Warning: "continue" targeting switch is equivalent to "break". Did you mean to use "continue 2"? in /home/celincom/public_html/v2/wp-content/plugins/all-in-one-seo-pack/modules/aioseop_opengraph.php on line 844

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/celincom/public_html/v2/wp-content/plugins/all-in-one-seo-pack/modules/aioseop_opengraph.php:844) in /home/celincom/public_html/v2/wp-includes/feed-rss2.php on line 8
Hubungan Suami Isteri – Tips Sihat Ceria https://www.celikvitamin.com/v2 Rahsia Sihat Semulajadi Tue, 21 Aug 2018 05:27:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=4.9.25 Tips Vitamin Kesuburan Untuk Lelaki https://www.celikvitamin.com/v2/tips-vitamin-kesuburan-untuk-lelaki/ https://www.celikvitamin.com/v2/tips-vitamin-kesuburan-untuk-lelaki/#comments Wed, 11 Sep 2013 16:09:21 +0000 http://www.celikvitamin.com/v2/?p=1375 Read more →

]]>
Benar!

Vitamin E adalah vitamin kesuburan untuk lelaki. Vitamin E atau juga dikenali dengan nama Vitamin Cinta diperlukan oleh lelaki maskulin untuk meningkatkan kesuburan.  Satu kajian telah dilakukan pada tahun 1922 menunjukkan bahawa tikus yang diberi diet TANPA Vitamin E menjadi tidak subur dan tidak dapat membiak. Namun, sebaik sahaja mereka telah diberikan minyak gandum (kaya dengan vitamin E) sebagai sebahagian daripada diet mereka, masalah kesuburan tikus tersebut dapat dipulihkan.

Hari ini, kajian menunjukkan vitamin E adalah penting dalam melindungi dan meningkatkan kesihatan sel tubuh. Setiap bahagian tubuh manusia terdiri daripada berjuta-juta sel, termasuklah organ-organ pembiakan, telur dan sperma.
spermsMungkin anda berbisik dengan kawan sebelah. Itu tikus! Kita kan manusia. Baca ini.

Satu kajian telah dijalankan di sebuah ‘Infertlity Centre’ di Iran oleh Mohammad K Moslemi dan juga kajian oleh Samaneh Tavanbakhsh dari Jabatan Urologi, Fakulti Perubatan di Qom University of Medical Sciences, Qom, Iran yang pada tahun 2011 melibatkan 690 lelaki yang mengalami masalah kesuburan diberi supplement Vitamin E (400 IU) dan Selenium (200 mcg). Hasil kajian ini menunjukkan keputusan yang memberansangkan apabila kadar radikal bebas dalam badan memberi kesan kepada kesuburan dan fungsi seksual seorang lelaki kerana ia merosakkan DNA sperma. Manakala, kekurangan Selenium dan Vitamin E juga memberi impak kepada fungsi kelelakian. Kajian ini jelas membuktikan betapa kritikalnya keperluan Vitamin E untuk kesuburan lelaki.

Kajian lain juga mendapati bahawa Vitamin E meningkatkan kesihatan dan kualiti sperma. Dalam satu kajian, ia menunjukkan bahawa pergerakan sperma, peratus sperma hidup dan peratus daripada spermatozoa normal, semuanya meningkat dengan penambahan vitamin E dan selenium.

Justeru, apa tunggu lagi? Jika anda gusar tentang masalah kesuburan atau anda mahu tahap kesuburan anda meningkat, hubungilah penulis untuk mendapatkan konsultasi secara percuma. Buktikan anda seorang yang benar-benar prihatin tentang kesuburan kerana ianya membuktikan anda adalah lelaki maskulin sejati! 🙂

Vita-E Complex®  Shaklee

Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.

Setiap kapsul gel lembut memberikan:
•    400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
•    Membantu dalam memelihara kesihatan baik.

Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.

