Tidur yang lena dan nyenyak adalah salah satu asas bagi tubuh untuk terus kekal sihat. Tanpa tidur yang berkualiti, kesihatan optimum akan sukar dicapai. Tidur yang terjejas boleh meningkatkan risiko untuk mendapat pelbagai penyakit dan gangguan termasuklah:
- Penyakit jantung
- Ulser perut
- Tekanan perasaan seperti kemurungan
- Kanser
Bukan main-main! Risiko penyakit yang berbahaya tu!
Justeru, jom kita ambil cakna tentang petua bagaimana mendapatkan tidur yang lebih berkualiti demi kesihatan yang berkekalan.
Cubalah Petua Ini Untuk Bantu Dapatkan Tidur Yang Lebih Nyenyak!
Selain daripada kekurangan nutrisi tertentu, ada banyak lagi salingkaitan yang memberikan kesan untuk tidur yang lena. Sebelum ini, saya ada berkongsi tentang 33 Tips Untuk Tidur Nyenyak Supaya Anda Lena Di Ulit Mimpi, tetapi untuk permulaan, membuat beberapa perubahan kepada tempat tidur anda adalah langkah pertama yang akan membantu anda mengatasi masalah ini.
1.0 Tutupi Jendela Bilik Tidur Kita Dengan Tirai Atau Langsir Berwarna Gelap
Ini untuk memastikan suasana lebih kelam dan tenteram. Ia akan menimbulkan ‘mood’ untuk tidur. Dari segi saintifik, sedikit cahaya yang paling kecil pun mungkin akan menjejaskan kelenjar pineal yang menghasilkan melatonin dan serotonin iaitu hormon yang membantu kita untuk tidur yang nyenyak.
Jadi, tutuplah pintu bilik tidur dan pastikan tiada lampu yang mengganggu. Tahanlah diri kita daripada menghidupkan lampu pada waktu malam walaupun untuk ke bilik air. Sebagai alternatif, kita boleh memasang mentol “low blue” dalam bilik tidur atau bilik mandi kita kerana ia tidak mengganggu pengeluaran melatonin.
2.0 Suhu Blik Tidur Kita Seharusnya Dipastikan Di Bawah 21 Darjah Celcius
Rekabentuk rumah di Malaysia kebanyakan bilik tidur berada di tingkat atas yang memang pada siang harinya agak panas. Haba panas dari siang hari ini akan terus kekal sehingga ke malam hari menjadikan ruang tidur agak panas. Bilik yang panas memang tidak akan membantu anda untuk tidur dengan baik.
Kita boleh memasang penyaman udara untuk memastikan suhu di bilik tidur sesuai dan dapat dikekalkan di bawah 21 darjah celcius kerana mengikut kajian suhu bilik optimum untuk tidur yang lena adalah antara 15 ke 20 darjah celcius.
3.0 Periksa Bilik Tidur Jika Wujud Sebarang Medan Elektromagnet (electromagnetic fields)
Medan elektromagnet ini boleh mengganggu pengeluaran hormon melatonin dan serotonin oleh kelenjar pineal. Bukan itu sahaja, ia mungkin mempunyai impak positif yang lain.
Untuk membuat pemeriksaan, kita memerlukan meter gauss. Sejenis gajet yang digunakan untuk mengesan kehadiran medan magnetik. Kita boleh mendapatkan pelbagai jenis model secara ‘online‘ dan harganya tidaklah terlalu mahal. Tetapi, menurut pakar, diiingatkan supaya kita memutuskan dulu bekalan elektrik di rumah sebelum menggunakannya untuk langkah keselamatan.
4.0 Alihkan Jam Loceng & Lain-Lain Alatan Elekrik Jauh Dari Kepala Kita Semasa Tidur
Lebih-lebih jangan letak di tepi telinga atau di bawah bantal. Sekiranya memerlukan penggunaan alatan ini, jarakkan dalam lingkungan 3 kaki daripada katil kita. Bagi orang lain yang tiada masalah tidur ianya bukan satu isu besar namun untuk sesiapa yang menghadapi insomnia pelbagai langkah perlu diambilkira.
