Pihak Shaklee Malaysia baru-baru ini telah bermurah hati untuk menaja minuman Perfomance Drinks untuk semua peserta larian amal ‘Walk For Humanity’ anjuran NGO, MyCare Malaysia.
Bertepatan pula dengan program yang group kami lancarkan pada awal ‘cycle’ ini iaitu iReachFit, kami sama-sama bersepakat untuk turut sama memeriahkan program ini. Bersenam sambil beramal. Tubuh sihat, pahala pun dapat.
Pihak Shaklee Malaysia menaja minuman untuk semua para peserta. Kami bukan hanya sekadar berniaga tetapi mempunyai tanggungjawab sosial yang perlu dilunaskan kepada masyarakat! Lebih kurang hampir 10 karton Performance Drinks disediakan untuk dibancuh pada hari tersebut.
Bermandi Peluh Untuk Menyokong Golongan Memerlukan
Program bermula seawal pagi jam 7.00 pagi kami sudah berkumpul. Lihat wajah-wajah penuh keterujaan yang bersedia untuk berlepas. Ada yang 5 kilometer dan ada yang mengambil bahagian 10 kilometer.
Anak-anak di depan itu memang bersemangat. Memang ‘salute’ kepada ibubapa yang bawa anak-anak bersama ini. Sambil menyihatkan badan dengan berpeluh kita juga mendedahkan mereka dengan kesusahan yang dialami oleh golongan yang susah di serata dunia.
Apa yang ‘best’nya, kami ini memang kalau beraktiviti mesti melibatkan seluruh famili. Memang itu pun objektif iReacFit ini. Kita mahu promosikan kepada masyarakat gaya hidup sihat bersama-sama seisi keluarga. Bagi kami, untuk berjaya dalam kehidupan, asas kekeluargaan sangatlah penting.
Montage Video Program Kolaborasi iReachFit Bersama Walk For Humanity 2016
Memang tak sabar-sabar nak berjalan bersama 5 kilometer dengan menolak stroller ini. Pengalaman baru pastinya buat saya dan rakan-rakan. Macam-macam dalam fikiran. Mampu ke? Redah aje la. Hihi.
Anak-anak saya Aisha Humaira dan Ilyas Ansari berjaya menamatkan larian dan dikalungkan medal bersama rakan-rakan yang lain.
Rasa bersyukur sangat kami semua dapat mendedahkan anak-anak dengan aktiviti sebegini. Bukan semua orang dapat meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak. Lebih-lebih lagi dengan aktiviti ‘outdoor’ yang sememangnya mencabar!
Alhamdulillah. Kami semua berjaya menghabiskan Walk For Humanity ini sejauh 5 kilometer. Anak-anak kami lagi laju sebenarnya. Bagus aktiviti seperti ini kerana kita dapat cungkil bakat terpendam anak-anak yang sukakan aktiviti yang mencabar.
Kami dedahkan anak-anak dari kecil dengan gaya hidup sihat dan nilai hidup yang baik dari rebung supaya mereka faham betapa bernilainya perniagaan Shaklee ini dalam hidup kami sekeluarga. Lebih-lebih lagi, mereka jugalah yang akan mewarisi perniagaan ini satu hari nanti.
Jom Sertai Group Kami! Bukan Sekadar Bisnes Tau
Memang banyak kumpulan Shaklee di Malaysia ini. Tetapi pilihlah yang the best dan happening!
Kalau kumpulan kita terlalu fokus dengan bisnes semata-mata pun tak best juga sebenarnya. Dalam organisasi kami ini ada pelbagai inisiatif yang dirancang supaya menepati konsep bisnes dan santai perlu seiring. Paling terbaik satu famili pun kita libatkan sekali.
Nah! Kalau anda rasa duit asyik tak cukup aje. Jom join kami sekarang!
Saya Berminat Untuk Daftar Sebagai Ahli/Pengedar Shaklee
Untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Sila hubungi saya untuk konsultasi premium:
Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya
Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082
Daftar Ahli Untuk Harga Menarik
Facebook: Adilah Manaf