Untuk pasangan isteri anda pula, GLA Complex adalah cadangan bagi cepat mengandung. Klik foto untuk info lanjut.
GLA Complex

Hubungi saya sekarang untuk konsultasi percuma dan tawaran hebat.

signature

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6019-324 4525

Emel : hello@celikvitamin.com

FB Fanpage: Celikvitamin

Facebook: Adilah Manaf

Klik sini untuk order

]]>
https://www.celikvitamin.com/v2/tips-vitamin-kesuburan-untuk-lelaki/feed/ 2
Testimonial Set Kesuburan Shaklee https://www.celikvitamin.com/v2/testimonial-set-kesuburan-shaklee/ https://www.celikvitamin.com/v2/testimonial-set-kesuburan-shaklee/#respond Fri, 06 Sep 2013 16:06:14 +0000 http://www.celikvitamin.com/v2/?p=1351 Read more →

]]>
Artikel kali ini sangat istimewa iaitu tentang Testimonial Set Kesuburan Shaklee. Kenapa saya katakan istimewa? Ini kerana ianya melibatkan kakak ipar saya iaitu Puan Shuhaida Shuhaimi yang telah mengambil Set Kesuburan Shaklee dan mengikut panduan yang diberikan tanpa gagal.

Buat pengetahuan pembaca semua, saya dan kakak ipar saya berkongsi walimatulurus iaitu kenduri menyambut menantu dan kenduri kahwin kakak ipar saya dilangsung serentak. Alhamdulillah saya beroleh cahayamata pertama pada tahun 2008 dan yang kedua pada tahun 2011.

Namun, kakak ipar saya menunggu selama 6 tahun untuk menimang anak. Sebenarnya kakak ipar saya pernah mengandung pada awal usia perkahwinan namun kandungan itu gugur kerana beliau terjatuh dari tangga ketika usia kandungan tidak sampai sebulan.

Pelbagai usaha telah beliau diikhtiar bersama suami tercinta termasuklah berjumpa Dr.Haron Din minta didoakan supaya dikurniakan zuriat. Soalan-soalan klise yang sentiasa bertanya “Bila lagi nak timang anak ni?”benar-benar menyebabkan beliau rasa cukup tersentuh. Kami tidak putus-putus berdoa agar beliau dikurniakan cahayamata.

Ternyata perancangan Allah SWT itu sangat baik, ditakdirkan saya bertemu jodoh dengan Shaklee selepas menimang anak kedua pada tahun 2011. Ketika itu saya mengambil Set Berpantang Shaklee dan Set Penyusuan Shaklee. Justeru setelah mahir dengan selok-belok produk Shaklee, saya mencadangkan agar kakak ipar saya ini untuk mencuba Set Kesuburan Shaklee. Beliau mula mengamalkan Set Kesuburan Shaklee ini pada bulan Januari 2012 dan ALHAMDULILLAH selepas 6 BULAN beliau telah pun disahkan hamil oleh doktor. Bukan itu sahaja, sepanjang tempoh kehamilan, semasa berpantang dan pasca berpantang beliau mengamalkan set lengkap Shaklee seperti Set Kehamilan Shaklee, Set Berpantang Shaklee dan Set Penyusuan Shaklee. Hasilnya, beliau sentiasa bertenaga walaupun berpantang sambil menyusu anak. Pada bulan puasa baru-baru ini juga bekalan susu tidak pernah susut. Bahkan anak beliau, Damia Batrisya mempunyai kulit yang gebu dan sihat.

