Skip to content

Vitamin Semulajadi

Tips Sihat Ceria

Menu
  • Home
  • Siapa Kami
  • Blog
  • Disclaimer
Menu

Kisah Ibu Mertua Saya Yang Berjaya Mengawal Paras Gula Walaupun 20 Tahun Disahkan Pesakit Diabetes.

Posted on 22 September, 201417 June, 2021 by Adilah Manaf

Perkongsian kali ini lebih kepada bersifat peribadi dan santai bagi saya kerana ianya melibatkan testimonial Vivix Shaklee untuk diabetes oleh ibu mertua saya sendiri iaitu Hajah Noriah Binti Mat Kasim.

Ibu mertua saya ini adalah pesakit kencing manis dari tahun 1996. Ketika itu beliau sedang mengandungkang adik ipar saya yang bongsu. Menurut ceritanya,beliau mengandung dalam usia 40 tahun dan seperti yang kita semua tahu, risiko untuk hamil pada usia sebegini adalah semakin meningkat begitu bermulanya ibu mertua saya menjadi penghidap diabetes.

TESTIMONIAL VIVIX SHAKLEE

Testimonial Vivix Shaklee Ibu Mertuaku

Berikut adalah perkongsian ibu mertua saya tentang pengalamannya yang mengamalkan ‘tonik’ Shaklee secara konsisten dan sabar. Testimonial ini telah dikongsi oleh beliau secara eksklusif dalam ‘support group’ bagi pelanggan-pelanggan Celikvitamin. Iaitu satu kumpulan eksklusif bagi setiap pembaca yang menjadi pelanggan saya. Lengkap dengan segala informasi dan jadual pemakanan supplemen Shaklee untuk kesan yang optimum. Chewaahhh.. Sempat lagi promote tu 🙂

Testimonial Vivix Shaklee
Testimonial Vivix Shaklee

Bismillahirohmanirohim…..saya Hjh Noriah Bt Mat Kasim mula mendapat penyakit kencing manis pd tahun 1996 semasa mengandungkan anak bongsu saya yg kini telah berusia 18 tahun.

Dipendekkan cerita masa itu kandungan gula dalam darah saya sentiasa tidak stabil 16 kadangkala mencecah 20 tangan dah mula merasa kebas2. saya mendapat rawatan dgn klinik kerajaan dan makan ubat glumet dc 500 mg(2 biji pg/mlm), melicron 80 mg (dgn sukatan yang sama) tapi kencing manis saya tetap tidak stabil hinggakan doc mengesyorkan agar saya mengambil insulin…..

Hinggalah pada tahun 2011 menantu saya adilahmanaf@celikvitamin.com memperkenalkan vivix (shaklee) kepada saya. Sejak tarikh itu kehidupan saya mula berubah, 2 bulan saya makan vivix sudah ada perkembangan positif, tangan tidak lagi kebas2, kandungan gula dalam darah saya kadang2 menurun hingga ke paras 3.5 dan paling tinggi 6.00, bohonglah kalau saya tidak ambil ubat doc, saya masih lagi makan ubat doc tapi dengan glumet dc 2 biji sahaja (pagi dan petang). Kini saya kembali sihat dan cergas untuk menjalani kehidupan di usia emas ini dan saya akan tetap memilih vivix untuk menjamin kesihatan saya secara berterusan…….

Sekian hanya sekelumit sebagai perkongsian cerita…

Bukan Sahaja Ibu Mertuaku Seorang Sahaja…..

Bagaimana Vivix Shaklee Membantu Mengawal Penyakit Diabetes

Sebelum saya meneruskan ingin saya tegaskan di sini. Produk ini bukan ubat kencing manis. Tetap Vivix Shaklee adalah supplemen yang dapat membantu mengawal dan menstabilkan kandungan gula dalam darah.

