Pernah tak anda tak terjaga untuk bangun sahur? Atau pun tak terjaga tapi bila tersedar lagi 15 minit nak azan subuh. Lebih-lebih lagi jika kita adalah ibu yang berpuasa dalam masa yang sama menyusu anak.
Kami pernah terlewat bangun sahur. Tinggal lebih kurang 10 minit lagi nak habis waktu bersahur. Kenapalah bateri phone habis? Langsung alarm tak berbunyi. Masa itu, saya dan suami berlumba-lumba lari untuk turun ke tingkat bawah.
Dalam keadaan penuh kekalutan itu, ketika si suami sedang menuruni anak tangga dengan tergopoh-gapah, tak semena-mena kakinya tersadung dan jatuh tersembam. Allahuakbar! Saya mulai panik. Takut-takut suami cedera parah. Terpisat-pisat dia bangun lepas tu tergelak besar! Syukur Alhamdulillah. Tiada apa-apa yang buruk berlaku 🙂
Saya menghulurkan kotak kurma kepada suami dan menyediakan segelas minuman tenaga untuknya. Sang suami sempat makan 3 biji kurma dan minum segelas Performance Drink (500ML). Manakala saya bergegas mengambil Set Mighty Triple Gems di bawah dan mambancuhnya tanpa membuang masa. Mudah sahaja cara penyediaannya.  Apa yang saya sempat ambil adalah 3 biji kurma dan satu tumbler bancuhan ESP+Performance Drinks+Meal shake. Satu sudu besar setiap satu. Kemudian azan pun berkumandang. Dalam masa 10 minit itu kami sempat bersahur!
Besoknya saya dan berpuasa seperti biasa. Saya pun tiada masalah penyusuan. Stok EBM seperti biasa. Saya kekal cergas hingga waktu berbuka seperti orang yang bersahur dengan ‘heavy meals’! Malah suami pula berkongsi, dia rasa cergas seperti biasa dan tak terasa sangat berpuasa. Biasa kalau tak sahur, rasa lemah dan kurang cergas.
Penting Untuk Ibu Berpuasa Kekal Cergas
Sebagai seorang ibu yang menyusu anak saya amat memahami betapa letihnya kalau tak dapat bersahur. Saya ingin mencadangkan anda untuk mencuba Set Sahur Shaklee. Set ini adalah ‘highly recommended’ terutamanya bagi ibu yang menyusu. Lebih-lebih lagi jika anda ibu yang bekerja terpaksa pam susu untuk buat stok EBM bagi anakanda tersayang. Set Sahur Shaklee ini juga dikenali dengan nama Mighty 3 Gems. Sebelum saya bercerita tentang Set Mighty 3 Gems ini, saya ingin kongsi dengan anda betapa pentingnya kita sebagai ibu yang berpuasa untuk kekal cergas. Tiga soalan ini yang selalu bermain-main di fikiran seorang wanita yang bergelar ibu setiap kalinya tibanya bulan Ramadhan. Apatah lagi jika pertama kali menjadi ibu dan menyusu badan.
- Mampu ke aku berpuasa sambil menyusu anak?
- Cukup ke susu untuk dibuat stok EBM jika aku puasa nanti untuk anak?
- Berkualitikah susu yang dihasilkan memandangkan aku tengah berpuasa?
Kita kena pertimbangkan soalan-soalan di atas. Sebab bila kita dah bergelar ibu kita tak boleh fikir untuk diri sendiri. Belum lagi ditambah dengan tanggungjawab seorang isteri yang perlu menyediakan juadah untuk berbuka dan bersahur. Lebih best lagi, kalau kita ini ibu yang bekerjaya! Aduh! Risaunya!
Sebenarnya apa yang kongsikan ini adalah pengalaman sendiri dan ini rupanya adalah perkara normal yang sering dirisaukan oleh ibu-ibu di luar sana. Saya sendiri semasa masih bekerja memang sangat risau sehinggakan tertekan dengan persoalan yang berlegar-legar dalam kepala! Lebih risau lagi jika kita terlepas waktu bersahur! Walaupun ada rukhsah untuk para ibu namun jika ada caranya mengapa tidak kita tunaikan kewajiban berpuasa. Betul tak?
Testimonial Set Sahur Shaklee Mighty Triple Gems
Lebih kepada perkongsian peribadi saya. Pengalaman sendiri. Kawan-kawan sarankan untuk saya mencuba Set Mighty 3 Gems Shaklee. Saya ketika itu masih bekerja dan sangat tertekan sampai menangis-nangis takut tak mampu atau susu tak cukup! Justeru, saya mencuba set ini dengan aturan dan pemakanan yang betul. Hasilnya berikut adalah testimonial saya berkaitan dengan Set Sahur Shaklee ini:
Salam puan. Sy menghadapi masalah yg sama di awal pemakanan set b. Tambah malang lg tiba2 je susu sy kurang kerana susu menjadi lebih pekat. Melalui pembacaan saya di kellymom.com,baru sy tahu rupanya ada satu fasa di mana badan akan adjust pengeluaran susu mengikut demand. Sejak itu, sy telah tambahkan sesi mengepam. Di bulan puasa ni, sy amalkan ESP+PD+Set B. Ya Allah! mencurah2 susu. Menangis sy kerana kesabaran sy membuahkan hasil akhirnya. Alhamdulillah.
Set Sahur Mighty 3 Gems Terbaik Untuk Para Ibu
- Syukur pada yang Maha Kuasa kerana dipertemukan dengan Shaklee. Banyak lagi pilihan supplemen yang boleh diambil untuk sesiapa sahaja supaya kekal cergas bertenaga sepanjang bulan Ramadhan.
- Bagi saya sendiri, saya telah merasakan sendiri pengalaman dengan produk Mighty Triple Gem ini sama ada untuk berbuka mahu pun bersahur. Oleh sebab itu, saya sangat yakin dan ‘highly recommend’ kepada ibu-ibu diluar sana. Ambillah tanpa ragu.
- Sifat rendah indeks glisemik atau low GI dalam minuman ini berkemampuan membuatkan anda rasa kekenyangan dalam tempoh yang lebih lama berbanding jika anda mengambil karbohidrat yang kompleks seperti mee, pasta atau roti semasa bersahur.
- Bersahur dengan sumber yang kaya dengan protein ini akan membuatkan kita mampu bertahan lebih lama sehingga waktu berbuka walaupun kita menyusu anak atau mengepam susu.
Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.
 Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online
Untuk sebarang maklumat dan konsultasi premium. Sila hubungi:
Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya
Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082
Daftar Ahli Untuk Harga Menarik
Facebook: Adilah Manaf