Saya tahu anda yang klik artikel ini ramai yang sudah mencuba pelbagai ubat dan kaedah bagi menghapuskan penyakit eczema yang cukup menyeksakan!
Namun, setelah pelbagai tips mahu pun petua dan ada yang sudah diberikan pil, suntikan dan krim steroid oleh pakar kulit pun masih lagi diserang radang pada kulit akibat eczema ini.
Saya pasti kebanyakan daripada kita yang menghidap eczema pasti ada pengalaman di atas. Bagaimana saya tahu? Kerana saya juga adalah salah-seorang yang diserang penyakit kulit yang menyeksakan ini!
Testimonial Set Eczema Shaklee Diri Sendiri
Oleh kerana saya adalah antara yang terlibat dengan statistik yang menyatakan bahawa penyakit eczema ini akan menyerang seorang dari lima orang sehingga menyebabkan kulit bernanah, berdarah dan berair. Maka, saya ingin berkongsi dengan anda apa yang saya ambil untuk mengawal radang kulit ini daripada terus menghantui hidup saya.
Percayalah! Saya faham perasaan anda!
Menurut kajian saya, eczema ini tidak semestinya menyerang kita semenjak kecil atau bayi. Kadang-kadang bila kita dewasa baru kita diserang penyakit ini. Namun yang pastinya, virus eczema ini sudah pun berada dalam tubuh kita semenjak kita kecil. Ia memerlukan pencetus untuk merebak. Oleh sebab itu, ada yang berusia 30-an pun ada yang baru kena penyakit ini. Saya sendiri diserang penyakit ini ketika berusia 25 tahun ketika mengandungkan anak sulung.
Aduhai! Cukup terseksa ketika itu.
Sudahlah menahan bahana ‘morning sickness’ diserang pula eczema. Memang masa yang sangat tepat. Penyebabnya apabila saya membeli losyen cocoa butter untuk mengurangkan ‘strech mark’ saya. Tindakan itu tanpa disangka telah mencetuskan penyakit eczema yang sudah ada dalam tubuh. Seluruh badan diserang gatal-gatal, kulit bernanah dan sangat tak selesa!
Suami membawa saya berjumpa doktor biasa, namun tak selesai masalah. Selepas saya bersalin, atas saranan rakan saya ditemani suami pergi berjumpa dengan pakar kulit di sebuah hospital swasta. Pelbagai ubat dan losyen diberi. Satu yang saya pasti adalah krim steroid dipreskripsi untuk saya. Untuk seketika penyakit itu memang terkawal. Namun, krim steroid itu memberikan saya ‘side-effect’ yang lain pula. Kulit menjadi lebam-lebam terutamanya di bahagian lutut!
Atas saranan pakar juga saya dinasihatkan untuk berhenti dulu dari menyapu krim steroid. Menurut pembacaan saya juga krim steroid boleh menyebabkan kulit menjadi semakin nipis. Justeru, saya memang tak meneruskan krim steroid.
Alhamdulillah! Dipertemukan Dengan Set Eczema Shaklee.
Penyakit eczema saya terus-terusan menghantui saya. Namun, ia seperti pasang surut. Sekejap teruk dan kemudian berkurangan. Semasa saya melahirkan anak yang kedua, saya telah mengambil Set Bersalin Shaklee dan Set Breasfeeding Shaklee untuk persediaan pantang dan menyusukan bayi. Saya sangat bimbang jika eczema ini menyerang kembali kerana saya berazam untuk ‘fully breasfeed’ anak saya dan tak mahu ianya terencat kerana saya diserang eczema yang teruk.
Justeru, saya pernah terbaca supplemen Shaklee ada Set Untuk Eczema jadi tanpa ragu saya memilih untuk mencubanya lebih-lebih lagi ianya bebas dadah, semulajadi dan terbukti secara klinikal.
