Siapa yang pernah rasa sakit hati bila suami (atau isteri) tidur berdengkur kuat macam nak roboh katil sampai kita tak dapat tidur semalaman? Masa itu mesti terfikir macam-macam petuakan untuk pastikan berhenti berdengkur?
Ramai sebenarnya berdepan dengan masalah ini. Apatah lagi yang dah berumahtangga lebih 10 tahun. Sebenarnya ada beberapa petua atau cara yang boleh kita cuba untuk hentikan tabiat ini.
Fahamkan Dulu Kenapa Masalah Ni Terjadi?
Sebelum kita teruskan kepada petua untuk berhenti berdengkur. Haruslah dulu kita faham kenapa ada orang tidur berdengkur. Betulkan dulu persepsi kita. Lepas kita faham dari rasa nak marah mesti akan timbul rasa simpati pada golongan ini. Terseksa sebenarnya bila tidur berdengkur ini.
Sebenarnya setiap orang memang pernah berdengkur dalam tidur. Ini adalah proses semulajadi. Ia terjadi kerana saluran tekak dan hidung kita tak dapat membebaskan udara secara lancar ketika tidur.
Bila udara ini tidak dapat dibebaskan secara sempurna, tisu-tisu di sekeliling saluran tekak dan hidung itu akan bergetar dan menghasilkan bunyi. Begitulah terhasilnya dengkuran ketika tidur.
Penting juga untuk kita ambil tahu. Berdengkur juga adalah petanda kita mungkin menghadapi masalah sleep apnea. Satu keadaan apabila seseorang kerap terhenti bernafas semasa tidur. Setiap kali berlaku, pernafasan mungkin akan terhenti selama 10 saat atau lebih. Sungguh membimbangkan!
Petua Semulajadi Untuk Atasi Masalah Berdengkur
Individu yang selalu berdengkur sebenarnya berkemungkinan menghadapi masalah tekak dan tisu nasal (uvala), cenderung untuk terlebih bergetar berbanding normal. Selain itu, posisi lidah kita juga mungkin penyebab susah untuk bernafas dengan lancar.
Berdengkur juga mungkin terjadi kerana otot tekak kita berada dalam keadaan rehat. Bila kita tidur, lidah akan lebih ke dalam ke arah tekak yang juga menyebabkan berdengkur apabila aliran udara terganggu.
Berikut adalah beberapa tips yang kita boleh cuba untuk atasi masalah ini:
1. Tidur Secara Mengiring
Jika masalah kita itu tak serius, tidur mengiring adalah jawapannya. Masalahnya, bagaimana kita nak pastikan supaya kita tetap ‘maintain’ tidur mengiring? Kita boleh cuba sendal bantal peluk dibelakang kita untuk pastikan kita tetap mengiring.
Posisi ini membantu mengelakkan otot dalam saluran tekak yang sedang dalam keadaan rehat dari menghalang udara untuk keluar masuk. Kalau katil anda canggih macam katil hospital, boleh tinggikan bahagian kepala supaya mudah untuk mengiring.
2. Pemakaian ‘Oral Appliance’ Boleh Membantu
Alatan oral ini dipakai hanya ketika tidur. Alat in seperti alat pelindung mulut (mouth guard) yang selalu digunakan dalam sukan. Ia menyokong rahang dalam posisi yang betul bagi memastikan mulut sentiasa terbuka. Dengan itu saluran udara tidak akan tersekat. Kajian menunjukkan alatan ini sangat membantu menyelesaikan masalah dengkur dan ‘sleep apnea’.
Sebaik-baiknya minta nasihat daripada doktor gigi tentang perkara ini. Dapatkan juga alatan oral yang disyorkan oleh pakar pergigian bagi mengelak perkara yang tak diingini.
Sumber: aadsm
3. Buat Senaman Lidah Dan Tekak Secara Konsisten
Satu petua lagi ialah buat senaman lidah dan tekak secara konsisten. Senaman ini bertujuan untuk menguatkan tekak dan lidah. Lidah dan rongga tekak yang lebih kuat boleh mengelakkan otot ‘over-relax‘ di kawasan tekak.
Cuba kacipkan semua gigi atas dan gigi bawah dengan lembut. Kemudian, buka mulut dan cuba fokus untuk buka gigi seluas-luasnya tetapi jangan ‘over-streching’. Cuba ulang langkah ini sebanyak 10 hingga 15 kali setiap sesi. Lama kelamaan kita akan dapat rasakan rongga udara di bahagian tekak akan terbuka luas.
Sumber : Newsmax
4. Dapatkan Berat Badan Unggul (BMI)
Kalau kita seorang yang gemuk, haruslah turunkan berat badan sehingga dapat BMI yang normal. Kehadiran lemak berlebihan terutama yang bersarang di sekitar leher akan menyempitkan rongga tekak apabila berbaring. Keadaan ini akan mendorong berlakunya masalah dengkur.
Kajian yang diterbitkan dalam Lung India menyatakan, “ukurlilit leher seorang orang yang berdengkur adalah lebih besar berbanding yang tidak berbengkur dalam kumpulan mana-mana kumpulan BMI.” Kajian ini menunjukkan leher yang gemuk meningkatkan risiko. Lebih cenderung untuk bermasalah ketika tidur.