Berikut adalah screenshot testimonial beliau yang diletakkan di Facebook Celikvitamin.

testimonial set kesuburan shaklee

Terlebih dahulu terima kasih untuk adik ipar saya Adilah Manaf Celikvitamin kerana memperkenalkan produk shaklee kepada saya. Dalam hidup ini kita diberi dugaan & ujian yang berbeza dan pastinya setiap kesabaran itu pasti ada ganjaran. Saya dan suami menunggu selama enam tahun untuk menimang cahayamata dan hanya yang melaluinya sahaja faham, perasaan kami. Saya mula mengamalkan set kesuburan shaklee pada Jan 2012, selepas 6 bulan mengamalkannya saya telah disahkan hamil. Semasa hamil dan didalam pantang saya juga menggunakan set yang berkaitan. Lebih membanggakan sebagai seorang ibu sehingga ke saat ini bayi saya sudah berusia 5 bulan menikmati susu ibu sepenuhnya dimana saya langsung tidak mengalami masalah kekurangan susu walaupun di dalam bulan puasa. Selain itu, bayi saya mempunyai kulit yang gebu dan badan yang tegap. Kesimpulannya saya mendapat pelbagai manfaat dengan produk shaklee bermula dengan set kesuburan, set kehamilan,set berpantang dan set menyusu. Bukan kemenangan yang saya harapkan cukuplah sekadar berkongsi secebis pengalaman. Nama bayi saya Nur Damia Najiha Binti Ismadi. Sekian…

Sekiranya anda yang membaca artikel ini mempunyai kisah yang sama dengan kakak ipar saya, saya mencadangkan anda untuk mencuba Set Kesuburan Shaklee ini. Insha-Allah saya akan membantu anda sedaya upaya dengan konsultasi berterusan dan janganlah anda berputus asa. Percayalah. Allah SWT mempunyai perancangan yang terbaik untuk hambaNya yang bersabar. Jangan Pernah Putus Asa Bakal-Bakal Ibu Di Luar Sana!

Sekiranya anda berminat boleh hubungi saya untuk konsultasi dan produk kesuburan Shaklee ini.
Klik Set Kesuburan Shaklee untuk info lebih lanjut tentang set ini.

signature

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6019-324 4525

Emel : hello@celikvitamin.com

FB Fanpage: Celikvitamin

Facebook: Adilah Manaf

Klik sini untuk order

]]>
https://www.celikvitamin.com/v2/testimonial-set-kesuburan-shaklee/feed/ 0
Set Kesuburan Shaklee Untuk Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri https://www.celikvitamin.com/v2/set-kesuburan-shaklee-untuk-tingkatkan-kesuburan-suami-isteri/ https://www.celikvitamin.com/v2/set-kesuburan-shaklee-untuk-tingkatkan-kesuburan-suami-isteri/#comments Mon, 17 Jun 2013 15:48:22 +0000 http://www.celikvitamin.com/v2/?p=1272 Read more →

]]>
CELIKVITAMIN3

Jika anda mempunyai masalah hormon yang tidak stabil atau pun anda seorang yang sudah berumahtangga dalam tempoh tertentu tetapi sehingga hari ini masih lagi belum dikurniakan rezeki oleh Allah SWT untuk hamil, apa kata anda mencuba supplement Shaklee untuk tingkatkan kesuburan.Set Kesuburan Shaklee yang disarankan ini juga sebenarnya bagi meningkatkan kesuburan bukan sahaja untuk isteri malahan untuk suami juga.

1) Zinc Complex

Zink memberi kesan terhadap pelbagai hormon termasuklah hormon seksual, hormone tiroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostat dan tiroid yang tidak aktif . Kekurangan zink juga dikatakan antara sebab kemandulan. Istilah yang digunakan adalah “Below the level of technical sterility”  bermaksud ‘di bawah paras kesuburan’. Ia mempengaruhi bilangan sperma (sperm count) dan pergerakan sperma (sperm motility). Justeru, zink ini memang penting untuk meningkatkan kesuburan.

2) Vitalea 

Pengambilan Vitalea adalah bagi memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian yang diperlukan dapat dipenuhi. Kebiasaanya, pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak fakto dan kekangan. Uniknya, Vitalea atau multivitamin Shaklee mengandungi formula iron yang sangat penting bagi tubuh.

3) B Complex

Memainkan peranan paling penting bagi mengelakkan kemurungan (anti-stress) dan membantu untuk menstabilkan hormon. Vitamin B Complex Shaklee ini turut mengandungi Asid Folik dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.