5.0 Penggunaan Gajet Yang Memancarkan Cahaya Wajar Di Kurangkan Sebelum Tidur
Gajet-gajet yang memancarkan jenis cahaya seperti seperti TV, iPad, laptop, telefon bimbit dan lain-lain boleh menyekat pengeluaran hormon melatonin dan seterusnya menjejaskan keupayaan kita untuk tidur lena dan meningkatkan risiko kanser.
Melatonin dapat membantu menahan radikal bebas yang berbahaya dan melambatkan penghasillan estrogen yang menyumbang kepada kanser. Sebaik-baiknya, tutuplah semua gajet-gajet itu satu jam sebelum kita masuk ke kamar tidur.
Mempertingkatkan Nutrisi Tubuh Boleh Bantu Tidur Lebih Berkualiti
Sebenarnya, ada banyak faktor yang menyumbang kepada masalah ini. Termasuk kekurangan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Satu kajian pernah mengaitkan 3 nutrien yang bersalingkaitan kepada 3 jenis masalah tidur yang biasa dihadapi iaitu:
- Kekurangan magnesium boleh menyebabkan insomnia
- Kekurangan potassium boleh menyebabkan sering terjaga di malam hari
- Kekurangan vitamin D telah dikaitkan dengan rasa mengantuk yang berlebihan pada waktu siang
Kekurangan Magnesium Boleh Menyebabkan Insomnia
Kekurangan magnesium boleh menyumbang kepada insomnia. Masalah kekurangan magnesium ini sangat biasa dihadapi bukan sahaja di Malaysia malah di negara maju seperti Amerika Syarikat. Kajian menunjukkan majoriti 80 peratus rakyat Amerika menghadapi risiko kekurangan magnesium daripada pemakanan mereka seharian. Sama seperti di Malaysia. Pemakanan seharian rakyat Malaysia tidak menyumbang ke arah magnesium yang mencukupi.
Jika kita masalah seperti berikut, kita juga berisiko kekurangan magnesium:
- Sistem pencernaan yang lemah yang mengurangkan keupayaan badan untuk menyerap magnesium (penyakit Crohn, usus bocor, dan lain-lain).
- Kencing manis terutamanya jika ia tidak terkawal, yang membawa kepada peningkatan kehilangan magnesium dalam air kencing.
- Faktor Usia– Mereka yang lebih tua lebih cenderung untuk kekurangan magnesium kerana penyerapan berkurangan dengan umur dan warga tua lebih cenderung untuk mengambil ubat-ubatan yang boleh mengganggu penyerapan magnesium.
- Buah pinggang yang tidak sihat yang menyumbang kepada kehilangan berlebihan magnesium dalam air kencing.
- Ketagihan alkohol. Sehingga 60 peratus daripada penagih alkohol mempunyai tahap magnesium yang rendah dalam darah.
- Ubat-ubatan tertentu – diuretik, antibiotik dan ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat kanser semua boleh mengakibatkan kekurangan magnesium
Kekurangan Potassium Boleh Menyebabkan Kita Sering Terjaga Di Malam Hari
Potassium adalah garam mineral yang dirujuk sebagai “garam baik.” Ia berperanan dalam mengatur tekanan darah dan berfungsi secara sinergi dengan magnesium untuk memperbaiki tidur. Gabungan ini boleh membantu mengelak kekejangan otot.
Seperti elektrolit, potassium atau kalium adalah ion yang bercaj positif yang perlu untuk fungsi tertentu seperti berinteraksi dengan natrium untuk membantu mengawal penghantaran impuls saraf, pengecutan otot dan fungsi jantung. Malah, mengimbangi kalium dan natrium dalam tubuh adalah faktor penting untuk kesihatan yang optimum.
Biasanya disyorkan supaya kita mengambil dalam 5 kali lebih kalium atau potassium berbanding natrium. Namun, kita selalu mengambil natrium atau garam ‘jahat’ berlebihan kerana banyak makan makanan yang diproses sehingga menyebabkan kebanyakan orang mengambil dua kali ganda jumlah berbanding sepatutnya. Inilah yang menyebabkan penyakit tekanan darah tinggi.
Tanda-tanda kekurangan kalium teruk termasuk keletihan, kelemahan otot, sakit perut dan kekejangan, dan dalam kes-kes yang teruk ritma jantung yang tidak normal dan kelumpuhan otot.
