Skip to content

Vitamin Semulajadi

Tips Sihat Ceria

Menu
  • Home
  • Siapa Kami
  • Blog
  • Disclaimer
Menu

Set Resdung Shaklee Untuk Rawatan Penyakit Resdung

Posted on 6 December, 201317 October, 2022 by Adilah Manaf

Penyakit Resdung adalah antara penyakit yang sering menjadi masalah kepada ramai orang di Malaysia.Pelbagai rawatan telah dicuba untuk atasi masalah penyakit resdung ini.  

Set Resdung Shaklee disyorkan bagi membantu mengatasi masalah yang menghantui anda selama ini. Dalam istilah perubatan, penyakit resdung dikenali dengan nama sinusitis.

Masyarakat lazimnya menganggap penyakit ini adalah penyakit yang tidak berbahaya walaupun hakikatnya jika dibiarkan menjadi kronik ia boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut!

Resdung

Punca Penyakit Resdung

Pada kebiasaannya, para pesakit resdung akan mengalami situasi seperti bersin dengan kerap, dengkuran luarbiasa, batuk, gatal hidung, cepat letih, muka terasa sakit dan pening kepala waktu pagi. Bagi pesakit resdung yang kronik, resdung berisiko menyebabkan punca telinga menjadi pekak.

Sebelum bercerita lebih lanjut tentang Set Resdung Shaklee, terlebih dahulu kita perlu tahu apa punca sebenarnya yang menjadi penyebab berlakunya penyakit resdung ini.

Pakar Hidung, Telinga dan Tekak Hospital Pakar Perdana, Dr. Mohamad Hamzah menyatakan resdung adalah sejenis penyakit hidung yang berpunca daripada radang pada membran. Sinus pula merujuk kepada rongga dalam tulang muka yang dipenuhi mukosa. Rongga sinus yang tersumbat berisiko menyebabkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Sebagai tambahan, resdung juga boleh berpunca disebabkan oleh rerambut halus silia dalam rongga sinus yang gagal menyempurnakan tugas untuk melancarkan aliran mukus. 

Antara komplikasi penyakit resdung:

  • Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
  • Jangkitan otak (meningitis)
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Memburukkan keadaan lelah
  • Berdengkur yang kronik
  • Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
  • Alahan hidung atau hidung sensitif
  • Selesema biasa yang melarat.

Kisah Ummi Zainab Yang Kulit Muka Berjerawat Teruk Akibat Resdung 

Saya Ummi Zainab Mohamad, Nama glemer di Fb Ummi Ussi (Cik Zai). Sebelum ini tak pernah kenal apakah itu Shaklee. Tak pernah tahu dan tak pernah diberitahu walaupun saya yang sangat aktif berinternet. Sehinggalah satu hari, saya ke hospital dan diperkenalkan oleh seorang Doktor. Langkah kanan gamaknya masuklah bilik No.1 dan saya menceritakan segala masalah saya kepada doctor tersebut . Tq yer doc !
.
Ok dipendekkan cerita, setelah diperkenalkan melalui flyer shaklee yang doc bagi saya tak mencuba terus sehinggalah saya tengok banyak suplemen di rumah saudara saya. So dia pulak menceritakan kebaikan Shaklee kepada saya. Ingat lagi suplemen first saya cuba adalah Alfalfa Complex.
.
Saya diberitahu Alfalfa Complex ni sesuai untuk penyakit resdung. So saya cubalah. Alhamdulilah memang menakjubkan kegatalan dimuka, hidung, lelangit, telinga kembali berkurang dan sembuh dengan sekelip mata. Kalau dulu saya peruntukkan hampir RM 300.00 untuk settle masalah resdung saya ni (facial muka, berbekam, beli batang rokok resdung) tetapi dengan Alfalfa Compex saya hanya peruntukkan RM 53.75 (harga bukan ahli) yang kuantiti sebanyak 330 biji. Bonusnya lagi masalah keputihan dan masalah dalaman saya semakin pulih dan hilang terus .. Menakjubkan !!!
.
Sejak dari sebotol Alfalfa Complex saya mula yakin bersama Shaklee. Saya semakin rajin google dan mencari input2 dan sharing/testimoni dari pengguna dan kebaikan dari suplemen shaklee.
.
Ok Settle masalah resdung & keputihan. Saya fokus untuk kecantikan kulit muka pula. Muka saya dulu teruk (kusam, bernanah,sensitif, berparut dan berjerawat) .Untuk masalah itu, saya mula mencuba set kecantikan kulit muka. Saya pernah cuba suplemen Esp, Vivix, Vitamin C, Vitamin E, Alfalfa Complex, B-Complex.Omega Guard,Herblax dan set skincare pula saya memilih Skincare Enfuselle (masa itu saya pakai sebab kulit muka teruk) sekarang dah takde jerawat saya kembali setia dengan Set SkinCare Nutriwhite (Kulit dah kelihatan normal dah). Memang banyak saya guna suplemen shaklee tetapi saya tak beli semua sekaligus la. Ada duit saya topup sikit untuk suplemen . Saya laburkan untuk diri saya sendiri. Semua BERJAYA kerana saya KOSISTEN guna selama 2 tahun.
.
Alhamdulilah, Allah dah temukan saya dengan suplemen yang sangat berkualiti dengan ujian klinikal yang terbaik dan ia sangat sesuai dengan diri saya. Tahniah untuk diri saya sendiri dan juga untuk berjuta-juta pengguna/testimoni lain yang telah berjaya bersama Shaklee.
.
Yang masih ragu-ragu dengan shaklee . Cuba dulu .. Alami sendiri.. Jangan buat andaian sebelum mencuba. Apa-apapun semoga testimoni ini memberi manfaat pada semua.