Alhamdulillah. Semenjak daripada detik itu sehinggalah artikel ini ditulis (sudah hampir 3 tahun!) saya konsisten mengambil supplemen Shaklee yang disyorkan. Penyakit Eczema saya adalah terkawal dan tidak kronik. Malahan, hampir 100 peratus sembuh. Alhamdulillah. Tuhan sahaja yang tahu.
Berikut adalah testimonial saya di Facebook berkaitan eczema: Cuma saya perlu mengingatkan anda seperkara, menurut pakar kulit, eczema tak dapat disembuhkan sepenuhnya namun dapat dikawal supaya tak terus merebak dan menjadi kronik.
Kita juga mesti bersedia untuk mengubah gaya hidup lebih sihat dengan pemakanan yang seimbang dan kerap bersenam. Pilih pemakanan yang seimbang dan elakkan makan yang boleh mencetus kegatalan dan alahan seperti makanan laut.
Set Eczema Shaklee Untuk Kulit Sihat
Bayi Berusia Kurang Dari 1 Tahun
- Untuk para ibu yang menyusu anak yang mengidap eczema, anda disyorkan untuk mengambil Energizing Soy Protein (ESP) dan Omega Guard. Ianya akan disalurkan menerusi penyusuan susu ibu kepada anak. Di samping itu, ibu pun mendapat khasiatnya.
- Krim Herbal Blend boleh disapukan untuk bayi yang mengalami ekzema kering bagi mengurangkan rasa gatal dan pedih.
- Sekiranya ada luka-luka pada kulit boleh dirawat dengan menyapu Vitamin E pada bahagian luka.
Kanak-Kanak Berusia 1 Tahun Ke Atas
- Bagi mengawal dan merawat eczema, kanak-kanak setahun ke atas boleh ambil Omega Guard.
- Omega Guard menguatkan membran sel, mencegah radang kulit dan mengurangkan kegatalan.
- Boleh juga ambil Mealshake yang kaya dengan multivitamin untuk tisu kulit dan hilangkan parut.
- Kombinasi Krim Herbal Blend dan Vitamin E untuk rawatan luka akibat eczema.
Remaja dan dewasa
- Apabila eczema menyerang sel kulit akan rosak. Justeru, pengambilan ESP membantu penghasilan sel kulit yang sihat, anjal dan gebu.
- Vitamin E atau GLA Complex (dalam GLA juga ada vitamin E) berkhasiat merawat kulit yang rosak dan juga dapat membantu memudarkan parut dengan berkesan. Vitamin E Shaklee mengandungi ekstrak biji anggur yang mempercepat proses membaikpulih kulit dan juga mempertingkat sistem imunisasi melawan eczema.
- Omega Guard berfungsi mengekalkan kulit dalam keadaan lembap. Pesakit eczema mempunyai kulit yang sangat sensitif. Omega Guard mencegah keradangan kulit & mengurangkan kegatalan.
- ESP dan Omega Guard memastikan supaya ekzema tidak merebak dan merawat kulit dari dalam.
- Krim Herbal Blend adalah herba semulajadi untuk melegakan gatal dan pedih akibat luka ekzema.
- Pengambilan Alfalfa sangat disyorkan untuk mempertingkat kekuatan sistem dalaman tubuh dengan bertindak menyahtoksin.
Percayalah! Saya sangat memahami perasaan anda yang menghidap eczema ini. Ianya cukup menyeksakan dan menyebabkan saya rasa ingin berkongsi dengan sesiapa sahaja di luar sana.
Ianya bukan sekadar menjual produk tetapi berkongsi kebaikan sesama kita untuk hidup yang lebih sihat dan bebas eczema!
Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.
Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online
Untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Sila hubungi saya untuk konsultasi premium:
Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya
Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082
Daftar Ahli Untuk Harga Menarik
Emel : adilahmanaf@celikvitamin.com
Facebook: Adilah Manaf
banyak juga produk shaklee ni selain dari untuk pregnant nya supplement sampai ke kulit. baru tau
memang menarik .. saya pun selalu alami gatal2 kulit.. HB dan omega memang membantu..