Skip to content

Vitamin Semulajadi

Tips Sihat Ceria

Menu
  • Home
  • Siapa Kami
  • Blog
  • Disclaimer
Menu

SIRI 5: BIMBANG TUA SEBELUM WAKTU? Rahsia Tidur Untuk Cantik

Posted on 4 January, 201317 October, 2022 by Adilah Manaf

SIRI 5: BIMBANG TUA SEBELUM WAKTU? [“TIDUR YANG CANTIK”]

Dapatkan tidur yg mencukupi. Tidur yg optimum adalah selama 7 jam. Bagaimana tidur yg cukup membantu anda utk mengekalkan kecantikan dan kemudaan? Apabila anda tidur, kadar degupan jantung, pernafasan, fungsi buah pinggang, tekanan otot  dan pergerakan serta suhu badan akan berada di paras paling minimum. Fasa ini akan meningkatkan hormon MELATONIN.

Hormon MELATONIN sering dikaitkan dengan:
– meningkatkan sistem immuniti tubuh
– antioksidan
– awet muda

wake up

Sekiranya anda tidak mampu mendapatkan masa tidur optimum selama 7 jam, TIPS berikut utk anda:

1. Sentiasa berkongsi masalah anda dengan insan terdekat. Jangan menanggung masalah seorang diri kerana dikhuatiri masalah akan cenderung utk bertukar menjadi mimpi buruk yg seterusnya mengganggu masa tidur optimum anda.

2. Sebelum tidur, belajar utk rileks dan rehatkan diri. Jangan berfikir perkara yang berat, malapkan lampu dan jangan menonton tv atau membaca.

3. Pastikan bilik tidur anda selesa, bersih, gelap dan berada pada suhu yang sesuai.

4. Melakukan senaman fizikal dan mental di siang hari supaya tidur malam anda lebih nyenyak

5. Elakkan makan malam yang terlalu lewat. Pilihlah makanan yang ringan tetapi berkarbohidrat seperti kacang, pasta atau pisang (kerana ia mengandungi TRYPTOPHAN, sejenis acid amino yg membantu anda utk tidur)

6. Elakkan coklat, makanan dan minuman berkafein serta makanan pedas utk makan malam anda

7. Banyakkan berzikir (atau bermeditasi) bagi memberikan ketenangan kerohanian

Semoga tidur anda lebih ‘cantik’ selepas ini.. 🙂

Kenali ‘Vitamin Cantik’: KLIK SINI

SIRI 1: BIMBANG TUA SEBELUM WAKTU? [KHASIAT GRAPE SEED EXTRACT]

SIRI 2: BIMBANG TUA SEBELUM WAKTU? [VITAMIN CANTIK]

SIRI 3: BIMBANG TUA SEBELUM WAKTU? [KESAN KEKURANGAN KOLAGEN]

SIRI 4: BIMBANG TUA SEBELUM WAKTU? [‘AIR PUTIH’, VITAMIN C DAN SOYA UNTUK CANTIK]

Sebarang maklumat lanjut atau tempahan, sila hubungi saya:

Fb: Adilah Manaf Celikvitamin

Fanpage: http://www.facebook.com/Celikvitamin

Email: adilahmanaf@celikvitamin.com

No. Hp: 011-15690082

Shaklee Independent Distributor No 866551

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya 

Assalamualaikum!


Hi! Saya Adilah Manaf. Saya adalah pengedar produk Shaklee yang sah. Saya ingin berkongsi kehidupan yang lebih sihat dan yang lebih baik dengan sesiapa jua.
Jangan lupa untuk berhubung melalui Google+

Peluang Perniagaan

Celikvitamin.com di Facebook

©2023 Vitamin Semulajadi | Built using WordPress and Responsive Blogily theme by Superb