Ramai yang selalu tertanya-tanya soalan-soalan seperti berikut:
- Perlu ke kita makan vitamin ni?
- Kalau masih muda dan sihat ni patut ke makan vitamin?
- Err… bukan ke vitamin ni untuk orang yang dah sakit ke?
Ini adalah antara soalan cepu cemas yang selalu ditanya oleh bakal pelanggan saya. Sebenarnya ini bukanlah soalan provokasi tetapi kebanyakan bakal pelanggan ingin tahu sebab kenapa mereka perlu ambil vitamin. Kalau tiada sebab kenapa perlu ambil. Betul tak?
Fahami Konsep Vitamin, Doktor Dan Nutrionist
Ya. Mula-mula mesti faham dan ingat sampai bila-bila konsep vitamin ini BUKAN ubat. Ubat kita makan apabila kita SUDAH ATAU SEMASA sakit. Tetapi vitamin ini perlu danlebih elok diambil SEBELUM kita jatuh sakit.
Konsepnya seperti ala-ala insuranlah. Biasa kita ‘sign-up’ dan bayar beratus-ratus sebulan untuk insurans sebagai pelindung kita sebelum kita sakit bukan? Bila kita dah jatuh sakit inshaAllah permohonan akan di ‘reject’.
Sama seperti vitamin. Cuma, vitamin bila kita sakit pun boleh juga diambil. Pendek kata vitamin ini adalah langkah pencegahan untuk kita melindungi tubuh dari diserang pelbagai penyakit.
Yang kedua, nutritionist dan doktor adalah dua kerjaya yang berbeza tetapi matlamatnya tetap sama iaitu untuk meningkatkan tahap kesihatan masyarakat.
Kerjaya seorang doktor adalah mengubati orang yang sudah sakit. Manakala, nutritionist berpenanan mengurangkan risiko diserang penyakit supaya tidak perlu jumpa doktor (sebelum kita sakit). Kedua-duanya adalah kerjaya yang mulia dan perlu ijazah sebelum layak digelar doktor atau nutrionist.
Selalu Bersukan Makanan Cukup Seimbang, Dah Makan Banyak Sayur Dan Buah. Perlu Ke Vitamin?
Kita sering terdengar atau terbaca, orang sekeliling selalu beri pendapat:
- “ala, aku ni rajin bersukan. dah cukup sihat dah. Vitamin untuk orang lembik macam pondan je”
- “vitamin ni untuk orang yang suka makan ‘fastfood’ je. Aku ni jaga makan ikut piramid makanan tau. seimbang sangat. tak payah dah vitamin-vitamin ni”
- “haa, sakit? Orang yang tak makan sayur atau buah aje yang selalu sakit ni. Aku tak pernah skip sayur atau buah sejak sekolah rendah. Mustahil nak kena apa-apa kanser pun”
Wahh! Kalau tiba-tiba soalan bertubi-tubi datang seperti ini. Boleh pengsan beb!
Jadi, sebenarnya, orang yang rajin bersukan, memang betul-betul jaga makan & cukup kerap makan sayur dan buah ini sebenarnya masih perlukan vitamin ke?
Sumber Protein Paling Murah Ada Macam-Macam Bahan Kimia!
Berikut adalah harga sumber protein yang selalu kita makan tiap-tiap hari:
- Harga ikan kembong yang segar ~RM11/kg. Sejuk beku (frozen) pun ~RM8/kg
- Harga daging lembu segar ~RM27/kg. Harga daging import ~RM16/kg
- Daging kambing lagilah mahal ~RM33/kg. Itu yang import, daging kambing segar tempatan lebih mahal.
(Sumber website FAMA: http://bit.ly/20JuiZC)
Jika kita buat perbanding semua sumber protein di atas ini. Dalam banyak-banyak daging, jelaslah daging dari ayam daginglah sumber protein paling murah iaitu lebih kurang RM6.80 per kg. Oleh sebab itulah, biasanya kita makan lebih banyak ayam daging berbanding daging-daging lain.
Hakikatnya, masalah utama ayam daging zaman sekarang ialah hampir semuanya disuntik hormon supaya lebih cepat besar dan berat. Saiz pun lebih besar daripada dulu-dulu.
Para penternak ayam mahukan ayam ini cepat besar supaya boleh cepat jual dalam kuantiti lebih banyak dan lebih banyak untung. Kalau tak disuntik, ayam-ayam ini akan membesar secara normal (lambat besar) dan ianya berita buruk buat penternak ayam.
Jadi, walau kita jaga pemakanan seteliti mana pun, pasti kita akan termakan juga daging ayam yang disuntik hormon ini. Bayangkan berapa banyak bahan kimia yang sudah masuk ke dalam tubuh kita selama ini?
Buah Dan Sayur Yang Kita Suka Semakin Tak Cukup Nutrien
Suatu masa dahulu. Zaman datuk dan nenek kita. Padi hanya boleh dituai sebanyak dua kali sahaja setahun. Tetapi, dengan kepesatan teknologi dalam industri ini, sekarang padi dituai 4 kali dalam tempoh hanya satu tahun!
