampu tangguhkan dulu hasrat itu. Hinggalah satu saat, hati saya sangat kuat untuk mencari semula Shaklee.

Saya pilih Shaklee kerana saya sangat yakin ia suplemen terbaik, dibuktikan oleh sains dan bukannya air liur. Bila kita sudah konsisten ‘consume’ Shaklee dan rasa berpuashati dengan kesannya. Maka, timbul rasa bertanggungjawab ingin berkongsi kebaikan dengan ramai lagi orang di luar sana.   

Bermulalah Perjalanan Saya Sebagai Seorang Pengedar Shaklee!

Bila kita sendiri adalah pengguna setia dan konsisten produk Shaklee, untuk bercerita tentang manfaatnya bukanlah sesuatu yang sukar.

Lagi best, dalam group kami ini, kita akan diajar kemahiran berniaga secara ‘online’ dari sifu saya, Master Adilah Manaf. Semua diajar secara berperingkat supaya kita dapat hadam satu persatu segala ilmu yang dipelajari.

Bermula sebagai ‘side income’ sikit-sikit untuk permulaan. Lama-lama jadi bukit seiring dengan ‘skill’ berniaga yang diperhalusi. Saya suka cara ini kerana kita bukannya skim cepat kaya atau MLM haram jadah yang menjanjikan pulangan berjuta-juta dalam masa singkat!

Saya Buat ‘Research’ Tau Sebelum Pilih Daftar Dengan Siapa

Saya bermula dengan pencarian di internet. Saya tak mahu tersalah pilih group dan menyesal di kemudian hari. Setelah membuat perbandingan, akhirnya hati saya terpaut untuk mendaftar dengan Celikvitamin Group. Tak sangka, kurang daripada 1 minggu urusan sangat lancar dan jalan menjadi ‘Shaklee Independent Distributor (SID)’ dipermudahkanNya.

Whatsapp, facebook & blog ialah medium komunikasi kami. Projek #tsunamishaklee bersama ‘team’ besar iReach semuanya fleksibel dan di hujung jari. Apa yang perlu di beri hanyalah komitmen untuk belajar. Mudahkan untuk orang yang bekerja seperti saya?

Terima kasih kepada semua yang membantu. Semoga langkah kecil ini membawa saya ke jalan kejayaan dan ia menjadi warisan perniagaan kepada anak-cucu saya kelak.

Masih dalam kategori tidak terlalu sibuk, saya peruntukkan masa membaca, menulis, makan, beribadah, bersihkan rumah, berkomunikasi dengan ‘upline & team’ Shaklee dengan santai.

Tips Menarik Yang Ingin Saya Kongsikan Dengan Anda

Gunakanlah semua sumber yang ada, mentor, kawan-kawan bisnes yang berpengalaman serta kemudahan internet. Untungnya bershaklee ni, kami dilengkapi dengan sistem online bagi setiap SID berdaftar untuk urusan-urusan.

  1. Info & sumber bacaan.
  2. Katalog produk Shaklee.
  3. Pembelian online; untuk saya (SID).
  4. Penjualan online (eSell); untuk pelanggan (customer) beli secara online.
  5. Profile untuk mata terkumpul individu & kumpulan; ‘unit value (UV), purchase value (PV),’ bonus dalam Ringgit Malaysia dan lain-lain elaun mengikut pencapaian dan ‘rank’.
  6. Kotak mesej.

Oleh sebab itulah saya suka galakkan kawan-kawan dan keluarga bershaklee bersama.

Fleksibel Sangat. Tak Ganggu Urusan Kerja. Best Betul!

Zaman IT ni semuanya mudah tanpa halangan jarak dan waktu. 24 jam, terpulang pada kesesuaian masing-masing.

Saya pernah uruskan pembelian & postage suplemen Shaklee tanpa meninggalkan kerusi, di waktu rehat ‘lunch hour.’ Dalam masa 24-48 jam, penerima sudah dapat Vivix dihantar oleh perkhidmatan kurier GDex ke pintu rumahnya. Best kan! 😉

Masa kerja saya :

♥ 7 pagi – 4 ptg (rehat 1 jam, lunch hour)

Masa urus bisnes Shaklee (optional) / sesi latihan (coaching) :

♥ 12 tgh hari – 1 ptg (1 jam).

♥ 8 malam – 11 malam (3 jam).

♥ 10 pagi / 4 ptg / 8 malam (di hujung minggu, saya COD suplemen jika ada tempahan pelanggan yang lebih selesa berjumpa & lihat sendiri produk Shaklee).

♥ suka hati ketika hari cuti (24 jam on je).

Jemput datang melawat ke

7 Sebab Kenapa Saya Fokus Berbisnes Shaklee

Saya ada 50 sebab tapi saya just nak share 7 sebab kenapa saya hanya fokus bisnes Shaklee sahaja;

1) Saya juga pengguna / makan supplements Shaklee.

2) Saya tahu kualiti produk Shaklee antara yang terbaik di dunia berdasarkan Landmark Study dan lain-lain ujian klinikal. Bahkan produk ini dapat pengesahan halal dan kelulusan KKM.

3) Harga berpatutan dengan kualiti.

4) Ada khidmat nasihat daripada pakar nutrisi bertauliah, pakar pemasaran (marketing) & digalakkan pembelajaran berterusan sepanjang hayat untuk menjaga kesihatan diri & keluarga.

5) Sistem perniagaan ‘online’ yang tersusun. Penggunaan sendiri (tanpa menjual) pun boleh dapat bonus yang dimasukkan terus ke dalam akaun bank masing-masing. Saya sudah pernah dapat bonus bulanan. Kalau anda berminat untuk dapat kelebihan-kelebihan lain juga, hubungi saya. Kena daftar dulu jadi ahli.

6) Khidmat kurier GDex atau CityLink yang lancar, laju & tiada masalah bungkusan rosak. Puas hati sangat bahagian ini!

7) Resit / invois pembelian suplemen Shaklee boleh digunakan untuk pelepasan cukai pendapatan 🙂 Untung untuk suami yang tanggung makan-minum bini dia nih. Hehehe~

Saya jumpa ‘customer’ melalui temujanji awal untuk ‘cash-on-delivery (COD)’. Ada stok dalam simpanan & ada yang saya boleh tolong ‘order’ kan melalui ‘online purchase’. Biasanya di hujung minggu & suami temankan. Pernah sampai sesat di Tanjung Batu, sebab ‘adventure’ nya selok-belok masuk kampung orang. Tapi syukur Alhamdulillah, orang-orang Tawau memang ‘sporting & friendly’.

Mungkin satu hari nanti akan jadi ‘working-at-home-mom (WAHM)’.Bukan sebab majikan tempat kerja saya tidak bagus, tetapi lazimnya keutamaan seorang perempuan (sudah berkahwin) ialah keluarga (& kucing-kucingnya nanti). InsyaAllah~

Sekiranya anda berminat untuk menjadi sebahagian dari keluarga Shaklee kami, saya mengalu-alukan kedatangan anda. Hubungi saya sekarang!

Nik Nur Farida bt Nik Lah

Shaklee ID : 1238516

Contact: +6019-8802563

Shaklee Independent Distributor

Tawau, Semporna dan Kota Kinabalu

1 comment for “Pengedar Shaklee Di Tawau, Semporna Dan Kota Kinabalu

  1. 2 November, 2017 at 10:41 am

    Wah…shaklee tawau pun ada..
    Intan Farhana Sharifudin recently posted…Protein Dalam Air Kencing Ketika Mengandung, Berbahayakah?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge