Baru-baru ini semasa majlis doa selamat di kampung, sahabat kami seorang doktor perubatan bertanya soalan berikut,
Apa jaminan Shaklee supplement ini selamat untuk di consume dalam jangka masa panjang? Saya interpret soalan dia ni sebenarnya MAYBE dia rasa Shaklee ni masih baru kat Malaysia (dari 1988 kira baru lagi ke?) dan adakah ialah selamat untuk jangka masa panjang.
Jawapan kepada soalan ini adalah soalan berikut:
Berapa lama jangka masa yang kita nak berikan untuk membuktikan sesuatu supplemen itu tu benar-benar selamat?
Alang-alang nak menulis review ini. Entri ini juga bertujuan untuk menjawab soalan berikut:
Aku sekarang dah ambil vitamin jenama XXX, bagi aku sebab kenapa aku nak kena tinggalkan vitamin XXX dan pilih vitamin Shaklee?
Jika kita ingin membuktikan sesuatu, sudah pasti kita wajib menggunakan fakta yang berasas dan dipercayai. Cakap-cakap kosong tanpa sandaran kepada fakta yang tepat dan ‘reliable’ tidak boleh dijadikan hujah.
Justeru, fakta paling kukuh yang perlu kita semua tahu adalah supplement Shaklee pernah dijadikan sebagai subjek kajian bagi melengkapkan Landmark Study yang diketuai oleh Dr Gladys Block dari UC Berkeley School of Public Health.
Apa Dia Landmark Study Nih Sebenarnya?
Kalau kita pergi ke Paris, mercu tanda utama adalah Eiffel Tower, kalau kita ke Mesir, Piramid adalah penanda arasnya. Paling mudah, Malaysia sendiri terkenal dengan Menara Berkembar KLCC.
Dalam definisi paling senang, landmark study ini adalah satu penanda aras atau mercu tanda yang menjadi sumber rujukan dalam sesuatu bidang. Dalam konteks ini, kajian yang dijalankan oleh Dr. Gladys Block dan pasukan ke atas Shaklee ini, akan menjadi penanda aras dalam dunia supplemen.
Landmark Study ini meliputi skop seperti berkesankah supplemen untuk tubuh, selamatkah vitamin untuk dimakan dalam jangka masa panjang, perlu atau tidak pengambilan supplement, pola penggunaan dan beberapa aspek lagi.
Kajian Landmark study ini telah dijalankan oleh University California Berkeley, antara institusi world’s leading dlm research, memenangi anugerah nombor 2 dalam Top Universities in Clinical Medicine & Pharmacy. Kedua selepas Harvard. Something to ponder? Indeed!
Ini Adalah Risiko Gila Yang Diambil Oleh Roger Barnett
Roger Barnett (chairman Shaklee) sangat komited dengan Shaklee. Beliau sangat percaya produk Shaklee ini sungguh berkesan dan unik. Beliau membuat kajian tentang produk dan syarikat Shaklee sebelum membuat keputusan membeli syarikat setelah anak beliau, Spencer kembali sembuh dari asthma hanya dengan menukar pencuci di rumah mereka kepada pencuci semulajadi Basic-H.
Sempena meraikan ulangtahun ke 50 penubuhan Shaklee, Roger sangat yakin sudah tiba masanya untuk membuktikan kepada dunia produk ini betul-betul selamat. Kajian perlu dilakukan ke atas pengguna produk. Hanya data saintifik sahaja yang boleh membuktikan produk shaklee adalah paling terbaik, selamat dan berkesan berbanding produk lain.
Dalam masa yang sama, seorang pakar epidemiologi sangat prihatin dan bimbang tentang trend penggunaan multivitamin dan supplemen. Dr Gladys Block dari University of California, Berkeley mempersoal beberapa perkara dalam satu kajian yang dijalankan pada tahun 2002 oleh Kathleen M. Fairfield dan Robert H. Fletcher dari Harvard Medical School. Kajian yang dikeluarkan oleh Journal of the American Medical Association menyatakan orang dewasa perlu mengambil vitamin untuk hidup lebih sihat.
Antaranya persoalan termasuklah:
- Landmark study yang dijalankan ini hanya berdasarkan review. Dalam jurnal itu dinyatakan, keputusan dibuat berdasarkan kompilasi dari keputusan jurnal-jurnal lain bukannya kajian sendiri.
- Jurnal tersebut boleh dipertikaikan kerana berkemungkinan tidak mengikut piawai antara sebabnya berkemungkinan kajian hanya dilakukan hanya untuk kejar penerbitan oleh institusi tertentu.
