Biasanya kanak-kanak ini memang sukar untuk makan makanan berkhasiat.
“Ibu, saya tak nak sayur!”
Itulah dialog yang selalu diajukan ke telinga para ibu. Ibu mana yang tak risau. Sudahlah anak-anak jenis cerewet atau ‘picky eater‘. Nak suruh makan sayur-sayuran dan buah-buahan cukup susah!
Kajian yang dijalankan oleh Jurnal Pediatrik pada tahun 2014 menyatakan, seawal usia 1 tahun, apa saja makan yang diperkenalkan kepada kanak-kanak akan terus menjadi sebahagian dari pola pemakanan mereka sehingga ke tahun-tahun mendatang. Pendek kata, kalau kita bagi anak kita makan makanan ringan, mungkin tabiat tu akan melekat sehingga mereka dewasa nanti!
Oleh sebab itulah, kita sebagai ibubapa perlu proaktif. Kita perlu mendedahkan anak-anak dengan pemakanan seimbang dan makan untuk keperluan. Nampak macam mustahil tapi percayalah ianya boleh dilakukan sekiranya kita bermula dari awal.
Kita perlu lebih banyak ilmu tentang pemakanan kanak-kanak supaya kita boleh menerangkan dengan mudah dan jelas kenapa mereka perlu menjaga pemakanan mengikut piramid pemakanan yang disarankan.
FAKTA CELIKVITAMIN
- Secara purata, kanak-kanak aktif berusia 2 hingga 3 tahun memerlukan 1000 kalori dan 1200 kalori untuk tenaga yang mencukupi dalam tempoh 1 hari.
- Kajian oleh Universiti Kebangsaan Malaysia menyebut tabiah pemakanan kanak-kanak sekolah rendah pada tahun 2007 ke 2008 mendapati bahawa hanya 28.5 peratus kanak-kanak yang mengamalkan pemakanan seimbang. Ini menunjukkan kesedaran dikalangan mereka adalah sangat kurang dan memerlukan sokongan dari ibubapa.
Panduan Pemakanan Seimbang Untuk Kanak-Kanak Sihat Ceria
Berikut adalah saranan atau cadangan untuk menyediakan hidangan pemakanan seimbang bagi kanak-kanak sesuai mengikut usia masing-masing.
Tips Penyediaan Makanan Supaya Kanak-Kanak Rasa Teruja Nak Makan Sayur Dan Buah
Gunakan kreativiti untuk menyediakan hidangan buat mereka supaya mereka rasa tak sabar untuk makan. Contohnya, biasanya kita menyediakan lauk sayur secara berasingan.
Cuba tukar cara itu dengan mencampurkan sekali buah-buahan dan sayur-sayuran yang telah dipotong kecil-kecil ke dalam puding, sos, sup dan sebagainya.
Cara ini lebih licik. Kanak-kanak tidak akan perasan kehadiran sayur dan buah tersebut dan tanpa soal akan terus makan semuanya.
Selain itu, kita juga perlu bijak dalam bermain dengan warna-warni sayuran dan buah-buahan. Kanak-kanak sukakan sesuatu yang unik, cantik dan berwarna-warni.
Apabila hidangan yang disediakan untuk mereka kelihatan menarik dan berwarna-warni, sudah pastinya mereka akan berasa teruja untuk menghabiskannya.
Variasi warna dalam makanan untuk kanak-kanak juga bukan saja mampu meningkatkan selera makan mereka malah berpotensi untuk membekalkan finonutrien yang kaya dengan nutrisi semulajadi bagi melawan penyakit.
Begitu juga dengan sumber protein, pastikan dipotong dadu dan kecil-kecil supaya mudah dikunyah oleh kanak-kanak. Hindarilah dari membeli daging atau ayam dari sumber protein sejuk-beku atau proses. Pilihlah sumber yang segar dan terbaik sebagai asas kepada diet anak-anak kita.
Untuk sumber tenusu pula, kebanyakan daripada ibubapa selalu bersikap culas dan berhenti memberi anak-anak minum susu selepas usia mereka mencecah 5 tahun. Sikap ini sebenarnya merugikan dan tak bagus untuk keperluan zat kanak-kanak. Susu perlu terus diambil.
Untuk memudahkannya masukkan kedalam hidangan seperti dalca, sup atau pun smoothie supaya kanak-kanak dapat bekalan kalsium yang mencukup untuk membesar.
Hadkan pengambilan makanan bergoreng serta makanan yang mengandungi lemak trans. Sentiasalah peka kepada label yang terdapat pada bungkusan makanan untuk mengetahui garam dan gula tersembunyi yang membahayakan kesihatan untuk jangka panjang.
Petua Meningkatkan Nutrisi Kanak-Kanak
- Ibubapa perlu menjadi ‘role model’ dan menjadi teladan yang baik kepada anak-anak dengan mengamalkan pemakanan seimbang.
- Cuba elakkan menjadikan waktu makan seperti ‘zon perang’ dan berperang untuk memberi makan kepada anak-anak. Buatlah mereka rasa santai dan selesa bila tiba waktu makan.
- Seperti yang telah disarankan sebelum ini. Ibu perlu jadi lebih kreatif dalam menyediakan hidangan yang menarik untuk anak-anak.
- Libatkan anak-anak dengan meminta mereka memberi idea seperti makan apa yang dingini dan menu apa yang hendak dimasak supaya mereka rasa seronok kerana diberi peluang memberi idea.
- Jadikan waktu makan sebagai ‘No Gadget Zone At All!‘. Hindarkan gangguan yang tak perlu seperti televisyen, iPad, Playstation dan sebagainya waktu makan.
- Simpan dan panaskan semula makanan semasa anak-anak lapar, elak menawarkan makanan lain.
- Jangan abaikan sesetengah makanan tetapi wujudkan sempadan. Contoh sekali-sekala mereka perlu makan aiskrim dan coklat tetapi hadkan pengambilan.
- Jangan jadikan makanan sebagai tanda penghargaan. Ada ibu bapa yang suka bagi aiskrim, coklat, makanan ringan dan sebagainya sebagai upah untuk sesuatu. Elakkan ini dari berlaku.
Kesimpulannya, semuanya bermula dari diri ibubapa itu sendiri. Kita perlu menanam sifat ingin memberikan yang terbaik buat anak-anak. Dedahkan dari kecil lagi keperluan pemakanan seimbang dan mengamalkan gaya hidup sihat supaya anak-anak kekal sihat dan riang ceria.
Tubuh yang sihat bermula bermula dari pemakanan yang seimbang.
Bak kata pepatah inggeris; “You Are What You Eat!”
Untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Sila hubungi saya untuk konsultasi premium:
Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya
Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082
Daftar Ahli Untuk Harga Menarik
Facebook: Adilah Manaf