Saya tidak mahu anda terpengaruh dengan iklan-iklan yang tak bertanggungjawab di luar sana seperti:

“Kencing Manis Hilang Dalam Masa 7 Hari” atau “Makan Ubat Ini Kencing Manis Akan Hilang 100%”

Tidak! Tidak! Vivix Shaklee bukanlah ubat. Ubat kencing manis sehingga sekarang belum lagi terhasil. Vivix Shaklee adalah supplemen yang membantu mengawal dan menstabilkan kandungan gula dalam darah

Justeru, bagaimana Vivix Shaklee boleh membantu mengawal penyakit diabetes? 

Membantu Mengurangkan Sindrom Resistansi Insulin 

Antioksidan yang terkandung dalam vivix dapat membaikpulih sel dan dalam masa yang sama menjadi pelindung kepada sel tubuh. Justeru, pengambilan secara konsisten membantu mencegah sindrom metabolik disebabkan oleh kerosakan gen sekaligus mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan kencing manis menjadi semakin parah.

Membantu Mengawal Kadar Kepekatan Gula Di Dalam Darah

Pencernaan karbohidrat akan menghasilkan tenaga gula yang menjana tenaga untuk tubuh manusia. Harus diingat, pengambilan karbohidrat yang tak terkawal akan menyebabkan peningkatan kandungan gula dalam darah sekaligus berisiko untuk diabetes. Polifenol adalah bahan yang dihasilkan oleh anggur muscadine akan memperlahan proses pencernaan dan mencegah penyerapan karbohidrat dalam darah pada kadar yang cepat. Semua ramuan yang disebutkan ini adalah bahan yang terkandung dalam Vivix Shaklee dan dapat menyumbang mencegah kandungan gula berlebihan dalam darah yang menyebabkan diabetes.

Mengurangkan Risiko Kerosakan Mata Dan Mempercepat Proses Penyembuhan Luka.

Perkara yang sering menghantui pesakit diabetes dan seharusnya waspada kepada yang sihat ialah pesakit diabetes berisiko untuk hilang daya penglihatan dan apabila terluka ianya lambat sembuh dan sehingga satu tahap kaki terpaksa dipotong kerana jangkitan kuman. Polifenol Anthocyanins yang terkandung di dalam Vivix membantu dalam menjaga dan memperbaik penglihatan mata dan membantu menyembuhkan luka dalam kadar segera.

Mengurangkan Risiko Pembentukan Protein AGE

Apabila gula dalam tubuh berlebihan ia berisiko untuk membentuk Protein AGE (advanced glycation end products) dan mengakibatkan sel tubuh mati, atherosclerotic dan risiko diabetes. Salah satu objektif vivix adalah untuk bertindak sebagai tonik anti-penuaan dengan memperlahan pembentukan protein AGE.

CEGAH SEBELUM PARAH! BERTINDAK SEBELUM KENA!

Saya sangat setuju dengan bidalan bahasa di atas. Jika anda berjaya membaca artikel ini sehingga kebahagian ini, saya pasti anda memang serius dan saya tak mahu buang masa anda!

Jika anda mencari Vivix Shaklee untuk diri sendiri. Ya! Anda harus dapatkannya sekarang untuk mengawal diabetes anda.

Jika anda mencari Vivix Shaklee untuk ibu, ayah mahu pun pasangan anda. Ya! Anda harus beli dan pastikan mereka berdisiplin dalam mengambil tonik Shaklee ini.

Jangan buang masa anda lagi. 

Order Sekarang

Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online

penjimatan shaklee

Daftar Ahli Shaklee

Untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Sila hubungi saya untuk konsultasi premium: 

signature Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik

Facebook: Adilah Manaf

 

10 thoughts on “Kisah Ibu Mertua Saya Yang Berjaya Mengawal Paras Gula Walaupun 20 Tahun Disahkan Pesakit Diabetes.”