Set Resdung Shaklee Sebagai Rawatan Penyakit Resdung

SET RESDUNG SHAKLEE

 Alfalfa Complex

  • Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
  • Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
  • Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen.

B Complex

  • Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.
  • Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.
  • Membantu dalam membina protein dalam tubuh.

Vitamin C

  • Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit.
  • Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh.
  • Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.

Jangan berlengah untuk mencuba Set Resdung Shaklee bagi mengatasi masalah resdung anda. Produk Shaklee adalah produk semulajadi dan bebas dadah. Hakikatnya, penyakit resdung ini jika dibiarkan melarat akan menjadi kronik dan boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut!

Hubungi saya sekarang untuk konsultasi percuma bertaraf premium.

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

Order Sekarang Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

 Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online

penjimatan shaklee Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

images 1 Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

Untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Sila hubungi saya untuk konsultasi premium: 

signature Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik

Emel : adilahmanaf@celikvitamin.com

Facebook: Adilah Manaf

14 thoughts on “Set Resdung Shaklee Untuk Rawatan Penyakit Resdung”

  1. Pingback: Set Resdung Shaklee - My great Wordpress blog
  2. Norliza ismail says:
    29 October, 2014 at 8:29 am

    Tq for the good info. Saya pernah surf berkaitan resdung, Dr. Nordin kata adalah baik ianya di atasi dengan herba semulajadi. So, memilih shaklee adalah pilihan terbaik.

    Reply
    1. Adilah Manaf says:
      29 October, 2014 at 12:05 pm

      Betul tu. Tak syak lagi 🙂

      Reply
  3. safiya says:
    16 November, 2014 at 11:14 am

    Assalamualaikum.. ada tak testimoni yang pernah guna set ni.. berapa lama agaknya perlu makan sampai nampak kesannya?

    Reply
    1. Adilah Manaf says:
      16 November, 2014 at 7:40 pm

      Waalaikumussalam. Terima kasih kerana sudi melawat blog saya 🙂

      Testimoni tentang set ini sebenarnya adalah diri sendiri. Jadi, bila pelanggan hubungi saya. Memang saya akan ceritakan yang saya adalah salah seorang penghidap eczema yang kronik. Alhamdulillah sekarang konsisten dengan Set Resdung Shaklee ini memang terkawal eczema saya.

      Saya pernah bercerita tentang eczema saya di sini–>

      http://www.celikvitamin.com/blog/testimonial-set-eczema-shaklee-untuk-bayi-dan-orang-dewasa/

      Reply
  4. Malaysia Tercinta says:
    15 December, 2014 at 7:47 pm

    Anak saya pun ada resdung … nampak gayanya kena cuba set ni.

    Reply
  5. seehatceeria says:
    13 January, 2015 at 10:18 pm

    Assalamualaikum WBT.

    Tumpang tanya Sis, dengan vitamin resdung ini, ada kesan sampingan tak? sebab vitamin ini perlu dimakan dan ianya akan larut di dalam darah.. dahulu saya pernah makan kapsul resdung, tapi pada keesokkannya rasa berat kepala ketika hendak bangun dari tidur.. mohon pencerahan.

    Terima kasih Sis

    Reply
  6. Pingback: Bagaimana Cara Ubati Resdung Paling Mujarab | CelotehMama.com
  7. MamaAlya says:
    10 May, 2015 at 11:35 pm

    ramai yg ckp set resdung Shaklee antara set yang amat berkesan..

    Reply
  8. huda says:
    20 December, 2015 at 10:33 am

    kalau ibu hamil boleh ambil juga set resdung ni..banyak membantu insyaAllah…

    Reply
  9. Azian says:
    13 November, 2017 at 10:54 pm

    Assalam..saya ingin tau sekiranya saya mempunyai sakit lutut..sya ada athritis dan SLE juga sering sembelit apa produk shaklee yg bole sya amalkan?

    Reply
    1. Adilah Manaf says:
      14 November, 2017 at 12:32 am

      Wsalam. Ada beberapa perkara yang perlu saya tahu sebelum boleh bagi konsultasi yang tepat. Puan boleh PM sy di 011 15690082.

      Reply
  10. Pingback: Petua Untuk Berhenti Berdengkur Dengan Berkesan – Ejen lejen
  11. Mohd Rizal Che Embi says:
    6 February, 2020 at 10:35 pm

    Bertambah ilmu bila kesini. Terima kasih
    Ini panduan 🙂 Cara Mudah Nak Terminate Langganan Unifi

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Assalamualaikum!


Hi! Saya Adilah Manaf. Saya adalah pengedar produk Shaklee yang sah. Saya ingin berkongsi kehidupan yang lebih sihat dan yang lebih baik dengan sesiapa jua.
Jangan lupa untuk berhubung melalui Google+

Peluang Perniagaan

Celikvitamin.com di Facebook

©2023 Vitamin Semulajadi | Built using WordPress and Responsive Blogily theme by Superb