4) Vitamin E 

Vitamin E membantu meningkatkan hormon seks sama ada untuk  lelaki mahupun wanita. Keunikan Vitamin E Shaklee adalah kerana ianya turut mengandungi silenium berbanding lambakan Vitamin E lain di pasaran yang dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung dalam masa yang sama boleh meningkatkan pengeluaran hormon testosteron.

5) GLA Complex

Berperanan membantu mengatasi masalah haid tidak yang teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti. Lebih baik dari Primrose Oil.

6) Alfalfa Complex

Alfalfa ini turut dikenali sebagai vitamin cinta. Ia membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri kerana fungsinya seperti herba Kacip Fatimah.

TIPS MENINGKATKAN KESUBURAN DARI DR. HAMID ARSHAT:

1. Doa dengan bersungguh-sungguh
2. Berusaha untuk menurunkan berat badan
3. Bersenam selama 30 minit setiap hari
4. Ambil supplement multivitamin, Vitamin E, Vitamin C dan Asid Folik
5. Tenangkan jiwa dan emosi
6. Setiap rawatan memerlukan tempoh 3 hingga 6 bulan untuk keberkesanannya

Akhir sekali, harus disematkan dalam ingatan kita sebagai seorang muslim, zuriat ini adalah anugerah dan rezeki dari Allah SWT. Kita sebagai manusia yang lemah perlu terus berusaha tanpa jemu. Kemudian, berdoa dan bertawakal kepadaNya agar penantian kita untuk memperolehi zuriat diperkenankan oleh Allah yang Maha Berkuasa. Insha-Allah.

Sila baca DISCLAIMER.

Hubungi saya untuk mendapatkan supplement set kesuburan Shaklee:

signature

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6019-324 4525

Emel : hello@celikvitamin.com

FB Fanpage: Celikvitamin

Facebook: Adilah Manaf

Klik sini untuk order

]]>
https://www.celikvitamin.com/v2/set-kesuburan-shaklee-untuk-tingkatkan-kesuburan-suami-isteri/feed/ 3
10 Petua Tingkatkan Kesuburan Bagi Wanita https://www.celikvitamin.com/v2/10-petua-tingkatkan-kesuburan-bagi-wanita/ https://www.celikvitamin.com/v2/10-petua-tingkatkan-kesuburan-bagi-wanita/#respond Sun, 16 Jun 2013 15:54:03 +0000 http://www.celikvitamin.com/v2/?p=1271 Read more →

]]>
fetus-celikvitamin

Bahtera rumahtangga yang dibina oleh suami dan isteri sudah tentu lebih bahagia dan berseri dengan kehadiran zuriat sendiri. Namun, ada diantara kita yang masih menanti dengan penuh harapan untuk menimang cahayamata. Mungkin telah banyak petua untuk kesuburan wanita dan untuk hamil telah anda cuba. Namun, atas dasar ingin berkongsi kebaikan maka saya paparkan perkongsian tentang petua tingkatkan kesuburan khusus buat wanita di luar sana. Tidak semua wanita di dunia ini mudah untuk hamil . Ada segelintir daripada kita yang memerlukan bantuan bagi merangsang kehamilan dan memerlukan makanan tambahan untuk mempercepat proses kehamilan.

Teruskan membaca. Siapa tahu rezqi anda selepas membaca artikel ini. Amin.

Barangkali PETUA-PETUA berikut dapat membantu anda untuk hamil. Cubalah amalkan 10 petua ini:

  1. Anda boleh mula mengambil Asid Folik. Pengambilan 0.4mg Asid Folik ini dapat mengurangkan 50 hingga 70 peratus risiko kemungkinan  melahirkan bayi yang mengalami kecacatan tiub neural. Pengambilan Asid Folik haruslah sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan sebelum mengandung.
  2. Jadikanlah sesi melakukan hubungan intim sebagai saat yang paling ditunggu-tunggu dan menyeronokkan. Untuk menjadikannya lebih menarik, gunakanlah bilik lain selain dari bilik tidur untuk mengubah suasana sensual.
  3. Hindarkan dari terus bangun dan menuju ke bilik air selepas melakukan hubungan seks. Berbaringlah sekurang-kurangnya lima minit. Tujuannya ialah untuk meningkatkan jumlah sperma yang berjaya berenang ke ovum.
  4. Sematkan dalam ingatan! Menghasilkan zuriat adalah ibarat bermain dengan nombor. Walaupun semuanya kelihatan ‘sempurna’ di mata anda, hakikatnya hanya peluang adalah 25 ke 30 peratus untuk hamil bagi setiap kitaran kesuburan.
  5. Adakah anda peminat tegar minuman berkafein? Bolehlah hentikannnya sekarang. Bertukarlah kepada minuman tanpa kafein. Pengambilan lebih daripada 3 cawan minuman berkafein dalam sehari boleh menghalang perkembangan bayi dan menyumbang kepada masalah kesuburan.
  6. Sekiranya anda atau pasangan anda, bekerja di tempat yang mendedahkan anda atau pasangan kepada bahan-bahan yang berbahaya, anda perlu bertekad untuk mencari peluang kerja di tempat lain. Ada sesetengah bahan boleh memberi kesan negatif kepada kualiti sperma, ovum mahupun perkembangan embrio.
  7. Berjumpa doktor untuk mengetahui rekod perubatan anda dan berbincanglah dengan terbuka berkenaan perancangan untuk hamil.Beginning
  8. Pastikan kawasan di sekitar faraj adalah ‘mesra sperma’. Elakkan penggunaan penyembur faraj atau tuala wanita yang berbau wangi kerana ini menyebabkan ketidakseimbangan pH di sekitar vagina. Juga elakkan bahan pencuci buatan atau minyak sayuran kerana ianya boleh membunuh sperma anda!
  9. Pujuklah suami anda untuk mandi air sejuk lebih kurang 30 minit sebelum melakukan hubungan intim. Ini kerana mengikut kajian,  air sejuk akan melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan kadar pergerakan sperma.
  10. Sebaik sahaja anda selesai mengadakan hubungan kelamin, letakkanlah bantal di bawah punggung dan tunggu selama 30 minit. Mengapa biarkan graviti menghalang? Berikan sedikit ransangan kepada ‘mereka’ untuk berenang.

Hubungi saya untuk mendapatkan supplement set kesuburan Shaklee.

Klik sini jika ingin tahu tentang Set Kesuburan Shaklee.

 

signature

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6019-324 4525

Emel : hello@celikvitamin.com

FB Fanpage: Celikvitamin

Facebook: Adilah Manaf

Klik sini untuk order

]]>
https://www.celikvitamin.com/v2/10-petua-tingkatkan-kesuburan-bagi-wanita/feed/ 0
HANGATKAN KEMBALI hubungan intim anda seperti malam pertama! https://www.celikvitamin.com/v2/hangatkan-kembali-hubungan-intim-anda-seperti-malam-pertama/ https://www.celikvitamin.com/v2/hangatkan-kembali-hubungan-intim-anda-seperti-malam-pertama/#respond Mon, 03 Jun 2013 03:09:19 +0000 http://www.celikvitamin.com/v2/?p=1232 Read more →

]]>
cumbu celikvitaminSedang asyik bercumbu mesra dengan suami tiba-tiba dia menolak lembut anda ke tepi. Wajah tampak sugul. Bila diaju soalan, sang suami mendiam seribu bahasa. Dari gerak tubuhnya jelas menunjukkan beliau merindukan kehangatan hubungan intim seperti malam pertama!

Pernahkan situasi di atas terjadi kepada anda? Jika tidak, Alhamdulillah! Ramai wanita yang sudah melahirkan anak berasa susah hati apabila mengalami pengalaman bahagian alat sulit itu sudah ‘longgar’ dan kemutannya pun sudah tidak sehebat dan sehangat malam pertama.