Ukurlilit normal lelaki dewasa adalah 40.5 sentimeter atau 15.9 inci. Manakala bagi wanita dewasa adalah 34.2 sentimeter (13.46 inci). Kuruskanlah badan kerana berat badan yang normal bukan sahaja menyelesaikan masalah ini malah tubuh lebih cergas dan sihat.
Sumber: ncbi
5. Elak Ambil Produk Tenusu Atau Makan Berat Lewat Malam
Minum susu atau makan produk berasaskan tenusu berpotensi menyebabkan dengkuran lebih teruk. Susu dan produk tenusu ini akan meninggalkan lapisan mukus dalam mulut dan rongga tekak. Kehadiran mukus yang tak diundang ini menyempitkan lagi saluran tekak.
Ubah juga tabiat tak sihat suka makan berat lewat malam. Lebih-lebih lagi, suka makan dan tak sampai satu jam masuk tidur. Bila perut kenyang, diafragma pernafasan akan tertolak ke atas dan tak dapat nafas bernafas dengan lancar.
Kalau anda memang mengamalkan minum susu sebelum tidur, kami ‘highly recommend‘ untuk ambil tablet Ostematrix yang tinggi kalsium terbukti membantu kita untuk tidur lebih lena. 4 tablet Ostematrix ini adalah cukup untuk menampung keperluan kalsium tubuh untuk sehari.
6. Masalah Resdung Atau Sinus Juga Penyebab Dengkur
Masalah dengkur ini juga disebabkan oleh masalah sinus atau resdung, Pesakit resdung biasanya sering mengalami keadaan flu seperti hidung tersumbat, rasa pedih pada pipi, sakit sekitar mata dan kepala. Semua keadaan ini menyumbang kepada masalah berdengkur ketika tidur.
Antara petua yang boleh kita amalkan untuk atasi resdung;
- Minum air dalam kuantiti banyak sama ada air suam atau mineral.
- Lap muka dengan tuala basah dan air suam dengan kerap.
- Kurangkan atau hindarkan dari makanan laut seperti udang, kerang dan sotong.
- Elakkan guna sarung bantal, cadar dan selimut berasaskan bulu binatang.
- Minum teh peppermint atau makan supplemen peppermint ginger sebelum tidur.
Klik Petua Atasi Resdung Atau Sinus untuk maklumat lanjut mengatasi masalah ini.
7. Masalah Penghadaman Juga Satu Punca
Sistem penghadaman yang sempurna memainkan peranan yang besar dalam pola tidur seseorang. Sekiranya terganggu, ia boleh jadi antara punca kepada berdengkur. Antara masalah sistem penghadaman kita adalah sembelit, angin, GERD dan sebagainya.
Kebanyakan masalah penghadaman ini disebabkan oleh usus yang kotor. Tabiat kita seperti diet yang kurang serat, kuat merokok, kurang bersenam, stress yang berlebihan memburukkan lagi keadaan ini.
Antara usaha yang kita boleh lakukan adalah:
- Amalkan diet sihat. Ambik lebih banyak serat.
- Minum banyak air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
- Bersenam 3 kali seminggu minimum selama 30 minit satu sesi.
- Kurangkan stress dengan banyakkan rehat.
- Berhenti merokok.
- Paling bagus, amalkan program detoks sebulan sekali.
8. Makan Vitamin C Secukupnya
Resdung dan sinus akan menyekat dan mengganggu saluran pernafasan. Ini akan menyebabkan mulut sentiasa terbuka dan anak tekak akan sentiasa bergetar menghasilkan dengkuran sepanjang malam.
Pengambilan Vitamin C secara konsisten akan membantu mengatasi masalah ini kerana vitamin C membantu cara meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Antara makanan yang kaya dengan vitamin C termasuklah betik, nenas, oren, brokoli dan lain-lain.
Pastikan tubuh mengambil kadar secukupnya Vitamin C untuk sehari. Ambil saja Vitamin C Shaklee yang berteknologi ‘sustained released‘. Paling penting ianya semulajadi, selamat dan berkesan.
Masa Untuk Bertindak. Katakan ‘Bye-Bye’ Pada Dengkur!
Kita semua memerlukan tidur yang lena untuk kesihatan yang lebih baik. Tubuh memerlukan rehat yang secukupnya. Begitu juga dengan ‘sleeping-partner‘ kita. Mereka adalah mangsa keadaan.
Kalau kita selalu tak boleh tidur kerana masalah dengkur ni. Tak kiralah sama ada kita yang berdengkur atau orang sebelah. Lambat-laun, kita berisiko tinggi untuk menghadapi masalah kesihatan seperti obesiti, stress berlebihan, kerosakan otak, masalah hormon dan juga masalah serius seperti risiko sakit jantung/stroke, darah tinggi, diabetes dan tua sebelum usia.
Ini semua kerana kita mengambil mudah masalah berdengkur. Lagi tak adil kalau yang berdengkur itu bukan kita. Masih belum terlambat untuk kita buat sesuatu!
Untuk sebarang kemusykilan. Tanya Je.
Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082
Shaklee ID : 866551
1 thought on “Petua Untuk Berhenti Berdengkur Dengan Berkesan”