- Kesimpulan yang dibuat secara umum tanpa menyebutkan jenama vitamin yang bagus untuk diambil. Situasi ini boleh dieksploitasi oleh mana-mana syarikat untuk mempromosi supplement mereka dengan bersandarkan jurnal tersebut. Tiada sebarang penanda aras.
Oleh sebab itu, setelah meneliti jenama vitamin di pasaran, Dr Gladys Block sendiri yang menawarkan kepada Shaklee untuk melakukan kajian ke atas produk. Pendek cerita, Roger Barnett setuju dan memberi kawalan penuh kepada Dr Gladys Block untuk menjalankan kajian.
Shaklee juga mahu kajian itu diterbitkan dalam jurnal peer review supaya semua metodologi penyelidikan yang dilakukan oleh boleh direview dengan bebas oleh pihak ketiga. Penting supaya tiada pihak yang mempersoal keputusan akhir yang bakal diperolehi.
Ini adalah sesuatu yang gila kerana Shaklee mengambil risiko mempertaruhkan nama baiknya selama 50 tahun dalam pasaran. Segala keputusan dari landmark study ini perlu diterima seadanya dan akan diterbitkan di dalam jurnal antarabangsa.
Cuba bayangkan sekiranya keputusan kajian tidak berpihak Shaklee? Sudah tentu reputasi Shaklee akan runtuh. Ini memang kerja gila!
Sumber dari DietdietSihat
Keputusan Kajian Landmark Study Yang Memeranjatkan!
Jika anda berminat untuk mengetahui segala butiran lanjut atau anda rajin membaca jurnal boleh bacanya di Landmark Study Shaklee.
Secara ringkasnya, kajian dijalankan berdasarkan perbandingan antara 3 golongan pengguna yang mengamalkan rutin berikut selama 20 tahun. Kajian ini melibatkan 1000 orang pengguna. Perlu diingat, bukan mudah untuk mengumpul 1000 orang yang mengamalkan rutin yang sama selama 20 tahun.
Kumpulan 1: Tak ambil apa-apa supplemen/vitamin hanya mengawal pemakanan
Kumpulan 2: Mengambil supplement/vitamin dari jenama lain.
Kumpulan 3: Pengamal vitamin Shaklee selama 20 tahun
Keputusannya jelas menjukkan semua pengguna Shaklee selama lebih 20 tahun menunjukkan tahap kesihatan yang lebih baik berbanding 2 kumpulan yang lain.
Mengapa agaknya kumpulan yang mengamalkan suplemen jenama selain Shaklee mempunyai keputusan yang ‘kurang’ atau lebih teruk dari kumpulan yang langsung tidak mengamalkan apa-apa suplemen?
Jawapannya, tak semua suplemen di pasaran mempunyai ujian klinikal yang teliti seperti Shaklee. Kebanyakan suplemen adalah sintetik dan ada yang boleh memberikan kesan sampingan yang teruk
Pihak Shaklee meletakkan piawaian yang sangat ketat dengan membuat beribu-ribu ujian klinikal dan penyelidikan ke atas produknya sebelum ia dijual di pasaran. Sumber untuk membuat suplemen Shaklee juga adalah daripada sumber yang terbaik dan semulajadi.
Landmark Study ini adalah satu-satunya kajian yang pertama kali dijalankan dan dirangka khas untuk menilai sejauh mana kelebihan dan risiko terhadap pengambilan supplemen dalam jangkamasa panjang.
Dr Gladys Block ini yang approach Shaklee bukan untuk membuktikan Shaklee ini brand yang terbaik tetapi untuk buat kajian tentang supplemen di pasaran.
Tahun lepas pun, Shaklee baru sahaja menyambut ulangtahun ke 100 tahun multivitamin pertama di dunia iaitu Vitalea.
Persoalannya. Berapa lama jangka masa yang kita nak berikan untuk membuktikan sesuatu supplemen itu tu benar-benar selamat?
10 tahun? 20 tahun? 50 tahun? 100 tahun? 1000 tahun?
Masih Rasa Tak Setuju Dengan Landmark Study?
Beberapa Soalan Berikut Adalah Panduan Anda Sebelum Membeli Vitamin
Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.
Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online
Jangan ragu-ragu untuk bertanya.
Saya memang sangat-sangat ingin membantu anda:
Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya
Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082
Daftar Ahli Untuk Harga Menarik
Facebook: Adilah Manaf
1 thought on “Review Vitamin Shaklee Berbanding Vitamin Jenama Lain”