Skip to content

Vitamin Semulajadi

Tips Sihat Ceria

Menu
  • Home
  • Siapa Kami
  • Blog
  • Disclaimer
Menu

Merancang Masa Yang Terbaik Dan Tepat Untuk Hamil

Posted on 19 February, 201417 June, 2021 by Adilah Manaf

Bagaimana kita boleh meningkatkan peluang kita untuk hamil?

Jawapannya ialah merancang masa yang terbaik dan tepat untuk melakukan hubungan intim suami isteri mengikut waktu paling subur isteri.

Anda mungkin tahu bahawa masa yang terbaik untuk hamil adalah semasa “tetingkap subur” iaitu dalam tempoh sela masa 6 hari yang berakhir pada hari ovulasi. Tetapi bagi sesetengah pasangan, keperluan untuk menjadualkan hubungan suami isteri mengikut hari atau masa tertentu lazimnya menambahkan tekanan kepada mereka. Di samping itu, meramalkan dengan tepat waktu ovulasi juga adalah boleh menjadi suatu cabaran yang hebat. Terdapat satu pendekatan yang lebih santai yang boleh diambil bagi meningkatkan peluang anda untuk mengandung. Anda hanya meningkatkan kekerapan melakukan hubungan seks bersama pasangan bermula tidak lama selepas tamat tempoh haid sang isteri dengan syarat pasangan wanita mempunyai kitaran haid normal.

Hubungan Intim Pada Masa Yang Tepat Meningkat Peluang Hamil

Hubungan seks yang kerap iaitu pada setiap satu hingga ke dua hari akan menghasilkan kebarangkalian kehamilan paling tinggi. Namun begitu, hubungan kurang kerap (2-3 kali seminggu) juga kebarangkaliannya adalah hampir sama. Anda boleh menentukan masa ovulasi dengan mengesan suhu basal tubuh (Basal Body Temperature) sepanjang kitaran haid anda dengan kalendar ovulasi. Jika anda mempunyai purata 28 hari kitaran haid, anda boleh mula memantau suhu badan kira-kira 14 hari selepas tempoh haid bermula. Kenaikan suhu badan kira-kira setengah darjah celcius adalah indikator tarikh ovulasi bagi wanita.

Pilihan gaya hidup untuk memaksimumkan kesuburan

Rakan-rakan rapat dan keluarga mungkin banyak memberikan pendapat peribadi bagaimana untuk meningkatkan peluang anda untuk hamil. Beberapa tips gaya hidup yang lazimnya dikongsi di internet sebenarnya menimbulkan keraguan. Kuncinya adalah berusaha ke arah gaya hidup sihat. Kadangkala perubahan kecil yang dilakukan terhadap ritual harian boleh menghasilkan keputusan yang dramatik.

Teknik bersantai dan melakukan perubahan kepada rutin bilik tidur mungkin membantu

Tidak ada bukti kukuh bahawa perbanyakkan rehat dan santai akan meningkat peratusan untuk hamil. Walau bagaimanapun, sekiranya berehat boleh membantu anda menyerap tekanan ini mungkin menyumbang kepada kehamilan. Ia akan membantu anda mendapat perspektif yang sihat dan mengurangkan ketegangan dalam kehidupan anda dan pasangan.

Sejarah kesuburan anda

Kemandulan atau sub-kesuburan ditakrifkan sebagai ketidakupayaan pasangan untuk hamil selepas berhubungan intim tanpa kawalan kehamilan dalam tempoh melebihi 12 bulan atau lebih. Sekiranya anda mempunyai permasalahan seperti ini jangan segan dan malu untuk berikhtiar dengan pelbagai cara sama ada rawatan alternatif mahupun rawatan pakar kesuburan. Tiada apa yang perlu dirahsiakan kerana anak adalah penyambung legasi anda dan pasangan.

Anda juga boleh mempertimbangkan penggunaan supplemen bagi meningkatkan kesuburan suami dan isteri.
Klik sini untuk membaca tentang Set Kesuburan Shaklee.
Klik sini untuk membaca Testimonial Set Kesuburan Shaklee.

Hubungi saya untuk konsultasi percuma sekarang! 

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

Order Sekarang Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

 Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online

penjimatan shaklee Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

images 1 Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

Untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Sila hubungi saya untuk konsultasi premium: 

signature Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik

Emel : adilahmanaf@celikvitamin.com

Facebook: Adilah Manaf

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Assalamualaikum!


Hi! Saya Adilah Manaf. Saya adalah pengedar produk Shaklee yang sah. Saya ingin berkongsi kehidupan yang lebih sihat dan yang lebih baik dengan sesiapa jua.
Jangan lupa untuk berhubung melalui Google+

Peluang Perniagaan

Celikvitamin.com di Facebook

©2023 Vitamin Semulajadi | Built using WordPress and Responsive Blogily theme by Superb