Skip to content

Vitamin Semulajadi

Tips Sihat Ceria

Menu
  • Home
  • Siapa Kami
  • Blog
  • Disclaimer
Menu

Tips Mengawal Emosi Ibu Ketika Hamil

Posted on 23 July, 201417 October, 2022 by Adilah Manaf

Siapa yang tak mahu mengandung dan menjadi ibu? Setiap wanita yang waras pasti mengimpikannya malah ada yang berbisik,

“Tak sabar rasanya ingin menjalani momen-momen indah sebagai seorang ibu!”

Bagi yang baru berkahwin, sudah pastinya berdebar menunggu saat tersebut walaupun period kehamilan itu adalah satu perjalanan yang tidaklah semudah yang disangkakan. Lebih-lebih lagi buat yang pertama kali melaluinya. Segalanya akan diharungi dengan jerih payah menanggung alahan dan sebagainya. Namun, ianya adalah satu perjalanan yang indah dan manis diakhirnya.

Jom kita sama-sama bongkarkan saat-saat magis di alam kehamilan bagi seorang ibu.

Jagalah Pemakananmu

Bermula detik kehamilan disahkan, ibu akan secara automatis akan celik dan sedar kebaikan menjaga makan dan minum. Pastinya kerana ingin memberikan yang terbaik buat yang tersayang yang bergantung harap kepada embrio ibu untuk membesar dengan sihat.

Jaga Dirimu

Secara semerta segala aktiviti sang ibu seharusnya dikurangkan terutamanya aktiviti lasak yang tak sesuai malah si bapa perlu lebih ringan tulang menolong membuat kerja-kerja rumah agar ibu boleh mendapat rehat secukupnya. Jika dahulu, si ibu menjaga makan minum ayah. Kini giliran ayah menjaga makan minum dengan baik bagaikan tuan puteri. Ibu hamil juga tidak seharusnya mengenakan kasut tumit tinggi. Biarlah tak bergaya sepanjang tempoh kehamilan dari mengambil risiko yang tak perlu.

Mula Bercakap Dengan Bayi Sambil Mengusap Lembut Perut

Momen inilah perasaan kasih dan sayang akan mula bercambah tanpa mengira ketika dan waktu. Ada sahaja perkara yang ingin dikongsikan bersama bayi dalam perut. Antara kata-kata yang sering terucap dari mulut bakal-bakal ibu,

“Anak ibu buat apa tu? Senyap aje?

“Anak ibu sihat ke hari ini?”

“Duduk diam-diam sayang. Jangan lasak-lasak sangat tau”

Senyuman Terukir Di Bibir Bila Bayi Mula Menendang

Inilah momen paling indah sekali dalam diari kehamilan seorang ibu. Akan tiba ketikanya si kecil dalam perut akan mula menendang-nendang untuk berkomunikasi dengan ibunya. Inilah interaksi pertama antara ibu dan anak. Si bayi memberikan isyarat kepada ibu, dia sihat dan tak sabar nak keluar dari perut ibu dan melihat dunia. Pastinya si ibu akan tersenyum bahagia bila si kecil memberikan respons demikian.

Bacakan Ayat-Ayat Al-Quran

Ketika ada masa yang lapang, penuhi saat itu dengan menitipkan bacaan Al-Quran kepada anak. Antara surah yang boleh menjadi amalan termasuklah surah Al-Mu’minuun, Luqman, Yusof, Maryam dan Ar-Rahmaan. Paling tidak zikrullah yang tak henti-henti diucapkan dibibikan untuk makanan rohani bayi semenjak kehamilan. 

Perubahan Fizikal Yang Ketara

Tak seorang pun ibu yang hamil dapat menghindari hakikat ini. Setiap bahagian tubuh akan membesar. Ianya harus dinikmati secara positif dan berlapang dada. Mustahak bagi memastikan emosi si ibu tak terganggu memikirkan perihal seperti ini. Ciptalah ayat-ayat motivasi untuk mempositifkan minda anda.

“Payudara yang besar ini akan menampung susu yang banyak untuk bekalan anakku nanti.”

Tips Untuk Ibu

  • Buat imbasan pengesahan untuk memastikan sama ada mengandung dalam atau luar rahim.

  • Pastikan pemeriksaan secara berkala di hospital tidak terlepas.

  • Buat tempahan dengan hospital dan doktor.

  • Bila usia kandungan mencecah 5 bulan, jalani ‘details scan’ untuk mengetahui keadaan bayi.

  • Buat pemeriksaan darah.

  • Banyakkan mengambil pemakanan sihat dan seimbang.

  • Sediakan beg yang berisi segala keperluan bayi dalam kereta supaya anda sentiasa bersedia untuk kecemasan dan tak tergopoh-gapah.

  • Ketika minggu-minggu terakhir, pastikan buku catatan kehamilan dibawa kemana-mana.

  • Apabila semakin hampir dengan ‘due date’ bersalin, ibu boleh mula mencuci puting payudara untuk membantu aliran susu mudah keluar kelak.

Vitamin Tambahan Untuk Ibu Mengandung

Ibu hamil juga disarankan untuk mengambil vitamin bagi memastikan bayi dalam kandungan mendapat zat yang mencukupi.

Anda boleh rujuk untuk Kombinasi Supplement Terbaik Untuk Ibu Mengandung

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

SET IBU MENGANDUNG TRIMESTER 1

Order Sekarang

 SET IBU MENGANDUNG TRIMESTER 2 & 3

Order Sekarang

Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online

penjimatan shaklee

Daftar Ahli Shaklee

Untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Sila hubungi saya untuk konsultasi premium: 

signature Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik

Facebook: Adilah Manaf

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Assalamualaikum!


Hi! Saya Adilah Manaf. Saya adalah pengedar produk Shaklee yang sah. Saya ingin berkongsi kehidupan yang lebih sihat dan yang lebih baik dengan sesiapa jua.
Jangan lupa untuk berhubung melalui Google+

Peluang Perniagaan

Celikvitamin.com di Facebook

©2023 Vitamin Semulajadi | Built using WordPress and Responsive Blogily theme by Superb