Skip to content

Vitamin Semulajadi

Tips Sihat Ceria

Menu
  • Home
  • Siapa Kami
  • Blog
  • Disclaimer
Menu

Tips Pilih Barang Mainan Yang Betul Untuk Anak

Posted on 6 July, 2015 by Adilah Manaf

Minda anak-anak adalah seperti span yang menyerap segala apa yang dipandang di persekitarannya. Oleh sebab itulah kita disaran untuk menyediakan persekitaran yang membina dan positif untuk si manja termasuklah dalam memilih permainan yang sesuai mengikut usia anak.

Kajian membuktikan bahawa pembelajaran berasaskan permainan adalah kaedah paling berkesan untuk kanak-kanak mempelajari kemahiran baru. Namun, kita tak boleh mengharapkan anak-anak belajar dengan hanya melonggokkan sebarang permainan di hadapan mereka. 

Sebaliknya, kita perlu memilih permainan yang interaktif dan kita jugakadangkala perlu terlibat sama bermain dengan mereka ini kerana alat permainan boleh menjadi saluran atau galakan interaktif tetapi janganlah sampai ia mengambil alih peranan ibubapa untuk berkomunikasi dengan anak-anak pula!

Pilihan “Toys” Mengikut Peringkat Umur

Terdapat alat-alat permainan yang direka untuk memberikan tumpuan kepada kemahiran pembangunan yang disesuaikan dengan beberapa peringkat usia.

Baby Baru Lahir Hingga Usia 9 Bulan

 

  • Mainan yang melibatkan deria
  • Mainan kerincing
  • Mainan yang boleh dimamah
  • Buku yang diperbuat dari kain
  • Mainan ‘pop-up’
  • Busy Boxes
  • Mainan yang meransang punca dan tindakbalas

Anak Usia 9 Hingga 18 Bulan 

  • Mainan yang meniru kehidupan sebenar
  • Peralatan plastik
  • Makanan mainan
  • Haiwan ladang

18 Hingga 36 Bulan

  • Mainan penyelesaian masalah
  • Permainan lengkap lekap seperti jigsaw puzzle
  • Mainan tolak dan tarik
  • Bola

Tiga Barangan Berikut Membantu Anak Anda Merangsang Daya Kreativiti 

  • Doh atau tanah liat
  • Krayon atau papan conteng
  • Cat jari

Tiga Mainan Berikut Boleh Merangsang Daya Imaginasi Anak-Anak

  • Pakaian berhias
  • Boneka
  • Patung haiwan yang lembut

Peranan kita sebagai ibubapa pula perlu memastikan permainan yang dipilih itu membantu menggalakkan interaksi, menimbulkan sifat ingin tahu dan menyokong perkembangan minda dan fizikal.

Selain itu, kita perlu pastikan, toys yang diberikan kepada anak mempunyai ciri keselamatan seperti;-

  • Tiada permukaan tajam
  • Tiada bahagian-bahagian kecil yang mudah ditelan
  • Material yang bebas bahan kimia atau bahan toksik
  • Barang mainan yang tak mudah pecah

Kesimpulannya carilah jalan untuk menyokong dan membentuk kemahiran yang sesua dengan usia anak-anak anda melalui permainan yang berasaskan interaksi. Pastinya, barang mainan yang digunakan akan dijadikan alat pembelaran yang berkesan.

Regards,

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

adilahmanaf@celikvitamin.com

Shaklee ID : 866551

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Assalamualaikum!


Hi! Saya Adilah Manaf. Saya adalah pengedar produk Shaklee yang sah. Saya ingin berkongsi kehidupan yang lebih sihat dan yang lebih baik dengan sesiapa jua.
Jangan lupa untuk berhubung melalui Google+

Peluang Perniagaan

Celikvitamin.com di Facebook

©2023 Vitamin Semulajadi | Built using WordPress and Responsive Blogily theme by Superb