Kekurangan Vitamin D Menyebabkan Rasa Mengantuk Berlebihan Pada Waktu Siang
Semakin banyak penyelidikan yang jelas menunjukkan keperluan vitamin D untuk kesihatan dan pencegahan penyakit. Ia juga boleh memainkan peranan yang penting dalam tidur.
Menurut penyelidikan yang dibentangkan pada perhimpunan Associated Professional Sleep Societies, individu yang berasa mengantuk waktu siang dan mengalami radang otot yang boleh mengakibatkan waktu tidur malam terjejas berkemungkinan besar tidak cukup atau kekurangan Vitamin D.
Satu kajian oleh McCarthy dan rakan-rakan telah dilakukan ke atas 153 orang pesakit yang mengadu sakit kronik akibat tidur terganggu telah menunjukkan 84 peratus daripada pesakit yang mempunyai sama ada tidak cukup (insuffieciency) vitamin D (30 peratus) atau kekurangan (deficiency) (54 peratus). Mereka membuat kesimpulan bahawa kekurangan vitamin D yang rendah boleh menyumbang kepada rasa mengantuk kerana peranannya menyebabkan keradangan sistemik.
2 Supplemen Ini Bakal Membantu Mengembalikan Tidur Lena Kita!
Saya mencadangkan agar mengambil 2 supplemen ini untuk mengatasi masalah kekurangan vitamin dan mineral yang telah dibincangkan sebelum ini.
Supplemen ini dapat membantu kita memenuhi lompong-lompong kekurangan Vitamin D, Potassium mahu pun Magnesium dalam tubuh seterusnya meningkatkan kualiti masa tidur kita.
1.0 Ostematrik Shaklee Lebih Dari Sekadar Kalsium
OsteMatrixTMmembekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.
Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.
4 Sebab Kenapa Saya Beria-Ria Mau Anda Pilih Ostematrix Berbanding Jenama Lain:
- Supplemen ini mengandungi 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
- Supplemen ini juga mengandungi 400 mg (100% DV) magnesium bagi kalsium untuk diserap ke dalam tulang untuk kekuatan tulang.
- Supplemen ini mampu meransang kalsium untuk diserap dengan efisien kerana mengandungi 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
- Ia mempunyai sijil kebenaran dari Kementerian Kesihatan Malaysia seperti di bawah:
2.0 Alfalfa Adalah Raja Segala Tumbuh-Tumbuhan
Alfalfa dikenali sebagai raja segala tumbuhan dan merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah.
Sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi potassium, vitamin A, C dan E serta kalsium, fosforus dan zat besi.
Alfalfa juga sesuai untuk wanita kerana ia berfungsi seperti kacip fatimah untuk merapatkan keintiman! Bukan sahaja tidur yang lena malah kehidupan malam suami isteri akan lebih hangat!
Paling Penting Sekali Adalah Kuasa Tindakan!
Jika kita mengambil remeh tentang isu ini sebenarnya kita hanya menunggu masa sebelum ia memberi kesan buruk kepada kesihatan kita. Mujurlah, terdapat pelbagai penyelesaian mudah untuk menangani masalah ini.
Adakah anda akan terus menutup sahaja window dan biarkan sahaja masalah berlarutan? Ramai orang di luar sana yang selalu buat silap kerana mengambil mudah perkara ini tetapi bila dah disahkan ada penyakit kronik barulah kenal erti sebuah penyesalan! Buktikan anda tidak begitu.
Apa yang anda tunggu? Atasi masalah tidur anda supaya anda lena di ulit mimpi indah:
Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online
Jangan ragu-ragu untuk bertanya.
Saya memang sangat-sangat ingin membantu anda:
Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya
Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082
Daftar Ahli Untuk Harga Menarik
Facebook: Adilah Manaf
Hooo suhu bilik ni kena pakai aircond ke ? susahlah macam nih .
jom sertai peraduan TONTON DAN MENANG !!!
Ostematrix memang boleh bantu untuk lena. Alfalfa pula apa fungsinya untuk bagi tidur lebih lena ye?
Potassium dalam alfalfa berperanan dalam mengatur tekanan darah dan berfungsi secara sinergi dengan magnesium untuk memperbaiki tidur. Gabungan ini boleh membantu mengelak kekejangan otot.