Kemajuan dalam bidang ini membolehkan kita mempercepat dan gandakan tuaian padi. Namun begitu, tahukah kita apa kesan sampingan di sebaliknya?
Ketika dulu, semasa padi hanya boleh dituai 2 kali setahun, tanah-tanah bendang itu mempunyai masa yang cukup untuk mengembalikan nutrisi-nutrisi tanah yang hilang. Justeru, padi-padi yang terhasil pada masa itu, bukan setakat mengenyangkan perut tetapi membekalkan cukup nutrisi buat kita.
Bila padi dituai sampai 4 kali setahun, tanah tidak cukup masa untuk kembalikan nutrisi tanah. Mungkin baru separuh nutrisi dikembalikan, padi sudah dituai semula. Akibatnya, walau hasil tuaian meningkat 2 kali ganda namun kadar nutrisi yang terkandung dalam setiap butir beras yang dimakan semakin kurang.
Mahu tidak mahu, para petani tiada pilihan lain kerana mereka juga perlu untung untuk menampung kehidupan. Lebih-lebih lagi dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Begitu juga yang terjadi kepada apa-apa jenis tanaman pun. Termasuklah sayur-sayuran dan buah-buahan sepertu sawi, kangkung, tembikai, durian dan sebagainya. Walau pun kita sudah makan banyak sayur dan buah namun sebenarnya nutrisi sudah jauh lebih berkurang.
Nah! Ini belum lagi bercerita tentang buah-buah yang harganya murah-murah di pasaraya itu. Percayalah! Berapa banyak pestisid, racun dan bahan kimia disembur. Contohnya, ada buah tembikai ada yang disuntik pewarna merah supaya isinya nampak merah dan sedap. Ada pula durian yang direndam pewarna kuning dan hijau bagi segar dan kuning lazat.
Walaupun Kita Dah Jogging 10 Kilometer Setiap Hari Tapi…..
Majoriti rakyat Malaysia memang tak pernah bersenam pun sepanjang minggu lepas dan pasti kekal tak bersenam untuk 7 hari yang akan datang.
Paling kurang pun, kebanyakan kita rasa sudah cukup membakar kalori dengan mengemas rumah, lipat kain, mop lantai dan sebagainya. Tetapi tak terbanding dengan senarai kalori yang kita ambil.
Berapa pinggan nasi kita makan? Teh tarik madu ‘special’, kari kepala ikan, sup kambing atau roti canai sekali pun. Semuanya berkalori tinggi.
Ada juga segelintir kita yang rajin bersenam dan suka aktiviti ‘outdoor‘ untuk hirup udara segar katanya. Tambahan pula, jika ingin bersenam di gimnasium mahal. Purata RM200 juga sebulan perlu dibayar.
Jangan tak tahu, ada pelbagai jenis asap beracun di udara kita sekarang ini. Asap yang berpunca dari jerebu, kilang dan kenderaan. Berita buruk untuk kita yang majoritinya hidup di bandar atau kawasan berhampiran.
Satu lagi contoh klasik. Pencemaran udara dalam rumah. Isteri dan anak-anak yang sering terdedah dengan asap rokok suami pun berisiko diserang kanser . Memang ada kajian membuktikan udara kita yang tercemar ni adalah punca kepada pelbagai penyakit berkaitan pernafasan sekarang yang boleh membawa kematian.
Vitamin Sebenarnya Bukan Lagi Satu Pilihan Tetapi Keperluan
Kesimpulan daripada apa yang kita telah dipaparkan, jelaslah bahawa:
- Kalau kita cukup bersenam sekalipun perlukan vitamin sebagai pendinding untuk tingkatkan imunisasi badan bagi melawan macam-macam penyakit. Shaklee ada nutriferon untuk tujuan ini.
Klik Untuk Info Tentang Nutriferon - Sudah cukup makanan seimbang pun perlukan vitamin untuk Detox macam-macam benda tak elok yang kita terpaksa telan selama ni.
Klik Untuk Info Vitamin Untuk Detox. - Hari-hari makan sayur, salad dan buah pun, kita masih perlukan vitamin untuk cukupkan nutrisi yang makin berkurangan dalam hasil tanaman. Shaklee ada vitamin A-Z.
Klik Untuk Kesihatan Optimum
Pendek kata, vitamin bukan lagi pilihan. Kita semua, keluarga dan orang lain pun sangat-sangat perlukan vitamin. Dalam kehidupan serba moden ini vitamin bukan lagi satu pilihan tetapi sudah menjadi satu keperluan.
Tambahan pula, kita hidup di zaman pengilang, petani dan penternak yang sanggup buat apa saja untuk mengaut keuntungan dengan mengabaikan nilai-nilai murni sebuah kehidupan.
Untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Sila hubungi saya untuk konsultasi premium:
Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya
Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082
Daftar Ahli Untuk Harga Menarik
Facebook: Adilah Manaf