Permasalahan ini bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan wanita yang telah berumahtangga dan melahirkan cahaya mata. Ia sebenarnya menjadi longgar akibat perubahan hormon selepas kaum wanita melahirkan zuriat. Namun, jika tidak diusahakan, bimbang jika sang suami bersikap nakal dan mencari hiburan di luar dan menimbulkan masalah rumahtangga pula. Nauzubillah!

celikvitamin-vita-E

Ketika wanita hamil, saiz pelvik akan ikut sama membesar bagi menyokong proses kelahiran bayi. Proses tersebut akan mengakibatkan perubahan pada bahagian lantai pelvik dan seterusnya bahagian vagina wanita. Selepas itu, proses melahirkan anak melalui pintu rahim juga menyumbang kepada perubahan tersebut. Semasa melahirkan anak, dinding vagina dan otot yang menyokongnya akan diregangkan. Apatah lagi jika anda sudah beranak 2 atau 3, kelahiran bayi yang berulangkali ini mengembangkan salur vagina dan mengekalkannya kepada ruang sebenar. Ia menyebabkan bahagian sulit tersebut tidak lagi sesempit dan seketat dahulu.

Setiap wanita perlu melakukan sesuatu untuk merapatkan kembali bahagian intim. Kaum hawa perlu memfokuskan kepada penjagaan pemakanan dan mengawal emosi kerana semuanya adalah aspek penting untuk merapatkan keintiman.

Salah-satunya ialah dengan pengambilan vitamin E Shaklee yang juga dikenali sebagai Vitamin Cinta.

Vita-E Complex®

Peranan vitamin E Shaklee kepada suami adalah:

  • Memberikan lebih tenaga untuk tempoh yang lebih panjang.
  • Tahap ereksi yang lebih lama.
  • Suami akan lebih cepat untuk teransang.
  • Proses orgasme lebih kerap dan suami lebih puas.

Peranan Vitamin E kepada isteri adalah:

  • Memberikan lebih tenaga untuk tempoh yang lebih panjang.
  • Merapatkan dan mengetatkan kembali bahagian sulit.
  • Tahap ereksi isteri juga lebih lama.
  • Isteri juga lebih mudah untuk teransang.
  • Memberikan kestabilan kepada hubungan suami dan isteri memandangkan ibu yang menyusu mempunyai hormon menyusu yang tinggia (kandungan prolaktin).

Alfalfa Complex

Bagi wanita, disarankan agar mengambil sekali dengan Alfalfa kerana Alfalfa Shaklee berfungsi :

  • Membantu mengatasi masalah pelincir atau bahagian sulit kering ketika bersama suami.
  • Membantu mengatasi masalah keputihan.
  • Membantu untuk detoks dan mengatasi sembelit (kepada yang berkenaan).

Hangatkanlah kembali hubungan intim anda dengan suami. Buatlah sedikit pelaburan untuk menambat hati suami. Suami pula semakin hari semakin sayang. Testimonial dari seorang pelanggan saya, setelah 2 minggu pengambilan, suami selalu memuji kerana menurut si suami bahagian ‘itu’ rapat seperti malam pertama!

signature

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6019-324 4525

Emel : hello@celikvitamin.com

FB Fanpage: Celikvitamin

Facebook: Adilah Manaf

Klik sini untuk order

]]>
https://www.celikvitamin.com/v2/hangatkan-kembali-hubungan-intim-anda-seperti-malam-pertama/feed/ 0
Tips Mudah Hamil Dengan GLA Complex Shaklee https://www.celikvitamin.com/v2/tips-mudah-hamil-dengan-gla-complex-shaklee/ https://www.celikvitamin.com/v2/tips-mudah-hamil-dengan-gla-complex-shaklee/#comments Mon, 27 May 2013 16:49:59 +0000 http://www.celikvitamin.com/v2/?p=1202 Read more →

]]>
Saya pernah berkongsi dengan para pembaca tentang 10 TIPS Merangsang Kehamilan sebelum ini. Buat kali ini saya ingin berkongsi tips mudah hamil dengan GLA Complex Shaklee. Tujuan saya tidak lain adalah untuk berkongsi dengan pasangan yang telah berumahtangga (sama ada yang masih baru atau yang sudah lama) namun masih lagi belum mendapat zuriat.