  1. mazura Abd Malek says:
    15 October, 2014 at 11:38 am

    Saya setuju dengan artikel ni. Saya berikan vivix pada ayah, Alhamdulillah luka pada kakinya pulih sedikit demi sedikit. Walhal luka tu hanya kecil sebab ayah ketip buang kulit kematu di ibu jari kaki dan terus merebak jadi besar. Cuba usaha kawal gula dalam darah, pastikan ubat kencing manis diambil ikut preskrepsi doktor dan amalkan vivix. Panduan untuk anak2 memantau ibu ayah yg dah uzur.

    Reply
    1. Adilah Manaf says:
      16 October, 2014 at 3:22 pm

      Terima kasih Mazura atas perkongsian 🙂

      Reply
  2. Ida says:
    2 July, 2015 at 11:42 am

    Saya ada customer yang ada kencing manis yang alami perubahan positif selepas makan vivix. Tapi majoriti mereka akan alami healing crisis pada botol pertama. Saya sarankan mereka tidak terus stop ambil vivix walaupun nampak penyakit lebih teruk lepas ambil vivix botol pertama kerana ia hanya healing crisis.
    Tahniah atas perubahan positif.

    Reply
  3. Pingback: Kencing Manis | AinulMustafa
  4. Brigett says:
    10 April, 2016 at 4:03 pm

    betul cegah sebelum parah.. saya setuju dengan ayat kakak “vivix bukanlah ubat tapi vivix membantu menstabilkan paras gula dalam badan” sebab ramai customer sy sangka vivix tu bila minum kencing manis akan terus hilang..

    Reply
  5. shukri muhammad says:
    5 July, 2016 at 12:29 am

    hampir 50% pesakit kencing manis tidak sedar bahawa mereka menghidap penyakit kencing manis. Jika anda alami tanda seperti kerap dahaga, lesu dan luka lambat sembuh, sila buat pemeriksaan kesihatan. Merawat kencing manis pada peringkat awal lebih mudah berbanding peringkat kronik

    Reply
  6. Umi Kalsom says:
    28 July, 2016 at 4:42 pm

    info yang sangat padat. vivix memang bukan ubat tapi makanan tambahan bantu pesakit diabetes jadi lebih sihat.

    Reply
  7. Iman Aryan says:
    27 October, 2016 at 1:56 pm

    assalamualaikum.. sekadar untuk berkongsi. mana tahu boleh bantu ayah saya dari penyakit diabetes. saya belikan dia sebotol vivix. tapi paras gula masih tak menurun .. aturan makan vivix yang sebenarnya macam mana ye.. terima kasih.

    Reply
    1. Adilah Manaf says:
      27 October, 2016 at 9:43 pm

      Waalaikumussalam. Puan boleh rujuk kepada pengedar Shaklee yang berkenaan. Boleh tanya lebih lanjut dengan beliau. Beliau bertanggungjawab untuk memastikan para pelanggan menerima konsultasi yang terbaik 🙂

      Saya tidak boleh sewenang-wenangnya memberi konsultasi kepada pelanggan yang di bawah tanggungjawab pengedar Shaklee lain kerana ia melanggar P&R Shaklee Malaysia. Harap puan faham situasi saya 🙂

      P/S : Nasihat ikhlas dari saya. Teruskan konsisten dengan pengambilan Vivix. Dalam pada itu jangan abaikan preskripsi ubat oleh doktor dan amalkan diet untuk pesakit diabetes betul-betul.

      Reply
  8. Ros says:
    8 November, 2016 at 8:20 am

    Tiada yang lebih menggembirakan hati bila orang tersayang bebas diabetes.

    Reply

Leave a Reply to Umi Kalsom Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Assalamualaikum!


Hi! Saya Adilah Manaf. Saya adalah pengedar produk Shaklee yang sah. Saya ingin berkongsi kehidupan yang lebih sihat dan yang lebih baik dengan sesiapa jua.
Jangan lupa untuk berhubung melalui Google+

Peluang Perniagaan

Celikvitamin.com di Facebook

©2025 Vitamin Semulajadi | Built using WordPress and Responsive Blogily theme by Superb