Semua orang akan rasa risau bila tahu diri mengalami masalah tulang rapuh atau osteoporosis. Lebih-lebih lagi, jika tulang kita sudah ada keretakan. Masalah osteoporosis ini menyebabkan tulang menjadi semakin menipis dan meningkatkan risiko untuk tulang retak.
Golongan yang berusia 60 tahun dan ke atas adalah paling berisiko. Tulang rapuh satu masalah, ditambah pula dengan masalah sakit lutut. Tentu sekali menyakitkan. Berita baiknya adalah walau osteoporosis ini tidak boleh dipulihkan namun ianya tetap boleh dikawal dan dirawat sekaligus mengelakkan sakit pada tubuh.
Uniknya tubuh kita ini, tulang akan membina diri sendiri dengan menyingkirkan tulang lama melalui proses penyerapan tulang dan menggantikannya dengan pembentukan tulang baru. Namun, apabila umur semakin tua dan bila telah melalui fasa menopause, tulang kita akan dibuang terlalu cepat tanpa sempat menggantikan dengan tulang baru.
Apa Itu Osteoporosis Dan Apa Yang Merapuhkan Tulang?
Masalah osteoporosis ini terjadi apabila tulang kita hilang terlalu banyak tulang melalui proses penyerapan dan proses pembinaan tulang pula sangat sedikit. Akibatnya, tulang menjadi rapuh kerana kekurangan tisu dab menjadikan tulang mudah patah hanya dengan terjatuh sedikit atau terhantuk ke perabot.
Bagi wanita setelah menopaus, tulang semakin cepat diserap disebabkan tahap estrogen menurun. Hormon estrogen adalah sejenis hormon yang melindungi tulang.
Biasanya, rawatan bagi osteoporosis ini memfokuskan kepada menghalang tulang diserap dengan cepat dan dalam masa yang sama meningkatkan proses pembentukan tulang. Kedua-dua tindakan ini dilakukan untuk meningkatkan ketumpatan dan kualiti tulang yang terbina. Sesetengah rawatan telah dikhususkan untuk melambatkan penghapusan tulang dan mempercepat pembinaan tulang.
Ubah Gaya Hidup Untuk Kembali Memperkasa Tulang!
Kita selalu dengar dan baca tentang ubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat. Bersenamlah sekurang-kurangnya 30 minit sehari secara konsisten sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
Tetapi sejauh manakah kita benar-benar menyahut saranan tersebut? Adakah kita tunggu sakit dulu baru mahu berubah?
Ingatlah bahawa gaya hidup aktif dan sihat turut memainkan peranan penting dalam merawat osteoporosis. Kita perlu berubah dan berazam untuk rajin bersenam. Senaman yang dilakukan bukanlah terlalu drastik. Mulakan dengan berjalan kaki selama 30 minit sehari atau tai chi. Ini adalah contoh senaman menahan berat yang akan merangsang pembentukan tulang. Tetapi, nasihat doktor diperlukan terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang aktiviti senaman bagi menghindarkan kecederaan yang tak disengajakan.
Selain itu, kita juga perlu berazam bersungguh-sungguh untuk berhenti ambil minuman alkohol, natrium (garam) dan kafein (kopi dan teh) secara berlebihan. Tabiat buruk seperti menghisap rokok juga perlu ditamatkan. Semua ini boleh mempercepat kehilangan tulang dan membantutkan pembinaan tulang baru.
Ubah Diet Pemakanan Untuk Tulang Kembali Sihat Seperti Remaja!
Jangan sedih-sedih ya!
Walaupun kita telah disahkan menghadapi masalah osteoporosis, ianya bukan masalah yang boleh membawa maut. Kita hanya perlu beradaptasi untuk mengawal dan memperkuat kembali tulang.
Semua individu yang bermasalah tulang rapuh disyorkan untuk mengubah diet pemakanan yang sihat.
Pengambilan kalsium dan vitamin D yang cukup adalah penting untuk merawat osteoporosis. Kalsium berfungsi mengelak kehilangan tulang dan vitamin D membantu menyerap kalsium dengan lebih cekap.
Antara sumber-sumber bagi kalsium yang terbaik adalah seperti berikut:
- Susu dan produk berasaskan tenusu.
- Sayuran hijau gelap berdaun seperti kai lan, pak choy dan brokoli.
- Produk soya seperti tempe dan susu soya.
- Ikan dengan tulang lembut dan boleh dimakan seperti sardin dalan tin dan ikan bilis.
- Minuman, biskut dan bijirin yang diperkaya dengan kalsium dan vitamin D.
- Vitamin D pula terhasil oleh tubuh apabila terdedah kepada cahaya matahari selama 10 ke 20 minit.
Kita juga boleh mengambil kalsium dan vitamin D dalam diet pemakanan seharian sebagai makanan tambahan jika pengambilannya dalam diet tidak mencukupi.
Di samping untuk memastikan pengambilannya mencukupi, makanan tambahan juga diambil bagi membantu penyerapan kalsium dan vitamin D secara optimum.
Pil kalsium Ostematrix Shaklee adalah kombinasi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kalsium adalah mineral utama dalam komposisi tulang manusia. Justeru, ia berfungsi penting dalam penyembuhan patah tulang. Vitamin D dalam Ostematrix memberikan penyerapan optimum kepada kalsium oleh tubuh.
Cuma perlu beberapa kaplet Ostematrix sehari sudah cukup untuk keperluan kalsium yang dicadang oleh pakar tulang bagi proses memperkuat tulang.
Energizing Soy Protein (ESP) adalah produk protein soya.
Bagaimana ESP boleh membantu pesakit yang osteoporosis?
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. Ia kaya dengan sumber protein yang diperlukan tubuh bagi membina semula tulang yang telah patah dan retak.
Bukan itu sahaja, protein dalam ESP juga membantu bagi pertumbuhan sel-sel baru bagi menggantikan sel tulang yang telah rosak atau mati.
Beberapa cadangan mudah ini akan membantu mengembalikan kekuatan tulang anda. Paling penting sekali adalah kuasa tindakan.
Adakah anda sekadar membaca dan tidak berbuat apa-apa untuk mengatasi masalah osteoporosis ini?
Sayangi tulang anda demi orang yang anda sayang.
Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.
Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online
Jangan ragu-ragu untuk bertanya.
Saya memang sangat-sangat ingin membantu anda:
Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya
Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082
Daftar Ahli Untuk Harga Menarik
Facebook: Adilah Manaf