Alhamdulillah, GLA Complex ini semakin mendapat tempat di hati ramai pasangan kerana dikatakan salah satu cara mudah dan cepat hamil, Insha-Allah. Salah-seorang yang mendapat manfaat darinya adalah kakak ipar saya sendiri yang baru sahaja menimang cahayamata setelah hampir 6 tahun menanti dengan penuh kesabaran. Saya akan berkongsi testimonial daripada beliau sedikit masa lagi dengan para pembaca semua.

GLA Complex

Bagaimana GLA Complex berfungsi untuk membantu anda untuk mudah hamil?

Paras kolestrol dalam tubuh akan dapat dikurangkan dengan pengambilan GLA (Gamma Linolenic Acid). GLA juga berfungsi membantu dalam memberikan kelegaan sekiranya wanita sedang mengalami Sindrom Pra Haid (PMS) seperti angin senggugut. Di samping itu, GLA akan merangsang penghasilan dan peningkatan lendir serviks yang berkualiti tinggi bagi menjamin kesuburan wanita. Malah,GLA berfungsi secara teraputik dengan mendorong penghasilan Prostagdalin E1 yang membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan otot.

Bagaimana GLA Complex dapat anda menghadapi sindrom PMS (senggugut)?

Apabila seseorang diserang senggugut, biasanya ia akan menyebabkan kekejangan otot dalam rahim dan kawasan sekitarnya. Daripada kajian yang dibuat, puncanya adalah disebabkan tubuh badan wanita tersebut tidak dibekalkan dengan GLA yang secukupnya. Justeru, pengambilan GLA ini adalah mustahak untuk menampung kekurangan GLA dalam tubuh.

Baiklah setakat ini saya faham. TAPI sebenarnya bagaimana GLA Complex dapat membantu saya untuk cepat dan mudah hamil?

Bagi menjamin kesuburan, seorang wanita perlu mempunyai lendir serviks yang terjamin kualitinya dan berwarna putih telur. Jika anda seorang yang teliti, anda akan perasan sebulan sekali wanita akan menghasilkan cecair putih telur tersebut. Ini menandakan ia adalah waktu subur wanita itu. Namun, tidak semua orang dapat menghasilkan cecair yang ‘subur’ seperti itu. Bagi menghasilkan cecair yang melambangkan kesuburan ini, maka disinilah fungsinya GLA. Sekaligus membantu sperma untuk berenang-renang terus menuju ke uterus, tiub fallopio dan destinasi terakhir iaitu sel ovum. Cecair subur ini juga membantu memanjangkan jangka hayat sperma di dalam tiub fallopio sehingga menjangkau 5 hari. Dari sudut positifnya, walaupun tidak kena tepat pada waktu subur namun peluang tetap cerah kerana sperma masih berada di situ hingga hari yang ke lima!

Untuk kaum hawa di luar sana yang masih lagi belum mendapat zuriat, anda disarankan untuk membuat pemeriksaan terhadap cecair serviks anda. Jika cecair tersebut tebal, berwarna kecoklatan dan kering itu adalah tanda yang kurang baik kerana ia boleh menghalang persenyawaan dari berlaku. Mustahak untuk mengenali cecair kesuburan kita.

Jika anda ada apa-apa kemusykilan, boleh hubungi saya sekarang!

signature

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-15690082

Emel : adilahmanaf@celikvitamin.com

FB Fanpage: Celikvitamin

Facebook: Adilah Manaf

Klik sini untuk order

]]>
https://www.celikvitamin.com/v2/tips-mudah-hamil-dengan-gla-complex-shaklee/feed/ 6