Setelah sekian lama melayari bahtera kehidupan berumahtangga terdetik dalam sanubari teringin untuk menimang cahayamata sebagai penyeri kehidupan. Tetapi setelah tahun demi tahun, masih lagi belum mendapat rezeki. Mulalah mencari dimanakah silapnya. Siapakah yang tidak subur?
Punca masalah kesuburan biasanya dikaitkan dengan kaum wanita. Tetapi tahukah anda menurut kajian, masalah kesuburan juga melibatkan kaum lelaki. Lelaki menyumbang 30 peratus kepada masalah ini iaitu sama dengan wanita. 25 peratus adalah kombinasi lelaki dan wanita. 10 peratus adalah faktor yang tak dapat diketahui dan 5 peratus adalah faktor-faktor lain.
Sekarang kita sudah mengetahui hakikat sebenarnya. Pihak lelaki juga berpotensi menjadi punca masalah kesuburan. Walaupun begitu, usaha perlu dilakukan oleh kedua-dua pihak untuk bersama-sama berusaha untuk mendapatkan zuriat. Dalam konteks ini, kita akan membincangkan berkaitan punca permasalahan ini dikalangan lelaki. Lazimnya, lelaki yang mengalami tidak subur ini dikesan berpunca kerana 3 faktor utama iaitu hormon, sperma dan alat sulit.
Punca Penyebab Masalah Kesuburan
- Pra-testikular iaitu hormon terganggu mengakibatkan testis tidak teransang dan bermasalah menghasilkan sperma.
- Testikular iaitu sperma yang sihat tidak dapat dihasilkan berpunca dari sel yang rosak.
- Post testikular iaitu gagal berejakulasi walaupun berupaya menghasilkan sperma yang normal.
Sperma lelaki ini berpotensi untuk dipengaruhi oleh unsur alam seperti tubuh terdedah kepada cuaca panas yang berlebihan mahu pun bahan kimia yang mempunyai kadar toksik yang tinggi. Justeru, bagi memastikan tahap kesuburan adalah normal, lelaki di luar sana dinasihatkan untuk beraktiviti seperti menunggang basikal atau duduk di atas kerusi dalam tempoh masa yang lama. Memakai seluar dalam yang sendat dan ketat atau pun meletakkan laptop di atas peha anda iaitu kawasan yang berdekatan dengan organ pembiakan lelaki. Penting juga untuk memberhentikan tabiat merokok dan menghindarkan diri dari duduk dalam sauna, mandi air panas dan sebagainya.
Bahan toksik seperti racun seranggan dan pengambilan minuman keras juga perlu dielakkan. Apatah lagi aktiviti yang tidak bermoral seperti penyalahgunaan dadah seperti marijuana, ganja mahu pun tembakau! Semua ini akan menjejaskan kualiti dan kuantiti sperma lelaki. Malah dadah seperti marijuana berpotensi menyebabkan pergerakan sperma perlahan dan sperma hilang bentuk! Terjejasnya kualiti dan kuantiti sperma yang dihasilkan tubuh merendahkan lagi kebarangkalian untuk memperoleh cahayamata.
Tahap estrogen dan testosteron dalam tubuh seorang lelaki itu juga perlu normal. Untuk itu adalah penting untuk mengekalkan berat badan yang unggul mengikut BMI yang ditetapkan. Pengurusan stress yang baik juga perlu dengan melakukan aktiviti senaman kerana stress boleh menyebabkan masalah tidak subur kerana hormon yang tidak stabil.
Tingkatkan Kesuburan Dan Paras Testosteron Anda!
Bagaimana anda ingin mengatasi masalah kesuburan di kalangan lelaki ini?
Caranya adalah dengan meningkatkan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh seorang lelaki iaitu Zink dan Vitamin E.
Tubuh manusia tidak dapat menyimpan zink secara semula jadi. Justeru adalah mustahak untuk memastikan anda mendapat cukup zink dalam diet harian anda. Dos yang disarankan sehari bagi lelaki ialah 11 miligram dan bagi wanita ialah 8 miligram. Zink boleh didapati dalam banyak makanan yang popular, termasuk daging dan ayam, serta tiram, kacang, kacang, ketam, udang, biji-bijian, bijirin sarapan diperkuat dan produk tenusu.
Atau pun anda disarankan untuk mengambil suplemen Zink Complex Shaklee. Sebiji Zink Complex Shaklee membekalkan 15mg (100%) keperluan harian dan 115mg Calcium (12% daripada keperluan harian). Jadi anda tidak perlu risau lagi dengan pengambilan zink harian anda kerana sebiji zink sudah dapat memenuhi keperluan seharian yang diperlukan tubuh.
Zink sangat mempengaruhi seorang lelaki dari aspek kesuburan, nafsu seks dan jangka hayat kesihatan seksual. Zink juga penting untuk pengeluaran sperma dan mengelakkan dari masalah jumlah air mani menurun dan tahap testosteron yang rendah. Jadi jika anda sedang bersiap sedia untuk memulakan sebuah keluarga, zink tambahan boleh membantu meningkatkan kesuburan anda.
Vitamin E adalah vitamin kesuburan untuk lelaki. Vitamin E atau juga dikenali dengan nama Vitamin Cinta diperlukan oleh lelaki maskulin untuk meningkatkan kesuburan. Satu kajian telah dilakukan pada tahun 1922 menunjukkan bahawa tikus yang diberi diet TANPA Vitamin E menjadi tidak subur dan tidak dapat membiak. Namun, sebaik sahaja mereka telah diberikan minyak gandum (kaya dengan vitamin E) sebagai sebahagian daripada diet mereka, masalah kesuburan tikus tersebut dapat dipulihkan.
Hari ini, kajian menunjukkan vitamin E adalah penting dalam melindungi dan meningkatkan kesihatan sel tubuh. Setiap bahagian tubuh manusia terdiri daripada berjuta-juta sel, termasuklah organ-organ pembiakan, telur dan sperma.
Teruskan berusaha tanpa mengalah! Anda adalah pemenang! Anak adalah penyeri rumahtangga dan pengerat kasih sayang suami isteri. Justeru, jangan mudah menyerah kalah sebelum anda mencuba dan terus mencuba. Usahalah selagi terdaya demi zuriat yang akan menjadi legasi kepada keturunan anda.
Baca tentang:
Hubungi saya sekarang untuk konsultasi premium dan tawaran menarik.
Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.
Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online
Untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Sila hubungi saya untuk konsultasi premium:
Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya
Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082
Daftar Ahli Untuk Harga Menarik
Emel : adilahmanaf@celikvitamin.com
Facebook: Adilah Manaf